Monday, November 15, 2010

GOPOH GAPAH PEKERJAAN SYAITAN...SABAR SEPARUH DARI IMAN...DAN ALLAH BERSAMA PADA ORANG YANG SABAR...

NEGARA


Bekas anggota tentera, isteri dicari


AZLI


KUANTAN – Polis semalam mengedarkan gambar seorang bekas anggota tentera dan isterinya, seorang remaja berusia 17 tahun, bagi membantu siasatan kes serangan ke atas sebuah keluarga di Flat Alor Akar, Lorong Alor Akar di sini Jumaat lalu.
Polis memohon bantuan orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana pasangan itu berada supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09-5132222 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Lelaki yang dicari itu merupakan seorang bekas anggota tentera, Prebet Azli Che Mat, 30, memegang nombor kad pengenalan 801017-11-5163 atau kad pengenalan tenteranya, T/1128793.
Alamat terakhir bekas anggota tentera itu ialah di No. 143-B, Belukar Sukai, Kuala Terengganu, Terengganu.
Azli dikatakan melarikan diri daripada tugas sebagai anggota tentera pada 14 Januari 2003 ketika bertugas di Kem Sungai Udang, Terendak, Melaka.
Polis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti dua lagi rakan kepada bekas anggota tentera itu yang didakwa turut bersama lelaki terbabit ketika serangan di rumah flat itu berlaku


NEGARA


Mangsa bunuh tidak terus mati


FAZLINA


SHAH ALAM – Fazlina Ahmad yang mayatnya ditemui dalam almari pakaian di rumahnya di Taman Pinggiran Ukay, Ampang pada 2009 berkemungkinan masih hidup ketika mulut dan hidungnya ditekup menggunakan pita pelekat oleh suaminya.
Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Khairul Anuar Zainun dalam keterangannya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, kesan daripada tindakan ditekup tersebut tidak menyebabkan eksekutif di sebuah syarikat swasta itu mati secara serta-merta.
“Saya berpendapat kematian Fazlina tidak berlaku dengan serta-merta. Kesan ditekup dan cedera yang dijumpai mendapati terdapat sedikit masa mangsa masih hidup semasa tekupan berlaku.
“Mangsa mungkin mati antara setengah hingga satu minit selepas kejadian mangsa ditekup itu berlaku,” kata Khairul yang memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya, Fazlina



NEGARA


8 kali denda tapi tak serik


SOON CHYE dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Seorang pemilik kilang memproses makanan di Jelutong di sini tidak serik walaupun telah lapan kali didenda atas kesalahan sama menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan yang dikeluarkan sejak lima tahun lalu.
Semalam, tertuduh Gooi Soon Chye, 45, iaitu pemilik kilang Teoh Guan Hup Food Stuff Industries buat kali kesembilan dijatuhi hukuman denda atas kesalahan menggunakan bahan pengawet itu oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini.
Soon Chye mengaku bersalah atas keenam-enam pertuduhan terhadapnya kerana menggunakan asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan keluaran kilangnya.
Majistret Mohd. Firdaus Abdul Wahab kemudian menjatuhi hukuman denda sebanyak RM22,500 terhadap enam kesalahan itu dan penjara 22 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, kilang tersebut didakwa menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik ketika menghasilkan mee kuning, kuey teow, hor fun dan bee tai bak.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan



NEGARA


Tikam mati rakan kerana babi hutan




IPOH - Gara-gara tidak berpuas hati dengan pengagihan daging seekor babi hutan yang diburu, dua beradik sanggup menikam rakan mereka sehingga mati di hadapan rumah mangsa di kuarters Ladang Sungai Samak, Hutan Melintang, Teluk Intan kelmarin.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, K. Perumal (gambar), 27, mati dalam perjalanan ke klinik setelah ditikam dengan pisau lipat oleh seorang daripada suspek berkenaan.
Difahamkan kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa dan dua suspek yang berusia 24 dan 21 tahun selesai memburu babi hutan di hutan berhampiran ladang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kedua-dua rakan mangsa dikatakan tidak berpuas hati dengan pengagihan daging babi hutan berkenaan lalu pergi ke rumah mangsa pada malam berkenaan.
"Kedua-dua suspek naik berang apabila menjumpai sebahagian usus babi hutan di hadapan rumah mangsa.
"Mereka kemudian bersemuka dengan mangsa yang ketika itu sedang berehat di dalam rumah bersama isteri dan dua anak yang masih kecil untuk mendapatkan penjelasan," katanya ketika dihubungi semalam



NEGARA


Guru, pelajar IPTA ditahan


SEBAHAGIAN daripada pesalah yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu dibawa ke pekarangan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Besut semalam.


BESUT – Seorang guru dan empat pelajar termasuk mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri ini antara 157 orang yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu di sekitar daerah ini kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria memberitahu, guru berkenaan yang mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini dan kesemua suspek lain ditahan selepas disahkan positif dadah.
“Kesemua suspek berusia di antara 15 hingga 51 tahun itu berjaya ditahan dalam operasi yang bermula pada pukul 1 pagi hingga 3 petang semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini semalam



NEGARA


2 sahabat korban Lubuk Culah


INILAH Lubuk Culah yang meragut nyawa dua budak lelaki ketika mereka mandi-manda di Kampung Guar Gajah, Arau semalam.


ARAU - Kegembiraan tujuh kanak-kanak sekampung mandi-manda sambil memukat ikan di Lubuk Culah berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas di dalam lubuk tersebut di Kampung Guar Gajah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, lima kanak-kanak hanya mampu menyaksikan dua rakan mereka, Haswandi Mohd. Yusoff, 14 dan Ahmad Iqham Azizi, 9, tenggelam di dalam lubuk berkenaan.
Menurut seorang daripada mereka, Azrul Amri, 11, kedua-dua rakannya itu cuba ditarik keluar oleh abang Haswandi, Hasfizul Mohd. Yusoff, 21, yang berada berhampiran lubuk tersebut tetapi gagal.
"Sebelum kejadian, saya melihat Haswandi bersama seorang rakan turun ke lubuk tersebut untuk memasang pukat.
"Tiba-tiba Haswandi tenggelam dan Ahmad Iqham yang berada dekat situ cuba menyelamatkannya tetapi kedua-dua mereka akhirnya hilang ditelan air," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment