Wednesday, December 8, 2010

JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN LELAKI YANG TAK DIKENALI...SAUDARA MARA PUN BOLEH TIPU...DUIT ABIS...MARUAH ABIS...IKUT HUKUM ALLAH...TAU MANA HARAM ...MANA TAK HARAM....INSYAALLAH SELAMAT....BERDUA2AN SEMUA TAHU HARAM...PI BUAT PA.....

 Jerat cinta lelaki Pakistan



KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja ditipu puluhan ribu ringgit, malah sudah terlanjur dengan lelaki warga asing dari Pakistan yang kononnya mahu berkahwin dan memberikan kesenangan kepadanya.
Semuanya bermula melalui perkenalan di sebuah laman sosial Julai tahun lalu sebelum dia jatuh cinta selepas dijanjikan kemewahan luar biasa kepadanya.

Perkenalan dengan lelaki dikenali dengan nama Malik, 24, pada mulanya hanya atas dasar kawan sebelum lelaki itu cuba memikat wanita berusia 26 tahun itu bagi membantunya dalam perniagaan yang kononnya bakal mendapat keuntungan luar biasa.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ida, ketika dihubungi berkata, dia kenal lelaki berkenaan yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara manakala dia ketika itu sudah bekerja di sebuah syarikat petroleum.

Katanya, selepas beberapa lama berkenalan, lelaki itu mula menceritakan perniagaan dan pelaburan yang kononnya menjamin keuntungan berlipat ganda dan mahu dia membantunya. “Dia mula meminta saya membantunya dalam perniagaan dan memperkenalkan saya dengan tiga lagi rakan serta saudaranya yang juga pelajar dan masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar.

“Mereka meminta saya membuka sebuah syarikat perniagaan menggunakan nama saya dan dijanjikan kedudukan pengarah di syarikat berkenaan,” katanya

Dalam tempoh setahun itu Malik menggunakan hampir RM11,000 wang Ida dan berjanji membayarnya, namun janji hanya tinggal janji.

Menurutnya, dia mula sedar ditipu pada Oktober lalu apabila lelaki itu gagal dihubungi.
Katanya, syarikat yang didaftarkan atas namanya itu juga tidak beroperasi dan percaya lelaki itu hanya mahu menggunakannya bagi mendapatkan wang serta membuka syarikat berkenaan.

“Saya juga memberi kereta Proton Persona milik saya kepadanya konon untuk kegunaan perniagaan kami, namun dia menggunakannya bagi disewakan kepada pelanggan untuk mendapatkan wang poket.

“Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dia mula menjauhkan diri dan keluar dari rumah yang kami tinggal bersama di Kondominium Villa Putra di sini,” katanya.

Ida berkata, mereka tinggal bersama sejak pertengahan tahun lalu dan terlanjur akibat pujuk rayu mahu menjadikan dirinya isteri dalam masa terdekat, namun selepas bertanyakan perkara berkenaan, lelaki itu mula memberi alasan tidak munasabah.

Katanya, ia lebih buruk apabila mendapat tahu seorang gadis tempatan yang juga teman wanita rakan lelaki itu yang dikenali dengan nama Waheed Abas juga sudah mengandung akibat termakan janji manis rakannya itu dan terpaksa menggugurkan kandungannya.

Ida berkata, dia mengambil tindakan membuat laporan polis kerana bimbang ramai lagi gadis tempatan menjadi mangsa lelaki berkenaan mendapatkan wang dan memuaskan nafsu mereka.

Menurutnya, dia membuat dua laporan polis pada Oktober dan bulan lalu berkenaan penipuan empat lelaki warga asing berkenaan dan mahu polis mengambil tindakan sewajarnya sebelum lebih ramai wanita lain terjebak



'Tuduhan keterlaluan'



KUALA LUMPUR: “Saya reda dengan segala tuduhannya, saya bukan manusia yang sempurna dan pasti melakukan kesilapan, namun saya sedih kerana ada tuduhan yang keterlaluan dan tidak benar sama sekali,” kata seorang bekas anggota kumpulan rock terkenal era 90-an yang didakwa menyebabkan hidup seorang wanita sengsara sejak empat tahun perkenalan mereka.
Pemain gitar berusia 38 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia tidak mahu mengiyakan atau menafikan semua tuduhan itu kerana tidak mahu memanjangkan perkara terbabit.

“Ada (tuduhan) yang benar dan ada juga yang salah sama sekali, tetapi biarlah selagi dia rasa dengan berbuat demikian dia mampu meluahkan kemarahan dan ketidakpuasan hati.
“Saya percaya ada hikmah di sebalik perkara ini, Tuhan itu maha adil dan setiap orang ada bahagiannya. Jika saya menjawab tuduhan hari ini, mungkin esok dia akan membalas pula dengan kenyataan lain, sampai bila perkara ini akan berakhir,” katanya yang dihubungi semalam.

Dia turut mengakui sedih dengan kenyataan wanita itu yang mendakwa mereka berkawan kerana menerusi hubungan itu dia mendapat pekerjaan.

“Dalam kenyataannya, dia berkata sayang dan cintakan saya, tetapi kenapa sampai begitu sekali menuduh saya. Kalau ada orang mahu memberi pekerjaan memang saya terima kerana itu rezeki saya dan tuduhan itu membuatkan saya amat terkilan,” katanya

Mengenai dakwaan dia mengambil barangan rumah wanita itu, pemain gitar berkenaan berkata, dia hanya menolong menyimpan barangan itu sementara wanita itu mendapat kuarters kediaman tahun depan.

“Dia keluar dari rumah dan menumpang di kediaman rakan. Kami sudah berbincang dan saya bersedia menyimpan buat sementara waktu kerana rumah kawannya itu tidak ada ruang,” katanya. Sementara itu, wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 30-an, berkata dia membuat laporan polis bukan sebab menuduh pemain gitar itu melarikan barang rumahnya sebaliknya risaukan keadaan barangan itu.
“Buat masa sekarang, saya hanya mahu memulakan hidup baru. Saya juga memintanya memaklumkan saya sehari awal sebelum menghantar semua barang itu,” katanya yang dihubungi semalam.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penggiat industri hiburan yang hanya mahu dikenali sebagai Mas mendakwa hidup sengsara selepas bercinta dengan seorang bekas anggota kumpulan rock terkenal itu kerana dipukul dan wangnya dikikis. Mas mendakwa pemain gitar itu berbaik dengannya kerana dia banyak membantu mengadakan persembahan selain menyara hidup lelaki itu.

Dia juga mendakwa, baru-baru ini, lelaki itu melarikan semua barang miliknya yang ditempatkan di rumah sewanya di Bukit Jalil, di sini, selepas membenarkan kekasihnya itu menumpang sementara waktu di situ. Menurutnya, dia tidak tinggal di rumah sewa itu dan hanya menempatkan semua barangan sementara menunggu kuarters.

“Selepas saya memperoleh kuarters baru-baru ini, dia menghubungi saya menawarkan diri mahu membantu memindahkan barang, tetapi barangan rumah seperti set televisyen, sofa, meja makan, almari, peti ais dan mesin basuh tidak sampai kepada saya,” katanya


Pelajar mahu ke rumah ibu hilang



KOTA BHARU: Seorang pelajar sekolah agama yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah di Kampung Padang Rokma, Wakaf Bharu, sejak Ahad lalu.
Sebelum kejadian, pelajar itu, Nurul Shaziena Kamaruddin (gambar), 18, dikatakan mahu ke rumah ibunya di Pasir Tumboh, di sini, selepas keluar dari rumah bapanya kira-kira jam 10 pagi.

Menurut bapanya, Kamaruddin Hassan, 46, anaknya memang selalu berulang-alik antara rumahnya dan rumah bekas isteri, Rola Rina, 37, selepas mereka bercerai 10 tahun lalu.
“Dia keluar jam 10 pagi dengan menaiki bas sebelum menghubungi saya jam 4 petang memberitahu ingin ke rumah ibunya.

“Keesokan harinya, saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, tetapi tidak dijawab. Apabila menghubungi bekas isteri, saya terkejut kerana dia memberitahu anak kami tidak ke rumahnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia kemudian membuat laporan berhubung kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu di Balai Polis Wakaf Bharu pada jam 12 tengah hari kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami klasifikasikan kes ini sebagai manusia hilang dan inkuiri polis sudah dibuka untuk siasatan,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi Balai Polis Wakaf Bharu di talian 09-7196222 atau Kamaruddin, 014-5209617 dan 012-9631973.

No comments:

Post a Comment