Wednesday, January 19, 2011

ALHAMDULLILLAH...SELAMAT....JANGANLAH TINGGALKAN KANAK2 SEORANG DIRI...MEREKA BELUM RETI BERFIKIR SERTA BERAKAL....KITA YANG BERAKAL GUNALAH AKAL SEWARAS2NYA......

NEGARA


Budak hilang semalaman ditemui


ABDUL WAHID (tengah) memeluk Nor Aishah yang ditemui dalam kawasan paya di Kampung Lintah, Slim River semalam.



SLIM RIVER – Seorang kanak-kanak berusia setahun 10 bulan menghadapi saat-saat cemas apabila tersesat di dalam hutan kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Lintah, Slim Village di sini, tengah hari kelmarin sebelum ditemui 20 jam kemudian.
Nor Aishah Umairah Zamzuri dijumpai semula dalam keadaan berdiri di dalam kawasan berlumpur dengan sebahagian kakinya ditenggelami selut hingga paras betis sambil menangis.
Dia ditemui dua penduduk Orang Asli yang kebetulan melalui kawasan hutan tersebut untuk menoreh getah di ladang getah berhampiran pada kira-kira pukul 7.30 pagi semalam sebelum memaklumkannya kepada penduduk kampung yang menyertai dalam operasi mencari.
Semasa ditemui, tubuh Nor Aishah dipenuhi lumpur hingga ke paras leher selain banyak kesan gigitan serangga dan calar-balar. Kedua-dua tapak kakinya pula pecah dipercayai akibat berjalan berkaki ayam di dalam hutan terbabit.
Nenek mangsa, Norliah Zakaria, 50, berkata, dia menyedari kehilangan cucu sulungnya itu selepas pulang mengambil dua anaknya dari sekolah berhampiran pada pukul 1.30 petang kelmarin.



Budak 22 bulan merayau di hutan



SELAMAT...Zamzanuri mengusap kepala Nor Aishah  Umairah di wad kanak-kanak HSR, semalam.
SELAMAT...Zamzanuri mengusap kepala Nor Aishah Umairah di wad kanak-kanak HSR, semalam. 
 
SLIM RIVER: “Saya tidak menolak kemungkinan kehilangan cucu disebabkan unsur ghaib kerana secara logiknya, tidak munasabah kanak-kanak berusia setahun 10 bulan mampu berjalan kaki hampir tiga kilometer ke dalam hutan bersendirian dengan berkaki ayam.
“Apapun kami bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan sihat meskipun ada sedikit kesan calar dan tiada perkara buruk menimpanya,” kata Abdul Wahid Nordin, 52, datuk kepada Nor Aishah Umairah Zamzanuri yang ditemui selamat pagi semalam selepas hampir dua hari dilaporkan hilang.

Nor Aishah yang dijaga neneknya di Kampung Lintah, Kampung Ulu Slim, dekat sini, sementara ibu bapanya, Zamzanuri Salleh, 28, dan Nor Awani Abdul Khalid, 28, bekerja dan tinggal di Ipoh, ditemui dalam ladang getah kira-kira jam 7.30 pagi oleh dua Orang Asli yang kebetulan lalu di kawasan itu dan mendengar suara tangisannya.
Biarpun selepas lebih 18 jam bersendirian sejak dilaporkan hilang kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, selain sedikit calar di kaki dan kesan gigitan nyamuk di beberapa anggota badan, secara keseluruhan keadaan Nor Aishah sihat.

Namun, apa yang mencetuskan misteri ialah lokasi kanak-kanak itu ditemui iaitu dalam ladang getah di pinggir kampung berhampiran hutan dan kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya.

Malah, operasi mencari dan menyelamat yang disertai lebih 70 orang termasuk 25 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River yang diketuai Penolong Penguasa, Meor Mohd Ali Meor Husin, polis, penduduk kampung dengan dibantu unit anjing pengesan bomba, juga sudah mencari di sekitar kawasan berkenaan pada petang kelmarin, tapi gagal menemuinya.

Zamzanuri turut mengakui kehilangan anaknya itu agak misteri kerana lokasi kanak-kanak itu ditemui di tengah ladang getah berhampiran hutan dan jauh dari rumah penduduk.

“Apapun, saya anggap semua ini ketentuan Tuhan. Paling penting anak saya ditemui dalam keadaan selamat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari sejak tengah hari semalam (kelmarin) dan berhajat mengadakan kenduri kesyukuran,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanjung Malim, Deputi Superintendan Anuar Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment