Thursday, November 18, 2010

PASAL YANG KITA CARI SENDIRI....MENGUNDANG JENAYAH..SEX..ZINA..TIPU...DAN SEBAGAINYA....ATAS ALASAN BEKERJA...BELAJAR DAN MELANCUNG...YANG BAWA MASUK DAPAT DUIT...

Rimas warga asing ramai

MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.
Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.

Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.
Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.

“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.

Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu


Cerai isteri tidak cantik makin meningkat



KUCHING: Ada sesetengah lelaki yang bergelar suami sanggup melepaskan isteri masing-masing selepas mendakwa wanita dinikahi tidak lagi kelihatan menarik dan cantik seperti ketika mereka berkenalan dan melangsungkan perkahwinan dulu.
Mereka menganggap perubahan wajah dan penampilan wanita terbabit memaksa mereka mencari pengganti sehingga menyebabkan rumah tangga dibina mulai goyah, malah ada yang membawa kepada perceraian.

Perkara ini didedahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abd Rahman yang memberitahu, kadar perceraian di kalangan pasangan Islam di negeri ini semakin meningkat saban tahun disebabkan ada suami menganggap isterinya tidak cantik apabila mencapai satu tempoh.
Meskipun tidak menyatakan statistik membabitkan kes perceraian, beliau berkata, kebanyakan kes perceraian membabitkan pasangan muda berusia 20 hingga 25 tahun.

“Mereka berkahwin pada usia muda iaitu bawah 20 tahun atau sebaik selepas tamat persekolahan. Kadar perceraian meningkat seiring peningkatan kadar perkahwinan terutama di kawasan bandar seperti di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu.

“Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) mendapati berlaku peningkatan jumlah kes cerai di kalangan pasangan Islam dan kami memanggil mereka untuk memberi kaunseling, namun dalam kes tertentu, ada pasangan enggan menerima nasihat kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Daging Korban di Surau Kolong Dua, Matang, dekat sini, semalam

Beliau berkata, mereka perlu ingat, ada antara pasangan berkahwin pada usia muda dan bercerai selepas dua ke tiga tahun mempunyai anak kecil yang memerlukan perhatian serta penjagaan rapi.

Katanya, maklumat diterima Jais mengatakan ada antara pasangan muda baru berkahwin tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak bekerja


Dirempuh treler dipandu laju ketika hujan



REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, kelmarin.
REMUK...kereta mangsa yang terbabit kemalangan, kelmarin.
SLIM RIVER: Hujan lebat selain kenderaan dipandu laju dipercayai menjadi punca nahas ngeri yang mengorbankan Shaiful, isteri dan dua anak kembarnya serta mencederakan dua lagi anaknya dalam kejadian tengah malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan Anuar Osman, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu Shaiful Fadzilah dirempuh dari belakang oleh sebuah treler menyebabkan kereta mangsa terlanggar sebuah lagi kereta di depan hingga remuk teruk menyebabkan semua mangsa tersepit.

“Kemalangan berlaku ketika hujan lebat dan dipercayai, treler itu dipandu laju menyebabkan ia gagal berhenti ketika kenderaan lain bergerak perlahan di susur keluar ke persimpangan Slim River,” katanya.
Menurutnya, Shaiful Fadzilah, isterinya, Siti Suzana Mohd Noor, 33 dan anak mereka, Fitri 6, yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa, Fikri, 6 maut ketika menjalani rawatan di Hospital Slim River

Mahu hantar anak bercuti di kampung



SLIM RIVER: “Dalam perbualan telefon dengannya semalam (kelmarin), Shaiful menyatakan hasrat menghantar semua anaknya bercuti di kampung. Bagaimanapun, hasrat itu tidak tercapai.
“Kami reda dengan apa yang berlaku dan menerimanya sebagai takdir. Buat masa ini, kami akan menjaga kedua-dua anak Shaiful,” kata Shahar Mohd Ariffin, 61, bapa Shaiful Fadzilah Shahar, 36, yang maut dalam nahas bersama isteri dan dua anaknya di sini, tengah malam kelmarin.

Dia yang ditemui di pekarangan Rumah Mayat HSR, di sini, memberitahu menerima berita kematian Shaiful dan keluarganya kira-kira jam 5 pagi selepas dimaklumkan polis lalu bergegas ke Hospital Slim River (HSR). Kata Shahar, arwah sekeluarga menetap di Taman Ekamatahari, Labu, Seremban, Negeri Sembilan dan bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat pengangkutan kargo udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Rakan sekerja yang juga jiran Shaiful, Mohd Fazli Ahmad, 40, yang ditemui di HSR berkata, kali terakhir dia bertemu jirannya itu Isnin lalu ketika di tempat kerja.

“Ketika ditemui, Shaiful berkelakuan pelik kerana tidak peramah seperti biasa kerana dia selalunya periang setiap kali kami bertemu,” katanya. Sementara itu, jenazah Shaiful Fadzilah, 36, isterinya Siti Suzana serta anak kembar mereka, Fitri dan Fikri selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Gua Badak, Lenggong, selepas disembahyangkan di masjid kampung berkenaan kira-kira jam 4.50 petang semalam.

Lebih 100 ahli keluarga, rakan kenalan mangsa serta sanak saudara hadir pada majlis pengebumian itu sebaik semua jenazah tiba di rumah keluarga mereka di sini kira-kira jam 4.20 petang selepas bertolak dari HSR pada jam 2.30 petang


Suasana sedih dan hiba jelas terpancar pada wajah sanak saudara serta ahli keluarga mangsa yang masing-masing masih terkejut dengan kejadian menimpa keluarga berkenaan


Solat hajat jadi ikhtiar

KOTA BHARU: “Hanya solat hajat saja yang menjadi ikhtiar saya ketika ini. Semalam (kelmarin) solat hajat dilakukan di tiga masjid sekitar kampung dengan harapan anak kembali pada Aidiladha ini,” kata Rokiah Jusoh, 57.
Rokiah berkata, dia dan keluarga buntu memikirkan nasib anaknya, Aminah Arifin, 24, dan bimbang kejadian buruk menimpanya selepas hilang sejak 28 Oktober lalu.

Katanya, sehingga kini keluarganya masih menanti khabar daripada pihak polis atau orang ramai yang mengenali Aminah namun hampa.
“Kebiasaannya ketika Aidiladha, saya dan suami, Arifin Umar, 60, akan berkumpul di rumah bersama enam lagi adik beradiknya yang lain.

“Setakat ini, tiada sebarang khabar berita daripada polis mahupun orang ramai yang mungkin pernah mengenalinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, Aminah dari Kampung Banggol Che Dol, Pasir Mas, dipercayai dilarikan seorang lelaki yang didakwa menyamar sebagai anggota polis.

Dia dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar ke Rantau Panjang bersama lelaki dikenali sebagai ‘Saiful Nizam’ itu pada 28 Oktober lalu


Jerat gadis tebus dosa

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru berkenalan dengan seorang gadis beberapa hari lalu tidak menyangka kekasih barunya itu adalah ahli sindiket peras ugut yang sengaja memerangkapnya sebelum memaksa membayar wang tebus dosa jika mahu dibebaskan.
Kumpulan dianggotai gadis berkenaan bersama beberapa lelaki lain dikesan sengaja menggunakan taktik itu sebagai umpan untuk memikat mangsa selain menjalin hubungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum mengajak mangsa bertemu.

Sebaik bertemu, anggota lelaki kumpulan itu akan muncul sebelum menyalahkan mangsa dengan menuduhnya mengganggu gadis itu yang didakwa teman wanita salah seorang daripada mereka.
Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta dikatakan baru mengenali seorang gadis beberapa hari lalu sebelum mereka saling berbalas SMS.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Sunway, Subang Jaya mendakwa menerima SMS daripada gadis itu kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

“Gadis terbabit sengaja mengatakan rindu kepada mangsa kemudian mengajak bertemu di sebuah kelab malam di ibu kota. “Mangsa yang teruja dengan godaan gadis berkenaan segera memandu kereta untuk bertemu dengannya tanpa mengetahui mengenai latar belakang gadis itu dengan tepat


“Mangsa yang tiba ke lokasi dijanjikan di Jalan Doraisamy, sejam kemudian segera keluar dari kenderaan sebelum bersalaman dengan gadis terbabit tanpa curiga,” katanya.

Namun mangsa terpinga-pinga apabila muncul lima lelaki tidak dikenali yang bertindak mengepungnya. Salah seorang daripada mereka merampas kunci kereta selain berpura-pura menuduh mangsa perampas kekasih orang.
“Salah seorang lelaki itu sengaja mengajukan soalan mengapa mangsa sengaja menyentuh gadis yang didakwa miliknya. “Mangsa cuba memberi penjelasan namun kumpulan itu enggan mendengar alasan sebelum menyerang mangsa.

“Kumpulan itu sengaja menumbuk kepala dan tubuh mangsa beramai-ramai sebelum mengugut mangsa membayar wang tebus dosa sebanyak RM3,600 jika mahu dibebaskan,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak membawa wang sebanyak itu dan hanya memiliki wang RM1,800 dalam dompetnya. “Suspek merampas semua wang mangsa sebelum memulangkan kunci kereta. Kumpulan itu melarikan diri bersama gadis terbabit yang langsung tidak membantu mangsa ketika diserang.

“Mangsa yang membuka kereta bagaimanapun terkejut apabila mendapati minyak wangi dan pelbagai barang berharga di dalam kenderaannya hilang. “Mangsa yang kerugian lebih RM4,000 kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Susulan laporan kejadian peras ugut itu, polis segera menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana jenayah rompakan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan

No comments:

Post a Comment