Monday, November 15, 2010

HIDUP SENANG..MAKAN SEDAP DAN TAK FIKIR SYURGA ATAU NERAKA...MUDA2 IBADAH DAH KURANG...APA NAFSU NAK...SEMUA DAPAT....

Siram minyak hitam

Oleh Salman Hamat

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang wanita memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya bertukar mimpi ngeri apabila dia bukan saja dibelasah di sebuah rumah di Kulai, malah turut dimandikan dengan minyak hitam oleh teman lelakinya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Ahad lalu, lelaki terbabit hilang pertimbangan selepas mangsa yang tawar hati dengannya menyatakan hasrat berkenaan.
Berdasarkan laporan polis, mangsa dibelasah menggunakan kayu di belakang badannya selain disepak beberapa kali sehingga tersungkur.

Tanpa menghiraukan rintihan dan rayuan mangsa supaya tidak diperlakukan sedemikian, suspek yang berusia 18 tahun memijak badan gadis berkenaan sambil menarik rambutnya


Suspek menyimbah minyak hitam ke atas mangsa selain melumur cecair terbabit di mukanya.

Mangsa cuba melarikan diri, tetapi gagal dan akibatnya dia dihumban ke dalam rumah dan ‘dihukum’ lebih teruk lagi oleh suspek.

Dalam laporannya, mangsa mengatakan kejadian itu bukan pertama kali menimpa dirinya, malah suspek kerap bertindak ganas setiap kali mereka bertengkar.

Mangsa mendakwa suspek turut mengugut hendak menikamnya jika membuat laporan polis berkaitan kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis mangsa, kelmarin.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kami mengesan lokasi remaja lelaki terbabit untuk direkodkan kenyataan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya


Sedia fakta pertuduhan

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

PUTRAJAYA: Selepas mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Syariah pada 3 November lalu, penyanyi dan pelakon Aman Shah yang dituduh berkhalwat dengan janda beranak dua di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, pada 26 September lalu, bakal dibicarakan pada 12 Januari depan.
Sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, beliau yakin pihak pendakwaan bersedia mengemukakan fakta berkaitan pertuduhan yang dikenakan terhadap artis lingkungan 50-an terbabit.

Menurutnya, artis terbabit mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan mengikut Seksyen 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dibacakan terhadapnya.

“Mahkamah menetapkan 12 Januari bagi membolehkan perbicaraan dilakukan dan sudah pasti artis terbabit diminta membawa peguam untuk mewakilinya nanti,” katanya, semalam


Muka depan Harian Metro 27 September lalu melaporkan mengenai penahanan seorang penyanyi veteran era 1980 dan awal 1990-an di rumah ‘kekasih gelapnya’ di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, selepas didapati berdua-duaan di rumah terbabit.

Artis terbabit dikatakan memasuki rumah kekasihnya yang juga kakitangan kerajaan kira-kira jam 10 malam sebelum sepasukan anggota penguat kuasa Jawi menyerbu rumah terbabit selepas mendapat aduan berlakunya perbuatan khalwat.

Walaupun memberikan alasan mengunjungi wanita beranak dua itu sempena Aidilfitri, alasan berkenaan tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi, malah artis terbabit mengakui dia bukan mahram dengan wanita terbabit.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, tidak wujud sikap pilih kasih terhadap artis terbabit walaupun hanya dihadapkan ke mahkamah selepas hampir 40 hari dicekup berkhalwat dengan janda terbabit.

Beliau berkata, pendakwaan terhadap mereka yang menghadapi pertuduhan syariah dijalankan tanpa mengambil kira latar belakang tertuduh.

Menurutnya, ia termasuk artis terbabit yang tetap dihadapkan ke mahkamah walaupun mengambil sedikit masa bagi membawanya ke mahkamah.

“Sebenarnya, masalah pilih kasih tidak berbangkit walaupun kes itu mengambil masa untuk dibawa ke mahkamah dan ia mungkin disebabkan beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan, terutama apabila ia membabitkan pertuduhan jenayah syariah.

“Apa yang pasti, artis terbabit sudah dituduh di mahkamah syariah atas pertuduhan khalwat dengan janda beranak dua,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sama ada artis terbabit mengaku salah atau tidak, ia adalah haknya mempertahankan diri di mahkamah.

Menurutnya, apabila mengaku tidak bersalah mahkamah akan menetapkan tarikh bagi membolehkan artis terbabit membawa peguam bagi menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Artis terbabit didakwa mengikut Seksyen 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali


Zaid sah tinggalkan PKR

KUALA LUMPUR: Bekas ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan, di sini, semalam, beliau akan meninggalkan parti itu.
Teka-teki mengenai pengundurannya daripada parti itu terjawab apabila beliau membuat penjelasan menerusi blognya.

Dalam pos terbarunya, Zaid menjelaskan pengundurannya daripada parti itu akan dianggap selesai, sebaik saja beliau menyerahkan surat rasmi kepada sekretariat parti.

“Saya merujuk kepada tajuk akhbar berbahasa Inggeris hari ini (semalam). Adalah benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan surat pengunduran rasmi daripada parti

“Semuanya akan dijelaskan menerusi siaran akhbar Jumaat ini,” katanya.

Akhbar itu melaporkan bahawa Zaid, yang menarik diri daripada bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, memutuskan keluar parti, atas sebab tidak dapat menerima perkembangan dalam parti itu akhir-akhir ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan pada 8 November lalu bahawa beliau menarik diri dari bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti.

Zaid berkata dalam blognya bahawa kepemimpinan PKR tidak berusaha mengatasi manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung walaupun isu berkenaan beberapa kali ditimbulkan.

Sehari selepas pengumuman itu, Zaid mendesak penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden, Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan kerana beliau mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.

Zaid kini dipercayai berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu menghormati keputusan Zaid dan hasratnya menubuhkan sebuah parti politik.
Saifuddin berkata, walaupun PKR kehilangan seorang pejuang reformis, keputusan Zaid tidak akan memberikan impak negatif kepada parti itu.

“Saya doakan dia (Zaid) ‘best of luck’. Kami masih belum lagi terima surat keluar parti daripada beliau,” kata Saifuddin yang enggan mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Ditanya mengenai penubuhan sebuah ‘parti Keadilan baru’ oleh Zaid, Saifuddin menyifatkan ia perkembangan baik kepada politik negara.

“Ia meriah. Tetapi yang saya tahu, sudah ada parti politik baru ditubuhkan dan ada pemilihan untuk jawatan dalam parti itu...saya tahu Zaid sudahpun meletakkan orang-orangnya dalam parti baru itu,” katanya. - Bernama


NEGARA


Lebih separuh orang Malaysia hidap obesiti


SEMAKIN ramai rakyat Malaysia gemuk. Gejala itu membolehkan Pertandingan Ratu Gemuk diadakan sempena sambutan ulang tahun pusat beli-belah Sungei Wang ke-30 di Kuala Lumpur satu ketika dulu. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.



Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.
Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur.
"Sekarang ini, selain orang dewasa, kita boleh lihat kanak-kanak turut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana masalah kegemukan," katanya selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tahun 2010 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment