Sunday, January 16, 2011

CARILAH REZEKI ALLAH ASALKAN HALAL DARI SEGI SYARAK....KAYA RAYA PUN TAK GUNA KALAU REZEKI DARI MENIPU DAN MENINDAS.....JAWAPANNYA NERAKA DIAKHIRAT NANTI....

Pramugari Malaysia mati di Amsterdam


KEMATIAN Swee Len di Belanda sejak Jumaat lalu belum terungkai.


KUALA LUMPUR – Kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len di Amsterdam, Belanda tiga hari lalu kekal misteri walaupun maklumat terbaru mengatakan kejadian mengejutkan itu tiada kaitan dengan jenayah.
Perkembangan terbaru itu dikeluarkan oleh pihak polis Amsterdam berdasarkan siasatan awal yang dilakukan mereka di lokasi kejadian di tingkat empat Hotel Raddison berhampiran Lapangan Terbang Sciphol Amsterdam.
Ia sekali gus menafikan laporan awal yang mengatakan kematian ibu beranak satu berusia 35 tahun itu disebabkan dia dicampak dari jendela hotel tersebut.
Jika kejadian tersebut tidak mempunyai unsur jenayah, kes itu menimbulkan spekulasi baru mengenai cara dan punca kematian mangsa sama ada diserang penyakit jantung atau terjatuh dari tempat tinggi.
Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi memberitahu, mereka dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu oleh polis Belanda.
Bagaimanapun, sehingga semalam, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital menerusi konsulat Malaysia di sana.
“Setakat ini mereka hanya memberitahu kita yang kejadian itu tiada unsur jenayah. Bagaimanapun, jangkaan itu mungkin berubah atau kekal selepas keputusan bedah siasat diketahui esok (hari ini),” katanya.



NEGARA


Boikot nasi lemak logo asing

GEORGE TOWN - Orang ramai khususnya yang beragama Islam digesa memboikot produk yang menggunakan logo halal asing termasuk kes membabitkan nasi lemak keluaran sebuah syarikat di Bukit Mertajam dekat sini kerana ia dikhuatiri menggunakan bahan yang mengandungi unsur haram.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Sazali Hussien berkata, pihaknya turut mengesyaki pengusaha makanan itu cuba menyembunyikan sesuatu memandangkan mereka tidak membenarkan kakitangan jabatan itu menjalankan siasatan di premis tersebut baru-baru ini.
Beliau menambah, siasatan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai bungkusan nasi lemak itu beberapa hari lalu


NEGARA


Malaysia kekurangan guru j-Qaf


MASALAH kekurangan guru j-Qaf semakin membimbangkan dalam bidang pendidikan Islam di negara ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Guru-guru untuk program pembelajaran jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (j-Qaf) semakin berkurangan di semua sekolah rendah di Malaysia.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenainya.
"Purata biasa untuk tiga kelas ialah seorang guru j-Qaf tetapi di Pahang, contohnya, seorang guru terpaksa mengajar enam kelas berseorangan," jelasnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurut Mohamed Sabri, kekurangan guru-guru itu membimbangkan kerana matlamat untuk program itu tidak akan tercapai sekiranya jumlah guru yang dibekalkan semakin berkurangan.
"Bayangkan, pada tahun ini hanya 1,500 orang guru j-Qaf ada di seluruh negara sedangkan saya dapat maklumat di Perak sahaja 400 guru diperlukan. Mana cukup dengan jumlah 1,500 orang itu untuk tahun ini?"katanya.
Mohamed Sabri berkata, masalah itu mula berlaku sejak tahun 2009 dan ia semakin berlarutan sehingga kini.
Sejak tahun j-Qaf mula diperkenalkan pada 2004, ia telah diterima baik murid-murid di sekolah dan ia merupakan satu pembelajaran yang bermanfaat tetapi jika perkara ini terus berlarutan program itu akan jadi sia-sia.
Katanya lagi, pihak kesatuan berharap Kementerian Pelajaran mengambil berat soal kekurangan guru itu agar pembelajaran murid-murid tidak terjejas



NEGARA


GMPP, PIBGN cadang mansuh yuran sekolah

KUALA LUMPUR - Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) semalam meminta kerajaan menghapuskan yuran sekolah yang didakwa semakin meningkat setiap tahun.
Penyelaras GMPP, K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar meningkat kepada antara RM35-RM40 seorang.
"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Bawani berkata, kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk urusan pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.



NEGARA


Kecewa sewa tapak gerai naik berganda


SATIM (dua dari kiri) membaca notis kenaikan sewa tapak gerai semasa menemui para peniaga Pasar Pagi Taman Puchong
Indah di Puchong semalam. Gambar kecil, A. Perumal.


PUCHONG - "Kami lebih rela bayar saman sebanyak RM50 sebulan daripada bayar sewa tapak yang naik empat kali ganda."
Demikian luahan hati sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah di sini apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.
Menurut seorang peniaga bunga, A. Perumal (gambar kecil), 71, tindakan MPSJ itu terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata pendapatan peniaga di situ tidak begitu besar.
"Modal saya berniaga sehari cuma RM50 dan keuntungan yang saya dapat sekitar RM25 sehari. Kadangkala saya dapat RM7 sahaja sehari, cuba bagi tahu saya bagaimana saya boleh bayar RM1,490. MPSJ memang kejam," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Pasar tersebut yang telah wujud sejak tahun 1998 turut menempatkan seramai 150 orang penjaja dan mereka diberikan tapak seluas tujuh meter persegi untuk setiap petak.


NEGARA


Kedai gunting rambut dalam lori


MOHD. NAFISOL menggunting rambut pelanggannya di atas lori yang dijadikan premis bergerak di Jalan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.


TUNGGU GILIRAN. Seorang anggota tentera, Mohd. Nafisol Saad, 39, menarik perhatian ramai apabila menjadikan lori satu metrik tan miliknya sebagai kedai gunting rambut bergerak di sekitar Taman Setiawangsa dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Menurut Nafisol, kerja menggunting rambut pelanggan itu sudah menjadi sumber pendapatan keduanya selepas mendapat sambutan baik masyarakat setempat. Katanya, antara punca perkhidmatannya mendapat sambutan ialah bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM4. Kedai gunting rambutnya beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam di Jalan Taman Setiawangsa dan sekitarnya. - Bernama

No comments:

Post a Comment