Thursday, August 4, 2011

DAH BERKAHWIN...MALAH BERTAHUN2...BERANAK PINAK...ADA YANG BERCUCU PUN BERCERAI...INI BERTUNANG...TENTU ADA HIKMAH...DAH TERJADI ITU TAKDIR...DAH TAKDIR WAJIB REDHA....

Daasim 
 
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak
ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
 
 
Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang
Ally Iskandar
SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu.
Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Kamu telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.
Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.
Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.
Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.
“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.
Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.

‘Usah sentuh saya’

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

SAAT BAHAGIA...Mazlan dan isterinya ketika perkahwinan mereka.
SAAT BAHAGIA...Mazlan dan isterinya ketika perkahwinan mereka.
KUALA LUMPUR: “Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!” Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.
Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.
“Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai,” katanya.

Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.


Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.

 

Anak KM S'wak berdepan prosiding hina mahkamah
Hafiz Yatim
Ogos 3, 11
6:49pm
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Shahnaz A Majid untuk memulakan prosiding menghina terhadap bekas suaminya, yang juga anak lelaki Ketua Menteri Sarawak.

NONEIni ekoran kegagalan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib untuk mematuhi tuntutan bekas isterinya, Shahnaz (kiri), berhubung perintah mengenai harta sepencarian, yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Jun.

Tiada tempoh masa ditetapkan dalam perintah tersebut. Bagaimanapun, Perintah 135 Prosedur Sivil Mahkamah Syariah menyatakan jika tiada tempoh masa diberikan, maka ia hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah tersebut.

Ekoran ianya tidak dipatuhi, maka prosiding menghina mahkamah akan didengar pada 12 September depan, setelah Hakim Mohd Amran Mat Zain membenarkan permohonan tersebut hari ini.

NONEPermohonan tersebut dibuat oleh peguam Dr Shahnaz Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader hari ini.

Shahnaz, yang merupakan kakak ratu jazz Sheila Majid, menuntut harta sepencarian bernilai RM400 juta.

Rafie berkata sudah lebih sebulan sejak sesi yang lalu dan mereka masih lagi belum menerima dokumen-dokumen yang perlu mengenai harta sepencarian tersebut.




Berhati-Hati  

- 9 jenis anak syaitan.. 

Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata,

terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
 Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

4. Haffaf 
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja
penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim 
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak
ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan 
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari 
 
PERTANYAAN
 
Saya ingin bertanya soalan.Apa yang saya tahu adalah berdosa besar apabila seorang isteri meminta cerai(tdk masuk syurga)dari suaminya.Saya sebagai isteri kedua dan suami tdk berlaku adil terhadap saya.sering mambezakan dan sentiasa mendahulukan isteri pertama sehingga sanggup tdk balik kerumah saya berminggu lamanya sedangkan hari2 pulang kerumah isteri pertamanya.Selain itu dia juga takut/mengikut kata isteri pertamanya.Perkahwinan kami adalah di luar pengetahuan isteri pertamanya.Tujuan kami kahwin adalah utk megelakkan diri dari terjerumus kelembah hina tetapi akhirnya saya menjeruk rasa disbbkan ketidak adilannya.soalan saya :
1)Saya sering menyuarakan ketidakpusan hati saya dan meminta hak saya ditunaikan.akibatnya pergaduhan berlaku krn suami saya ingin menjaga serta tdk mahu melukakan hati isteri pertamanya.berdosakah saya sbg seorang isteri? saya cuma meminta hak saya.Tdk lebih dari itu.suami saya juga tdk boleh bertolak ansur dgn saya dalam perkara ini.
2)Berdosakah saya sekiranya meminta cerai darinya kerana tdk tahan dgn keadaan tersebut dan mencari org lain sebagai pengganti?saya cuma mahu suami yang bertanggungjawab dan dpt menjaga saya.utk pengetahuan tuan , kami belum mempunyai anak.

Harap tuan boleh beri penjelasan .

JAWAPAN

alam Soalan ini nampaknya belum ditangani oleh panel al-Ahkam. Kalau gitu saya nak cuba-cuba jawab, tapi ikut logik akal saya saja.
(1) saya tidak nampak apa salahnya jika isteri meminta cerai daripada suaminya jika suaminya itu seorang yang cuai terhadap tanggungjawabnya atau langsung tidak bertanggungjawab terhadap isteri-(isteri)nya ATAU jika suami itu buruk perangai.

(2) itu sebabnya barangkali kenapa ada lafaz "taklik talak" di belakang "surat nikah", sama ada pasangan berkenaan nikah di Malaysia atau nikah di Siam atau nikah di Indonesia - dengan syarat-syarat tertentu, umpamanya kegagalan suami untuk memberi nafkah selama 3 bulan atau lebih; suami pukul balun isteri; suami mengainaya isteri-- ainaya tu macam-macam --- ainaya fizikal atau/dan ainaya mental.... nafkah pun macam-macam:-- nafah zahir (makan minum, pakaian; make-up; perubatan); nafkah batin pun macam-macam juga : seks; kasih sayang; pergaulan yang makruf; pendidikan agama; nasihat dsb

(3) termasuk dalam hal tidak nmemberi nafkah itu macam-macamlah . tidak adil kepada isteri (kalau berpoligami)... adil di sini adalah adil dari segi syarak/ Islam.. tidak mengauli isteri, dan macam-macam lagi;

(4) kalau minta cerai melalui takliq susah; isteri boleh minta cerai melalui fasakh atau khuluk;

(5) bagaimanapun, sebelum bercerai ada baiknya dilantik penasihat/kaunselor... atau melantik hakam/penimbang tara... mudah-mudahan segala kekusutuan dapat diuraikan.
.
(6) di setiap jabatan agama negeri ada disediakan 'perunding cara/kaunselor perkahwinan" bertujuan menasihati pasangan-pasangan yang bermasaalah sebelum boleh membawa kes mereka ke mahkamah syariah ... usahakanlah.

(7) tapi kalau tak boleh jugak.. kena bercerai juga... perceraian merupakan jalan terbaik ... sudah tidak ada makruf/kebaikan dalam perkahwinan-- maka kenalah juga bercerai. (vii) uruskanlah hal-hal hadanah & nafkah anak (kalau ada anak); nafkah edah, mut'ah, & harta sepencarian... sebab matlamat perkahwinan adalah antaranya, untuk mecari kebahagiaan.. kalau dah tak bahagia, buat apa teruskan perkahwinan .. betul tak. sekian dulu, WA assalam


Harus dingatkan jangan sekali membuat kenyataan palsu@bohong...lebih2...suami tak hadir bicara...hakim tak salah sebab tuan/puan bercakap@berbohong dengan sumpah(dengan nama Allah)...dapat nafkah zahir batin tapi mengadu tak dapat....kita telah nusyuz ingkar tapi tak sedar ..contoh...tak balik rumah sedangkan suami sudah suruh balik...kita telah jadi isteri yang nusyuz...maka sudah tentu gugur nafkah zahir batin....atau kita mengutamakan orang lain dari suami...ni juga nusyuz..sebab mengabaikan tanggung jawab isteri....seperti mengutamakan jaga cucu sebab dapat upah...dah penat...sakit...mana boleh layan suami...mengutama anak2 bekerja dan menantu...sebab anak2 beri duit bulanan...sedangkan tugas utama kita menjaga SUAMI....kita tak sedar kita dah lama nusyuz...

No comments:

Post a Comment