Sunday, May 22, 2011

SEBAGAI UJIAN..SERTA PENGAJARAN...MOHONLAH PERLINDUNGAN DARI ALLAH....KERANA ALLAH LAH SEBAIK2 PERLINDUNG....TAKZIAH DAN ALFATIHAH....

Lenyap sekelip mata

Oleh YUSRI ABDUL MALEK, HADZLAN HASSAN, SHAMRAN SARAHAN, MOHD AZAM SHAH YAACOB, HIDAYATUL AKMAL AHMAD, RAJA NORAINA RAJA RAHIM dan RABI ‘ATUL ‘ADAWIYAH ISMAIL

SELAMAT... mangsa tanah runtuh Rumah Yatim batu 14 Ulu Langat, Mohd Khairul Annuar, 9 dihantar ke  Hospital Ampang, Ampang.
SELAMAT... mangsa tanah runtuh Rumah Yatim batu 14 Ulu Langat, Mohd Khairul Annuar, 9 dihantar ke Hospital Ampang, Ampang. 
 
BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.
BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.
HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.
“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.

Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.


Bagaimanapun, ketika latihan dan persiapan, berlaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.

“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.

“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.

Mohd Jihat dari Puchong dan baru tiga bulan menghuni di sini masih kelihatan trauma dan turut bersedih dengan kejadian menimpa rakan yang lain.

Dia mendakwa begitu hiba melihat usaha menyelamat dan sempat melihat antara rakannya dihempap batu dan celahan batu dan tanah.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.

Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa, namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.

“Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun, adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia daripada tertimbus,” katanya.


Gali tanah guna tangan



PILU...  mangsa yang selamat sebak melihat jenazah rakan yang terkorban.
PILU... mangsa yang selamat sebak melihat jenazah rakan yang terkorban.
BANTU... antara anak yatim yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh.
BANTU... antara anak yatim yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh.
HULU LANGAT: Tiga anak yatim, termasuk dua berusia 11 dan 14 tahun, maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, di sini, semalam.
Lebih tragis, difahamkan setakat jam 7 malam, seramai 14 dikhuatiri masih tertimbus iaitu 11 anak yatim dan tiga penjaga.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, enam pelajar dan seorang penjaga yang sudah diselamatkan, cedera dalam kejadian itu.

“Seramai 14 orang (11 pelajar, tiga penjaga) yang masih terperangkap berusia lapan hingga 17 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Menurut saksi, runtuhan berlaku dua kali dengan kali pertama pada jam 2.15 petang.

Kawasan itu kini dijadikan zon larangan oleh polis dan orang ramai tidak dibenarkan memasukinya berikutan kemungkinan berlaku runtuhan selepas hujan lebat sejak jam 5.30 petang.

Mangsa terbabit dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba ke tempat kejadian, kira-kira jam 2.30 petang.

Setakat jam 6.30 petang, seorang daripada mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Ampang, dua lagi masih di surau berhampiran tempat kejadian manakala tujuh yang cedera dihantar ke hospital sama, selain Hospital Kajang.

Pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat biarpun dalam keadaan hujan lebat.

Difahamkan, ketika kejadian itu, semua kanak-kanak itu berada di dewan makan rumah anak yatim itu.

Saksi, Pak Mat, 40, berkata ketika kejadian, dia yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian terdengar bunyi runtuhan lalu segera berlari ke situ.

“Sebaik tiba, saya nampak beberapa kanak-kanak tertimbus akibat tanah runtuh. Dalam keadaan kelam kabut, saya segera gali dengan tangan dan berjaya menarik dua kanak-kanak (yang meninggal).

“Saya kasihan melihat keadaan pelajar berkenaan. Air mata menitis kerana terbayangkan nasib mereka yang masih mentah,” katanya hiba.

Seorang lagi saksi, Sham, 29, berkata sebelum kejadian dia terdengar bunyi paluan kompang dari khemah di kawasan rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon abangnya mengatakan berlaku tanah runtuh di situ.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan tiga pelajar daripada tertimbus. Sebelum diselamatkan, ada pelajar terperangkap dalam runtuhan hingga ke paras pinggang.

“Biarpun mereka cedera, saya lega dapat menyelamatkan mereka. Cuma terkilan masih ramai lagi yang terperangkap,” katanya.


Tiga faktor kejadian



BAHAYA... kelihatan pergerakan tanah ketika hujan di Hulu Langat, semalam.
BAHAYA... kelihatan pergerakan tanah ketika hujan di Hulu Langat, semalam.
KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).
Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa.

Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.

“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.


“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.

Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk.

“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa.

“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008.

“Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit.

“Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit yang didiami penduduk.

Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan.

“Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya.


Tanah runtuh: Perkembangan di hospital



KUALA LUMPUR: Sembilan mangsa tanah runtuh di Hulu Langat yang diselamatkan masih dirawat di Hospital Ampang termasuk tiga berada di wad kecemasan (ICU).
Mangsa yang dirawat di wad biasa, Mohd Syafiq Ibrahim, 22, yang cedera di bahagian tengkuk, dan kembarnya, Siti Fatimah, cedera di kaki, Mohd Harris Mohd Izzuedin,11, cedera kaki kanan dan tangan kiri.

�Mohd Alauddin Safri,14, patah tangan kiri, Khairul Anwar Nazmi, 9, cedera kaki kanan dihempap batu, Mohd Aizat Khusyairi Abd Karim,13.� Beberapa mangsa turut ditempatkan dalam ICU iaitu Mohd Erwan Zakaria, 33, kaki kanan kena potong dan Zulhairi Aminuddin, 13, kehilangan kaki kiri serta seorang lagi mangsa.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Shirlin berkata, Zulkhairi Aminuddin, 13, terpaks dipotong kaki kiri ditempat kejadian untuk menyelamatkan nyawanya.

Manakala, Mohd Erwan Zakaria, 33, kehilangan kaki kanan yang menjalani pembedahan malam kelmarin.


Tanah runtuh: Roboh rumah anak yatim



KUALA LUMPUR: Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.�
Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan sama ada lokasi penempatan rumah kebajikan itu sesuai diduduki.

"Sama ada rumah ini selamat atau tidak, kita akan serahkan pada JKR untuk buat siasatan lanjut dan teknikal dan jika didapati tidak selamat, majlis (Majlis Perbandaran Kajang) akan ambil tindakan untuk runtuhkan rumah ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.� Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat.� Chor berkata, rumah itu dibina lebih 10 tahun lalu dan ia adalah tapak pertanian dan bendang.� "Pada masa dulu, MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) tidak sampai ke tempat ini, jadi tidak boleh salahkan penduduk yang bina rumah dekat sini. Tuan tanah berhak untuk bina rumah sendiri untuk keluarga sendiri, ia tidak salah.� "Namun pada masa ini, kalau ada tuan-tuan tanah yang ingin bina rumah, mereka harus kemukakan permohonan kepada MPKj," katanya.� Chor menjelaskan bahawa tiada tindakan boleh diambil ke atas mana-mana pihak kerana rumah itu dibina lebih 10 tahun lalu.� "Kita tidak boleh ambil tindakan kerana pada masa itu tiada syarat permohonan perlu dikemukakan pada majlis. Masa itu tidak perlu, sekarang lain," katanya.�- Bernama


Kejadian tanah runtuh: Kebumi satu liang

HULU LANGAT: Tujuh penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14 dekat sini, yang mati tertimbus semalam selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad petang ini.
Mangsa selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam dusun Nanding, kira-kira jam 3.15 petang dengan dihadiri kira-kira 200 orang waris, kenalan dan penduduk setempat.

Terdahulu kira-kira jam 2 ptg, semua jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid Hisamuddin Alam Shah pekan Batu 14 di sini.
Mangsa yang dikebumikan ialah Dzahir Haziq Muin, 11; Wan Ahmad Hasril Hazim, 11; Mohd Azret Azahari, 8; Mohd Mustakim Mamat, 12; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Imal Fahad, 9; dan Mohd Hazim Sapri, 10.


Semua mangsa yang terkorban berjaya dikeluarkan



KUALA LUMPUR: Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.
Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.

Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.
Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.


Tanah runtuh: Periksa bangunan di lereng



KUALA LUMPUR: Semua pihak berkuasa tempatan digesa�supaya sentiasa memantau dan memeriksa struktur bukit bagi memastikan bangunan�yang terletak di lerengnya selamat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang membuat�gesaan itu berkata setiap pembangunan di lereng bukit juga harus diberi�perhatian khusus bagi menggelak berlaku kejadian bencana alam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian tanah runtuh di Bt 14 Hulu�Langat semalam yang sehingga kini mengorbankan 16 nyawa penghuni Rumah Anak-anak�Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.
"Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan semua yang�terbabit. Saya juga berharap kejadian ini akan memberi iktibar kepadan kita�supaya sentiasa berhati-hati dengan pembangunan yang melibatkan kawasan lereng�bukit," katanya kepada wartawan selepas merasmikan sambutan Minggu Perpaduan

No comments:

Post a Comment