Friday, April 29, 2011

JANGAN KITA CAKAP AGAMA..KALAU BUKAN BIDANG KITA...ORANG DAH BERTAUBAT...PATUT SOKONG...BUKAN KUTUK....ITU JUGA BONGKAK...JIKA ORANG MENGAJAK KEBAIKAN PATUT SYUKUR DAN BERTERIMA KASIH....BATIL ITU JELAS...YANG HAQ@BENAR JUGA JELAS....JANGAN KITA TASABUH@MENYERUPAI KAUM LAIN....

‘Bob usah hipokrit, riak’

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

Ruang solat kecoh

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

SUMPAH LAKNAT...Shazryl melafazkan sumpah laknat di depan Izhan sambil diperhatikan Rahim dan Shuib.
SUMPAH LAKNAT...Shazryl melafazkan sumpah laknat di depan Izhan sambil diperhatikan Rahim dan Shuib.
KUALA LUMPUR: Ruang solat utama Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini, semalam kecoh dengan pelbagai gelagat individu yang dipercayai penyokong pembangkang bagi mengganggu majlis lafaz sumpah laknat Trio Datuk T.
Kekecohan berlaku beberapa minit selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat apabila tolak menolak dan jeritan qazaf serta takbir dilaungkan terutama selepas kehadiran beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke masjid itu.

Keadaan semakin sesak apabila jemaah mengerumuni ruang solat kerana menyangka Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sudah tiba untuk melafazkan sumpah laknat.
Ada di antara jemaah berebut naik ke tingkat satu masjid untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku selain merakamkan video dengan telefon bimbit.

Disebabkan keadaan semakin tidak terkawal, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Hussain naik ke mimbar dan merayu orang ramai segera mengosongkan ruang solat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Keadaan kembali tenang dan ruang solat utama itu segera dikunci pengurusan masjid, tetapi di halaman masjid masih bising apabila sekumpulan lelaki berkumpul sambil memegang poster supaya qazaf dilaksanakan.

Trio Datuk T akhirnya tiba kira-kira jam 4 petang dan menyebabkan suasana kembali kecoh, malah ketika wakil media termasuk puluhan individu lain berkumpul di ruang solat untuk menunggu sumpah dilafazkan, ketegangan berlaku apabila ada pihak mempersoalkan polis yang menasihatkan semua orang supaya memberi lebih ruang.

Suasana tegang turut berlaku apabila ada wakil media menegur sikap individu di situ yang seolah-olah melambatkan majlis kerana mahu ‘bertegang urat’ dengan polis.
Eskay, Rahim dan Shuib memasuki ruang solat itu pada jam 4.20 petang dengan memakai baju kalis peluru di bahagian dalam baju Melayu masing-masing kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat.

Ketika Eskay cuba membaca teks lafaz sumpah laknat itu, seorang lelaki tiba-tiba duduk di depan mereka dengan memberi nasihat bahawa kaedah itu tidak ada dalam hukum syarak, tetapi mereka boleh membuat pilihan meneruskannya.

Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai penceramah bebas, Syamsul Firdaus berkata, tujuan dia memberi nasihat itu sebagai menunaikan tanggungjawab seperti disarankan Rasulullah s.a.w.

Eskay yang mengangguk faham kemudian meneruskan lafaz sumpah laknat sambil memegang naskhah al-Quran di hadapan Timbalan Imam Masjid Amru Ibni Al-As, Izhan Shahril.

“Wallahi; Wabillahi; Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.

“Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah melaknat akan diriku,” katanya.

Wartawan sempat bertanya kepada Rahim sama ada beliau turut mahu melakukan sumpah laknat namun segera menunjukkan kepada Shazryl dan berkata: “Dia (Eskay) bagi pihak (semua).” Rahim dilihat mahu menjawab beberapa lagi soalan daripada wartawan, tetapi segera dibawa keluar dari ruang masjid apabila keadaan kembali kecoh dan tolak menolak berlaku semula.

Umpama kisah Cinderella

RAI...Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah turut memeriahkan perkahwinan William-Kate.
RAI...Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah turut memeriahkan perkahwinan William-Kate.
LOS ANGELES: Perkahwinan umpama dalam kisah pari-pari antara Putera William dan Kate Middleton semalam memukau dunia dengan kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia turut menonton dan meraikan majlis berkenaan.
Di sebuah pub terkenal di Sunset Boulevard, Hollywood yang dihiasi Union Jack dengan model Kate dan William diletakkan di depan pintu masuk, 300 pengunjung terpaku di depan televisyen bagi menyaksikan majlis itu.

“Di Hollywood memang ramai pelakon terkenal, tetapi tidak menarik perhatian kami,” kata Paula Haifley, 30, seorang pengunjung pub.
Rakannya, Katie Christiansen, 24, berkata, kehadirannya ke pub itu bagi meraikan majlis perkahwinan yang dinanti-nantikan.

“Kami mahu meraikannya. Ia memberi kami peluang untuk berpakaian cantik dan meraikan kemeriahan yang jarang disambut di sini,” katanya.

Berhampiran Hollywood Boulevard, muzium patung lilin, Madame Tussauds turut menyediakan skrin gergasi bagi menyediakan siaran langsung perkahwinan itu.

Seorang pembaca dari London, Andrew Rule memberi komen di akhbar Sydney’s Daily Telegraph bahawa majlis perkahwinan itu umpama kisah Cinderella yang menenggelamkan Hollywood.

“Hari ini dunia menyaksikan perkahwinan itu membuktikan kisah pari-pari boleh menjadi kenyataan,” katanya dalam akhbar berkenaan yang menyediakan lima muka surat pertama untuk menyiarkan laporan perkahwinan itu.
Stesen penyiaran Australia, ABC termasuk dua rangkaian komersial terbesar negara itu menyediakan siaran langsung majlis perkahwinan yang ditayangkan pada waktu malam di Sydney.

Akhbar New Zealand Herald turut menyifatkan hari perkahwinan itu sebagai 'hari paling menggembirakan' di muka depan dengan memaparkan gambar pasangan pengantin muda berkenaan.

Seorang penduduk Wellington, Kip Marshall berkata, dia menyaksikan siaran langsung perkahwinan itu bersama dua cucu perempuannya di rumah.

“Kami memakai pakaian cantik, mahkota plastik dan menghias rumah. Ia satu keraian kerana tiada siapa tahu adakah kita akan menyaksikan perkahwinan diraja lagi. Mungkin mereka akan menyaksikan perceraian diraja sebelum perkahwinan diraja lain,” katanya.

Di Asia pula, puluhan juta penduduk menyaksikan perkahwinan itu di siaran perdana termasuk menyediakan slot perbincangan, komen dan paparan kehidupan kerabat diraja Britain.

Kedutaan Britain di rantau Asia pula menganjurkan parti dengan menyediakan skrin besar untuk tatapan jemputan VIP. Di Hong Kong, sambutan disambut di kelab malam dan pub manakala hotel mewah di Karachi, Pakistan menyediakan skrin gergasi kepada penonton golongan atasan.

Seorang eksekutif perniagaan, Ahmed Naveed, 34, berkata, majlis perkahwinan itu menyebabkan dia melupakan tragedi pengeboman yang berlaku hampir setiap hari di negaranya yang dikaitkan dengan militan Taliban.

“Ia sesuatu yang berbaloi untuk dirai. Saya seronok kerana sekurang-kurangnya ada sesuatu yang menggembirakan disiarkan di televisyen selain darah dan bom,” katanya.

Di Malaysia, sekolah swasta yang menggunapakai kurikulum British, Alice Smith School dihiasi dengan bendera Britain dan kain rentang berwarna-warni manakala murid meraikannya dengan membuat kad perkahwinan dan kek cawan.

“Ia peluang terbaik kepada kami untuk mengucapkan selamat kepada pasangan pengantin itu,” kata Pengetua sekolah, Steve Caulfied.

Di Kenya, tempat William melamar Kate, Oktober lalu perhimpunan umpama meraikan perkahwinan berlansung di kafe dan restoran sekitar Nairobi.

“Ia perkahwinan diraja, seorang putera dengan puteri. Ia sangat unik,” kata seorang pemandu, Michael Chege, 20, yang berharap dapat menyaksikan siaran langsung walaupun sibuk bekerja.

Sementara itu, di Paris, ramai pihak mengunjung tugu berhampiran Pont d’Alma yang menjadi lokasi tidak rasmi bagi mengingati ibu William, Puteri Diana yang maut dalam kemalangan jalan raya di situ.

Bunga ros merah jambu diletakkan di kaki tugu, Flame of Freedom berdekatan terowong yang menjadi lokasi kemalangan pada 1997 dengan mesej ringkas; “Kepada Diana, mengingati kamu pada hari istimewa ini.” - AFP



No comments:

Post a Comment