Saturday, December 10, 2011

MENGAPA WANITA ADA YANG TAK SERIK2...DARI CERITA2 YANG DIPAPARKAN....LACUR ITU ZINA...BAGAIMANA PELANGGAN DAN PELACUR ITU ISLAM...JIKA TIDAK PUN...ADAKAH NAK BIARKAN ZINA BERLAKU BEGITU BANYAK DALAM NEGARA...ADAKAH KITA MINTA ALLAH TURUNKAN BALA...BARU NAK SEDAR...

Angkara teman lelaki penipu



IDA menunjukkan laporan polis dan resit kedai pajak selepas mengadu diburu ah long kerana tidak mampu membayar hutang di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Gara-gara sanggup menjadi penama mewakili teman lelaki, seorang wanita kini diburu ah long selepas gagal menjelaskan pinjaman sebanyak RM5,000.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ida, 31, itu berkata, dia pernah membuat pinjaman bank bagi menjelaskan hutang ah long itu tetapi masih gagal melangsaikannya.
Akibatnya, dia juga gagal menjelaskan bayaran pinjaman itu dan kini namanya telah disenaraihitamkan oleh pihak bank.
Menceritakan puncanya, dia berkata, masalah itu bermula apabila teman lelakinya itu membuat pinjaman dengan ah long bagi membiayai kos rawatan bapanya yang kononnya terlantar sakit di kampung pada awal Ogos lalu.
“Apabila dia gagal melunaskan hutang tersebut, saya sanggup menutup akaun pinjamannya dengan membuat bayaran balik secara bulanan tetapi dia kini menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Ida, dia terpaksa menanggung bebanan hutang itu seorang diri selepas teman lelakinya itu mengambil tindakan melarikan diri ke Singapura selepas kejadian itu.
Ida memberitahu, dia terpaksa membayar caj tambahan sebanyak RM440 sebulan kerana gagal melunaskan pinjaman pokok itu sekali gus.


Selisih mayat adik sendiri


ORANG ramai melihat keadaan salah seorang remaja yang maut selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Rantau Panjang, Kelantan semalam.



RANTAU PANJANG – Luluh hati seorang wanita apabila mendapati kemalangan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu semalam yang dilihat ketika dalam perjalanan ke satu majlis kenduri rupa-rupanya melibatkan adiknya sendiri.
Kejadian pukul 10.20 pagi itu mengakibatkan Lukmanulhakim Che Kamaruddin, 21, maut akibat cedera parah di kepala dan badan. Turut maut ialah rakan mangsa, Mohamad Aiezat Sharifuddin, 21, manakala pemandu kereta Proton Iswara, Sazali Muhamad, 21, cedera parah.
Menceritakan kejadian itu, Rosneeda, 23, berkata, dia dan suami yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan ke rumah ibu saudaranya di Rantau Panjang untuk menghadiri kenduri dari rumah mereka di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah.
Katanya, mereka kemudian ternampak satu kemalangan membabitkan kereta dan sebuah lori.
“Suami hanya memperlahankan kereta dan tidak berhenti kerana dia mabuk darah. Sebaik tiba di rumah ibu saudara, saya hairan kerana Lukmanulhakim masih belum sampai sedangkan dia bertolak lebih awal.


Bayaran ubat RM3.5j disalur 29 November



KAUNTER farmasi Hospital Melaka beroperasi seperti biasa dalam mengendalikan agihan bekalan ubat untuk pesakit semalam.



KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menganggap masalah bekalan ubat di Hospital Melaka tidak sepatutnya timbul memandangkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk membeli bekalan ubat sudah disalurkan pada 29 November lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, masalah itu timbul mungkin kerana ada kakitangan hospital berkenaan yang lewat membuat tempahan dan pembelian bekalan ubat-ubatan.
“Kementerian berpendapat masalah ini sudah selesai kerana kita telah menyalurkan peruntukan pembelian ubat.
“Pihak hospital Melaka sebenarnya tidak mengalami kehabisan ubat hanya kekurangan ubat,’’ katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! mengenai kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kelmarin yang mahu kementerian itu mempercepatkan penyaluran peruntukan tersebut bagi mengatasi masalah itu dengan segera.
Kenyataan Mohd. Ali itu dibuat selepas membuat penjelasan kepada orang ramai selepas beliau mendapat taklimat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim.
Difahamkan antara ubat yang mengalami kekurangan itu kebanyakannya khusus untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi.
Ekoran daripada keadaan tersebut keadaan menjadi semakin buruk apabila jumlah pesakit sejak September lalu sehingga kini semakin meningkat sebanyak 16.8 peratus kepada 200,000 orang setahun.


Penagih mati dihempap lif



JOE menunjukkan tempat seorang lelaki yang mati dihempap lif di Bukit Nanas, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Tindakan seorang mat gian mencuri kabel di sebuah bangunan terbiar memakan diri apabila dia mati selepas dihempap sebuah lif dalam kejadian di Jalan Ampang dekat Bukit Nenas di sini semalam.
Mayat lelaki tersebut ditemui pada pukul 3.45 petang selepas rakan serumah mangsa datang mencarinya di situ selepas dia didapati tidak pulang sejak malam kelmarin.
Seorang saksi yang ingin dikenali sebagai Joe Saad, 30-an, memberitahu, rakan mangsa terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring akibat dihempap lif di dalam bangunan itu.
“Mangsa dipercayai mencuri barangan besi dan lusuh di bangunan itu sejak beberapa hari lalu bersama rakan-rakannya.
“Namun pada hari kejadian, mangsa datang bersendirian untuk mengambil lebih banyak kabel tetapi malang dia dihempap lif ketika sedang menarik salah satu kabel elektrik di situ,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.


6 wanita Indonesia dilacurkan sindiket

KUALA LUMPUR – Sekumpulan wanita Indonesia melalui detik hitam apabila dipaksa menjadi pelacur sejak sebulan lalu selepas mendakwa mereka diperdaya oleh satu sindiket pemerdagangan orang.
Keenam-enam mangsa yang berusia 20 dan 30-an masuk ke negara ini sebulan lalu selepas mereka mendakwa dijanjikan dengan pekerjaan menarik di negara ini.
Kegiatan jahat sindiket tersebut bagaimanapun terbongkar apabila sepasukan polis dari Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) menyerbu sebuah hotel tiga bintang di Jalan Pudu di sini pukul 7 malam Rabu lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, ketika serbuan di hotel itu, polis menyelamatkan enam wanita Indonesia dan menahan lima orang termasuk tiga wanita tempatan.


Penculik ahli perniagaan didakwa



FONG Siang dibantu oleh seorang anggota polis ketika hadir ke Mahkamah Majistret Muar semalam.


MUAR – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menculik sehingga menyebabkan mangsanya ditemui mati dalam sebuah tong berisi simen di Parit Punggor Darat di sini pada 21 Mac 2009 lalu.
Tertuduh, Teow Fong Siang, 28, didakwa menculik ahli perniagaan Koh Wei Seang, 21, dengan tujuan mendapatkan wang tebusan sebanyak RM100,000 daripada keluarga mangsa.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh seorang penganggur didakwa menculik Wei Seang di hadapan sebuah rumah di Taman Melor, Jalan Jabbar, Parit Jawa di sini pada pukul 2.30 pagi 17 Mac 2009 hingga pukul 10 malam 20 Mac 2009.
Fong Siang didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau sebat.
Pertuduhan kes tersebut dibuat di hadapan Majistret Roslinda Razali dan tertuduh yang bertongkat kerana pernah terlibat dalam kemalangan sebelum itu mengangguk faham bagi pertuduhan itu.
Roslinda menetapkan kes itu disebut semula pada 10 Januari 2012.
Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor R. Balakrishnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Belanda minta maaf tragedi Rawagede


BALU dan saudara-mara kaum lelaki yang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai menghadiri majlis memperingati tragedi itu di Rawagede, Jawa Barat semalam.- AP


RAWAGEDE, Indonesia – Kerajaan Belanda secara rasmi memohon maaf berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai penduduk Indonesia pada tahun 1947 di Jawa.
Permohonan maaf itu dinyatakan dalam satu majlis penuh beremosi sempena ulang tahun memperingati insiden tersebut
Pada ketika itu, askar-askar Belanda yang menyerbu masuk ke sebuah kampung di bandar Rawagede, Jawa Barat ketika rakyat Indonesia berjuang untuk memperoleh kemerdekaan, bertindak membunuh secara kejam kaum lelaki dan kanak-kanak lelaki di hadapan anggota keluarga dan jiran mereka.
Kenyataan rasmi Belanda mengesahkan seramai 150 orang terbunuh dalam tragedi berdarah itu tetapi beberapa penduduk tempatan memberitahu, angka korban sebenar adalah jauh lebih besar iaitu seramai 431 orang.
“Mengenai insiden ini, saya mewakili kerajaan Belanda, memohon maaf atas tragedi yang berlaku di Rawage pada 9 Disember 1947,” kata Duta Belanda ke Indonesia, Tjeerd de Zwaan.
Dia kemudian mengulangi ucapan tersebut dalam bahasa Indonesia di hadapan ratusan orang yang hadir di upacara tersebut.
Pada September lalu, sebuah mahkamah sivil di The Hague mendapati kerajaan Belanda bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai itu.
Penghakiman tersebut dilihat memihak kepada lapan balu serta salah seorang mangsa terselamat dalam tragedi itu membawa kes tersebut ke mahkamah di The Hague.
Dua daripada balu tersebut mati ketika kes masih dibicarakan manakala mangsa terselamat, Saih Sakam turut meninggal dunia pada Mei lalu semasa berusia 88 tahun.
Kerajaan Belanda bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$1.13 juta (RM3.56 juta) sebelum mahkamah membuat keputusan dan kini mereka perlu membayar gantirugi tambahan berjumlah AS$242,000 (RM763,328) kepada plaintif atau ahli keluarga mereka.
Salah seorang balu terbabit, Anti Rukiyah, 93 berkata akhirnya dia berasa lega dan menerima permohonan maaf tersebut.
“Lagipun kejadian itu sudah lama, tidak mengapa,”katanya. Menurutnya, dia akan memberikan wang pampasan tersebut kepada anak-anaknya untuk digunakan bagi membina rumah mereka.
Anaknya, Ani, 70, memberitahu, dia gembira kerana akhirnya keluarganya mendapat ganti rugi berikutan kejadian itu banyak mengubah kehidupan meraka.
“Saya membesar tanpa ayah. Amat sukar untuk ibu saya mencari pekerjaan ketika itu tetapi kini kami gembira dan tidak menyimpan dendam,”katanya.
Seramai 60 orang pelajar sekolah memakai tudung putih memulakan majlis tersebut dengan menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia.
Kemudian mereka menceritakan penderitaan yang dialami penduduk setempat berikutan kejadian tersebut.
“Kami tidak akan lupa hari pembunuhan beramai-ramai di Rawagede,” laung ketua persembahan itu.
Pegawai rasmi kedutaan Belanda menyampaikan plak kayu yang diukir kincir angin di sebelah kiri dan pokok kelapa di kanannya. Turut dicatatkan ‘Akhirnya keadilan untuk penduduk Rawagede’ di sebelah tarikh tragedi berkenaan. – AFP

No comments:

Post a Comment