Tuesday, December 7, 2010

PERKATAAN ISLAM ATAU ISLAM DIGUNAKAN UNTUK PERNIAGAAN...KERANA MUDAH MELAKUKAN JUALAN...WALAUPUN AMALAN ISLAM DAN PERJUANGAN ISLAM TAK SEHEBAT MANA...ISLAM DIGUNAKAN HANYA TUJUAN NAK MELAKUKAN BARANGAN....

Kepala pecah dipijak gajah

Oleh Ramli Ibrahim

MALANG...jenazah  Muhamad Adnan  tiba di Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.
MALANG...jenazah Muhamad Adnan tiba di Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.
GUA MUSANG: “Sayu hati saya melihat kepala arwah pecah dan dadanya remuk. Kami terpaksa mengusung mayatnya sejauh hampir satu kilometer sebelum boleh dibawa pulang ke rumah dengan kenderaan kami,” kata Mohd Asri Shafie, 30.
Dalam kejadian 4.50 petang kelmarin, rakannya, Muhamad Adnan Iberahim, 26, menemui ajal selepas dipijak sekumpulan gajah liar di Hutan Bering, dekat Pos Pasik.

Sebelum kejadian, mangsa yang mencari buah keranji bersama empat rakannya di hutan itu berdepan saat getir apabila dikejar sekumpulan gajah liar.

Bagaimanapun, empat daripada mereka bernasib baik kerana terselamat manakala mangsa gagal berbuat demikian apabila dipijak kumpulan gajah yang dianggarkan berjumlah enam atau tujuh ekor itu menyebabkan dia cedera parah

Menceritakan kejadian itu, Mohd Asri berkata, mereka berlima ke hutan itu kira-kira jam 8 pagi untuk mencari buah keranji untuk dijual.

“Setibanya di hutan itu, kami meletakkan kenderaan pacuan empat roda dan berjalan kaki beramai-ramai. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, kami terserempak sekumpulan gajah liar dan haiwan itu menjerit sambil mengejar kami.

“Situasi itu menyebabkan saya bersama arwah dan tiga rakan bertempiaran melarikan diri ke pelbagai arah bagi mengelak dikejar kumpulan gajah liar yang seperti naik minyak,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, selepas kumpulan gajah terbabit lesap daripada pandangan, mereka berkumpul di satu tempat di hutan itu namun gagal menemui Muhamad Adnan yang turut lari menyelamatkan diri.

“Melihat dia tiada dan keadaan kembali seperti biasa, kami mengambil tindakan segera mencarinya dengan berpatah balik ke laluan gajah terbabit sebelum menemui rakan kami itu dalam keadaan parah,” katanya.

Menurutnya, dia bersama rakan terpaksa mengusung mayat arwah hampir satu kilometer untuk dibawa balik dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana tidak sanggup tinggal di situ untuk menunggu polis tiba.

“Kami berempat mengusung mayat arwah untuk dibawa pulang ke rumah dan membuat laporan di Balai Polis Bertam sebelum polis membawa mayat itu ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kalau kami terus berada di hutan itu, kemungkinan akan mengambil masa lebih lama sementara menunggu polis tiba,” katanya.

Bapa arwah, Iberahim Omar, 57, pula berkata, dia tinggal di Kampung Lata Rek, Kuala Krai manakala anak sulung daripada enam beradik itu tinggal bersama bapa saudara di Kampung Bertam Lama dan bekerja mengambil upah menebas ladang.

“Saya tidak tahu dia masuk hutan mencari buah keranji dan hanya mengetahui kejadian itu jam 6.30 petang sebaik menerima panggilan telefon daripada adik, Ismail Mohamad, 42, dan terus bergegas ke HGM,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat


'Mak saya disembelih'

Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Adnan Mohamad

ANGKAT...polis mengangkat mayat  Yeap ke dalam lori polis, semalam.
ANGKAT...polis mengangkat mayat Yeap ke dalam lori polis, semalam.
KESAN...anjing pengesan  mencari bukti di tempat kejadian, semalam.
KESAN...anjing pengesan mencari bukti di tempat kejadian, semalam.
PASIR MAS: “Mak saya kena sembelih!” jerit seorang peniaga, Lee Chee Keong, 30, kepada sepupunya, Lew Beng Lai, 76, sebaik melihat ibunya ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Kampung Lubok Tapah, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, Lee yang pulang ke rumah untuk menghantar nasi bungkus kepada ibunya, Yeap Seok Pen, 60, terkejut apabila disajikan kejadian memilukan menimpa pesara jururawat terbabit.
Berikutan itu, Chee Keong memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya, Lee Lai Wing, 64, yang ketika itu berada di kedai jam milik keluarga mereka di bandar ini, selain memberitahu Lew yang tinggal di sebelah rumah.

Difahamkan, kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan amah yang baru diambil bekerja daripada ejen pembantu rumah di Kota Bharu sejak dua minggu lalu. Pembantu rumah itu didapati tiada di rumah ketika mayat Yeap ditemui.



Namun, dengan bantuan orang ramai dan kecekapan polis membolehkan pembantu rumah warga Indonesia berusia 20-an itu diberkas di Cabang Empat Tok Uban, di sini, kira-kira jam 5 petang.

Suspek dibawa sekumpulan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Menceritakan kejadian itu, Lew berkata, dia yang duduk di depan rumah bersama anak saudaranya terkejut sebaik mendengar jeritan saudaranya itu.

“Saya terperanjat apabila sepupu beritahu ibunya mati disembelih. Mulanya macam tidak percaya, tetapi keadaannya ketika mengungkapkan perkataan terbabit menyebabkan saya berdebar-debar.

“Sambil berdiri di pagar rumah, Chee Keong menghubungi ayahnya yang berniaga di kedai jam tangan di bandar ini selain melaporkan kepada polis,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, dia pergi ke rumah terbabit dan mendapati mangsa terlentang dan berlumuran darah di kepala.

Katanya, mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama tiga ahli keluarganya termasuk suami dan dua anak lelaki mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.

“Mereka sekeluarga baru mengambil pembantu rumah itu dua minggu lalu.
Tujuannya untuk menjaga mangsa kerana keadaannya tidak begitu sihat dan perlu penjagaan rapi,” katanya.

Chee Keong yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit, bagaimanapun mengesahkan kejadian menimpa ibunya itu disedari sebaik menghantar makanan tengah hari ke rumah kira-kira jam 2 petang.

“Pagi sebelum kejadian, saya dan bapa meninggalkan ibu dalam keadaan baik di bawah penjagaan pembantu rumah. Dia seorang yang rajin dan mendengar kata.

“Saya amat terkejut melihat ibu dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu dan berlumuran darah di muka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Mazlan Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari selepas seorang anak mangsa pulang ke rumah bagi menghantar makanan kepada mangsa.

Beliau berkata, mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Kampung Lubuk Tapah, di sini, dan dipercayai ditikam penyerang yang juga pembantu rumahnya iaitu seorang wanita berusia 21 tahun.

Katanya, mangsa yang juga bekas kakitangan sebuah klinik pergigian di Pasir Mas menghidap Parkinson sejak beberapa tahun lalu.

“Setakat ini kami masih menyiasat motif kejadian dan menyoal siasat anak lelaki mangsa yang menemuinya terbaring di dalam rumah.

“Maklumat awal mengatakan ada jiran terdengar bunyi bising seolah-olah pertengkaran di rumah mangsa sebelum mayatnya ditemui berlumuran darah,” katanya.

Mazlan berkata, polis membuat sekatan jalan raya sebelum mengesan suspek di sekitar Cabang Empat Tok Uban, di sini, dengan bantuan orang ramai dan menahannya kira-kira jam 5.15 petang selepas itu.

“Suspek dikesan di sekitar Tok Uban dan hasil kerjasama orang ramai, suspek yang ketika itu dilihat berjalan ditahan.

“Kami akan menahannya untuk siasatan lanjut dan mengetahui punca dia bertindak demikian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Mazlan, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Rumah haram di tapak sampah

Oleh Yusmizal Dolah Aling

KOTOR...penempatan haram warga asing di kawasan pelupusan sampah Wira Damai, Batu Caves.
KOTOR...penempatan haram warga asing di kawasan pelupusan sampah Wira Damai, Batu Caves.
DEGIL...lori yang mengangkut sampah di kawasan pelupusan terbabit.
DEGIL...lori yang mengangkut sampah di kawasan pelupusan terbabit.
SELAYANG: Rumah haram bertapak di pelupusan sampah haram. Perkataan itu sesuai untuk menggambarkan kegiatan satu sindiket didalangi warga tempatan dipercayai menggaji pendatang asing tanpa izin untuk bekerja di tapak pembuangan sampah haram di Wira Damai, Batu Caves, di sini, selain menjadikan kawasan itu sebagai tempat tinggal warga asing terbabit.
Sindiket yang dikenali sebagai Geng Mat Juta bersama tiga rakannya dikesan beroperasi di kawasan pembuangan sampah berkenaan sejak dua tahun lalu, licik memperdaya pihak berkuasa dengan menjadikan tempat terlindung itu sebagai penempatan haram untuk pekerja terbabit.

Menurut sumber, terdapat kira-kira 40 pendatang tanpa izin tinggal di situ dengan dikawal pihak tertentu dipercayai pekerja sindiket terbabit yang memantau pergerakan lori serta kenderaan keluar dan masuk ke kawasan pembuangan sampah berkenaan.
Katanya, semua pendatang yang bekerja di situ tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan bekerja di situ atas arahan ketua sindiket yang mengawal laluan masuk ke kawasan terbabit bagi mengelak diserbu pihak berkuasa. Difahamkan, kawasan pembuangan sampah haram itu sudah ditutup Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan tinjauan Harian Metro mendapati terdapat notis larangan pembuangan sampah di laluan masuk kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa lori yang keluar dan masuk ke tapak pelupusan berkenaan untuk membuang sampah dan tidak mempedulikan larangan MPS.

Sumber berkata, tempat tinggal itu juga dijadikan sarang maksiat kerana ‘pemilik’ tapak berkenaan sering membawa teman wanita yang juga warga asing ke situ sehingga ada yang mengandung dan melahirkan anak.

“Selain mengurus sampah, sindiket terbabit mengupah pekerja asing untuk memelihara lembu di kandang yang dibina bersebelahan kawasan itu. Mereka menjadikan kawasan itu seperti tanah mereka dengan bertindak sesuka hati tanpa bimbang tindakan undang-undang kerana dilindungi pihak tertentu,” katanya.

Menurutnya, penduduk di kawasan itu tidak berani mengadu kepada pihak berkuasa kerana bimbang keselamatan mereka terancam.
Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Penguatkuasa Imigresen Selangor, Johari Supardi, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kehadiran pendatang asing di kawasan berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.



Malu majikan koyak seluar



AMPANG: Akibat malu seluarnya dikoyak di depan majikan lelaki, seorang pembantu rumah membuat laporan polis selepas mendakwa perbuatan itu menjatuhkan air mukanya dalam kejadian di sebuah rumah di Hulu Klang, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 20-an turut dipukul dengan tangan oleh isteri majikannya itu hingga menyebabkan bahu dan dahinya cedera.

Menurut sumber polis, kejadian itu berpunca daripada kehilangan seutas gelang kaki emas milik anak majikannya yang diletakkan di atas almari dalam sebuah bilik di rumah itu.
“Majikan terbabit mendesak dan bertanyakan mangsa sama ada dia mengambil gelang emas itu, namun dinafikan mangsa.

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, ternyata mangsa mencuri gelang emas itu dan ini menimbulkan kemarahan majikan terbabit,” katanya.

Menurutnya, majikannya memukul untuk memberikan pengajaran kepada mangsa, namun perbuatan seluarnya dikoyakkan di depan suami majikannya itu memalukan mangsa

“Mangsa yang malu dengan kejadian itu membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, siasatan polis mendapati mangsa mencuri gelang emas milik anak majikannya, namun majikan terbabit enggan membuat laporan kerana dia sudah memulangkan barang kemas itu,” katanya.
“Mangsa kini ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat pembantu rumah itu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kami sudah memanggil majikannya untuk diambil keterangan,” katanya



Ceti jual Islam

Oleh Hamizah Badiran

TAKTIK BARU...iklan along yang menawarkan pinjaman Islamik.
TAKTIK BARU...iklan along yang menawarkan pinjaman Islamik.
SUNGAI BULOH: Bosan dengan taktik promosi pinjaman lama, peminjam wang haram atau along kini beralih arah kepada sistem ‘Pinjaman Islamik’ bagi menambat kepercayaan pelanggan, sekali gus menjadikan mereka sebagai ‘bank segera’.
Taktik terbaru itu dikesan di sekitar bandar ini apabila terdapat iklan dan risalah mengenai kegiatan terbabit ditampal di pokok dan papan tanda.
Modus operandi baru yang mengelirukan itu dikesan apabila iklan yang kononnya berbentuk pinjaman Islamik diberikan syarat pinjaman mudah dengan hanya menelefon nombor yang tertera dan akan menerima bayaran dengan cepat.

Antara syarat yang ditetapkan along terbabit antaranya pinjaman itu terbuka kepada kakitangan awam, badan berkanun atau swasta, proses pinjaman adalah melalui bank serta kemudahan pinjaman sehingga RM250,000.
Lebih menarik, mereka yang disenarai hitamkan bank turut layak membuat pinjaman.

Panggilan dilakukan Metroplus bagaikan dapat dihidu berikutan seorang lelaki dipercayai konco along terbabit yang menjawab pertanyaan meletakkan telefon selepas musykil dengan soalan yang banyak diajukan.

Tinjauan mendapati, iklan haram yang ditampal pada pokok itu dilekat menggunakan kertas berwarna kuning yang ditutupi plastik dan tertera nombor telefon bimbit along terbabit.


Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Yazit, 39, berkata bandar Sungai Buloh tidak terlepas menjadi mangsa pemasang iklan haram sehingga mencacatkan pemandangan kawasan berkenaan.

Katanya, tindakan melampau pengiklan yang mahu mengejar keuntungan tanpa menggunakan modal itu perlu dihentikan kerana ia bukan saja menyusahkan orang awam, malah menjatuhkan imej bandar berkenaan.
“Mereka bertopengkan sistem pinjaman Islamik supaya dapat mengaburi mata pelanggan dan mungkin juga pihak berkuasa. Banyak iklan pinjaman wang haram ini sudah luntur dakwatnya dan hampir terkoyak.

Yazit berkata, kegiatan memasang iklan pinjaman haram terbabit semakin berleluasa kerana lebih banyak iklan ditampal setiap kali ia ditanggalkan pihak berkuasa.

“Jika ditanggalkan pada sebelah petang, keesokan paginya, pasti lebih banyak iklan ditampal di tempat sama,” katanya.

Pelajar sebuah kolej swasta, Zaharah Nordin Zakaria, 24, pula berpendapat masyarakat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membolehkan mereka bertindak segera.

“Orang ramai perlu mengadu dan jika sudah mengadu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tak ambil peduli, sekurang-kurangnya kita sudah tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

“Hal selebihnya terpulang kepada PBT untuk melaksanakan peranan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata sebanyak 35,000 iklan haram sudah diturunkan MBSA sejak Januari hingga Oktober lalu.

“Di Sungai Buloh saja, kami menurunkan 4,500 iklan haram seperti iklan lelongan bank, khidmat perubatan tradisional, pinjaman wang dan ubah suai rumah melalui beberapa operasi secara berkala yang dilakukan pejabat cawangan MBSA kami di sana.

“Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan banyak masalah seperti mengganggu dan menghalang pandangan jika iklan di tampal di papan tanda jalan. Oleh sebab itu kami akan terus memerangi kegiatan ini,” katanya.

Menurutnya, pihak yang menggantung aktiviti itu boleh dikenakan tindakan Undang-Undang Kecil Iklan MBSA 2007.

Justeru itu, beliau meminta kerjasama masyarakat supaya tidak membuat tampalan iklan sesuka hati mereka tetapi sebaiknya memohon permit dari jabatan pelesenan sebelum menggantung iklan atau kain rentang yang mempromosikan produk mereka.




No comments:

Post a Comment