Thursday, December 9, 2010

APABILA TAK MALU BERZINA...MUNGKAR DAN MAKSIAT SUDAH JADI LUMRAH...TAK MALU PADA MANUSIA SERTA ALLAH YANG MENCIPTANYA.....

Luna tidak stres



LUNA...sulit jalani hidup seharian.
LUNA...sulit jalani hidup seharian.
JAKARTA: Walaupun berdepan dengan perbicaraan yang boleh mendedahkan pelbagai rahsia peribadinya, Luna Maya menganggap isu klip video lucah bersama Ariel Peterpan tidak membebankan.
Bagi Luna, dia melihat dirinya sebagai mangsa dalam kes berkenaan dan bukan sebagai individu yang bertanggungjawab menyebarkannya kepada pihak lain.

“Saya hanya mangsa, justeru tiada rasa bebanan ketika ini,” katanya.

Walaupun begitu, menurut bekas model iklan sabun Lux itu, dia mengakui kes berkenaan sangat mempengaruhi rutin hariannya.

Ulat buku gila judi Internet



KUALA LUMPUR: Golongan remaja dikesan semakin galak bertaruh judi bola melalui Internet sehingga ada yang sanggup berhutang along semata-mata untuk memenuhi keinginan berjudi itu.
Fenomena terbaru itu dianggap membimbangkan apabila gejala perjudian dan pertaruhan bola sebelum ini hanya dikaitkan dengan golongan dewasa, tetapi kini, remaja mula berjinak-jinak untuk mencuba.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata sejak awal tahun ini, pihaknya menerima tujuh aduan membabitkan kerugian mencecah lebih RM800,000.
Dalam kes terbaru, seorang ibu tidak mampu menanggung bebanan hutang anak lelakinya akibat kalah dalam perjudian bola di Internet.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Yong, 45, dari Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya, di sini, mendakwa anak lelaki sulung daripada dua beradik itu mula berjinak-jinak dalam permainan judi Internet selepas menuntut di sebuah kolej swasta.

Difahamkan, anak lelakinya, Ah How, 21, terbabit dalam perjudian itu sejak awal Julai lalu kerana terpengaruh rakan sebaya hingga menyebabkan dia ketagih dengan permainan itu. “Saya mendapat tahu anak saya menyertai perjudian itu selepas seorang pengutip hutang menghubunginya dan memberitahu Ah How berhutang dengan mereka.

“Saya pada mulanya amat terkejut kerana anak saya ulat buku dan tidak pernah pergi ke pusat Internet. Namun, apabila ditanya mengenai hutang along itu, dia mengakui meminjam along untuk berjudi bola,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Beliau yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan mendakwa sudah dua kali melangsaikan hutang anaknya berjumlah RM15,000 dan RM8,000.
Malah, anaknya yang berkelulusan diploma perniagaan turut menghabiskan wang pelaburannya berjumlah RM15,000 untuk berjudi. “Dia berjanji mahu berhenti bermain judi bola itu, tetapi pada 2 Disember lalu, saya menerima panggilan telefon daripada along yang memperkenalkan diri sebagai Ah Boon memberitahu anak saya berhutang RM26,500.

“Saya menghubunginya (anak), namun gagal. Dia menghilangkan diri kerana takut gangguan along terbabit. Dia juga menghantar SMS memaklumkan mahu bekerja untuk melangsaikan hutangnya itu,” katanya.



Bantu kembali ke pangkal jalan


KUALA LUMPUR: “Ada sedikit perubahan pada Suzie berbanding hari pertama dia di rumah ini, dulu berpakaian seksi, tetapi kini memakai pakaian muslimah,” kata pengasas Kem Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, 45, mengenai perubahan Suzie.
Beliau berkata, bukan mudah mengubah seseorang yang sudah 17 tahun bergelumang maksiat hingga kini mengandung anak luar nikah, namun pihaknya kini sedaya upaya memulih akidah dan rohani Suzie supaya menjadi wanita solehah.

“Kami cuba membantunya kembali ke pangkal jalan walaupun tugas ini sukar memandangkan pekerjaan Suzie sebelum ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya memerlukan tempoh masa lama untuk memberi pemahaman mengenai Islam dan adat Melayu kepadanya.


“Suzie datang daripada keluarga yang agak pincang, namun Alhamdulillah di sebalik kerjayanya sebagai seorang pelayan pelanggan (GRO), dia masih mampu mengucap kalimah syahadah dengan lancar dan tahu asas Islam,” katanya.

Menurut Yahya, dalam tempoh tiga minggu Suzie ditempatkan di rumah ini (Kewaja), agak sukar juga pada mulanya untuk mendidik Suzie memandangkan dia wanita yang agak keras kepala dan sukar untuk diajar.

“Namun, ini mungkin ujian Tuhan untuk kami suami isteri kerana sudah lali dengan masalah remaja yang kuat memberontak.

“Mungkin Tuhan masih sayangkan Suzie maka dia dilorongkan ke rumah ini untuk berubah dan tidak mustahil anaknya yang bakal lahir menjadi insan berguna pada agama dan negara,” katanya.



Cemburu disyaki punca bekas jururawat dibunuh



KOTA BHARU: Cemburu dipercayai menjadi punca perbalahan dalam kes bunuh membabitkan seorang pesara jururawat yang ditikam hingga maut oleh pembantu rumahnya dalam kejadian di Kampung Lubuk Tapah di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Mazlan Lazim, berkata siasatan awal tidak menolak punca kejadian terbabit berikutan layanan baik diberikan suami mangsa kepada pembantu rumah itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cemburu dengan orang gajinya. Walaupun malas, suami mangsa melayan suspek dengan elok. Mangsa syak suspek dan suaminya ada hubungan sulit.
“Pada hari kejadian, mereka berperang mulut. Perkara itu didengari jiran mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mazlan berkata, siasatan ke atas mayat mangsa mendapati suspek menikam mangsa di muka menggunakan senjata tajam dan senjata itu ditemui di bawah singki rumah mangsa.

Berikutan itu, suspek yang juga pembantu rumah warga Indonesia berusia 21 tahun terbabit direman tujuh hari bermula semalam selepas polis mendapat permohonan daripada Majistret Mahkamah Pasir Mas, Hazwanie Husain Bustar
Penahan reman itu membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga tenang ketika diiringi keluar dari mahkamah oleh dua anggota polis.
Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, seorang peniaga jam di bandar Pasir Mas, Lee Chee Keong, 30, terkejut apabila menemui ibunya, Yeap Seok Pen, 60, terbaring berlumuran darah ketika pulang ke rumah untuk menghantar nasi.

Berikutan itu, Chee Keong memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya, Lee Lai Wing, 64, yang ketika itu berada di kedai jam tangan milik keluarga mereka selain memberitahu sepupunya, Lew Bang Lai, 76, yang tinggal di rumah sebelah.

Difahamkan kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan amah yang baru diambil bekerja daripada ejen pembantu rumah di Kota Bharu sejak dua minggu lalu. Namun, suspek tiada di rumah ketika mayat Yeap ditemui.

Namun, dengan bantuan orang ramai dan kecekapan polis membolehkan pembantu rumah itu diberkas di Cabang Empat Tok Ubat, Pasir Mas, kira-kira jam 5 petang kelmarin.



Pijak kepala isteri tegur balik lambat



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang bengang selepas ditegur isterinya kerana sering pulang lewat mengamuk dan memijak kepala wanita itu di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini 1 Disember lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 20-an dan bekerja sebagai kerani sedang menonton televisyen bersama anak perempuannya.

Menurut sumber polis, sebaik suaminya pulang, mangsa terus menegur lelaki itu.
“Bagaimanapun, si suami yang tidak tahan mendengar leteran isterinya itu terus naik angin dan memarahi wanita berkenaan sebelum mereka bertengkar.

“Keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila si suami tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan,” katanya.

Katanya, tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit bertindak kejam apabila menolak dan memijak kepala isterinya

“Si suami kemudian keluar rumah meninggalkan isterinya yang ketika itu sedang merintih kesakitan.

“Mangsa yang cedera di seluruh badan kemudian ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Sumber berkata, wanita terbabit juga mengesyaki suaminya itu bertindak agresif kerana dipengaruhi dadah.

“Mangsa dikatakan tidak tahan dengan perangai suaminya itu yang sejak kebelakangan ini berperangai pelik kerana suka bergaul dengan rakan terdiri daripada penagih dadah,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis pada 2 Disember lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat wanita berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan


Helen tempelak Hollywood kerana ‘sembah kemaluan’

LOS ANGELES: Aktres Britain, Helen Mirren mengecam Hollywood semalam kerana menyembah ‘di tempat pemujaan lelaki berusia antara 18 hingga 25 tahun dan kemaluannya,’ ketika dia menerima anugerah untuk wanita dalam industri hiburan.
Pelakon itu yang terkenal kerana lakonannya dalam filem seperti ‘The Queen,’ ‘Calendar Girls’ dan yang paling baru, ‘Red,’ juga menempelak mereka yang memujinya kerana keseksiannya pada usia 65 tahun dengan berkata, ia sama sekali tidak relevan.’

“Saya begitu marah dengan kewujudan berterusan beberapa pelakon lelaki yang kurang bermutu dan pemergian beberapa pelakon wanita yang pintar,” kata Helen pada hadirin, termasuk beberapa wanita paling berpengaruh di Hollywood.

“Bagaimanapun, sebagai penghormatan kepada ramai wanita pintar dan berjaya di dewan ini, sebenarnya tidak banyak yang berubah di penerbitan filem di Hollywood yang berterusan menyembah di tempat pemujaan lelaki berusia 18 hingga 25 tahun dan kemaluannya


FPI adu aksi lucah Dewi Persik

JAKARTA: Selepas memprotes kehadiran bintang filem lucah Jepun di Indonesia, Front Pembela Islam (FPI) kini membuat aduan mengenai aksi seksi penyanyi dangdut Dewi Persik kepada polis.
Semalam, lima ahli membuat aduan di Balai Polis Metro Jaya bersama beberapa keping gambar penyanyi terkenal dengan aksi ‘goyang gergaji’ itu.

Pemimpin FPI, Habib Salim Alatas, berkata mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan. “Buktinya ada dan jelas,” katanya.
Mengukuhkan dakwaan itu, Habib Salim menunjukkan sebahagian daripada gambar berkenaan yang memaparkan seorang wanita seperti Dewi mencium pipi ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani.

Gambar lain menunjukkan wanita sama berbogel.

Habib Salim berkata, mereka memperolehnya dari laman Twitter Ahmad Dhani. - Agensi


Pesta liar perkara biasa di Saudi

RIYADH: Arab Saudi mungkin sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam ketat, tetapi di sebalik kediaman mewah ahli bangsawan negara itu tersembunyi pelbagai kejelikan seperti pesta seks, dadah dan arak.
Berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan laman sesawang WikiLeaks, cara hidup konservatif mungkin boleh dilihat di jalanan saja, tetapi secara tersembunyi, suasana malam di Arab Saudi dipenuhi aktiviti mendebarkan.

“Pelbagai jenis hiburan tersedia, termasuk pelacur, alkohol, dadah dan seks, tetapi ia berlaku secara tertutup,” kata kenyataan dibuat pada November tahun lalu itu.
Menurut kabel diplomatik itu lagi, kejelikan berkenaan berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti maksiat tidak berani bertindak apabila majlis itu dianjurkan keluarga diraja Arab Saudi.

Catatan dibuat pegawai konsulat AS itu memberikan gambaran sebuah parti Halloween diadakan dengan dihadiri kira-kira 150 orang.

Kebanyakan pengunjung, kata kabel itu, berusia di antara 20-an dan 30-an.


Suasana parti itu pula dikatakan tidak ada beza dengan pesta diadakan di luar Arab Saudi.

Katanya, setiap kali parti dianjurkan, ia dipenuhi dengan hidangan arak, pasangan muda-mudi menari secara bebas dan deejay dijemput khas sibuk menghiburkan pengunjung.
Parti Big Jeddah itu juga sering dihadiri pelacur - perkembangan baru yang semakin lazim di negara berkenaan.

Seorang daripada pengunjung pesta itu memberitahu konsulat AS berkenaan, penganjur parti itu mengadakan majlis keraian untuk meraikan keluarga bangsawan atau menjemput mereka semata-mata menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan.

Disebabkan kos menyeludup arak agak tinggi - kira-kira RM1,300 sebotol bagi vodka Smirnoff - memaksa sesetengah penganjur mengisi semula bekas berkenaan dengan arak murah tempatan. Sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Islam, sebarang aktiviti menghasilkan atau menjual arak di Arab Saudi adalah dilarang. Jika dilakukan dan ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.

Bagi pengedar dadah pula, undang-undang Arab Saudi memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah. - AFP

No comments:

Post a Comment