Thursday, September 8, 2011

ALLAH KATA JATUH...MAKA JATUHLAH...DUNIA AKAN DIHUKUM...AKHIRAT AKAN DIBICARAKAN...SABIT SALAH NERAKALAH TEMPATNYA....PEMIMPIN2 ISLAM YANG LAIN...HARUS INGAT...GILIRAN MENUNGGU JIKA KITA ZALIM...PENIPU DAN MAKAN HAK RAKYAT....TAKDIR ALLAH AKAN MENENTUKANNYA...YANG BEKERJASAMA PUN TAK TERLEPAS....

Lokasi persembunyian Gaddafi diketahui

BEBERAPA penduduk kelmarin menyaksikan kediaman Muammar Gaddafi yang ditawan kumpulan pemberontak di Tripoli.


TRIPOLI, Libya – Seorang jurucakap kumpulan pemberontak yang menguasai sebahagian besar Libya menyatakan, mereka mengetahui lokasi persembunyian Muammar Gaddafi.
Jurucakap itu, Anis Sharif turut memberitahu semalam bahawa mereka kini menunggu masa yang sesuai untuk menangkap atau membunuh Gaddafi.
Menurutnya, pemimpin berusia 69 tahun itu masih berada di Libya dan dikesan dengan menggunakan khidmat risikan manusia serta teknologi moden.
Beliau enggan mendedahkan lokasi Gaddafi sedang bersembunyi tetapi memberitahu pemimpin Libya berkenaan kini bersembunyi di kawasan seluas 60 kilometer yang dikepung oleh pemberontak.
“Gaddafi tidak dapat keluar,” kata Anis.
Katanya, pihak pemberontak yang menubuhkan majlis tentera baharu di Tripoli sedang melakukan persiapan untuk menahan atau membunuh Gaddafi.
Menurut Anis, mengesan lokasi persembunyian Gaddafi itu membantu pihak pemberontak untuk memerintah Libya sepenuhnya.
Sementara itu, satu konvoi bersenjata membawa beberapa pegawai yang setia kepada Gaddafi serta beberapa lori yang sarat dengan muatan emas dan wang tunai dilaporkan memasuki negara jiran Libya, Niger pada Isnin lepas.
Rejim Gaddafi tumbang menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu selepas kumpulan pemberontak memasuki Tripoli yang merupakan ibu kota Libya dan tempat persembunyiannya sebelum beliau melarikan diri.
Pergolakan di Libya itu bermula Februari lalu dengan sejumlah penduduk berhimpun menentang kepimpinan Gaddafi di bandar Benghazi.
Peperangan kemudian meletus melibatkan tentera Gaddafi dengan kumpulan pemberontak.
Ketika ini, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mentadbir Libya buat sementara waktu. – Agensi

Gaddafi jual 20 peratus simpanan emas


GADDAFI


TRIPOLI - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah menjual lebih 20 peratus simpanan emas negara berkenaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM2.9 bilion) pada hari-hari terakhir pemerintahan rejimnya, kata Gabenor Bank Negara Libya, Qassem Azzoz semalam.
Qassem berkata, sekitar 29 tan emas dijual kepada peniaga-peniaga tempatan selepas rejim Gaddafi mengalami kesempitan wang tunai.
"Semua emas itu dijual untuk pembayaran gaji dan mewujudkan kecairan terutamanya di Tripoli," kata Qassem.
Menurut beberapa pegawai bank pusat, sejumlah emas tersebut dipercayai dibawa keluar ke negara jiran iaitu Tunisia.
Menurut Qassem, susulan penjualan jongkong-jongkong berkenaan, aset keseluruhan bank pusat Libya kini berbaki AS$115 bilion (RM344.1 bilion) dengan AS$90 bilion (RM269.3 bilion) disimpan di luar negara.
Sementara itu, pemangku Menteri Kesihatan Libya, Naji Barakat berkata, sekurang-kurangnya 30,000 orang terbunuh manakala 50,000 lagi cedera dalam perang saudara sepanjang enam bulan di Libya
Lebih 4,000 orang lagi katanya, masih hilang sama ada telah terkorban atau menjadi tawanan di tiga bandar yang menjadi kubu kuat Gaddafi.
Libya memiliki penduduk seramai lebih enam juta orang. - AFP

No comments:

Post a Comment