Sunday, December 4, 2011

JANGAN MENDAHULUI TAKDIR...BAGUSLAH RASA MENANG..JANGAN TIPU...JUJUR...GUNA DAKWAT KEKAL...TIPU PUN....KALAU ALLAH KATA MENANG...'MENANG JUGA'....PATUT KITA RISAU TERPADAM IMAN DAN AKIDAH...SYURGA@KEKAYAAN@KEMEWAHAN YANG TIADA TANDINGNYA

Paksa beli ubat mahal

Oleh HADZLAN HASSAN, NURUL HUSNA MAHMUD dan FAZURAWATI CHE LAH
metahad@hmetro.com.my

POPULAR... awas jika menggunakan perkhidmatan bomoh supaya tidak tertipu.
POPULAR... awas jika menggunakan perkhidmatan bomoh supaya tidak tertipu.
KUALA LUMPUR: Mereka menggelarkan diri sebagai pasangan yang pakar urut urat tradisional selain mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin lelaki atau wanita, namun proses dan kos rawatan sungguh mengejutkan apabila ia didapati tidak masuk akal.
Selain urutan, pasangan itu menawarkan perkhidmatan penawar jampi serapah, resdung, mandi bunga dan pelbagai perkhidmatan perubatan alternatif lain menggunakan kaedah pelik dan menakutkan.
Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang mendapatkan khidmat tukang urut di sebuah rumah yang dijadikan pusat urut di Gombak, dekat sini, apabila si isteri mengalami sakit tulang belakang selepas berurut dengan seorang wanita di pusat urut berkenaan.

Mangsa yang juga jurutera dan hanya mahu dikenali sebagai Amir, 45, berkata ketika membawa isterinya ke pusat itu, seorang tukang urut wanita yang memberikan perkhidmatan kepada mereka berjanji akan memberikan rawatan sehingga isterinya pulih dengan bayaran RM675.


“Sebenarnya, ketika proses urutan lagi, saya mula sangsi apabila tukang urut mengurut sambil merokok serta menghembuskan asap ke badan isteri dengan membaca mantera pelik yang sukar difahami.

“Bagaimanapun, saya tidak mempedulikannya, terutama selepas dimaklumkan ia sememangnya kaedah biasa yang digunakannya untuk mengurut pesakit, kononnya untuk menghalau ‘benda tak elok’ yang menumpang di badan pesakit,” katanya kepada Metro Ahad.

Akad nikah di rumah

Oleh NORAINON OTHMAN, HAYATI IBRAHIM, MOHD AZAM SHAH YAACOB, ANIZA ZAINUDIN dan SITI A’ISYAH SUKAIMI
metahad@hmetro.com.my

CANTIK... pelamin untuk mempelai bersanding.
CANTIK... pelamin untuk mempelai bersanding.
SEDIA... ruang makan tetamu di tepi pentas utama.
SEDIA... ruang makan tetamu di tepi pentas utama.
KUALA LUMPUR: “Rita tengah ‘darah manis’ dan mahu tenang melalui saat manis bergelar raja sehari,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau Rita yang melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, hari ini.
Majlis akad nikah yang diwalikan bapanya, Buhari Mohamed, 62, dijadualkan berlangsung jam 5 petang ini disusuli jamuan makan malam di kediaman mewah Allahyarham Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak.
Majlis persandingan di pihak lelaki pula bakal diadakan di Crown Plaza, 8 Disember ini.

Sambil ketawa dan bersuara ceria, Rita yang dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai perkahwinannya, sebaliknya menjemput media menghadiri majlis hari bahagianya.


“Maaf, Rita tak mahu komen apa-apa. Takut kalau Rita komen, nanti melalut-lalut pula. Kalau mahukan komen, Rita akan jawab semua pertanyaan pada hari perkahwinan nanti,” katanya.


Kita boleh menang

Oleh NASHARUDDIN MUHAMMAD, AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD, HADZLAN HASSAN, MUHD IZAWAN BAHARIN, MAIAMALINA MOHAMED AMIN, HELMY ABD RAHMAN, ABDULLAH WAHAB, SHANTY NUR SHAFFIZAN SHAFEE, MUHAMMAD APENDY ISSAHAK, SHUHADA MANSOR, SHARIFAH NORFAEZAH WAN AHMAD MAKKI MASHOR, NURUL EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE dan MOHD HAFIZEE MOHD AROP
metahad@hmetro.com.my

BERSEMANGAT... Najib  ketika memberi ucapan penggulungan Presiden  
di Perhimpunan Agung Umno 2011 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
BERSEMANGAT... Najib ketika memberi ucapan penggulungan Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2011 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: “Saya nak sebut mengenai parti (Umno) kita, transformasi paling mencabar ialah pada diri kita, sejauh mana kita melaksanakan apa yang dicakap bila balik ke kawasan nanti,” demikian tegas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Beliau berkata, pada persidangan kali ini, orang Umno sudah berikrar dan berbaiah untuk taat serta setia kepada parti, justeru, apabila kembali ke kawasan masing-masing tidak akan wujud sengketa lagi.

“Janganlah nanti, bila kita tengok muka ketua bahagian, ada rasa menyampah dekat dia. Kalau ketua (bahagian) tengok timbalan pula, dia kata, orang ini hendak jawatan saya.
“Yang lain-lain bagi kerjasama... kasih sayang sejati. Kita mesti ada semangat macam Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebut tadi, semangat berpasukan sebab analisis yang dibuat sebelum ini menunjukkan kita kalah sebab ada orang Umno mengkhianati parti sendiri.

“Kalau semua taat dan setia, insya-Allah, kita boleh menang pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam ucapan itu, Pengerusi Tetap Umno, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin beberapa kali menyampuk dengan mengajuk ayat ‘cer cite’ yang digunakan dalam filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, terutama ketika Najib menyentuh mengenai taktik pembohongan dilakukan pembangkang.

Gelagat spontan beliau menyebabkan suasana di dalam Dewan Merdeka riuh-rendah dengan gelak ketawa perwakilan dari seluruh negara.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan, Najib mengingatkan orang Umno bahawa mereka berdepan pilihan raya paling getir dalam sejarah proses demokrasi negara.
“Pilihan raya yang dihadapkan kepada rakyat ini menjadi titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang terang-benderang sebagai sebuah Malaysia yang maju dengan memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) atau memilih jalan tragis penuh kehancuran dengan memilih pembangkang.

“Beringatlah, pilihan raya ini juga bukan saja mengenai Umno dan BN tetapi kemuncak kepada semua itu ialah untung nasib umat Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, sama ada melukut di tepi gantang atau terus mencipta kejayaan dan kemakmuran, Umno sebenarnya berada di landasan tepat.

“Buktinya, kebangkitan dalam (pilihan raya kecil) Bagan Pinang, Hulu Selangor, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

“Yakin dan percayalah semua, ini adalah petanda transformasi besar-besaran sudah bermula,” katanya.


Video Cikgu Shida kena godam

Laporan MOHD IDRIS SULAIMAN
am@hmetro.com.my

PARIT: “Saya tidak sangka ada pihak sanggup menggodam dan memadamkan video miming yang melonjakkan nama saya,” kata ratu ‘miming’, Roshida Abd Aziz atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Shida.
Cikgu Shida berkata, penggodam yang berjaya mengesan kata laluan miliknya memadamkan video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu.

“Saya kesal dan sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana hasil kerja seni saya terpadam begitu saja.

“Namun saya tidak patah hati dengan kejadian itu yang berlaku dua bulan lalu. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan video itu di blog baru saya iaitu ‘Cikgu Shida Miming Art’ menggantikan ‘Cikgu Shida dari Parit’,” katanya.


Cikgu Shida yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, dekat sini, berkata melalui blog itu peminat boleh melihat 67 klip video miming nyanyian pelbagai artis popular tanah air, termasuk dari Indonesia.

No comments:

Post a Comment