Monday, August 15, 2011

SEKOLAH DIBINA UNTUK IBU ZINA...MALU...SAKIT BERANAK..MENGEMBANGKAN ANAK TAK BERNASAB...BAGAIMANA BAPA ZINA...BUATLAH SEKOLAH PULAK UNTUKNYA...DAHLAH SEDAP.... ORANG TAK KENAL...TAK LAH MALU...TAK SAKIT BERANAK..KAWIN DENGAN WANITA LAIN MUNGKIN...HUKUM ISLAM DUA2 KENA HUKUM....JANGAN NAFIKAN HUKUM ALLAH...NERAKA TEMPATNYA ORANG YANG MENAFIKAN HUKUM ALLAH....JANGAN SENYUM SEBAB KITA RASA BUAT BENDA BAIK... KITA KENA FIKIR...DALAM MASA YANG SAMA TELAH MENINGGALKAN@MENAFIKAN HUKUM ALLAH YANG TERBAIK@LEBIH BAIK.....KUBUR DAN AKHIRAT JAWABLAH...PADA SEMUA KUNCU2 DAN PENYOKONG2NYA...



Jangan permain isu agama



JAMIL KHIR menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit, Zulkifli Yop Mat Piah di PPUKM, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Semua pihak dinasihatkan agar tidak mempermainkan isu agama yang begitu sensitif sehingga boleh menjejaskan keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan rakyat di negara ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, asas perlembagaan negara meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.
“Maknanya Islam harus dipelihara dan agama lain tidak seharusnya cuba dengan apa cara sekali pun mengembangkan ajaran kepada umat Islam.
“Saya amat mengharapkan semua masyarakat yang mendokong agama masing-masing menjaga sensitiviti supaya tidak timbul persoalan yang tidak berkesudahan dan akhirnya menimbulkan suasana perpecahan dan tidak harmoni dalam alangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada pesakit di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini semalam

Puji masakan isteri sebelum maut


ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mayat Tuan Mat Shamsul yang rentung dalam kemalangan di Kampung Jerus, Pasir Puteh kelmarin.


PASIR PUTEH - Seorang wanita tidak menyangka pujian bersungguh-sungguh suami terhadap masakan yang disediakan untuk berbuka puasa rupa-rupanya menjadi petanda yang lelaki itu akan menemui ajal dalam kemalangan kelmarin.
Kejadian pukul 10.50 malam itu mengakibatkan seorang mekanik, Tuan Mat Shamsul Tuan Ismail, 35, maut selepas dia rentung apabila kereta Proton Wira yang dinaiki bersama tiga lagi rakan terbabas lalu terbakar di Kilometer 24.5 Jalan Terengganu-Kota Bharu di Kampung Jerus dekat sini.
Ini merupakan kemalangan kali keempat menimpa Tuan Mat Shamsul sejak 2008 yang kesemuanya berlaku pada bulan Ramadan.
Tiga rakannya iaitu pemandu ambulans Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, Mohamad Ikram Ismail, 27; mekanik, Mohd. Nazirul Munir Mohamad Nasir, 18 dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Zuraidi Zakaria, 17, dapat diselamatkan. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Bukit Abal dekat sini.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Mohamad Ikram dari arah Pasir Puteh ke Kota Bharu terbabas lalu terbakar ketika cuba mengelak kenderaan lain yang mahu memasuki simpang.
Mereka dikatakan hendak pergi ke sebuah kedai untuk minum di Kampung Pak Badol, Bachok yang terletak kira-kira lapan kilometer dari kampung mereka.
Isteri Tuan Mat Shamsul, Rosmawati Kamarudin, 29, memberitahu, ketika waktu berbuka, suaminya begitu berselera dan bersungguh-sungguh memuji masakan ikan lolong masak pedas yang disediakannya.
"Selepas berbuka, arwah mengurut-ngurut badan dan mencium pipi saya. Perkara itu telah lama tidak dilakukannya dalam tempoh tujuh tahun perkahwinan kami dan ia membuatkan saya berasa pelik.
"Empat anak saya, Tuan Muhammad Amierul Hayyat, 8, Tuan Nur Amiera Balqis, 6, Tuan Nur Auni Batisya, 5, dan Tuan Nur Amna Ainunisyha, 4, seakan-akan tidak percaya dengan kejadian itu tetapi saya menasihati mereka supaya reda dengan apa yang berlaku," ceritanya ketika ditemui di HTA di sini semalam.

Penangan hidup bermadu


RUSNAH ditenangkan anggota polis ketika mengamuk kerana gambarnya dirakam oleh jurugambar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang merupakan isteri nombor dua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda di rumah madunya dalam kejadian pada Jumaat lalu.
Tertuduh, Rusnah Awang, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Besut dekat sini hanya menundukkan kepala selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.
Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa menceroboh masuk ke rumah Azizah Awang, 40, yang beralamat di No. 1296C, Jalan Kenanga, Batu Buruk di sini pada pukul 10.15 pagi pada 12 Ogos lalu.
Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak sampai tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Mohd. Hayatuddin Muhamad.
Majistret Nor Azizah ketika membacakan keputusan itu turut memberikan nasihat kepada tertuduh agar tidak terlalu mengikut perasaan dalam melalui kehidupan bermadu.
"Hukuman ini adalah satu pengajaran buat kamu agar tidak melakukan perbuatan sama pada masa akan datang," kata Nor Azizah.
Tertuduh membayar denda itu
Sementara itu, suasana kecoh di luar mahkamah apabila tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, Azizah iaitu isteri nombor tiga terkejut melihat kelibat seorang perempuan merupakan madunya yang menaiki motosikal berhenti berhampiran rumahnya.
Sejurus selepas itu, mangsa yang duduk di sebuah warung berdekatan terdengar bunyi bising suara perempuan menjerit-jerit dari dalam rumahnya.
Selepas diteliti, mangsa mendapati madunya itu sedang mengamuk dengan memecahkan pelbagai barangan kaca seperti cermin tingkap dan pasu bunga.
Turut menjadi sasaran adalah cermin kereta milik mangsa.
Mangsa juga mendakwa tertuduh sebelum ini pernah melakukan tindakan sama dengan memecahkan harta benda di rumahnya pada Oktober 2009.
Suami kepada dua wanita itu bekerja sebagai penarik kereta. Azizah tidak hadir ke mahkamah semalam.
Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan suaminya yang berkahwin dengan Azizah.

Asrama baharu untuk gadis hamil


SEKOLAH Harapan di Melaka ketika ini hanya mampu menempatkan 30 orang remaja hamil luar nikah pada satu-satu masa.


JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.
Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad.
“Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu, ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.
“Berdasarkan peranannya yang amat besar untuk memberi pelindungan kepada remaja bermasalah, kita perlukan asrama baru untuk menempatkan mereka,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 30 penghuni sekolah itu Jalan Pegawai di sini semalam.
Ab. Rahaman berkata, pihaknya sedang menyiapkan permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.

Katanya, remaja bermasalah yang memasuki sekolah tersebut berjaya dibimbing apabila mereka menunjukkan keinsafan selepas menerima didikan agama dan bantuan kaunseling.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, 45 daripada 59 bayi yang dilahirkan di sekolah itu kini berada di bawah jagaan keluarga remaja yang hamil luar nikah.

“Lapan lagi bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat dan lima lagi masih berada di sekolah tersebut bersama ibu masing-masing,” katanya.

Gadis hilang selepas hadiri kelas tambahan



Azizan Hassan (kiri) bersama isterinya, Shahrizad Shafian menunjukkan gambar anak gadis mereka yang hilang, Ameerah Asha Azizan di pejabat kosmo! di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Kedatangan Ramadan kali ini disambut dengan hiba oleh Azizan Hassan, 43, dan isterinya, Shahrizad Shafian, 40, apabila anak perempuan mereka menghilangkan diri sejak 12 Ogos lalu.
Menurut Shahrizad, anak mereka, Ameerah Asha Azizan, 17, tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini.
Sharizad memberitahu, sebagai ibu dia amat bimbangkan keselamatan anak gadisnya kerana dia sebelum ini tidak pernah bersendirian di luar rumah tanpa ditemani ahli keluarga.
“Kali terakhir saya jumpa dia ialah semasa dia mahu ke sekolah Jumaat lepas. Dia beritahu akan pulang lewat sedikit sekitar pukul 4 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan.
“Namun pada pukul 5.30 petang dia menghubungi saya memberitahu bahawa dia lewat sebab tidak ada bas dan hari hujan,” ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam. Bagaimanapun, pasangan itu mula bimbang apabila sehingga pukul 6.30 petang Ameerah Asha masih tidak pulang ke rumah di Puchong.
Menurut Shahrizad, mereka telah keluar mencari Ameerah Asha di sekitar sekolah dan juga hentian bas namun tidak berjaya dan telefon bimbitnya gagal dihubungi sehingga kini.
“Tidak ada sesiapa nampak dan tahu di mana dia berada termasuk guru dan rakannya,” katanya.
Shahrizad memberitahu, anak sulung daripada dua beradik itu merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat menghormati ibu bapa.
“Dia juga seorang yang sangat menepati waktu dan akan menghubungi saya sekiranya dia terlewat pulang,” katanya.
Ujarnya, Ameerah Asha bakal menduduki ujian percubaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 5 September ini dan merayu orang ramai agar membantu mencari anaknya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi Azizan di talian 013-7743477 atau Shahrizad (012-6430432).

27 pemilik 'kad kebal' serah diri


SEBAHAGIAN pendatang asing menunjukkan 'kad kebal' yang dibuat ketika membuat laporan di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seramai 27 pendatang asing yang menjadi mangsa penipuan kad eksklusif atau lebih dikenali sebagai ‘kad kebal’ tampil membuat laporan di Jabatan Imigresen negeri di sini semalam.
Kebanyakan mereka yang merupakan warga Indonesia membuat laporan tersebut selepas pendedahan mengenai kegiatan sindiket tersebut dilaporkan media baru-baru ini.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, mereka rata-rata tidak mengetahui kad tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana jabatan kerajaan di negara ini.
“Kita telah mengambil keterangan daripada kesemua pendatang asing ini dan ia akan dijadikan bukti untuk mendakwa suspek di mahkamah nanti.
“Setakat ini, wanita berusia 50-an yang juga pemilik syarikat yang diserbu baru-baru ini masih ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika dekat sini semalam.
Kosmo! Ahad lalu melaporkan penahanan seorang wanita berusia 50-an yang merupakan pemilik sebuah syarikat di Bangunan Profesional, Jalan Syed Mufti di sini pada Jumaat lalu.
Pemeriksaan mendapati syarikat berkenaan menjalankan proses pendaftaran pekerja asing melalui program 6P secara sah tetapi pada masa sama mengeksploitasi warga asing dengan menawarkan keahlian ‘kad kebal’ pada harga di antara RM1,000 hingga RM3,000.
Pendatang asing yang memiliki kad berkenaan dikatakan kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

No comments:

Post a Comment