Tuesday, January 18, 2011

BILA KEKEJAMAN SERTA KEMAKSIATAN DAPAT BALASAN DARI ALLAH.....

DUNIA


Sekolah miliki ramai pasangan kembar


SEPULUH pasangan kembar dan satu pasangan kembar tiga bergambar di Sekolah Tinggi Pears di bandar Richardson, Texas, Amerika Syarikat.



DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah sekolah di sini mempunyai sepuluh pasangan pelajar kembar berusia 16 tahun dan satu pasangan pelajar kembar tiga berumur 17 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Penolong Pengetua Sekolah Tinggi Pears di sini, Chakosa Powell, pelajar kembar itu berasal dari bandar Richardson, Texas, AS.
"Saya berpendapat, perkara terbaik mempunyai ramai pasangan kembar ialah mereka mengambil berat antara satu sama lain. Mereka (para pelajar itu) keluar bersama dan menjadi rakan," katanya.
Bagaimanapun katanya, mungkin terdapat sesuatu yang berlaku di bandar Richardson sehingga menyebabkan ramai kembar dilahirkan 16 tahun lalu.
"Ramai keluarga mendapat anak kembar pada tahun yang sama malah dilahirkan hampir dalam bulan sama. Ia sesuatu yang mengagumkan," katanya.
Pihak pengurusan sekolah itu berharap Guinness Book of Records akan mengiktiraf rekod baru bilangan pasangan kembar tersebut kerana sebelum ini hanya terdapat tujuh pasangan kembar direkodkan di sebuah sekolah di New York. - Agensi



DUNIA


Isteri bekas PresidenTunisia bawa emas


SEORANG anggota polis bertindak menyuraikan tunjuk perasaan yang diadakan di Tunis, Tunisia semalam.



TUNIS - Leila Trabelsi yang merupakan isteri bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali bertindak melarikan diri ke luar negara bersama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih £35 juta (RM171.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Leila, 53, telah mengarahkan Bank Negara Tunisia supaya menyerahkan jongkong-jongkong emas itu pada minggu lalu.
Apabila ketua bank pusat enggan memenuhi permintaannya, Leila merayu kepada suaminya yang kemudian akur dengan permintaannya mengeluarkan perintah penyerahan emas tersebut, lapor akhbar Perancis, Le Monde.
Setelah jongkong-jongkong emas itu bertukar milik, Leila berlepas ke Dubai seterusnya ke Jeddah untuk menyertai suaminya yang mencari suaka politik di Arab Saudi pada Jumaat lalu.
"Isteri Zine El Abidine adalah orang yang membawa lari emas berharga lebih £35 juta," kata sumber perisikan Perancis.
Zine El Abidine meletakkan jawatan sebagai presiden pada Jumaat lalu selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di sini bagi menuntut peletakan jawatannya.
Isteri Zine itu digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab.
Imelda merupakan isteri bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang digulingkan oleh rakyat pada 1986 selepas memerintah secara diktator sejak Disember 1965.
Imelda terkenal dengan gaya hidup mewahnya di negara yang miskin itu dan perwatakan Leila itu disamakan dengan isteri Marcos.
Speaker Parlimen Tunisia, Fouad Mebazza kini menjadi presiden sementara negara itu.
Bagaimanapun, tunjuk perasaan masih berlaku di negara itu bagi menuntut pemerintah sedia ada turut meletakkan jawatan.
Para penunjuk perasaan itu enggan mengiktiraf pemerintah sedia ada kerana ia mengandungi lapan menteri dari rejim bekas presiden yang melarikan diri.
Polis menyuraikan tunjuk perasaan itu dengan menggunakan gas pemedih mata.
Sementara itu, empat menteri penentang Zine bertindak meletakkan jawatan sekali gus menjejaskan harapan untuk memulihkan semula keamanan di negara berkenaan.
Keadaan tidak menentu itu berlaku selepas Zine yang memerintah melalui rampasan kuasa sejak 23 tahun lalu terpaksa akur dengan desakan ribuan penunjuk perasaan yang memintanya meletakkan jawatan.
Tentangan tunjuk perasaan itu berlaku disebabkan penindasan, rasuah dan kekurangan pekerjaan dalam kalangan golongan muda di negara itu. - Agensi



DUNIA


Wabak legionnaire di Bali disiasat


BEBERAPA orang pelancong berjalan di Kuta, Bali semalam.



DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat laporan tentang wabak penyakit legionnaire yang merebak di pulau peranginan Bali, kata seorang pegawai semalam selepas 10 warga Australia pulang ke negara asal mereka dengan dijangkiti penyakit tersebut.
Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja berkata, kerajaan Australia telah memberikan maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda-tanda penyakit itu ditemui.
"Kami sedang menyiasat selepas menerima satu laporan daripada konsulat Indonesia. Kami tidak menerima laporan mengenai individu yang dijangkiti penyakit legionnaire daripada hospital-hospital di sini," katanya.
"Pihak kami percaya penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal menyediakan bekalan air bersih," tambahnya.
Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyat negara itu yang melawat Bali baru-baru ini supaya berwaspada mengenai simptom penyakit legionnaire yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
Simpton penyakit legionnaire menyerupai selesema yang antara lain seperti demam, ketar, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan, cirit birit, batuk kering dan sukar bernafas.
Penyakit itu berpunca daripada bakteria yang membiak dalam air terutamanya persekitaran panas seperti tab mandi, tangki air panas, sistem paip air dan sistem penghawa dingin. - AFP



Tikus dirakam di pejabat PM Britain


GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Mail semalam menunjukkan seekor tikus (dalam bulatan) berjalan di belakang wartawan, Garry O'Donoghue yang memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street, London.



LONDON - Seekor tikus yang besar dirakam jurukamera stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) semasa seorang wartawan, Garry O'Donoghue memberi penerangan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Tikus itu yang berlari di depan bangunan pejabat Cameron berada di belakang wartawan tersebut dan ia dapat ditonton oleh penonton. Ketika kejadian, wartawan itu menjelaskan kepada penonton mengenai rancangan Perdana Menteri Britain untuk melakukan pembaharuan ke atas sektor awam.
Wartawan itu juga tidak menyedari kehadiran tikus berkenaan. Seorang penonton berkata, dia seolah-olah tidak percaya mengenai tikus itu yang menunjukkan keberanian dengan berlari semasa kehadiran orang ramai.
Sebelum ini, terdapat kucing yang sesat di pejabat itu dan ia tinggal semasa pentadbiran tiga orang bekas perdana menteri iaitu Margaret Thatcher, John Major dan Tony Blair.



Penari akui terima wang daripada PM Itali




ROM - Seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun, Karima El Mahroug mengaku Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi memberinya 7,000 euro (RM28,615) ketika dia menghadiri parti Hari Kekasih pada tahun lalu.
Menurutnya, dia menghadiri parti itu di sebuah vila milik Berlusconi tetapi menjelaskan mereka tidak melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun, pendakwa raya di Milan melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa Berlusconi membayar gadis bawah umur itu untuk melakukan seks dan menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kesalahan itu.
Remaja itu lebih dikenali sebagai Ruby berbanding nama asalnya merupakan penari di sebuah kelab malam.
Ketika sesi temu bual dengan stesen televisyen Sky TG24 kelmarin, Ruby mengaku bahawa dia menyamar sebagai wanita dewasa yang berumur 24 tahun ketika menghadiri parti itu.
Menjawab soalan kenapa Berlusconi memberinya wang itu, Ruby menjawab: "Saya baru sahaja sampai ke Milan pada ketika itu dan dia tahu kesusahan keluarga saya. Dia ingin membantu."
Menurut Ruby, Berlusconi tidak mengetahui bahawa ketika itu dia merupakan remaja bawah umur.
Pada Jumaat lalu, pendakwa raya menghantar notis saman untuk perdana menteri itu dan peguamnya hadir untuk disoal siasat berhubung isu tersebut. - AP



DUNIA


Polis pulih semula keamanan di Tunis

TUNIS - Polis semalam menahan berpuluh-puluh suspek yang melepaskan tembakan secara rambang dalam usaha untuk memulihkan keamanan di Tunisia selepas beberapa minggu protes jalanan dilakukan penunjuk perasaan.
Pemulihan keamanan itu dibuat selepas Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai Presiden pada Jumaat lalu dan melarikan diri ke Arab Saudi.
Beliau dikatakan berada di bandar Abha, selatan Jeddah.
Berpuluh-puluh orang terbunuh sejak sebulan lalu akibat pertempuran di antara polis dan penunjuk perasaan mengenai penindasan serta dakwaan rasuah yang dilakukan pentadbiran Zine.
Sekumpulan 200 orang di tengah Tunis bersorak kegembiraan semalam selepas beberapa anggota polis menangkap seorang pemandu ambulans kerana disyaki menjadi dalang kejadian tembakan.
"Penjenayah menggunakan ambulans untuk melepaskan tembakan," kata seorang anggota polis.
Beberapa pegawai polis menyatakan, lebih 50 orang ditangkap sejak Sabtu lalu kerana disyaki menggunakan ambulans, kereta sewa dan kenderaan perkhidmatan perlindungan awam untuk melepaskan tembakan.
Beberapa buah kereta kebal milik tentera turut ditempatkan di Tunis bagi mengawal keamanan.
Kelmarin, sebuah penjara dibakar di Moastir yang menyebabkan 42 orang terbunuh.
Kejatuhan Zine yang pernah merampas kuasa pada 1987 untuk menjadi presiden berlaku semasa kadar pengangguran berada pada paras 14 peratus dan kebebasan bersuara disekat.
Selepas peletakan jawatan presiden itu, bisnes milik keluarga Zine El menjadi sasaran sekumpulan pencuri.
Keluarga isteri Zine, Leila Trabelsi mempunyai kepentingan dalam beberapa bidang perniagaan daripada perbankan sehingga pengedaran kereta.
Sebuah cawangan bank Zeitouna di Tunis yang ditubuhkan oleh menantu Zine dibakar termasuk kereta Fiat, Porsche dan kenderaan buatan Kia kerana ia diedarkan oleh keluarga bekas presiden itu.
Speaker Parlimen Tunisia, Fouad Mebazza kini menjadi presiden sementara dan beliau meminta Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi untuk membentuk sebuah pentadbiran melibatkan beberapa buah parti politik. - Agensi


Hutang AS meningkat
kepada RM43.76 trilion

WASHINGTON - Hutang Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada AS$14.3 trilion (RM43.76 trilion) pada tahun lalu, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Bagaimanapun. Presiden AS, Barack Obama meminta Kongres AS untuk meluluskan rang undang-undang bagi meningkatkan had hutang bagi melindungi ekononi negara tersebut.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Timothy Geithner berkata, kegagalan untuk meningkatkan pinjaman akan menjadi satu malapetaka buat negara itu.
Pada 6 Januari lalu, Geither mengutus sepucuk surat kepada Ketua Anggota Parti Demokrat di Dewan Senat AS, Harry Reid meminta beliau meluluskan peningkatkan had hutang AS.
"Tidak pernah dalam sejarah kita, Kongres AS gagal untuk meningkatkan had hutang apabila diperlukan," kata Geither.
- Agensi




Lelaki ditangkap kerana gambar seks di Facebook

CHICAGO - Seorang lelaki, Leroy Stephenson (gambar), 24, ditangkap selepas satu gambar yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan seorang gadis remaja disiarkan di Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia ditangkap selepas seorang ibu membuat laporan bahawa satu imej anak perempuannya yang melakukan perlakuan seks disiarkan di laman Facebook.
Stephenson memberitahu beberapa penyiasat polis bahawa dia menjalin hubungan seks dengan gadis itu pada Februari 2010.
Ketika itu, gadis tersebut berumur 15 tahun.
Dia turut mengaku merakamkan gambar aksi seks mereka dengan menggunakan telefon bimbit pada Disember 2010.
Gambar itu disiarkan di Facebook selepas ia tersebar dalam kalangan sepuluh orang.
Facebook menarik semula gambar tersebut daripada disiarkan selepas keluarga gadis tersebut membuat aduan kepada pihak pengurusan laman sosial itu. - Agensi


DUNIA


Pengasas Facebook pindah rumah


SEBUAH kereta Honda Acura berwarna merah milik Mark Zuckerberg (kiri) diletakkan di rumah sewanya di Palo Alto, California baru-baru ini.


PALO ALTO, Amerika Syarikat - Pengasas laman sosial popular Facebook, Mark Zuckerberg, 26, memilih untuk mengamalkan gaya hidup sederhana apabila dia berpindah ke rumah baru dua tingkat yang sederhana, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun kekayaan Zuckerberg dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion) dia lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang terletak di pinggir bandar dengan keadaan sekitar yang biasa sahaja.
Lokasi rumah baru Zuckerberg lebih dekat dengan pejabatnya.
Rumah sewa itu yang tidak mempunyai sistem kawalan kamera tertutup dianggarkan berharga kira-kira AS$2.38 juta (RM7.3 juta) dan mempunyai lima bilik berbanding rumah sewa lamanya sebelum ini yang mempunyai empat bilik.
Selain tinggal di kawasan penempatan biasa, Zuckerberg selesa menggunakan kenderaan lamanya, Honda Acura berwarna hitam yang bernilai kira-kira AS$20,628 (RM63,131).
Dia mengasaskan Facebook lapan tahun lalu.
Zuckerberg menggunakan kereta Honda itu selepas tawarannya untuk membeli sebuah kereta BMW milik jirannya ditolak. - Agensi


DUNIA


Irwansyah berkahwin dengan pelakon sinetron


GAMBAR yang disiarkan akhbar Jawa Pos semalam menunjukkan tangan Irwansyah dicium isterinya, Zaskia Sungkar.


JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta.
Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.
"Takut salah ucap," katanya.
Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.
Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi

No comments:

Post a Comment