Friday, August 19, 2011

UNDANG2 ALLAH GAGAL DILAKSANAKAN...MUSIBAHNYA SENDIRI TANGGUNGLAH...MARUAH....ANAK LUAR NIKAH....MASUK NERAKA JIKA TAK BERTAUBAT ATAU TAUBAT TAK DITERIMA KERANA TAK MENEPATI SYARAT...BEGITU JUGA PEMERINTAH YANG TIADA CITA2 MELAKSANAANNYA....SEDANG ULAMAK BERKEDUDUKAN DALAM KERAJAAN MEMBISU SERIBU KATA....ZINA NI...LELAKI SUKA@SEDAP...PEREMPUAN PUN SUKA@SEDAP....SYAITAN PUN SUKA DAPAT MENYESATKAN....SESATKAN SEMUA MANUSIA...YANG DAPAT DISESATKAN...UNDANG2 ALLAH SESUAI DISEBARANG TEMPAT...MASA SERTA DISEBARANG KAUM@MANUSIA....SEBAB IA SEBAGAI ALLAH MENCIPTA SEMUANYA...LAGI PUN MAHA MENGETAHUI....TAK KAN MANUSIA LAGI BIJAK MENGUBAL UNDANG2 DARI ALLAH....MAKA KITA MENYESATKAN@MEROSAKKAN IMAN DAN AKIDAH ....AWAS JANGAN TERTIPU OLEH SYAITAN@YAHUDI@NASARANI...

Isteri kaki lelaki

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Saya terpaksa membuat pendedahan mengenai sikap isteri yang mengikis wang kekasihnya bagi menyelamatkan lebih 10 lelaki yang dijeratnya,” dakwa Nawab, 36, di sini, semalam.
Menurut Nuar, isterinya, Nadia yang bekerja kilang sesuai digelar ‘playgirl’ berikutan sikapnya yang gemar memikat dan memperdaya lelaki tanpa mengira status mereka untuk dikikis.
Nawab yang tinggal di Larkin mendakwa Nadia mengaku bujang untuk memastikan dirinya sentiasa laku ketika menjerat mangsa.

“Sejak berkahwin dengan Nadia kira-kira lima bulan lalu, saya tak pernah mengesyaki perangainya yang ‘kaki lelaki’.


Nadia sering menghabiskan masa melayari laman sosial facebook dan daripada situ dia mencari mangsa,” katanya.


Janda disamun di hotel

SHAH ALAM - Hasrat seorang janda untuk berpacaran dengan seorang lelaki Australia berkecai apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah terpaksa hidup dalam ketakutan selepas diugut supaya menyerahkan RM30,000 jika tidak mahu gambarnya dalam keadaan mengaibkan tersebar.
Kejadian 11 Ogos lalu itu berlaku apabila ibu kepada empat anak berusia lingkungan 30-an tersebut menginap di sebuah hotel di Sepang bersama lelaki tersebut.
Lebih malang apabila barangan berharga seperti jam tangan Rolex dan barang kemas miliknya dilarikan suspek. Barangan tersebut merupakan hadiah daripada arwah suaminya yang telah meninggal dunia enam tahun lalu.
Difahamkan, mangsa mendakwa telah mengadakan hubungan seks bersama suspek di hotel tersebut sebelum dia tidak sedarkan diri sebaik diberi sejenis minuman oleh suspek. Suspek turut mengugut mangsa memberinya RM30,000 jika tidak mahu gambar bogelnya yang diambil di hotel itu disebarkan.
Episod malang wanita itu bermula apabila dia berkenalan dengan seorang lelaki menyamar sebagai warga Australia bergelar Richard di satu laman sosial di Internet sejak empat bulan lalu.
Selepas bertukar-tukar maklumat, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu selepas suspek mendakwa akan datang ke sini melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang 11 Ogos lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar kecil) berkata, kemuncak perkenalan mangsa apabila mangsa yang teruja dengan berita itu bergegas ke LCCT untuk menyambut ketibaan kekasihnya tersebut.
Katanya, sebaik tiba, mangsa telah diajak untuk menginap di sebuah hotel di Sepang.
"Mangsa kemudian memberitahu yang mereka telah mengadakan hubungan seks sebelum dia tidak sedarkan diri selepas diberi sejenis minuman.
"Mangsa hanya dibawa keluar apabila pihak pengurusan membuka pintu bilik selepas curiga penghuninya tidak muncul-muncul. Ketika itu mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil sebelum dibawa ke hospital," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, sebaik sedar di hospital, mangsa mendapati barangan berharga seperti jam Rolex dan barang kemas miliknya lesap.
Menurut Mohd. Adnan, tidak lama selepas kejadian itu, suspek telah menghubungi mangsa dan memintanya membayar RM30,000 jika tidak mahu gambar yang mengaibkannya disebarkan.
"Mangsa yang cemas kemudian telah membuat laporan dua hari kemudian dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan suspek yang menggunakan pasport palsu untuk menyamar sebagai warga Australia itu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 384/380 Kanun Keseksaan iaitu peras ugut dan curi dalam bangunan


Bayi masih bertali pusat ditinggalkan di R&R


SEORANG pekerja R&R mendukung bayi lelaki yang
ditinggalkan di R&R Salak Baru, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT – Seorang bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di dalam sebuah kotak di dalam surau wanita kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Salak Baru di sini semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada pukul 7.15 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pekerja MPKK terbabit yang sedang membersihkan surau di hentian berkenaan curiga dengan kandungan sebuah kotak di kawasan tersebut.
“Sebaik kotak itu dihampiri, dia mendengar bunyi tangisan bayi dari dalam kotak tersebut. Pekerja MPKK itu kemudiannya memaklumkan penemuan bayi tersebut kepada pihak polis,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Dzuraidi berkata, bayi lelaki berkenaan yang dibalut dengan kain batik itu masih dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Sungai Siput di sini untuk pemeriksaan.
Menurut beliau, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan yang dipercayai ditinggalkan ibunya.
“Polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan,” katanya.


Pemilik salun songlap RM1.6j

Oleh Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my

DICARI...Shafien menunjukkan gambar Hashima yang disyaki menipu pelaburan berjumlah RM1.6 juta.
DICARI...Shafien menunjukkan gambar Hashima yang disyaki menipu pelaburan berjumlah RM1.6 juta.
NIBONG TEBAL: Seorang pemilik salun kecantikan dan dua lelaki dicari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan dan 10 kes samun di sekitar Seberang Prai Selatan dan Bukit Mertajam, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pemilik salun itu yang dikenali sebagai Hashima Hashim, 36, dari Taman Merak Jaya, dekat sini, dicari berkenaan kes pelaburan membabitkan lebih 30 pelabur yang juga mangsanya.
Katanya, pihaknya menerima laporan polis pada 1 Ogos lalu daripada mangsa mendakwa berasa tertipu sebelum melakukan siasatan.

“Selepas menjalankan siasatan, kami mendapati lebih 30 mangsa membuat pelaburan berjumlah setengah juta kepada suspek sejak beberapa tahun lalu.


“Pada awal pelaburan, mereka menerima dividen seperti dijanjikan, namun pada Julai lalu, suspek menghilangkan diri malah suaminya tidak dapat mengesannya.


Dua beradik seludup senjata api

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

TAHAN...dua beradik disyaki dalang seludup senjata api ditahan.
TAHAN...dua beradik disyaki dalang seludup senjata api ditahan.
KANGAR: Serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Perlis, dekat sini, kelmarin membongkar kegiatan penyeludupan senjata api apabila polis menemui ribuan peluru, beberapa pucuk pistol dan senapang patah serta menahan dua beradik yang disyaki menjadi dalang aktiviti haram itu.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Zul Aznam Haron berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan dua beradik lelaki berusia 35 dan 45 tahun di rumah berkenaan dan di sebuah kedai besi.

Menurutnya, penahanan mereka membawa kepada serbuan termasuk ke atas sebuah stor sebelum menemui senjata api, peluru dan bahan letupan yang disimpan di atas kabinet serta but kereta.


“Polis menemui empat pucuk pistol iaitu dua Revolver .38 dan masing-masing satu model Barreta serta Glock selain selaras senapang patah.

Tertekan suami kaki perempuan

Dr.Salam

SAYA ibu kepada empat anak. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir lapan tahun. Masalah yang saya hadapi sekarang ini berkaitan dengan sikap suami yang kaki perempuan.
Sejak awal perkahwinan kami lagi dia sudah ada hubungan dengan wanita lain. Apabila dapat tahu saya bagi dia peluang, tetapi dalam diam-diam dia masih ada wanita lain.

Saya masih beri dia peluang apabila dia berjanji tidak akan melakukannya lagi. Setiap wanita yang dikenali pasti akan memberitahu saya mereka pernah ditiduri suami saya.

Sejak akhir-akhir ini, masalah datang bertimpa-timpa bukan seorang wanita tapi kebanyakannya dia kenal melalui Internet. Semuanya menyatakan pernah ditiduri suami saya dan pernah disuruh suami saya minum arak.


Terbaru saya dapat tahu dia pernah berkahwin tapi katanya dia sudah menceraikannya. Apa yang saya kesalkan dan sedih sekarang ini ialah dengan sikap dia yang suka berfoya-foya.

Saya juga menggalas tanggungjawab menjaga anak. Saya amat tertekan dengan sikapnya dan jika hendak ikutkan hati ingin saja berpisah, tetapi saya tidak tahu apa caranya.

NORA,
Kelantan



SEORANG suami sepatutnya menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab kepada anak dan isteri. Sebagai lelaki Muslim pula, beliau perlu menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perzinaan yang dilarang Allah.

Ini jelas apabila Allah menyifatkan orang Mukmin yang berjaya, antaranya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hambanya, sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain yang demikian, merekalah orang yang melampaui batas.” (Surah al-Mu’minun ayat 5 hingga 7).

Dengan itu, puan mempunyai alasan kukuh untuk berpisah dengan suami yang suka berfoya-foya dan terbabit dengan zina sehingga mengabaikan rumah tangga.

Bagaimanapun, ia perlu diperiksa secara betul dan bukan atas dasar cemburu atau fitnah semata-mata. Cara terbaik ialah dengan memberitahu keluarga sendiri terlebih dahulu dan mendapat nasihat mereka.

Mereka mungkin dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga itu. Puan boleh juga menghubungi peguam syariah yang akan memberi nasihat dan tunjuk ajar prosedur perlu diikut dalam mendapat perceraian sama ada secara fasakh atau sebagainya. Bagaimanapun, ia membabitkan kos dan masa.

Terlanjur dengan bekas kekasih


SAYA berumur 27 tahun dan baru rujuk dengan suami, baru-baru ini. Kami tidak mempunyai anak dan bercerai sebulan lalu kerana sikap suami yang kasar dan panas baran.
Pada masa sama, suami tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya, tetapi akan mengungkit apabila saya melakukan kesilapan walaupun kecil.

Disebabkan hal itu, kami sentiasa bergaduh dan hubungan kami mulai renggang dan akhirnya dia menghalau saya keluar dari rumah dan melafazkan cerai.

Sebelum berpisah, suami bekerja tidak tentu masa dan saya selalu ditinggalkan sendirian di rumah. Dia juga suka memaki hamun apabila saya lambat melakukan kerja rumah.


Bukan saya sengaja, tetapi saya juga bekerja. Dia terlalu inginkan kesempurnaan sehingga menuduh perkara yang tidak pernah saya lakukan.

Saya sakit hati dan setiap malam melayari laman web sosial sehingga berjumpa semula bekas kekasih.

Apabila setiap hari berhubung, saya bahagia sehingga terlanjur dengannya, tetapi hanya sekali sahaja. Saya rasa berdosa dan mengambil keputusan berpisah dengannya secara baik.

Dia juga akur dan hormat keputusan saya. Sejak itu kami tidak lagi berhubung dan melakukan hal masing-masing. Kemudian, saya berjumpa semula dengan kawan baik lelaki yang lama terpisah.

Kami mulai rapat. Mulanya, seperti biasa, tetapi dengan keprihatinannya, saya mulai sayang dia lebih daripada seorang kawan sehinggalah kami terlanjur.

Hubungan kami tidak lama kerana mungkin tiada jodoh. Selepas berpisah dan saya rasa diri ini amat kotor.

Saya menyesal dan insaf manakala suami pula tidak jemu memujuk bersamanya semula.

Selepas rujuk, suami saya bertanya kepada saya, ada tidak mana-mana lelaki yang sentuh saya sebelum ini?

Saya jawab tiada. Saya tidak berniat untuk menipu cuma saya tidak mahu lagi bergaduh. Saya bertekad menjadi isteri yang baik.

Saya selalu memohon maaf dengan suami zahir dan batin.

Suami memaafkan dan menerima saya sebagai orang yang baru. Persoalannya sekarang, saya masih rasa serba salah pada suami kerana sebelum bercerai dulu saya pernah terlanjur dengan lelaki lain.

Adakah apa yang saya buat ini betul dengan mendiamkan diri? Saya sentiasa berdoa semoga suami dan keturunan saya dijauhi melakukan dosa sama.

Apa pendapat Dr?.


INSAN JAHIL,
Kuala Lumpur




TUJUAN Islam ialah untuk menjaga maruah manusia supaya tidak tercemar dengan dosa zina. Begitu Islam menghendaki setiap manusia supaya tidak menurut nafsu semata-mata.

Hawa nafsu hendaklah dikawal agar tidak menjatuhkan maruah dan kehormatan diri. Islam menetapkan hukuman keras di dunia, iaitu 100 kali sebatan bagi penzina belum berkahwin (ghayr muhsan) dan hukum rejam sehingga mati bagi penzina yang sudah berkahwin (muhsan).

Memandangkan hukuman di dunia tidak terlaksana lagi, hukuman di akhirat tetap menunggu kepada penzina sama ada yang muhsan atau bukan muhsan.

Tiada jalan lain selain bertaubat kepada Allah agar mengampunkan dosa yang dilakukan. Suami pula tidak upaya mengampunkan dosa dengan Allah itu.

Selain itu, anda hendaklah melakukan segala suruhan Allah terutama solat lima waktu kerana ia berupaya menyekat kemaksiatan dan perkara mungkar.

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang Muslimah yang baik lagi solehah. Mudah-mudah keluarga dan anak terhindar daripada terlanjur melakukan perkara maksiat dan dosa besar.

Bawah dagu aurat?



ADAKAH di bawah dagu itu aurat atau itu adalah khilaf dan mengapa kita dilarang memakai cincin di jari tengah?
ANA
Kuala Lumpur





AURAT bagi seorang lelaki dan wanita Islam berbeza. Secara dasarnya bagi seorang wanita auratnya ialah seluruh tubuhnya berbanding dengan aurat lelaki iaitu antara pusat dan lutut.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian khusus dalam persoalan aurat wanita dan lelaki berdasarkan keadaan dan konteks tertentu.

Ini jelas apabila difahami daripada ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai suruhan kepada wanita supaya menjaga pandangan mata dan larangan daripada mendedahkan tubuh mereka kepada lelaki yang bukan mahram, kecuali anggota tubuhnya yang zahir.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkankan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur (24): 31)

Pengecualian dalam me�nutup aurat wanita terdapat dalam ayat di atas iaitu “...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Termasuk dalam zahir ialah bahagian muka dan dua tapak tangan. Memandang�kan dagu dikira sebahagian daripada muka, ia termasuk dalam pengecualian itu secara umumnya.

Memakai cincin pula termasuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w di mana ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga Baginda wafat.

“Adalah cincin Nabi s.a.w dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking tangan kiri).” (Muslim)

Seterusnya ada riwayat dari Ali bin Abi Talib bahawa: “Rasulullah s.a.w melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu).” (Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi dan Nasa’i)

Larangan ini dalam bentuk tegahan makruh. Dengan mengikut sunnah Baginda dan meninggalkan tegahan Baginda, seorang akan mendapat ganjaran pahala.

Penzina boleh jadi imam

APAKAH hukumnya seseorang penzina menjadi imam dalam solat?
HAMBA KERDIL
Kedah





MELAKUKAN zina termasuk dalam dosa besar. Namun begitu, ia tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam.

Dengan solat setiap Muslim tetap sah dan sah solatnya. Maka sah juga orang yang
mengikutnya. Dengan kata lain hukum seseorang penzina menjadi imam dalam solat tetap sah dan orang yang mengikutnya juga sah solat.

Menurut al-Bukhari pernah terjadi bahawa Ibnu Umar bersolat di belakang al-Hajjaj yang terkenal zalim.

Ada yang menghukum makruh untuk berimam dengan orang fasik dan ahli bid’ah (Sayyid al-Sabiq 2000, I: 169).


Hadis Pertama : -

TAKWA DAN PERPADUAN
ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

H.R. ABU DAUD DAN TIRMIZI


Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umur nya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga dari pada Rasulullah saw bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadis ini iaitulah : -

1. Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam apa juga keadaan pun dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2. Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi saw dan sunnah-sunnah khulafa ArRasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

3. Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw dan sunnah para khulafa ArRasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali ra) yang mana mereka telah mendapat pertunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalanm ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. InsyaAllah...

4. Menjauhi perkara-perkara atau apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama.


Hadis Kelima : -

UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRAN

H.R. MUSLIM



Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.

No comments:

Post a Comment