Nasi lemak bukan punca obesiti
KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .
"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.
"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.
"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal di sini semalam.
Figos harapkan tuah nama baru
KUALA LUMPUR - Naib juara kategori Terbuka Wanita musim lalu, Figos Alpha tidak mahu mengalami kekecewaan lagi pada Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang akan bermula pada 26 hingga 29 Mei depan.
Sebaliknya, pasukan yang mahu menukar namanya kepada Phoenix itu bertekad untuk menebus kekecewaan pada final tahun lepas dengan impian untuk menjulang gelaran juara pada saingan tahun ini.
Pengurus pasukan, Shamsul Azizan menjelaskan bahawa dia akan menghantar dua pasukan untuk kategori Terbuka Wanita dalam misi mendominasi dua kedudukan teratas pada kejohanan empat hari tiga malam di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya.
“Sasaran kami sudah pasti untuk muncul juara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Menurut Shamsul, walaupun saingan kali ini semakin sukar dan mencabar, namun pasukan itu tidak akan berputus asa.
“Saya dimaklumkan kejohanan itu semakin besar dan meriah, malah hadiahnya juga semakin bertambah. Jadi saingan kali ini pasti menarik,” katanya.
Pada final kategori Terbuka Wanita tahun lepas, Figos Alpha tewas 0-1 kepada pasukan dari Sabah, Ziemal FC manakala satu lagi pasukan mereka, Figos Beta terkandas di separuh akhir dan menduduki tempat keempat.
Turun dengan nama baru iaitu Phoenix A dan B, Shamsul menjelaskan dia menetapkan sasaran untuk kedua-dua pasukannya layak ke final, sekali gus mendominasi saingan kategori Terbuka Wanita.
Penyamun tamak terima padah ditembak polis
MELAKA – Tidak puas dengan hasil samun yang diperoleh daripada sebuah stesen minyak di Jalan Munsyi Abdullah di sini, dua penjenayah menyamun pula sebuah stesen minyak di Tengkera selang 15 minit selepas itu malam kelmarin.
Sikap tamak mereka bagaimanapun membawa padah apabila salah seorang daripadanya ditembak dan ditahan polis ketika melakukan samun kedua.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian pertama di sebuah stesen minyak di Jalan Munsyi Abdullah itu berlaku kira-kira pukul 9 malam.
Menurutnya, ketika melakukan samun kedua, salah seorang penjenayah itu memasuki kaunter bayaran dan mengugut juruwang wanita berusia 20-an dengan sebilah pisau agar menyerahkan wang.
“Dua anggota polis yang menyamar dalam Ops Kios di stesen minyak ini menggagalkan cubaan samun tersebut.
“Suspek kemudian keluar dari kaunter dan menyerang anggota polis tersebut dengan pisau menyebabkan satu tembakan terpaksa dilepaskan dan mengena bahagian kiri perut suspek,” katanya
‘Kami tak minum arak’
Oleh ARDYHANSAH AMAT
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
BUKTI... gambar dalam Internet menunjukkan Que dan Linda bersama rakan di hadapan botol arak.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.
“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.
“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.
“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.
“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.
“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.
Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.
“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.
Cico tak minat politik
Oleh HADZLAN HASSAN dan NURUL HUSNA MAHMUD
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
USAH BUAT SPEKULASI... gambar Cico yang disiarkan di Internet baru-baru ini.
Malah, anak tunggal Uji Rashid itu memberitahu Metro Ahad, dia tidak berminat berpolitik kerana kurang arif dalam bidang itu yang disifatkannya sebagai rumit.
“Itu hanya kebetulan dan gambar itu dirakam di Masjid Al Azim, Pandan, Selangor selepas kuliah Maghrib.
“Saya memang sering ke masjid berkenaan kerana ia berdekatan rumah... jika hendak kaitkan saya dengan politik, saya minta maaf kerana saya kurang arif mengenainya,” katanya ketika ditanya mengenai komen blog berkenaan yang mendakwa kehadiran Cico hanya kebetulan, tapi mungkin juga dia menerima hidayah Pas yang kini mahu mengumpul seberapa ramai artis bagi menarik perhatian pengundi muda.
Berdasarkan gambar berkenaan, Cico dilihat berdiri di tengah-tengah antara Bob dan seorang lelaki sambil tertawa.
“Kami hanya terserempak dan rasanya tiada salah saling menegur kerana mengenali satu sama lain.
“Tujuan saya ke masjid adalah menunaikan solat jemaah kerana ia (masjid) berdekatan tempat tinggal saya dan bukan kerana ada undangan khas.
“Terus terang, saya kurang bijak dalam hal politik kerana ia perkara rumit. Malah, saya gembira dengan kerajaan pimpinan sekarang dan saya ke masjid kerana ia tuntutan agama,” katanya.
“Saya belum bersara daripada dunia lakonan, malah belum puas berlakon. Kemunculan saya kali ini berpandukan pada tawaran skrip drama atau filem sesuai.
“Jujur, saya belum terfikir untuk bersara kerana lakonan adalah minat saya. Cuma sekarang saya sibuk dengan hobi menyelam,” katanya.
Selepas menyepikan diri, dia kini lebih menekankan kepada kualiti dalam setiap lakonannya berbanding sebelum ini.
“Kalau dulu saya menerima tawaran tanpa mengambil kira skrip atau watak kerana pendapatan kurang stabil namun selepas ekonomi saya stabil, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan drama atau filem, menyebabkan kehadiran saya di kaca televisyen berkurangan,” katanya.
AC Mizal pilih Umno, tolak sertai pembangkang
Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.
Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.
"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya...
"Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.
Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.
AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.
Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.
"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.
AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.
"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.
Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.
Isterinya Emylia berasal dari Ipoh.
Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.
- Bernama
Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.
"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya...
"Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.
Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.
AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.
Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.
"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.
AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.
"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.
Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.
Isterinya Emylia berasal dari Ipoh.
Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.
- Bernama
Hafiz ada semua ciri
Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
firdaussahat@hmetro.com.my
Artis kelahiran Sabah itu mengulas hubungan cintanya dengan juara AF7, Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip yang hangat diperkatakan dalam blog hiburan tanah air.
Adira turut menyatakan, dia tertarik dengan Hafiz kerana gaya rambut pelantun lagu Awan Nano itu seksi selain perwatakannya yang kelakar.
Jelasnya, dia menyenangi Hafiz kerana sikap penyayang, bertanggungjawab dan matang dimiliki jejaka itu.
Begitupun, Adira menganggap hubungan mereka masih terlalu awal dan kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Hubungan kami direstui kedua-dua keluarga. Namun, kami tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu. Sebaik-baiknya, saya dan Hafiz menumpukan perhatian terhadap kerjaya yang baru dibina.
“Hafiz juga banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya. Dia juga seolah-olah menjadi ‘abang’ saya kerana selalu membimbing dan memberi nasihat. Sebab itu, saya sungguh selesa dengannya,” kata penyanyi Ku Ada Kamu ini.
Begitupun, Adira tidak mahu kisah percintaannya terlalu diperkatakan kerana ia hak peribadi mereka.
“Cukup dengan pelbagai kontroversi yang pernah terpalit sebelum ini. Begitupun, apabila kisah kami jadi bualan, saya tidak mahu menipu peminat atau merahsiakan perkara itu dengan berkata tidak. Jadi, saya mengakui saya dan Hafiz mempunyai hubungan lebih daripada kawan,” katanya.
Sebelum ini, jejaka Sarawak itu mengakui menjalin hubungan cinta dengan penyanyi kontroversi berkenaan selepas berasa tertekan dengan pelbagai gosip yang menimpa kekasihnya.
“Saya sungguh terharu dengan kenyataan dikeluarkan Hafiz. Saya tahu, dia berniat mahu menolong saya dan membersihkan nama saya daripada gosip liar dan tidak berasas.
“Malah, saya harap selepas ini tiada lagi gosip mengenai saya menjalin hubungan dengan ‘pengkid’ atau kaum sejenis,” katanya.
No comments:
Post a Comment