Thursday, November 18, 2010

KES BUNUH KIAN MEMBIMBANG BEGITU JUGA KES ZINA/KHALWAT..RASUAH SERTA BUANG ANAK...JUDI USAH CERITALAH...TERANG2....

AS, Myanmar berbincang


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kesediaan mengadakan perbincangan dengan pemerintah Junta Tentera Myanmar berhubung sekatan yang dikenakan Washington ke atas negara Asia itu, kelmarin.

Pengumuman itu dibuat selepas pemerintah Myanmar membebaskan pemimpin prodemokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi daripada tahanan rumah, minggu lalu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, P.J. Crowley berkata, wakil kedua negara akan bertemu beberapa minggu lagi dan AS akan memerhatikan secara dekat layanan yang diberikan kepada Suu Kyi oleh Junta Tentera sejurus pembebasannya.

"Kami bersedia mewujudkan hubungan baik dengan Myanmar tetapi ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh negara itu terdahulu," katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Pembebasan Suu Kyi selepas tujuh tahun menjadi tahanan di rumahnya sendiri dilakukan seminggu selepas pilihan raya Myanmar yang menyaksikan Junta Tentera mendapat kemenangan besar.

Penerima Hadiah Nobel Keamanan itu tidak mempunyai sebarang peranan politik secara rasmi tetapi boleh membantu menjadi orang tengah antara Yangon dan Washington berhubung isu sekatan yang dikenakan AS ke atas Myanmar.

Suu Kyi mengumumkan bersedia berbincang dengan kuasa Barat mengenai sekatan ke atas negaranya yang dilihat hanya menjejaskan penduduk awam dan bukannya rejim tentera Myanmar, Ahad lalu


Polis minta bantuan Imigresen kesan Puteri

SHAH ALAM – Polis bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengesan Zulfa Ismail atau Puteri, 20, yang menghilangkan diri selepas kejadian bunuh seorang kerani sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Padang Jawa, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, ia alternatif menjejaki wanita berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu.

“Kita serah gambar wanita itu termasuk beberapa maklumat untuk disemak.

“Kita juga minta bantuan polis yang mengawal di semua pintu sempadan negara untuk membuat kawalan lebih ketat dan melaporkan segera jika terdapat maklumat berhubung wanita itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, setakat ini, polis masih belum memperoleh maklumat daripada pihak terbabit.

“Sehingga petang tadi (semalam), Puteri masih belum tampil ke balai polis. Kita minta dia segera membantu siasatan kerana percaya dia mempunyai maklumat diperlukan,” katanya.

Katanya, polis percaya wanita itu adalah individu terakhir menemui mangsa.

Noor Azam juga menggesa saksi kejadian Ahad lalu atau sesiapa mempunyai maklumat berhubung Puteri dan dua lelaki yang membunuh mangsa, hadir segera ke balai atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55102222 bagi membantu siasatan.

“Kita sangat memerlukan maklumat bagi mendapatkan petunjuk baru berhubung kes, sekali gus memberkas dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian Ahad lalu, mangsa, Rashidi Mohd Saman yang juga kerani sebuah IPT, parah diserang dua lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Puteri di Padang Jawa.

Mangsa diserang dengan celoret oleh dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ sehingga menyebabkannya hampir putus lengan kiri dan perut terburai.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan disahkan meninggal dunia kelmarin. Serangan setakat ini dikenal pasti bermotifkan dendam dan cemburu


Lebih 340 janin manusia ditemui di kuil Thailand

BANGKOK - Lebih 340 janin bayi dijumpai di sebuah kuil Buddha di Bangkok selepas orang ramai mengadu mengenai bau busuk, menurut polis Thailand, semalam.

Penemuan janin yang dihantar ke kuil itu dari beberapa klinik pengguguran haram menyebabkan enam penjaga rumah mayat turut ditahan untuk siasatan.

Ketua rumah mayat di Kuil Phai-nguern Chotinaram di pusat bandar Bangkok itu dilaporkan mengaku menerima janin tersebut daripada beberapa klinik untuk dibakar.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran kuil itu, Puak Eiamchan berkata, jumlah janin yang begitu banyak di kuil tersebut dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembaikan ruang pembakaran yang telah berlangsung selama dua bulan, menyebabkan janin tidak dapat dihapuskan pada masa yang sepatutnya.

“Saya yakin perbuatan ini telah lama dilakukan tetapi baru didedahkan kerana mereka tidak dapat menghapuskan janin sehingga menimbulkan bau busuk,” katanya.

Perbuatan menggugurkan kandungan adalah salah di sisi undang-undang Thailand



Suspek rempuh polis disahkan mati

SHAH ALAM – Seorang daripada dua lelaki yang cedera ketika lari daripada pemeriksaan polis di kawasan Jalan Raja Laut semalam, disahkan mati tiga jam kemudian.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, dua lelaki terbabit dilihat berlegar-legar menaiki kereta jenis Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit sebelum mereka ditahan oleh sebuah kenderaan MPV polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, ketika anggotanya meminta seorang daripada suspek itu menunjukkan lesen, suspek terus memecut dan terlanggar kereta peronda polis terbabit.

Beliau berkata, anggotanya tidak cedera dan terus menghubungi bilik gerakan bagi mendapatkan bantuan.:

“Satu lagi MPV kita kemudiannya dapat kesan dua suspek itu, namun mereka sekali lagi merempuh kenderaan polis.

“Mereka tidak berhenti dan terus memecut ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Sultan Ismail sebelum merempuh sebuah kereta jenis Proton Waja,” k:atanya, semalam.

Menurutnya, kereta dinaiki dua suspek terbabas sebelum terbalik di tepi jalan.

“Seorang suspek keluar dari kereta untuk melarikan diri, tetapi berjaya ditahan polis. Rakannya yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi disahkan mati jam 6 pagi tadi (semalam),” katanya.

Zulkarnain berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kedua-dua suspek itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Katanya, semakan ke atas kereta dinaiki suspek mendapati kenderaan itu dilapor hilang di Melaka.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 379 kerana curi


NEGARA


Keluarga tuntut ganti rugi RM250,000 Keluarga tuntut RM250,000


MANSOR menunjukkan meja dan siling rumahnya yang rosak akibat terkena batu yang melayang dari sebuah kuari di Kampung Pelet, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Sebuah keluarga menuntut ganti rugi sebanyak RM250,000 daripada pengusaha sebuah kuari selepas seketul batu yang melayang dari kuari itu merosakkan rumah mereka di Kampung Pelet di sini kelmarin.
Menurut Mansor Zainol, 43, tuntutan itu adalah bagi dirinya dan empat ahli keluarganya yang mendiami rumah itu dan kini trauma akibat kejadian tersebut.
Katanya, dia juga akan menuntut supaya syarikat itu serta dua syarikat kuari lain memberi perlindungan insurans kepada penduduk kampung itu bagi menjamin keselamatan mereka.
“Sejak kejadian itu kami takut untuk tinggal di dalam rumah kerana bimbang letupan dari kuari berhampiran akan menerbangkan lagi batu ke arah rumah kami.
“Kami seolah-olah tinggal di medan perang kerana sentiasa bimbang setiap kali terdengar letupan batu dari kuari,” katanya.
Tambah Mansor, kejadian itu juga telah menjejaskan sambutan Hari Raya Aidiladha semalam kerana mereka masih terkejut dan rumah pula rosak.
Katanya, selepas kejadian kelmarin, beberapa anggota polis telah datang ke rumahnya bagi menjalankan siasatan berikutan satu laporan yang dibuatnya di Balai Polis Kubang Semang.


TERKINI

Mayat tangan, kaki terikat dalam lombong

18/11/2010 11:49am

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah lombong dengan keadaan tangan dan kakinya diikat dengan wayar di Kampung Keliang, Kalumpang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, tiga kesan tikaman dikesan di belakang badan lelaki yang dipercayai warga asing berumur 30-an itu ditemui terapung dalam lombong berkenaan oleh orang awam pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
"Selain diikat, bahagian muka lelaki itu turut dibalut dengan pita pelekat," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, identiti lelaki itu belum dikenal pasti dan mayat lelaki dengan ketinggian 153 sentimeter itu ditemui dengan t-shirt belang berwarna coklat dan biru, berseluar jeans berwarna coklat dan bertali pinggang hitam.
Norel Azmi berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk dibedah siasat dan pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mati sejak tiga hari lepas.
Beliau berkata, kematian lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment