Sunday, April 24, 2011

LIHATLAH...GAWAT ATAU DAHSYAT TAK....MASYARAKAT DIMALAYSIA....BAGAIMANA NAK MEMBENDUNGNYA...MAKSIAT MEMBIAK...RASUAH GITU JUGA...ULAMAK FASIK DAN ULAMAK DUNIA BERTABURAN....MENJUAL KATA...APA YANG DIKATA...DIRI SENDIRI PUN TAK BUAT....ITU BELUM MENINGGALKAN SOLAT DAN BUKA AURAT....

Padah berjudi sebelah keranda

 TANGKAP... sebahagian lelaki yang ditahan kerana berjudi dibawa masuk ke dalam kenderaan polis selepas serbuan, tengah malam semalam.
TANGKAP... sebahagian lelaki yang ditahan kerana berjudi dibawa masuk ke dalam kenderaan polis selepas serbuan, tengah malam semalam.
BUTTERWORTH: Sekumpulan lelaki dan wanita boleh diibaratkan ‘buta hati’ kerana sanggup berjudi bersebelahan keranda mayat yang disimpan untuk disemadikan di Rumah Pangsa Seri Tanjung di Jalan Raja Uda, di sini, tengah malam semalam.
Mereka dikatakan sengaja mengambil kesempatan berjudi di bawah khemah khas untuk menyimpan mayat itu dan hanya menggunakan kain sebagai pemidang bagi memisahkan meja judi mereka dengan keranda.

Bagaimanapun, aktiviti mereka terbongkar apabila diserbu sepasukan 20 anggota polis diketuai Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.
Dalam serbuan jam 12 tengah malam, 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 27 tahun hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, ketika serbuan, beberapa lelaki cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis hingga ada yang terjatuh dan mengalami luka.

Menurut Sayuti, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan intipan dilakukan polis sebelum itu.

Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka asyik berjudi dan bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis.

“Siasatan awal mendapati mereka bermain judi belangkas dan kebanyakan mereka adalah penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
“Peralatan perjudian dan wang tunai turut dirampas dalam serbuan. Kaji judi terbabit dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk diambil keterangan,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.


Diperdaya rakan Facebook

Oleh HAYATI IBRAHIM
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di ibu negara diperdaya seorang lelaki warga Afrika untuk membawa 100 pil seberat 600 gram dipercayai dadah jenis heroin ke China dengan bayaran RM5,000.
Akibatnya, mangsa yang berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan di Lapangan Terbang Shenzen, China pada 11 Mac lalu kerana disyaki membawa dadah di dalam tubuh dengan cara menelan.

Mangsa dipercayai diperdaya satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan laman web sosial Facebook untuk menjerat mangsa, terutama pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal, untuk membawa dadah keluar dari negara ini.
Sindiket didalangi warga Afrika itu dipercayai cuba mendekati sasaran atau mangsa menggunakan Facebook sebelum memperdaya dan memperalat mereka untuk membawa dadah ke negara destinasi.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, mangsa yang juga pelajar tahun akhir jurusan kejururawatan berkenalan dengan lelaki Afrika yang menggunakan nama samaran ‘Chimezie Michael’ melalui Facebook sejak tahun lalu.

Katanya, mangsa yang berasal dari Betong, Sarawak mengaku tidak pernah bertemu secara langsung dengan lelaki terbabit sejak berhubung melalui laman web sosial itu, malah tidak mengetahui nama penuh dan latar belakangnya.

“Sebelum ke China, Michael mengarahkan mangsa menelan 100 pil yang mengandungi dadah dan dia akan dibayar RM5,000 apabila pulang dari China kelak.

“Malah, mangsa menguruskan sendiri segala urusan visa dan tiket penerbangan diuruskan. Bagaimanapun, sebaik tiba di lapangan terbang itu pada 11 Mac, beliau ditahan pihak berkuasa tempatan kerana disyaki membawa dadah dalam tubuh dengan cara menelan.
“Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Shenzhen untuk siasatan lanjut. Ketika ini, gadis itu dalam keadaan sihat.

“Wakil kita di China turut meminta pihak berkuasa tempatan di sana memberi layanan baik kepadanya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Wisma Putra di Taman Wetland, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.

Richard berkata, beliau sedih selepas dimaklumkan gadis terbabit hanya dijanjikan RM5,000 untuk membawa dadah berkenaan dan percaya ia dilakukan atas dasar kesempitan hidup.

“Sindiket ini menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal sebagai sasaran kerana mungkin golongan ini mudah diperdaya akibat kesempitan hidup dialami,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai, terutama pelajar, supaya berhati-hati ketika menggunakan Facebook dan jangan mempercayai kenalan baru, terutama warga Afrika, bagi mengelak terpedaya dengan sindiket ini.

“Saya selalu cakap Facebook ada kebaikannya, tetapi jika salah guna boleh ia jadi musuh ketat. Pada masa sama, berhati-hati dengan mereka yang ingin berkenalan, terutama warga Afrika, kerana mereka mungkin ada niat tersembunyi di sebalik perkenalan,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana dadah terbabit tidak dapat dikesan di negara ini ketika pemeriksaan dilakukan.

Sementara itu, Richard berkata, sehingga 31 Mac lalu, 1,880 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, di mana 833 ditahan kerana kesalahan menyeludup dadah.

Katanya, kebanyakan yang ditahan kerana menyeludup dadah berusia antara 20 hingga 30 tahun dan tiada rekod jenayah, selain tidak bekerja atau berpendapatan rendah.

“Kebanyakan rakyat kita ditahan di Thailand iaitu 272 orang; Singapura (164), Taiwan (125), China (82), Indonesia (37) dan Australia (23),” katanya.


Tak boleh lari

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwan@hmetro.com.my

MELAKA: Cubaan seorang perompak berlari kira-kira 200 meter selepas cedera di perut akibat ditembak kerana menyerang polis dengan pisau hanya sia-sia apabila dia berjaya ditangkap, malam kelmarin.
Sebelum itu, dalam kejadian jam 9.15 malam, perompak berusia 27 tahun itu merompak sebuah stesen minyak di Jalan Tengkera-Limbongan, di sini, bersama seorang rakannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek ditahan dua anggota polis dengan bantuan orang awam berhampiran persimpangan lampu isyarat Lorong Pandan ketika berlari ke arah Tengkera.
Katanya, seorang rakan perompak yang menunggu di luar sempat lari dengan motosikal jenis Yamaha berwarna hitam sebaik menyedari kehadiran polis dan gerakan memburunya kini dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal dan soal tanya terhadap saksi dan mangsa, ketika kejadian suspek yang memakai topi keledar memasuki kios stesen minyak dan terus menuju ke kaunter sebelum mengacukan sebilah pisau terhadap juruwang wanita.

“Mangsa yang terperanjat dan ketakutan kemudian dugut supaya menyerahkan wang di dalam mesin wang.

“Suspek kemudian bergegas keluar dari kios apabila disergah anggota polis yang sebenarnya berada di kawasan stesen minyak itu kerana mengadakan ‘Operasi Kios’ bagi mencegah kegiatan samun stesen minyak dan premis 24 jam yang meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Raja Shahrom berkata, ketika itu suspek yang cuba melepaskan diri menyerang anggota polis terbabit dengan pisau.
“Anggota terbabit terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mengenai perut suspek. Namun, suspek terus berlari ke arah persimpangan lampu isyarat Lorong Pandan sambil dikejar dua anggota kita.

“Suspek turut bergelut dengan kedua-dua anggota polis, namun dia akhirnya ditangkap disebabkan kesakitan dialaminya sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya.


Hati-hati tarian poco-poco



GURUN: Hati-hati. Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada umat Islam di negara ini yang mahu menyertai tarian poco-poco supaya tidak lari daripada landasan agama walaupun muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kelmarin memutuskan ia masih boleh terus diamalkan.
Beliau berkata, umat Islam perlu menjaga kesucian agama bukan saja dalam isu tarian poco-poco, tetapi kegiatan masyarakat lain supaya tidak bertentangan dengan Islam hingga boleh menjejaskan akidah.

Jamil Khir berkata, ada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi, umpamanya dalam soal berpakaian, kesopanan atau tujuan ia dijalankan supaya tidak berkaitan dengan ritual agama lain.
Katanya, apa saja termasuk tarian poco-poco boleh jadi haram jika dicampur dengan elemen lain yang bertentangan dengan Islam atau jika tujuan ia dilakukan adalah salah dan boleh merosakkan akidah.

“Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti dengan mendalam hal ini sebelum membenarkan ia diamalkan, namun tanggungjawab kita sebagai umat Islam juga perlu bagi mengelak ia tidak bercampur dengan aktiviti lain yang bertentangan dengan Islam.

“Keputusan ini menyelesaikan isu dihadapi umat Islam yang sebelum ini tertanya-tanya sama ada ia boleh atau tidak boleh diamalkan,” katanya selepas Majlis Penutup Program Anak Angkat di Dewan Surau Kampung Sungai Badak, di sini, semalam.


Pelajar khalwat

Laporan RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Biarpun baru sehari mengenali seorang lelaki, kesanggupan si gadis mengikut temannya menjadi detik malang apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam.
Lebih mengejutkan, gadis berusia 23 tahun yang dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi dekat sini, ditemui berdiri keadaan berbogel di penjuru bilik ketika pemeriksaan.

Pasangannya pula yang juga jurugambar bebas berusia 23 tahun didapati berseluar panjang denim tanpa baju.
Ketika pemeriksaan dilakukan jam 1.30 pagi, pasangan berkenaan dipercayai menyewa sebuah bilik dantidak membuat pendaftaran masuk dipercayai bagi mengelak kehadiran mereka dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, sebuah motosikal yang diletakkan di luar perkarangan hotel berjaya membongkar segala aktiviti maksiat mereka sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di hotel.

Ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, turut ditemui sehelai baju dan seluar dalam milik gadis itu di atas sofa dan ia dirampas untuk dijadikan barang kes.

Pasangan itu antara 10 pasangan berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi itu.

Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu dibantu sepasukan 13 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang.
Operasi itu juga merangkumi beberapa lokasi ‘panas’, termasuk Persisiran Pantai Sungai Pinang, Pantai Seagate dan Pantai Queensbay serta beberapa hotel sekitar Gelugor, Jalan Tengku Kudin dan Jalan Tanjung Tokong.

Menurut Khairul Azman, tujuh pasangan ditahan kerana kesalahan berkhalwat manakala tiga lagi pasangan ditahan kerana berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh di tempat awam.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya, termasuk membuat laporan tangkapan di Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya.

Janda Roslin enggan terbabit



KUALA LUMPUR: Bekas isteri pemain badminton negara Roslin Hashim, 36, Norhayati Othman, 39, enggan dikaitkan dengan sebarang berita atau kejadian membabitkan Roslin serta keluarga produser, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51.
Ketika dihubungi Metro Ahad semalam, Norhayati menganggap dia tiada kaitan dengan apa yang berlaku kerana baginya segala-galanya sudah selesai.

“Saya tidak mahu masuk campur lagi kerana apa yang saya lihat sekarang adalah membabitkan pihak mereka dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
“Jadi, rasanya saya tidak perlu bercakap apa-apa kerana tidak menjadi keperluan untuk saya memberi sebarang kenyataan.

“Lagipun, jika ada perkara yang ingin saya katakan, ia akan dibuat mengikut saluran betul,” katanya ketika diminta mengulas luahan rasa bekas jaguh badminton beregu negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami Raja Azmi berhubung kes tuduhan khalwat membabitkan isterinya dan pelbagai tuduhan serta tohmahan dilemparkan terhadapnya.

Beliau mendakwa mengetahui apa sebenarnya berlaku (antara Roslin dan Raja Azmi) yang dikatakan berkhalwat di sebuah hotel pada Ogos, tahun lalu, kerana ketika kejadian dia berada di hotel berkenaan.

Norhayati berkata, dia hampir melupakan kejadian silamnya, malah baru mengumpul kekuatan untuk memulakan hidup baru.


Broker tanah diburu

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwan@hmetro.com.my

MELAKA: Suspek utama disyaki dapat membantu siasatan kes pembunuhan seorang ahli perniagaan warga emas yang mayatnya disumbat ke dalam but kereta di Jalan Air Semubok, Durian Tunggal, Alor Gajah, malam Rabu lalu, disyaki melarikan diri dari negeri ini sejurus selepas kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, susulan itu pihaknya melancarkan gerakan memburu suspek, termasuk melalui bantuan media menyiarkan fotofit wajahnya.

Beliau yang ditemui pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri petang semalam berkata, suspek dikenali sebagai Lim Kok Yong, 51, dan beralamat terakhir di Cheng, dekat sini.
“Suspek adalah broker tanah dan memegang kad pengenalan bernombor 600614-04-5715.

“Kita (polis) meminta suspek ini jika membaca di akhbar atau mengetahui perkara ini supaya menyerah diri di balai polis berdekatan untuk membantu menyelesaikan kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini kita percaya dia sudah keluar dari negeri ini, justeru kita mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengesannya,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Risikan/Operasi), Superintendan R Gunarajan dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Siasatan/Perundangan), Superintendan Sharul Lalli Masduki.

Beliau berkata, orang ramai yang tahu di mana suspek berada diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Zulkifli Yusuf di talian 016-6308222 atau Balai Polis Alor Gajah di talian 06-5564153.
Menurut Raja Shahrom, suspek dan si mati iaitu Tan Lock, 77, adalah rakan perniagaan dan pihaknya masih menyiasat motif sebenar pembunuhan mangsa namun enggan mendedahkan hasil bedah siasat.

Dalam perkembangan sama, Raja Shahrom berkata, pihaknya menahan dua orang membabitkan teman wanita mangsa berusia 74 tahun dan seorang lelaki berusia 26 tahun bagi tujuan membantu siasatan.

“Mereka ditahan antara jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari tadi (semalam) bagi membantu siasatan supaya kita dapat menentukan siapa sebenarnya terbabit dalam pembunuhan mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya masih berusaha mengesan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu sementara menunggu suspek utama terbabit ditahan.


Isteri boleh tuntut fasakh



KUALA LUMPUR: “Isteri yang menjadi mangsa suami ‘makan luar’ dan menyedari dirinya ditipu suami boleh mendapatkan fasakh. Dalam kes sebegini, Mahkamah Syariah ada kuasa untuk memisahkan pasangan bermasalah,” kata penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Semalam, akhbar ini melaporkan seorang suami yang bekerja sebagai pemandu treler dan gemar mendapatkan khidmat pelacur, menerima padah apabila disahkan menghidapi penyakit kelamin, Clymidia dan mandul.

Dalam masa sama, si suami yang hanya dikenali sebagai Mail, 38, berhajat menceraikan isterinya kerana gagal memberikan zuriat selepas empat tahun berkahwin kerana penyakit itu.
Menurut Hassan, si suami tidak perlu menceraikan isterinya kerana wanita itu lebih berhak mendapatkan fasakh.

Ini disebabkan lelaki terbabit tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Jika isteri enggan mendapatkan fasakh, si suami juga boleh menceraikan isterinya. Jika persetujuan dicapai dan mereka enggan bercerai, si suami perlu kembali ke jalan benar dan bertaubat.

“Islam melarang perlakuan maksiat dan zina. Malah, dalam peristiwa Israq dan Mikraj, Rasulullah memilih daging yang baik dan bersih daripada yang kotor dan busuk,” katanya.


Terikut makan babi

Laporan dan foto JUNAIDI LADJANA
djuns@hmetro.com.my

KOTA KINABALU: “Sepatutnya saya membimbing suami ke jalan benar selepas memeluk agama Islam tetapi apa berlaku adalah sebaliknya.
“Malah, saya pula terikut-ikut kelakuannya seperti keluar berfoya-foya, minum arak dan memakan benda haram, termasuk daging babi dan ayam tidak disembelih,” kata Maria, 30, yang mengakui menyesal dan kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, Maria mendakwa penyesalannya tidak berguna lagi apabila ditinggalkan suami manakala dua anak lelakinya kini lebih terarah kepada agama asal bekas suaminya.

“Sepanjang berkahwin 13 tahun lalu, saya tidak pernah solat, berpuasa mahupun menunaikan zakat. Saya tidak pernah bayar zakat walaupun kehidupan kami baik dengan suami mengerjakan ladang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.


Ketika ditanya mengenai perkenalan dengan suaminya yang hanya dikenali sebagai Peter, Maria berkata, mereka bertemu ketika membantu ibu saudara menjaga kedai runcit manakala bekas suami bekerja di kawasan ladang berhampiran.

“Selepas mengenali hati budi dan lima bulan menjalin cinta, saya mengambil keputusan berkahwin dengan Peter dalam satu majlis sederhana,” katanya.



Juvana belasah pelajar sekolah agama



MARANG: Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun hari ini, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu.
Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menceroboh sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di sini, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi 7 April lalu.

Perbuatan itu merupakan kesalahan bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

8 juvana mengaku belasah pelajar

24/04/2011 1:08pm

MARANG — Lapan pelajar berumur antara 15 hingga 17 tahun hari ini mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh kawasan sekolah dan memukul seorang pelajar sekolah agama pada 7 April lalu.
Kesemua tertuduh terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Lima, seorang pelajar Tingkatan Empat dan tiga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp Mahathir Mohd Yusof secara tertutup di hadapan Majistret Nur Azizah Yusoff.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menceroboh sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di sini, antara 11 pagi hingga 11.30 pagi 7 April lalu.
Perbuatan itu merupakan kesalahan bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Untuk pertuduhan kedua, kesemua pelajar itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 17 tahun, pada masa dan tempat yang sama.
Kesalahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman satu tahun penjara atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Semua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan.
Majistret menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak kesemua tertuduh. - Bernama


Fina & Hazama Masuk AF9 Lepas Gugur Aida & Amir

Aida
PETALING JAYA: Akademi Fantasia kesembilan (AF9) membuat kejutan apabila dua pelajar rancangan tersebut iaitu Aida dan Amir digugurkan dalam program itu untuk minggu ketiga.
Kedua-dua mereka digugurkan berdasarkan 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sementara 50 peratus lagi adalah keputusan pihak juri.
Pengguguran itu dilakukan untuk membolehkan para pelajar lain menunjukkan prestasi masing-masing dalam AF9 yang dilihat semakin hilang taringnya.
Keputusan menggugurkan dua pelajar itu membolehkan dua ahli baru dibawa masuk iaitu bekas pelajar AF4 Hazama dan Fina.
Amir
Ia diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi setelah menerima keputusan tersebut daripada pengetua AF9, penyanyi Amy Search.
Amy sempat memberikan amaran kepada dua pelajar baru dan tujuh pelajar yang terselamat daripada penyingkiran agar bersungguh-sungguh menimba ilmu di AF9.
Mereka yang terselamat adalah Afif, Erul, Lena, Nera, Azri, Raqib dan Kay setelah Miza disingkirkan kerana mendapat peratusan terendah hasil 100 peratus undian SMS penonton.
"AF bukan tempat untuk bermain tetapi tempat terbaik untuk belajar...," ujarnya secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu.


RTM Siar Dua Rancangan Khas Saloma Hari Ini
P.Ramlee dan Saloma, dua insan yang tiada gantinya.
PETALING JAYA: Bagi memperingati kematian Puan Seri Saloma yang ke 28 tahun pada Isnin, RTM 1 membawakan dua buah rancangan khas iaitu Dialah Saloma dan Aku, Dia & Lagu... Saloma.
Kedua-dua rancangan itu masing-masing akan disiarkan pada pukul 3 petang dan 9 malam Ahad (malam ini).
Dialah Saloma akan menyiarkan klip-klip video menarik yang pernah dinyanyikan artis tempatan dan juga Saloma sendiri selain temu bual dengan rakan terdekat Allahyarham.
Sementara itu program Aku, Dia & Lagu... Saloma pula merupakan sebuah program bual bicara yang akan dihoskan oleh Misha Omar.
Ia turut membicarakan secara langsung mengenai pengalaman zaman remaja biduanita itu, kisah percintaannya dengan P.Ramlee serta kejayaannya dalam bidang seni.
Antara tetamu yang di undang menjayakan rancangan tersebut ialah Seniwati Mariani, penulis lirik Yusnor Ef serta bekas wartawan Aimi Jarr.
Kesemua individu tersebut merupakan mereka yang rapat dengan Saloma semasa hayatnya.
Akan turut disiarkan filem terakhir lakonan beliau serta rakaman tembu bual dengan rakan-rakan artis.
Saloma meninggal dunia pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, di sini akibat penyakit kuning.



No comments:

Post a Comment