Monday, August 1, 2011

JARIAH TAK BOLEH UMUMKAN ATAU HEBAH2KAN HILANG IKHLASNYA...ADA BAIK WAKAF PEMBINAAN MASJID LEBIH TAHAN DAN KEKAL HINGGA ROBOH MASJID TU...LEMAH JIKA TAHAP AGAMA RENDAH...HUKUM HAKAM MAIN REDAH@LANGGAR JE..

Salih kecewa majlis rai isteri dimanipulasi

KUALA LUMPUR: “Saya kecewa apabila majlis meraikan empat isteri saya 24 September ini dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan sedangkan tujuan asal saya menganjurkan majlis itu sebagai amal jariah sepanjang 50 tahun saya hidup di muka bumi Allah,” kata pengacara terkenal, Salih Yaccob, 50.
Kekecewaan itu diluahkan Salih sejurus dia memberitahu Majlis Malam Mesra Salih Yaccob dan Keluarga Tersayang yang dirancangnya pada September ini dipolitikkan dan diniagakan pihak penganjur untuk kepentingan mereka.

Menurut Salih, awal Julai lalu dia didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Shafie, 50-an mendakwa pemilik kedai emas di Johor dan menawarkan diri sebagai penaja majlis itu dengan nilai anggaran kos keseluruhan kira-kira RM400,000. “Lelaki terbabit sanggup mendapatkan saya di Astro Bukit Jalil dan memberitahu mahu menaja majlis saya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor, Persada. Pada mulanya saya enggan menerima kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku namun sesudah lelaki itu tidak henti memujuk saya, akhirnya saya menerimanya.
“Namun, yang peliknya apabila Shafie enggan menandatangani sebarang perjanjian dan tiada surat hitam putih dimeterai biarpun puas saya memintanya mewujudkan perjanjian bersama. “Lelaki terbabit seolah-olah cuba merancang sesuatu sejurus meminta menangguhkan perjanjian sehinggalah semalam (kelmarin),” katanya.

Kata Salih, sepanjang sebulan berurusan dengan Shafie melalui lima kali pertemuan di ibu kota, lelaki itu berperangai pelik dan bersifat kurang ajar apabila memasuki bilik hotel penginapannya di Jalan Ampang, di sini, sesuka hati dan meminta isteri keduanya menjadi pembantu peribadi sepanjang menguruskan majlis terbabit.

Menurutnya, dua minggu lalu ketika datang ke hotel penginapannya, lelaki terbabit menghampiri isteri kedua dan anak perempuannya dengan mengeluarkan kata-kata lucah iaitu “tidak dapat anak, emak pun jadilah”.

“Saya geram dan mula mencurigai lelaki terbabit. Sesudah memeriksa latar belakangnya barulah saya tahu saya ditipu kerana Shafie bukanlah pemilik kedai emas, tidak bekerja dan banyak menipu orang ramai termasuklah terbabit satu kes penipuan pertandingan karaoke di Johor,” katanya.

Menurut Salih, seminggu lalu dia mendapati lelaki itu mengiklankan majlis malam mesra di Internet tanpa persetujuannya termasuk menjual meja tempahan bernilai RM5,000 dengan menawarkan 150 meja keseluruhannya.
“Saya tidak merancang untuk ‘menjual’ majlis saya kerana majlis dirancang adalah untuk meraikan empat isteri, sambutan Aidilfitri, rumah terbuka untuk peminat dan majlis penyampaian sumbangan kepada mereka memerlukan,” katanya.

Katanya lagi, lelaki terbabit mensasarkan ‘perniagaan’ itu dengan menawarkan meja tempahan kepada seluruh rakyat Johor selain turut menghasilkan baju, topi, cenderahati dan logo menggunakan namanya selain menyebarkan tandatangannya di blog seterusnya mencemarkan namanya.

“Saya meminta kepada seluruh rakyat Johor supaya tidak terpedaya dengan iklan itu dan kepada mereka yang sudah membuat tempahan supaya segera berurusan dengan lelaki berkenaan. Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah menyetujui tempahan meja itu,” katanya.

Kata Salih, menyedari ditipu, dia kini merancang menganjurkan majlis makan malam itu menggunakan wang sendiri dengan memperuntukkan RM500,000.

“Saya mengimpikan menderma RM100,000 kepada isteri dan anak artis (artis yang sudah meninggal dunia) dan saya sudah pun memperuntukkan sejumlah wang untuk kegunaan mereka,” katanya.

Penyelia ditipu bomoh tilik nasib diburu along



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 33 tahun bukan saja kerugian RM37,000, malah dia kini diburu along sejak enam bulan lalu gara-gara terpedaya tipu helah seorang lelaki menyamar bomoh tilik nasib hanya kerana mahu mendapatkan nombor ramalan.
Mangsa yang juga penyelia di sebuah kilang mendakwa ghairah untuk menjadi jutawan selepas terpedaya dengan bomoh berasal dari Thailand berusia lewat 40-an itu sehingga dia sanggup meminjam wang daripada along, mencagar barang kemas isterinya selain menggunakan wang simpanannya bagi membayar khidmat lelaki terbabit.

Padahnya, mangsa kini bukan saja kesempitan wang, malah dia dan keluarga diburu along kerana gagal melunaskan hutang pinjamannya RM10,000.
Tidak tahan dengan ancaman along, mangsa membuat laporan di Balai Polis Semenyih, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, mangsa yang berada di rumahnya di Semenyih, dekat Kajang, tertarik untuk menghubungi suspek selepas terbaca kertas iklan dalam peti surat di rumahnya itu, baru-baru ini.

“Sebaik menghubungi ‘tok guru’ terbabit, suspek mendakwa mangsa akan mendapat tuah selain bakal bergelar jutawan selepas diberikan satu nombor ramalan sebelum diminta memasukkan wang ke dalam akaunnya untuk bayaran perkhidmatan.

“Disebabkan terpengaruh, mangsa memasukkan RM110 ke dalam akaun suspek sebagai deposit. Selepas beberapa kali berjumpa suspek di kawasan rumahnya, mangsa yang terpedaya janji suspek diminta membayar sehingga RM37,000,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mencagar barang kemas isterinya selain membuat pinjaman along.
“Namun, selepas memberikan wang diminta suspek, mangsa berputih mata apabila lelaki terbabit menghilangkan diri,” katanya.

Katanya, sejak enam bulan lalu, keselamatan mangsa dan keluarganya terancam kerana diganggu along kerana dia gagal melunaskan pinjamannya.

Ibu anggap tiada jodoh



KOTA BHARU: Ibu penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, menyifatkan keputusan anaknya memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, sebagai takdir.
Bidah Ibrahim, 53, berkata jodoh anaknya dengan Elia tidak kesampaian kerana mereka tiada jodoh.

“Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan (mengenai hal putus tunang itu).
“Jika pertunangan mereka hanya setakat ini saja, saya anggap mereka tiada jodoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, di sini, semalam.

Bidah mengulas keputusan Khairul Fahmi atau popular dengan panggilan Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.

Semalam, Metro Ahad melaporkan di sebalik kecemerlangan menjaga gawang gol, Khairul Fahmi memendam rasa sehingga memutuskan pertunangan dengan Elia. Khairul Fahmi turut menafikan kemelut itu berlaku angkara orang ketiga iaitu seorang gadis dikenali dengan nama Dahlia.

Menurut Bidah, sehingga kini, dia belum berhubung dengan keluarga Elia dan menyerahkan kepada Khairul Fahmi untuk menyelesaikan masalah itu.

“Tidak banyak boleh saya perkatakan kerana semuanya saya serahkan kepada Khairul Fahmi.
“Saya memang tahu anak saya dan Elia ada sedikit masalah, tetapi tidak mahu mencampuri hal mereka dan yakin Khairul Fahmi bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat,” katanya.

Bidah berkata, dia tidak tahu mengenai dakwaan kemunculan orang ketiga yang menggugat hubungan anaknya dengan Elia, malah tidak mengenali siapa Dahlia seperti dilaporkan akhbar.

“Saya pun dapat tahu cerita mengenai dakwaan (kemunculan) orang ketiga dan (kemunculan) nama Dahlia itu menerusi akhbar.

“Apapun, saya tidak dapat menjelaskan situasi sebenar kerana segala persoalan, Khairul Fahmi saja yang boleh jawab, lagipun buat masa sekarang dia tidak bersama keluarga kerana sibuk dengan kerjayanya,” katanya.

‘Kami mohon maaf’

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Bayu, Damansara Damai, di sini, meletakkan jawatannya semalam selepas isu kontroversi penemuan senaskhah al-Quran, songkok dan kain pelekat yang diletakkan di dalam tokong bagi tujuan pemujaan di kawasan perumahan itu.
Difahamkan, Lee Yue Theng, 47, bersama-sama ahli jawatankuasa lain JMB perumahan terbabit meletakkan barangan itu bagi tujuan pemujaan, Isnin lalu. Bagaimanapun, ia disedari pengawal keselamatan yang membuat rondaan pada hari sama.

Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, Lee meletak jawatannya berkuat kuasa pagi semalam selepas kejadian itu mengakibatkan kira-kira 2,000 penduduk kawasan perumahan berkenaan bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati, kelmarin.
Lee berkata, dia sedar mengenai kesilapannya yang menimbulkan perasaan marah dan kecewa di kalangan masyarakat beragama Islam dan jiran lain.

“Saya ingin meminta maaf di atas kesilapan kami dan bagi menebus kesalahan itu, saya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi JMB perumahan ini berkuat kuasa serta-merta.

“Saya berharap permohonan maaf saya diterima masyarakat berbilang kaum di kawasan ini dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini,” katanya, di sini.

Sementara itu, wakil kariah surau Apartmen Bayu, Robin Ruslam,48, berkata pihaknya menerima permohonan maaf Lee yang diikuti dengan peletakan jawatannya.

“Kami juga tidak ingin kejadian yang mengguris perasaan umat Islam ini berlanjutan begitu saja kerana risau ia akan menyebabkan kejadian yang tidak diingini.
“Kami berharap kejadian ini dijadikan iktibar oleh semua pihak dan tidak mengulanginya pada masa depan,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan, penduduk pelbagai kaum di kawasan perumahan itu gempar selepas menemui senaskhah al-Quran, songkok dan kain pelekat diletakkan di belakang sebuah patung berhala yang digelar ‘Datuk Ali’ di dalam tokong bagi tujuan pemujaan di kawasan perumahan berkenaan.

Tindakan itu dipercayai dilakukan seorang ahli jawatankuasa JMB perumahan berkenaan selepas mendapat arahan daripada Tuhannya.

Sebagai tindakan susulan, penduduk di situ membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh supaya tindakan tegas diambil terhadap pihak terbabit selain menghantar surat termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mati ditikam anak tiri

Oleh Ahmad Saufi Mansor
opie@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Aku tunggu di rumah, tetapi hang (suspek) tak balik,” kata Ismail Ahmad, 58, yang mati terkena tikaman pisau lipat di dada kirinya dalam satu pergaduhan dengan anak tiri lelakinya di sebuah rumah penduduk kampung yang juga jiran mereka di Kampung Tebengau, dekat sini, kelmarin.
Ketika kejadian, anak tiri mangsa berusia 32 tahun dikatakan sedang membaiki enjin bot milik seorang penduduk selepas pulang membeli barangan alat ganti di Sungai Petani.

Nelayan yang juga saksi kejadian, Mohd Jamil Ahmad, 27, berkata, dia dan suspek bekerja sebagai mekanik baru pulang dari Jalan Putra, dekat sini, dan Sungai Petani kira-kira jam 7 malam dengan menaiki kereta.

Menurutnya, ketika mereka sibuk membaiki enjin, mangsa muncul sebelum azan Maghrib dan memarahi anak tirinya lalu memukul suspek.


Katanya, keadaan itu menyebabkan suspek melepaskan satu tumbukan sebelum mereka bergelut kira-kira 10 minit dan ketika itu ternampak mangsa berlumuran darah.

Jual RM100 untuk satu nombor giliran



KUALA LUMPUR: RM100 untuk satu nombor giliran. Itu bayaran dikenakan sebuah syarikat tidak berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengambil kesempatan melalui Program 6P (Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran).
Difahamkan, syarikat dikendalikan seorang wanita berusia 40 tahun di sebuah premis di Pusat Bandar Damansara, Damansara Heights itu menyalahgunakan program 6P untuk mengaut keuntungan lebih.

Bagaimanapun, taktik itu dikesan pegawai imigresen dari Pejabat Imigresen Pusat Bandar Damansara yang memantau menjalankan pemantauan mengenai kegiatan pengambilan bayaran bagi program berkenaan.
Sumber berkata, hasil pemantauan ke atas premis itu, kira-kira jam 11.40 pagi Khamis lalu, membawa kepada premis berkenaan diserbu serbuan ketika ramai warga asing beratur di luar bagi mendapatkan angka giliran.

“Ketika serbuan, sejumlah kertas kecil bertulis nombor giliran dengan pelbagai warna ditemui di dalam premis dan siasatan lanjut mendapati premis itu mengenakan harga RM100 bagi setiap nombor dan dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit dalam seminggu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang mengesahkan kewujudan premis itu berkata, syarikat berkenaan tidak berdaftar di bawah KDN untuk terbabit program 6P dan mengambil kesempatan ke atas warga asing yang tiada pengetahuan untuk mengaut keuntungan lebih.

“Selepas serbuan, majikan berkenaan diarahkan ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk memberi penjelasan sebelum dibebaskan dengan amaran, “ katanya.

Tamak kaut untung

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Lima syarikat yang kononnya dilantik kerajaan untuk menguruskan pendaftaran pekerja asing tanpa izin dalam Program 6P disenaraihitamkan selepas didapati mengutip wang pendaftaran sehingga RM4,000 bagi setiap kepala.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, tindakan itu diambil selepas kementerian menerima aduan orang ramai mengenai kewujudan syarikat berkenaan walaupun kerajaan belum mengumumkan pelantikannya.

“Ketika kes itu dikenal pasti, kementerian belum melantik mana-mana syarikat untuk menguruskan pendaftaran pendatang tanpa izin menerusi program terbabit, dan kami belum buat sebarang tawaran berhubung pelantikan syarikat berkenaan. “Bagaimanapun, ada syarikat tamak melantik diri sendiri yang mendakwa kononnya mereka dilantik kerajaan untuk mendaftarkan pendatang dengan mengenakan bayaran sehingga RM4,000 seorang.
“Selepas siasatan, lima syarikat dikesan menipu dan sudah didakwa, malah kementerian menyenarai hitam syarikat itu daripada menguruskan pendatang,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Menurutnya, bagi memudahkan proses pendaftaran pendatang tanpa izin, kerajaan melantik 336 syarikat mengurus yang melepasi tapisan ketat dan menetapi kriteria ditetapkan kementerian.

Katanya, kementerian menerima lebih 1,400 permohonan untuk membantu kerajaan mendaftarkan pendatang berkenaan, tetapi hanya 336 syarikat yang layak.

Menurutnya, syarikat dilantik juga diminta menandatangani surat aku janji bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab diberikan dengan amanah.

“Ini termasuk borang aku janji amanah, menyimpan rahsia kerajaan, tidak boleh mengenakan kadar caj berlebihan kecuali yang dipersetujui iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk proses pemutihan serta tidak melakukan penyelewengan.
“Jika syarikat terbabit didapati melanggar aku janji itu, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang boleh dipenjara 20 tahun atau denda sehingga RM1 juta.

“Mereka juga boleh didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dipenjara sehingga lapan tahun, malah kementerian boleh membatalkan permit serta-merta jika didapati menyeleweng,” katanya.

Mahmood berkata, seorang pegawai Imigresen akan ditempatkan di semua syarikat mengurus yang dilantik untuk membuka sistem pendaftaran dan memantau proses pendaftaran.

No comments:

Post a Comment