Tuesday, August 16, 2011

KOS KEHIDUPAN MAKIN TINGGI...NI JUGA MUSIBAH...MAKA BANYAKLAH KECURIAN...PENIPUAN...PELACURAN...PENJUALAN DADAH...CULIK...RASUAH ...PEMBUNUHAN...DERHAKA KEPADA IBUBAPA...BERGADUH ADIK BERADIK...AGAMA DIJUAL BEREBUT KEUNTUNGAN DUNIA YANG SEMENTARA INI...DLL ...MASYARAKAT JADI TIDAK SELESA DAN TIDAK AMAN...KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM...PATUHLAH PADA HUKUM ALLAH...DEGIL BERMAKNA MENEMPAH NERAKA ALLAH...

Amah Datuk larikan RM300,000


GAMBAR Rospita yang diedarkan untuk membantu siasatan polis.



KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian hampir RM300,000 apabila sejumlah barangan kemas dan wang tunai miliknya dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Mutiara Gombak 2 dekat sini pada Sabtu lalu.
Kehilangan barangan kemas, wang tunai serta beberapa barangan berharga lain disedari oleh isteri ahli perniagaan itu pada pukul 8 malam hari kejadian.
Antara barangan yang didakwa hilang ialah jam tangan jenama Rolex, Omega, Salvatore Ferragamo dan wang tunai berjumlah RM7,500.
Sejurus sebelum barang-barang berharga itu disedari hilang, pengawal keselamatan kediaman Datuk itu ternampak salah seorang amah di situ meninggalkan rumah majikannya dengan menaiki sebuah teksi selepas memberi alasan untuk membuang sampah.
Pembantu peribadi Datuk itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, amah yang dikenali sebagai Rospita, 20-an baru dua bulan bekerja di situ.
Menurut Zamri, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mempunyai dua pembantu rumah warga Indonesia dengan Rospita ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti mengemas dan membersihkan rumah.
Seorang lagi amah ditugaskan untuk memasak serta menjaga dua orang anak majikannya yang berumur dua dan empat tahun.
"Dia dipercayai menyorok barang-barang yang hendak dilarikan di dalam baju yang dipakai," katanya semasa ditemui pemberita di Balai Polis Batu 6 Gombak dekat sini semalam.


Permasalahan Akta Sewa Beli 1967 selesai

PUTRAJAYA - Semua permasalahan mengenai Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang dikuat kuasa 15 Jun lepas dianggap selesai setelah semua pihak berkenaan mencapai persetujuan dalam mesyuarat 28 Julai lalu.
Antara perubahan yang dilakukan ialah bayaran deposit yang sebelum ini perlu dibayar kepada bank kini dibenarkan dikutip oleh penjual kereta dengan syarat mereka mempunyai surat kebenaran atau lantikan daripada pihak bank.
Selain itu, semua pihak juga bersetuju agar pemeriksaan kenderaan terpakai untuk dijual dikekalkan, cuma pemeriksaan keselamatan (B7) boleh dilakukan bersama pemeriksaan menukar nama kereta.
Dalam pada itu, tempoh sah laku B7 dilanjutkan dari dua bulan kepada empat bulan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak yang hadir pada mesyuarat dengan kementeriannya itu berpuas hati dengan penjelasan kementerian.
"Beberapa perubahan sebagai langkah kompromi juga telah diambil.
"Kami menganggap isu ini telah selesai dan saya harap tiada lagi perkara- perkara lain yang berbangkit mengenai akta ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Asing segera mentega DNA babi




SEBUAH pasar raya terkenal di Pulau Pinang masih menempatkan mentega DNA babi bersama mentega halal di tempat sejuk beku semalam.


KUALA LUMPUR - Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.
Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.
"Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.
"Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas," katanya.

Penganggur didakwa curi barang isteri




Ahmad Zuqhairi menggenggam penumbuknya ketika gambarnya dirakam di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur berdepan hukuman penjara sepuluh tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri barang milik isterinya pada bulan lalu.
Tertuduh, Ahmad Zughairi Mohd. Zuki, 25, dari Taman Indah, Al Muktafi Billah Shah dekat sini hanya menundukkan kepala dan mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Erman Che Mat.
Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Zughairi didakwa mencuri pelbagai barangan di rumah isterinya Che Wan Munirah Che Wan Aziz, 24, di Kampung Bukit Tunggal di sini pada pukul 4 petang hingga pukul 8.30 pagi pada 24 Julai lalu.
Antara barangan yang dicuri tertuduh adalah sebuah televisyen 14 inci berjenama Homax, 20 buah beg galas wanita pelbagai jenis dan satu kotak berisi pakaian wanita.
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan yang boleh membawa hukuman penjara sepuluh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mohd. Erman membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 29 September ini untuk tarikh sebutan kes.

Pemuda hilang komputer selepas disimbah asid






KAJANG - Seorang pemuda bukan sahaja kehilangan komputer riba malah muka dan belakang badannya turut melecur apabila disimbah sejenis cecair dipercayai asid di Batu 9, Cheras di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 11 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 25 tahun memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di Taman Midah, Cheras di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rasyid Ab. Wahab berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa mendapati tayar keretanya pancit menyebabkan dia berhenti di tepi jalan untuk menukar tayar.
"Sejurus selepas berhenti, sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kereta mangsa.
"Salah seorang daripada lelaki itu turun dari kereta dan terus menyimbah sejenis cecair ke badan mangsa," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, kedua-dua lelaki itu kemudian cuba melarikan kereta mangsa namun gagal kerana kunci kereta mangsa berada dalam poket seluarnya.
Suspek kemudian merampas sebuah komputer riba mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.
Mangsa masih dirawat di sebuah hospital dan kecederaan di muka dan belakangnya stabil.
Dalam pada itu, Polis Kuala Lumpur semalam mengedarkan fotofit (gambar lakaran) seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan menggunakan asid di sebuah stesen minyak Shell Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi pada 26 Julai lalu.
Lakaran suspek itu diperoleh selepas polis menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dilokasi kejadian.
Polis menyeru orang ramai yang ternampak mana-mana individu menggunakan kereta Proton Wira dengan nombor pendaftaran WLC 1475 supaya tampil memberi maklumat.
Kosmo! pada 27 Julai lalu melaporkan seorang penghantar surat cedera di muka dan badan selepas disimbah asid manakala wang syarikatnya berjumlah RM18,000 dikebas sekumpulan perompak di Batu 2 1/2 Jalan Sungai Besi di sini.
Sebelum kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang mengisi minyak didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira.
Salah seorang suspek kemudian bertindak menyimbah asid ke arah mangsa dan merampas beg berisi wang itu sebelum melarikan diri.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops di talian 03-21159999.

Kaji semula harga rumah PBR

IPOH – Ekoran kos pembinaan yang meningkat sejak kebelakangan ini, ramai kontraktor terpaksa menolak peluang untuk menyertai projek membina rumah menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) untuk golongan miskin dan Orang Asli.
Demikian senario yang berlaku melibatkan kontraktor kelas F khususnya di Perak yang kini tidak lagi mampu menanggung kerugian selepas bersetuju menerima kontrak membina rumah kos rendah terbabit.
Sehubungan itu, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak (PKMMNP) menggesa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menetapkan harga baru rumah iaitu di antara RM39,000 dan RM42,000 berbanding RM33,000 sekarang.
Yang Dipertuanya, Datuk Wira Jamaludin Abd. Rahim berkata, sebahagian besar kontraktor kelas F mengalami kerugian memandangkan harga rumah tiga bilik yang ditetapkan kementerian itu tidak lagi relevan berikutan peningkatan kos semasa.
“Kami tidak boleh bina rumah sedemikian kerana harga RM33,000 tidak lagi sesuai. Sebagai kontraktor, kami juga mahu sedikit keuntungan, lagipun kos pengangkutan sudah naik 10 peratus selain peningkatan harga bahan binaan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ahli Geng Black Water didakwa



GENG Black Water... Dari kiri Kuan Zui, Ching Swee, Ooi Kay dan Cee Wei diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Klang selepas didakwa mencuri kereta mewah semalam.



KLANG – Empat ahli Geng Black Water yang ditahan selepas menerima dan menyembunyikan 98 buah kereta mewah di sebuah gudang kini menyesal tak sudah apabila mereka didakwa atas 784 pertuduhan dan memerlukan RM7.84 juta sebagai jaminan untuk dibebaskan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Wong Ooi Kay, 34; Sim Cee Wei, 39; Lau Kuan Zui, 39; dan Tan Ching Swee, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dituduh secara berasingan di dua Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Siti Nor Sharida Awang dan Siti Noraida Sulaiman.
Kedua-dua hakim itu menetapkan tertuduh yang berdepan dengan 196 pertuduhan setiap seorang itu perlu membayar sebanyak RM10,000 sebagai jaminan untuk tiap-tiap pertuduhan seperti dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff.
Berdasarkan 95 pertuduhan pertama, kesemua mereka dituduh menerima 95 harta curi di sebuah gudang di No. 1, Lot 8638, Kampung Black Water Off Jalan Banting-Klang, pukul 5 petang pada 29 Jun lalu.
Bagi pertuduhan ke-96, 97 dan 98, mereka didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan sama di Lorong Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi di sini. Mereka boleh dipenjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Paderi gay pertama Malaysia kahwin di New York






KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.
Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.
Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.
Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).
Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.
"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters

Pejabat baharu Apple seperti piring terbang



BENTUK pejabat baharu syarikat Apple di Cupertino, California.



CUPERTINO, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa lakaran gambar pejabat baharu syarikat Apple yang mengeluarkan komputer iPad dan telefon bimbit iPhone didedahkan kelmarin.
Pejabat baharu penyelidikan dan pembangunan itu dibina menyerupai sebuah piring terbang.
Foto kampus itu yang bakal dibina di sini didedahkan oleh arkitek Britain, Norman Foster dalam satu mesyuarat majlis perbandaran sebelum ia tersebar di Internet.
Kampus berkenaan yang digelar AppleSaucer, terdiri daripada sebuah bangunan pejabat serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di tapak seluas 260,000 meter persegi.
Ia merupakan bangunan kaca empat tingkat berbentuk bujur dan berkonsepkan mesra alam yang mengelilingi sebuah taman dan boleh menempatkan 13,000 kakitangan Apple.
Antara kemudahan yang bakal dibina termasuk sebuah auditorium korporat berkapasiti 1,000 tempat duduk, pusat kecergasan, loji janakuasa mesra alam dan tempat letak kereta.
Syarikat Apple diasaskan oleh Steve Jobs yang merupakan antara bilionair di dunia. - Agensi

Bayi ganjil seperti makhluk asing




GAMBAR menunjukkan bayi ganjil yang dilahirkan seorang ibu di sebuah hospital di Iyin Ekiti, Nigeria pada Khamis lalu.


ADO EKITI - Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.
Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.
Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.
"Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey," katanya.
Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.
Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.
Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.
Bayi itu tidak mempunyai otak.
Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.
- Agensi

Laman web untuk lelaki tua cari gadis



SEORANG wartawan membaca laman web SeekingArrangement.com di Washington, DC pada 9 Ogos lalu.



WASHINGTON - Satu laman web, SeekingArrangement.com mengatur janji temu untuk golongan lelaki kaya mencari pasangan.
Ia merupakan salah satu daripada laman web yang memaparkan golongan lelaki tua untuk mencari gadis yang lebih muda.
Laman itu mendedahkan akaun bank si lelaki tua dan elaun bulanan yang boleh diberikannya kepada seorang wanita.
Lelaki yang berminat akan membuka akaun dengan bayaran AS$50 (RM149) dan tambahan sebanyak AS$1,000 (RM2,981) setahun.
"Orang ramai bertemu, mereka berunding dan berasa serasi. Jika kedua-dua mereka tidak menyukai di antara satu sama lain, tiada apa-apa perkara yang akan berlaku," kata pengasas laman itu, Brandon Wade. - AFP

No comments:

Post a Comment