Thursday, September 8, 2011

KADANG2 HUKUMAN TELAH ALLAH BERI DIDUNIA...AKHIRAT AKAN DISAMBUNG JIKA IA PATUT DIHUKUM LAGI...KERANA ALLAH MAHA ADIL....

4 minit menggerunkan

Oleh Amir Abd Hamid dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

SERBU...penjenayah memasuki restoran 
di Seksyen 15, Shah Alam.
SERBU...penjenayah memasuki restoran di Seksyen 15, Shah Alam.
SHAH ALAM: Beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, di sini, termasuk kanak-kanak yang sedang menjamu selera lari lintang-pukang menyelamatkan diri apabila premis itu dimasuki perompak bersenjatakan parang dan pisau.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan selama empat minit dan 11 saat pada kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos lalu, lima lelaki lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arah pelanggan.
Suspek turut mengacukan senjata tajam ke arah pelanggan sebelum merampas komputer riba milik pelanggan yang tergamam dengan kejadian, malah ada juga suspek cuba merampas beg tangan seorang wanita.

Jelas kelihatan menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut, pelanggan sedang menjamu selera dan berbual dianggarkan 10 orang termasuk kanak-kanak yang panik berlari keluar dari restoran berkenaan.


Malah, ada juga pelanggan lelaki yang bertindak spontan melarikan diri dengan melompat besi penghadang restoran untuk menyelamatkan diri.

Cemas di KLIA

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my

Kapal terbang milik PIA menerima ugutan bom di KLIA, malam tadi. (Gambar Hiasan)
Kapal terbang milik PIA menerima ugutan bom di KLIA, malam tadi. (Gambar Hiasan)
SEPANG: Sebuah pesawat Pakistan International Airlines terpaksa dikuarantin unit pemusnah bom sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengatakan terdapat bom di dalam pesawat berkenaan malam tadi.
Pesawat yang tiba kira-kira jam 9.30 malam itu di KLIA dan dijadualkan berlepas ke Lahore melalui penerbangan PK-899, malam tadi, terpaksa dikuarantin selepas pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kewujudan bom berkenaan.
Menurut sumber, seorang anggota polis di lapangan terbang berkenaan membuat laporan polis selepas pihaknya menerima satu panggilan telefon mendakwa pesawat itu diletakkan bom.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airport Berhad (MAB) ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima panggilan bom itu, namun enggan mengulas lanjut berikutan siasatan lanjut masih dilakukan.


“Pesawat yang mendarat lewat 30 minit daripada dijadualkan itu dikuarantin bermula jam 10 malam.

“Semua penumpang termasuk kru penerbangan seramai 177 orang diarah keluar daripada pesawat berkenaan sebaik mendarat,” katanya.

Jurucakap polis berkata, sebaik semua penumpang dan kru penerbangan meninggalkan pesawat itu, unit pemusnah bom memulakan tugas untuk mengesan bom berkenaan.

Sehingga jam 1 pagi tadi, usaha mengesan bom terbabit masih dijalankan.

“Berikutan itu, hampir keseluruhan landasan di lapangan terbang itu terpaksa ditutup bagi memudahkan operasi mengesan bom berkenaan dilakukan selain mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

‘Aku nak tengok penjahat’

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

REMUK...kereta yang dilarikan penjenayah terlanggar pokok menyebabkan seorang mati. Gambar kecil, Vijayaratnam dan isterinya, Vijayalakshmi.
REMUK...kereta yang dilarikan penjenayah terlanggar pokok menyebabkan seorang mati. Gambar kecil, Vijayaratnam dan isterinya, Vijayalakshmi.
SERI ALAM: Seorang mangsa rompakan yang ditetak di kepala sempat melihat mayat penyerangnya yang maut akibat kemalangan selepas melakukan rompakan sebelum dia sendiri meninggal dunia beberapa jam kemudian.
“Berhenti...saya mahu tengok muka penjahat itu,” kata S Vijayaratnam, 47, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan membabitkan dua penjenayah yang menetak dia dan isterinya, G Vijayalakshmi, 45, di rumah mereka di Jalan Tasek 24, Masai di sini, jam 7.30 malam kelmarin.
Rakan mangsa, G Jayaseelan, 38, berkata ketika itu, Vijayaratnam dalam perjalanan ke Hospital Pakar Regency, dekat sini, apabila terserempak kemalangan jalan raya kira-kira 700 meter dari rumahnya membabitkan dua penjenayah yang sebelum itu melarikan diri selepas menyamun dan menetak dia dan isterinya.

“Kami tidak memberhentikan kereta kerana ketika itu kedua-dua mereka cedera parah akibat ditetak dengan parang, namun melalui tingkap kereta, Vijayaratnam sempat menjenguk mayat seorang daripada penjenayah yang terbunuh.


“Mayat penjenayah itu terbaring di sisi Proton Perdana milik Vijayaratnam yang mereka curi,” katanya.


‘Saya pondan istimewa’

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: “Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.
“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.
Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya.

Katanya, dia dan Mohd Hafizuddin memang bercadang untuk hidup bersama dan keluar dari Perlis, tetapi impian berkenaan terbantut apabila teman istimewanya dibawa lari anggota keluarganya ketika mereka makan di gerai di Padang Besar, kelmarin.


“Saya cuba menghalang tindakan bapa saudara Hafizuddin membawa lari teman lelaki dengan menggunakan kereta tetapi tidak berupaya.


Cekup isteri berkhalwat



MELAKA: Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita dicekup suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu.
Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.

“Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu.

Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.

“Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.
Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram.

Terkedu kena samun

Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

KLANG: Seorang wanita berusia separuh abad terkedu apabila disamun seorang lelaki yang disangkanya anggota pasukan keselamatan dalam kejadian di lorong di Jalan Haji Mat Sidin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga kerani di bandar ini baru saja tiba di rumahnya berhampiran lokasi dia disamun itu apabila didatangi sebuah Proton Saga berwarna merah tua.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata seorang lelaki berusia 30-an keluar dari kereta itu dan menghampiri mangsa.
“Suspek mendakwa dia anggota keselamatan dan menunjukkan kad biru kononnya bukti. Mangsa diarahkan mengikutinya dan mangsa yang terpinga-pinga mengikut arahan.

“Mangsa dibawa ke arah lorong belakang kuil berhampiran rumah mangsa dengan kereta sebelum menurunkannya di situ.

“Selepas itu suspek merampas beg tangan mangsa mengandungi wang tunai kira-kira RM1,000 serta rantai leher dan meninggalkan mangsa terpinga-pinga sebelum suspek melarikan diri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa, ketika kejadian suspek memakai kemeja-T hitam dan berseluar coklat manakala suspek berbadan gempal serta berkulit gelap.

Beliau berkata, tindakan memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

Dalam perkembangan kes lain, katanya, kelmarin pihaknya menerima sembilan laporan kes curi motosikal.
Menurutnya, kebanyakan kes curi motosikal itu mungkin berlaku ketika orang ramai pulang ke kampung pada cuti Aidilfitri lalu.

No comments:

Post a Comment