Wednesday, September 7, 2011

RIBA@ALONG DILARANG..HARAM...KECUAIAN DAN SIKAP SAMBIL LEWA...MEMBAHAYAKAN ORANG LAIN...BILA UNDANG2.....GUNA UNDANG2 SENDIRI...ATAU KITA PENGAMAL UNDANG2 PENJAJAH PUN TAK BERSIKAP ADIL...UNDANG2 ISLAM DINAFI DAN DIRAGUKAN KESESUAIANNYA...MAKA JAWAB SAJA DIHADAPAN ALLAH DIPADANG MAHSYAR KELAK...DEGIL SALAH SATU SIFAT IBLIS....

Hutang tak susut-susut

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

TERTEKAN
...Hafis menyerahkan salinan laporan polis yang dibuatnya kepada Aryati sebelum masuk hospital.
TERTEKAN ...Hafis menyerahkan salinan laporan polis yang dibuatnya kepada Aryati sebelum masuk hospital.
KUALA LUMPUR: Jerat ceti haram atau along bukan sekadar memerangkap peniaga kecil-kecilan yang ingin mengembangkan perniagaan, malah seorang usahawan bergelar Datuk turut menjadi mangsa apabila berhutang RM24 juta daripada 64 along.
Akibatnya, lelaki berusia 50-an yang hanya mahu dikenali sebagai Hafis itu kini dihimpit pelbagai ancaman dan tekanan daripada along terbabit serta konco mereka sehingga dia kini terlantar di hospital sejak lebih sebulan lalu selepas serangan penyakit jantung.
“Lebih menyeksakan, along serta konco mereka bukan saja mengancam nyawa saya, tapi ada antara mereka mengugut mahu menculik anak bongsu saya yang berusia dua tahun,” katanya ketika ditemui.

Hafis berkata, sebelum ini dia terbabit beberapa perniagaan termasuk industri perfileman dan memiliki kira-kira 600 pekerja.


“Tapi kini, semua 600 pekerja itu terpaksa saya berhentikan dan saya tiada aset lagi melainkan hutang yang bertimbun,” katanya.



Terminum racun semut

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

PARAH...Norhafizah dirawat di  HRPZ II, pagi semalam.
PARAH...Norhafizah dirawat di HRPZ II, pagi semalam.
INI DIA...Mat Din menunjukkan cawan yang digunakan untuk membancuh 
racun semut.
INI DIA...Mat Din menunjukkan cawan yang digunakan untuk membancuh racun semut.
KOTA BHARU: Seorang suri rumah berusia 27 tahun menggelupur kesakitan sebelum rebah di dapur rumahnya, akibat terminum air dicampur racun semut dibancuh suaminya sendiri yang disangka sirap berperisa pandan di Kampung Rambutan Rendang, Panji, dekat sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari suami mangsa, Mat Din Yusof, 27, ketika mahu mengambil air bancuhan racun semut di dalam gelas diletakkan di atas meja makan sebelum dikejutkan dengan teriakan isterinya, Norhafizah Badli Efendi, yang mengerang kesakitan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dengan sebuah ambulans dan dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas racun berkenaan berjaya disedut keluar, namun masih memerlukan bantuan alat pernafasan dan masih dirawat Wad Temenggong hospital berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bangun tidur kira-kira jam 11 pagi selepas berjaga malam menjaga anak bongsunya, Shafira Aisyah berusia tujuh bulan. Mangsa dikatakan memang gemar minum air sirap berperisa pandan dan terus meminum air bancuhan racun yang dikatakan mempunyai bau pandan dan berwarna hijau diletakkan di atas meja makan.

Mat Din berkata, air bancuhan racun semut yang diletakkan di dalam gelas di atas meja makan rumahnya disediakan untuk dicurah ke dalam sarang semut.

“Kebetulan pagi semalam saya tergerak untuk bancuh racun semut kerana terlalu geram dengan kehadiran sekumpulan semut merah yang menggigit anak bongsu saya ketika bermain seorang diri di dalam rumah.

“Tanpa mengejutkan isteri, saya mengambil racun itu yang mempunyai bau dan warna seperti sirap berperisa pandan dan meletakkannya di atas meja kira-kira jam 10.30 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di wad kecemasan HRPZ II di sini, semalam.
Menurut bapa kepada empat anak itu, ketika mahu mengambil bancuhan racun itu, dia tergamam mendapati isterinya rebah di pintu dapur sambil minta pertolongan.

“Saya panik apabila melihat keadaan isteri menggelupur di lantai dapur dan memberitahu dia minum air di dalam gelas yang diletakkan di atas meja makan dan ketika itu baru saya teringat dia terminum racun semut,” katanya.

Bas disamun sejurus nahas

Oleh Kasdi Ali
am@hmetro.com.my

PECAH...cermin bas yang rosak  selepas diserang sekumpulan empat samseng lebuh raya, malam kelmarin.
PECAH...cermin bas yang rosak selepas diserang sekumpulan empat samseng lebuh raya, malam kelmarin.
IPOH: “Saya terkejut apabila dihujani tumbukan dan tidak dapat mempertahankan diri ketika diserang,” kata pemandu kedua sebuah bas ekspres yang dibelasah sebelum disamun sekumpulan ‘samseng lebuh raya’ di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, Trans Liam, 45, cedera di kepala dan anggota badan selepas dibelasah dua lelaki dan dua wanita berhampiran kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Jelapang, di sini.
Kejadian tidak diduga itu turut mengejutkan 25 penumpang bas ekspres berkenaan selepas mendapati pasangan samseng berkenaan meluru dan terus membelasah mangsa.

Tidak cukup dengan memukul mangsa, empat samseng terbabit turut merampas kunci bas dan mencuri kad Touch n’ Go sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.


Kejadian berpunca apabila bas Ekspres KKKL terbabit yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Singapura terlanggar belakang sebuah Perodua Alza menyebabkan kereta berkenaan terbalik dan terhumban ke dalam longkang.

No comments:

Post a Comment