Thursday, December 8, 2011

BETULKE TERKEMUKA...DIEROPAH DAN BENUA AMERIKA...RAMAI TAK KENAL MALAYSIA...MEREKA LEBIH KENAL SINGAPURA@SINGAPORE DAN SEDIKIT PULAU PINANG@PENANG.....TANYA PELAJAR YANG BELAJAR DILUAR NEGARA...BAGAIMANA SUSAHNYA NAK BERITAHU DATANG DARI MALAYSIA...

Terpaksa meminta ubat luar

ORANG ramai menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan ubat di kaunter farmasi Hospital Melaka semalam.


MELAKA - Jarang kedengaran tetapi ia benar-benar berlaku apabila Hospital Melaka (HM) menghadapi masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan bagi keperluan pesakit sejak September lalu.
Akibatnya, pengurusan HM terpaksa menggunakan ubat alternatif selain terpaksa mendapatkan ubat dari Hospital Muar di Johor, hospital di Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memenuhi keperluan harian.
Bagaimanapun media tidak dimaklumkan mengenai jenis-jenis ubat yang mengalami kekurangan bekalan tersebut atas alasan maklumat adalah sulit.
Namun difahamkan ubat-ubatan yang kurang itu kebanyakannya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.


ND Lala disamun pelesit rempit


Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam.


KUALA LUMPUR - Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini semalam.
Kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.
Selepas keluar dari tandas, artis yang berusia 50 tahun itu masuk semula ke dalam kereta BMW miliknya.
Ketika sedang menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, bapa kepada naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Sheila Amzah tiba-tiba dikerumuni sekumpulan sepuluh hingga 15 lelaki yang menunggang 10 buah motosikal.
Sumber berkata, salah seorang daripada suspek itu bertindak memecah cermin sebelah pemandu menggunakan topi keledar.
"Selepas itu, suspek-suspek terbabit dipercayai kumpulan pelesit rempit merampas telefon bimbit jenis iPhone 4 dan kunci kereta mangsa," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.


Sekutu dadah


PEGAWAI penyiasat, Inspektor Zakiah Mohd. Nor menunjukkan dadah yang disorokkan dalam kereta mainan kawalan jauh pada sidang akhbar di Kajang semalam.


KAJANG – Rahsia besar tiga beradik perempuan yang menjadikan sebuah rumah sewa di kawasan Hulu Langat di sini sebagai markas untuk mengedar dadah bersama seorang lelaki sejak lima tahun lalu terbongkar apabila kesemuanya ditahan kelmarin.
Ketika serbuan pukul 2.30 pagi itu, polis turut merampas 40 gram (g) heroin daripada suspek-suspek berusia di antara 22 dan 47 tahun yang mengedar bahan khayal itu secara kecil-kecilan di daerah ini. Dua daripada tiga beradik itu mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah.


SBPA luaskan jurang kakitangan


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendakwa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya membuatkan jurang tangga gaji kakitangan antara pekerja atasan dan bawahan lebih luas.
Timbalan Presiden I CUEPACS, Azih Muda berkata, pihaknya kini sedang membuat kajian mengenai perkara itu dan akan membuat pendirian muktamad pada 14 Disember ini.
"Buat masa ini, kami berpendapat ia akan meluaskan jurang antara kakitangan apabila pengurusan tertinggi menerima kenaikan sehingga 40 peratus manakala sokongan pelaksanaan kenaikan itu bermula 10 peratus.
"Pengurusan profesional ini, gaji mereka sudahlah tinggi ditambah lagi dengan kenaikan yang banyak, jurang itu semakin ketara," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Ibu rayu bantuan tanggung rawatan anak


AMINAH (tengah) bersama Asmidah Bebe (kanan) dan Mohd. Aswan Khan di rumah mereka di Bandar Utama, Hulu Selangor semalam.


HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak perempuan, Asmidah Bebe Bakir Khan, 5, tidak dapat menikmati hidup seperti rakan seusianya apabila menghidap penyakit atresia esofagus atau masalah saluran makanan yang pendek sejak lahir.
Menurut ibunya, Aminah Abdullah, 42, ekoran penyakit itu anaknya sukar untuk menghadam makanan dan sering muntah serta cirit-birit.
"Anak saya tidak aktif macam kanak-kanak lain sebaliknya asyik demam dan jatuh sakit," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Seksyen 3, Bandar Utama di sini semalam.
Menurut Aminah, dia juga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan sebanyak dua kali sebulan.


Tren KTMB tergelincir di Taiping


BEBERAPA petugas melakukan kerja baik pulih selepas tren KTMB tergelincir dari landasan di Taiping semalam.


TAIPING – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara bandar mengalami gangguan apabila tren Ekspres Sinaran Utara tergelincir dari landasan berdekatan Kilometer 103.7 di sini semalam.
Kejadian pukul 1.45 petang di antara Taiping-Padang Rengas berdekatan Bukit Berapit itu membabitkan tren dari stesen Sentral Kuala Lumpur ke Butterworth.
KTMB dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian tersebut telah menyebabkan 160 penumpang terpaksa dipindahkan ke stesen Padang Rengas dari lokasi insiden berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja-kerja membaikpulih landasan dan mengalihkan tren sedang dijalankan.
“Kejadian menyebabkan perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Utara (No.10) dibatalkan dan penumpang telah dipindahkan dari stesen Padang Rengas ke stesen Butterworth.
“Perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Utara (No.11) ke Selatan pula terpaksa ditamatkan di stesen Bukit Mertajam dan penumpang dipindahkan dari stesen Bukit Mertajam ke stesen Sentral KL,” kata kenyataan itu di sini semalam.


Pendaftaran haji di mesin ATM Maybank


MUZAFFAR (kanan) berjabat tangan dengan Kamarudin pada majlis pelancaran kerjasama strategik Maybank Islamic dengan LTH di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic), cabang kewangan Islam kepada Malayan Banking Bhd. (Maybank), kini menyediakan perkhidmatan yang membolehkan pelanggannya melakukan pendaftaran haji menerusi mesin juruwang automatik (ATM).
Penyediaan perkhidmatan tersebut adalah berikutan kerjasama strategik yang dijalin antara Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Maybank Islamic, yang turut memperlihatkan pengenalan lima perkhidmatan baharu lain oleh kedua-dua institusi.
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Muzaffar Hisham berkata, perkhidmatan itu terbuka kepada semua pemilik akaun Maybank dan tidak terhad kepada pemegang akaun Maybank Islamic.
"Sebaik sahaja akaun Maybank dan LTH dihubungkan, penyimpan boleh mengeluar dan menyimpan wang, memindahkan wang daripada akaun LTH ke akaun Maybank dan sebaliknya.
"Di samping itu, pemegang akaun juga boleh membuat pemindahan wang daripada satu akaun LTH ke akaun yang lain, memeriksa baki akaun dan membuat pendaftaran haji," katanya sempena pelancaran kerjasama strategik kedua-dua pihak di sini semalam.


Langkawi pulau terkemuka dunia


NAJIB melihat model pembangunan Langkawi selepas melancarkan program Blueprint Pelancongan Langkawi di Langkawi semalam. Turut serta (dari kanan) Yen Yen, Nor Mohd. dan Husni.


LANGKAWI - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi meletakkan nama pulau lagenda itu sebaris dengan pulau-pulau terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives.
Sejajar dengan pelan terperinci membabitkan pelaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015 itu, Perdana Menteri berkata, Langkawi perlu melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam tempoh terdekat terutama memperkenalkan alam semula jadinya yang hebat.
Menurut beliau, pelaksanaan blueprint itu dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion melalui kehadiran tiga juta pelancong pada 2015 di samping mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan.


Kereta dibedil pesawat Israel

DUA orang terbunuh apabila sebuah kereta terbakar akibat serangan udara Israel dipercayai dilakukan sebuah pesawat tanpa juruterbang di Bandar Gaza semalam.


GAZA, Palestin - Satu serangan udara Israel ke atas sebuah kereta di sebatang jalan yang sesak semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua pejuang Hamas terbunuh dan dua lagi cedera, kata tentera Israel dan beberapa pegawai perubatan tempatan.
Stesen radio Hamas mengenal pasti mangsa yang terkorban sebagai dua beradik yang menganggotai sayap bersenjata Hamas iaitu Essam Al-Batsh dan Sobhi Al-Batsh.
Beberapa pegawai Palestin menyatakan, serangan itu dipercayai dilakukan sebuah pesawat tanpa juruterbang.
Beratus-ratus penduduk Palestin mengerumuni kereta berkenaan yang diserang awal tengah hari semalam di sini.
Sementara itu, di ibu negara Israel, Tel Aviv, seorang jurucakap tentera rejim Zionis mengesahkan satu serangan udara telah dilancarkan.
Jurucakap berkenaan memberitahu, kedua-dua lelaki yang terbunuh telah merancang untuk menyerang penduduk awam dan askar Israel di kawasan sempadan Israel dengan Semenanjung Sinai, Mesir.
Hamas, sebuah kumpulan Islam yang menentang Israel memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007. - Agensi

No comments:

Post a Comment