Thursday, December 9, 2010

ADAT BERNIAGA..TAK UNTUNG...RUGI...MASA UNTUNG SENYAP....ADA YANG BERNIAGA TIADA BERSAING PUN KATA RUGI.....TENAGA NASIONAL...PERNIAGAAN YANG TIADA PERSAINGAN LANGSUNG....

NEGARA


Tidak tahan tanggung rugi


Kewujudan bas RapidKL dikatakan turut menyumbang kepada kerugian operasi 130 syarikat bas henti-henti di seluruh negara sejak 15 tahun lalu. - Gambar hiasan


SEREMBAN – Kerajaan diminta mengambil alih pengurusan kesemua 130 syarikat bas henti-henti di negara ini yang kini mengalami kerugian operasi akibat ketidakadilan dasar sedia ada termasuk saingan daripada syarikat bas yang dikuasai kerajaan.
Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, langkah tersebut juga bertujuan untuk membela nasib kira-kira 8,000 pekerja yang mungkin hilang pekerjaan.
Beliau berkata, saingan yang tidak adil dengan syarikat pengangkutan bas kendalian kerajaan terutama bas RapidKL dan RapidPenang semakin memburukkan keadaan.
“Ahli-ahli kami tidak menerima bantuan daripada kerajaan, jadi macam mana mereka hendak memberi perkhidmatan yang baik,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha bas seluruh negara di sini semalam.



NEGARA


Syarikat menang saman RM1 bilion


ALLY AZWIN menunjukkan kertas penghakiman kes saman terhadap kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Selepas tujuh tahun menanti, sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu), akhirnya memenangi kes saman berjumlah RM1 bilion terhadap kerajaan negeri Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini.
Saman itu dibuat berikutan dakwaan kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri yang dipimpin Pas berkaitan konsesi pembalakan di kawasan Empangan Kedua Hulu Terengganu pada tahun 2003.
Dalam penghakiman pada 27 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak defendan mengembalikan wang sebanyak RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif pada tahun 2003 kepada kerajaan negeri.
Ia melibatkan bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,592 hektar.
Selain mengembalikan bayaran premium tersebut, mahkamah juga memerintahkan pembayaran faedah sebanyak RM7.55 juta dengan kadar faedah empat peratus setahun selain bayaran lesen dan cukai balak berjumlah RM166,432.86 kepada plaintif.
Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.




TERKINI


Pelajar maut selepas selesai ambil SPM

10/12/2010 11:44am

IPOH - Seorang pelajar yang baru selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28.6 Jalan Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungai Siput di sini, semalam.
Ketua Polis Trafik Negeri, Supritenden Wan Abdullah Wan Ishak berkata, Mohd. Azam Ahmad Loothpi, 17, dari Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput, mati di tempat kejadian dalam nahas pada 4.30 petang itu.
Pelajar Sekolah Menengah Toh Muda Abdul Aziz itu mengalami cedera parah di badan dan kepala. Mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.
Wan Abdulah berkata kejadian berlaku ketika motosikal Mohd Azam merempuh belakang sebuah kereta yang membelok ke kanan jalan.
"Akibat itu, dia jatuh dan dirempuh sebuah kereta lain,” katanya.
Ketika kejadian, Mohd. Azam dalam perjalanan ke rumahnya selepas selesai mengambil peperiksaan SPM di sekolahnya. - Bernama



NEGARA


Dipenjara 4 tahun kerana RM10


NIK KHAIRUL diiring keluar dari
Mahkamah Sesyen Kuantan semalam.


KUANTAN – Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.
Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.
Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.
Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.



NEGARA


Meninggal dunia selepas tunai haji


KERETA yang dipandu Sulaiman terbabas sebelum terjatuh ke tebing setinggi 15 meter dalam kemalangan di Batu Pahat, Johor semalam.


BATU PAHAT - Tiga maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terjatuh ke tebing setinggi 15 meter di Kilometer 124.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh-Yong Peng di sini semalam.
Kejadian pukul 10 pagi itu menyebabkan Sulaiman Besah@Kitam, 46, dari Bukit Antarabangsa, Ampang, Mohd. Ranoorsyam Abdul Razak, 27, dari Tumpat, Kelantan dan Md. Fuat Ahmad, 53, dari Kelana Jaya, Selangor mati selepas tersepit dalam kenderaan.
Difahamkan tiga sahabat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru atas urusan perniagaan.
Sulaiman ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Maju Nusa Sdn. Bhd., iaitu syarikat berkaitan perunding teknologi maklumat dan komunikasi di ibu kota. Dia baru sahaja memulakan tugas selepas pulang daripada mengerjakan haji pada 1 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Camry yang dipandu



Tabung ihsan Nurul dilancar


MOHD. PUAD (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada Nurul Dahyatul Fazlinda di Kuala Terengganu semalam. Turut kelihatan ibunya, Che Ku Huzaimah (kanan).


KUALA TERENGGANU - Penderitaan yang dialami mangsa simbahan asid, Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, terus mendapat pembelaan.
Semalam Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) tampil dengan inisiatif menubuhkan Tabung Ihsan Kembali Ke Sekolah untuk kanak-kanak itu.
Tabung tersebut diwujudkan bertujuan meringankan beban keluarga Nurul Dahyatul Fazlinda kerana pelajar itu akan memulakan sesi persekolahan baru dan meneruskan rawatan muka pada Januari depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kejadian yang menimpa Nurul merupakan satu isu besar yang memerlukan penglibatan semua pihak dalam usaha memastikan kanak-kanak malang itu tidak tercicir daripada mendapat pendidikan.
"Secara peribadi saya cukup tersentuh apabila mendengar berita yang menimpa Nurul kerana dia telah menjadi mangsa kepada krisis hubungan ibu dan ayahnya sendiri," katanya selepas merasmikan majlis pelancaran tabung tersebut di sini semalam


NEGARA


Kastam tahan wanita Zambia


MATRANG (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan plastik dipercayai mengandungi syabu yang disembunyikan di dalam salah satu bagasi di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Taktik licik seorang wanita warga Zambia menyembunyikan dua kilogram syabu bernilai RM500,000 di celah bagasi mengundang padah apabila dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas dekat sini kelmarin.
Tangkapan pada pukul 10 malam itu dilakukan oleh pegawai Kastam dari Cawangan Narkotik, Jabatan Kastam Diraja Pulau Pinang sebaik pesawat yang dinaiki pendandan rambut berusia dalam lingkungan 30-an itu mendarat di lapangan terbang tersebut.
Pengarahnya, Datuk Matrang Suhaili berkata, sebaik pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui dua bungkusan plastik mengandungi ketulan kristal di dua ruang tersembunyi dalam salah satu daripada tiga bagasi yang dibawanya.
“Selepas diteliti, kita dapati ketulan itu dipercayai syabu bernilai RM500,000 yang diletakkan di bahagian berasingan di dalam beg tersebut.
“Siasatan awal mendapati wanita tersebut menaiki pesawat dari Johannesburg, Afrika Selatan pada 7 Disember lalu dan tiba di Hong Kong pada hari sama sebelum tiba di sini,” katanya kepada pemberita di Wisma Kastam di sini semalam


DUNIA


Video seks Cut Tari akan ditayangkan di mahkamah




JAKARTA - Video seks yang melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel dan wanita mirip pengacara program hiburan, Cut Tari (gambar) akan disiarkan semasa perbicaraan, lapor akhbar Kompas semalam.
Cut Tari merupakan salah seorang saksi kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham.
Ariel dituduh mengedarkan video seks terbabit.
"Video itu akan ditayangkan di mahkamah. Justeru, mental Cut Tari harus kuat kerana dia akan ditanya siapa lelaki itu," kata peguamnya, Hotman Paris Hutapea.
Apabila mengetahui video tersebut akan ditayangkan sekali lagi, Cut Tari mengaku dia berasa malu.
"Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan mengorek luka saya yang paling dalam.
"Sudah enam bulan saya berusaha untuk melupakannya dan meneruskan hidup.
"Banyak pengajaran yang telah saya ambil," kata Cut Tari yang sudah berkahwin.
Walaupun sukar, Cut Tari terpaksa memberi keterangan. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Ariel, Cut Tari menjawab: "Harus bersedia kerana ini bukannya kali pertama. Ini sudah kali kedua sejak disoal siasat dahulu." - Agensi


DUNIA


Wanita 317.51kg berusaha kurangkan berat badan


TERRI SMITH kini cuma berbaring di rumahnya di Shaker Heights, Ohio.


COLUMBUS, Amerika Syarikat - Seorang wanita seberat 317.51 kilogram (kg), Terri Smith mula berusaha mengurangkan berat badan supaya dia boleh menjalani pemeriksaan otak dengan menggunakan mesin imbasan bagi mengesan tumor, lapor sebuah akhbar semalam.
Terri, 49, yang dipercayai wanita paling gemuk di dunia kini hanya berbaring di rumahnya di Shaker Heights, Ohio kerana dia tidak boleh berdiri dan bergerak.
Dia bergantung kepada suaminya, Myaron, 55, dan anak perempuannya, Najah untuk membantunya mandi, memakai pakaian dan makan.
Semasa umurnya tujuh tahun beratnya ialah 50.80kg dan ketika berusia 20 tahun, berat badannya meningkat lebih 113.39kg.
Dia bekerja sebagai pekerja kesihatan mental selama 20 tahun.
Selepas berkahwin dengan suaminya pada 1986, berat badannya semakin meningkat.
Dia berasa bertuah kerana mempunyai suami yang masih mahu menjaganya.
Berat badannya perlu diturunkan kerana mesin pengimbas otak tidak sesuai untuk wanita yang memiliki saiz besar sepertinya. - Agensi




DUNIA


Pengasas Facebook janji buat sumbangan


Mark Zuckerberg


NEW YORK – Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Facebook, Mark Zuckerberg, 26, merupakan antara 17 bilionair Amerika Syarikat (AS) yang berjanji untuk mendermakan sebahagian besar kekayaan mereka untuk tujuan amal.
Projek yang dilancarkan pada tahun ini oleh bilionair Warren Buffett dan Bill Gates dilaporkan menyenaraikan seramai 57 inidividu dan keluarga lain yang telah menandatangani ikrar tersebut.
“Ramai yang menunggu sehingga saat-saat akhir kerjaya untuk memberikan sumbangan.
“Kenapa harus tunggu lagi jika sudah ada kelebihan untuk melakukannya,” kata Zuckerberg yang kekayaannya dianggarkan AS$6.9 billion (RM21.7 billion) oleh majalah Forbes.
Buffett memberitahu, ilham melibatkan bilionair itu diperoleh apabila majalah Forbes menyenaraikan 400 bilionair AS.
– AFP



DUNIA


Peminat Bieber sembunyi dalam lori sampah


JUSTIN BIEBER


LOS ANGELES - Para peminat penyanyi remaja kelahiran Kanada, Justin Bieber, 16, sanggup bersembunyi di dalam lori sampah semata-mata untuk bertemu dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam satu temu ramah eksklusif, Bieber yang dilahirkan di Stratford, Ontario, Kanada menyatakan empat gadis remaja bersembunyi di dalam lori sampah supaya mereka boleh menyelinap ke dalam bangunan tempat dia muncul dalam satu program televisyen di Duesseldorf, Jerman pada minggu lalu.
Menurutnya, pekerja-pekerja sampah menemui gadis itu semasa mereka bekerja.
Bagaimanapun, dia terpaksa membatalkan kemunculannya dalam program televisyen pada Sabtu lalu itu selepas seorang peserta, Samuel Koch, 23, cedera ketika membuat persembahan lagak ngeri.
Beiber berkata, dia tidak pernah gementar ketika menyanyi di depan 80,000 penonton.
Selain itu, Bieber yang meminati kelab bola sepak Chelsea menganggap pemain bola sepak England, David Beckham sebagai mesra selepas menemuinya.
Bagaimanapun, dia yang meminati pemain bola sepak kelab Manchester United, Wayne Rooney berkata, dia hanya gementar ketika bertemu dengan gadis.
Bieber berkata, dia mahu menjadi ikon remaja dan akan melakukan perkara-perkara yang baik sahaja. - Agensi



DUNIA


Gambar separuh bogel Aguilera tersebar


CHRISTINA AGUILERA


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Christina Aguilera berang apabila beberapa gambar separuh bogelnya tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang jurucakap penyanyi itu, gambar tersebut disebarkan selepas seorang penggodam menggodam akaun yang digunakan Aguilera untuk berurusan dengan seorang perunding imej peribadi.
"Gambar-gambar itu dirakamkan di rumah Aguilera dan hanya digunakan semasa berurusan dengan perunding imej peribadinya," kata jurucakap tersebut.
Salah satu gambar itu menunjukkan Aquilera memakai berlian dalam keadaan separuh bogel.
Ada juga gambar menunjukkan penyanyi itu memakai baju T tanpa memakai coli.
"Kami akan mengenal pasti pengodam tersebut dan mencarinya kerana perbuatan itu keji," jelas jurucakap tersebut. - Agensi




DUNIA


Pengantin baru berang kualiti rendah kostum Avatar


DUA pekerja perhutanan yang memakai kostum seperti watak dalam filem Avatar bergambar bersama beberapa pengantin wanita di banjaran gunung Wu Lingyuan, selatan China baru-baru ini.


BEIJING - Beberapa pengantin perempuan berasa marah selepas mendapati dua pekerja di banjaran gunung Wu Lingyuan, selatan China tidak memakai kostum sebenar watak makhluk biru dalam filem Avatar, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengantin-pengantin perempuan itu menyangka kostum yang dipakai dua pekerja itu adalah tulen menyebabkan mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk pakej perkahwinan di kawasan tersebut.
Banjaran gunung Wu Lingyuan itu dikatakan digunakan oleh James Cameron untuk menghasilkan set planet fantasinya dalam filem arahannya, Avatar.
Seorang pengantin perempuan, Xiao Tsao berkata: "Dua Navi (lelaki yang memakai kostum watak Avatar berkualiti rendah) merupakan pekerja perhutanan yang cuma memakai seluar dalam panjang dan topeng tidak tulen. Ia amat menyedihkan."
Namun, seorang jurucakap pihak berkuasa perhutanan berkata: "Kami bukannya pakar dalam bidang kesan khas. Apa yang kami beri keutamaan ialah kecantikan lanskap keindahan kami." - Agensi



DUNIA


Saiz harimau semakin kecil


GAMBAR fail menunjukkan seekor harimau Bengal terjun ke dalam sungai dekat kawasan hutan di Sundarban, India pada 24 Februari lalu.


KOLKATA - Saiz harimau Bengal kini didapati semakin kecil akibat perubahan persekitaran habitat haiwan itu, menurut satu kajian terbaru.
Menurut satu kajian yang dilakukan beberapa pegawai hidupan liar India, berat beberapa harimau di kawasan berpaya Sunderban di sempadan Bangladesh didapati semakin ringan berbanding sedekad lalu.
"Kami terkejut kerana harimau yang kelihatan sihat hanya seberat 98 kilogram (kg)," kata Pengarah Kawasan Simpanan Harimau di Sunderban, Subrata Mukherjee.
"Purata berat harimau dewasa sepatutnya tidak lebih 140kg," tambahnya.
Selain aktiviti pencerobohan, pakar-pakar menyalahkan peningkatan paras laut yang meningkatkan kadar garam di paya Sunderban sebagai punca berat haiwan itu berkurangan. - AFP

No comments:

Post a Comment