Wednesday, December 8, 2010

TERUKNYA KEFAHAMAN AGAMA ISLAMNYA...BAIK HAJI KAHAR MENGAKU RASUL..SENANG DAKWA...INI TAK MENGAKU RASUL...TAPI BERLAGAK PANDAI...ADAKAH BERHAK MEMBATAL NIKAH YANG SAH....ADAKAH SUKA BERZINA DARI NIKAH...ELOK JANGAN BERCAKAP AGAMA ...KALAU TAK RETI...BERI MUFTI2 CAKAP....INI DIKATA JAHIL MURAKAB...BODOH TAK BOLEH DIAJAR...PANDAINYA TAK BOLEH DIIKUT.....

Gesaan tamatkan kahwin bawah umur ditolak
Dis 8, 10 7:38pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan agar perkahwinan kanak-kanak diharamkan meskipun ramai yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun baru-baru.

Siti Maryam Mahmod dilaporkan bernikah dengan seorang guru berusia 23 tahun, Abdul Manan Othman minggu lalu dalam perkahwinan berama-ramai di sebuah masjid utama setelah diberi kebenaran oleh Mahkamah Syariah.

Masyarakat Islam di bawah umur 16 tahun dibenarkan berkahwin jika mereka mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah yang setaraf dengan mahkamah sivil di negara ini.

NONEMenurut Nazri, kerajaan tiada rancangan untuk meminda undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur itu kerana amalan itu dibenarkan mengikut Islam.

"Jika agama membenarkannya, kita tidak boleh meminda undang-undang bagi menentangnya,” kata Nazri pada sidang akhbar di lobi parlimen.

"Islam membenarkan asalkan gadis itu telah akil baligh dan telah mempunyai haid,” katanya.

Perkahwinan Siti Maryam itu dikatakan menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada Menteri, Wanita, Keluarga, Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berkeras berkata kerajaan tidak menyokong amalan itu.

Kumpulan aktivis pula mahu undang-undang itu dipinda kerana sering menjadi amalan dan dikatakan antara 16,000 gadis Malaysia di bawah umur 15 tahun sudah berkahwin.

- AFP

No comments:

Post a Comment