Wednesday, December 7, 2011

PELIK TAPI BENAR...NAK BUAT BAIK@MAKRUF DITEGAH...APA HUKUM MENGHALANG KERJA2 MAKRUF...SEDANGKAN MUNGKAR ADA YANG TAK TEGAH MALAH DAPAT LIPUTAN MELUAS...NI DUNIA AKHIR ZAMAN..KITA SERAH KERJA KEPADA BUKAN AHLI ATAU ORANG DIAMANAHKAN TAKUT PADA MANUSIA DARI ALLAH SWT...FIKIRKAN ALAM AKHIRAT SERTA DAKWAAN ALLAH KELAK...SENDIRI MAU INGATLAH...

Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM






PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.
"Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.
"Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri," katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.
Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.


Penghuni sekolah lahir 82 bayi


PIHAK pengurusan Sekolah Harapan dalam proses mendapatkan peruntukan untuk program pembesaran dan seterusnya dapat menerima lebih ramai penghuni. - Gambar hiasan



JASIN – Seramai 82 bayi telah selamat dilahirkan oleh para penghuni Sekolah Harapan, sebuah pusat pemulihan bagi remaja perempuan yang terlanjur sejak ia beroperasi di sini pada September tahun lalu.
Pengerusi sekolah berkenaan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, daripada jumlah itu, bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan ialah 53 orang manakala bakinya perempuan.
Katanya, seramai 64 bayi kini dipelihara oleh keluarga penghuni terbabit, 11 orang telah diserahkan kepada keluarga angkat, lima bayi masih bersama ibu masing-masing di sekolah berkenaan manakala seorang lagi dipelihara oleh ibu kandungnya yang telah berkahwin.
“Kami bersyukur kerana berjaya membantu menyelamatkan 82 nyawa bayi yang tidak berdosa sekali gus membendung gejala buang bayi.
“Apa yang lebih penting ibu bapa kepada penghuni sekolah ini sanggup menjaga cucu masing-masing walaupun anak itu dilahirkan di luar ikatan perkahwinan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, sekolah itu setakat ini telah menerima 95 remaja dari seluruh negara dan pelbagai kaum sebagai penghuni.
“Walaupun kami menerima banyak permohonan daripada keluarga remaja perempuan yang terlanjur untuk mendapatkan perlindungan di sekolah ini, kami tidak dapat menerima semua kerana kemudahan yang ada hanya cukup untuk menampung 30 penghuni pada satu-satu masa.


Syarat mohon RM500



KERATAN Kosmo! 1 Disember 2011.



KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.
Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.
Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.
Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.
Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.
Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.


Dua sahabat maut terhumban ke dalam tali air



SEORANG penduduk, Romibarda Baharom menunjukkan tempat Wirda dan Amalina maut dalam kemalangan di Kampung Stesen Keretapi, Tunjang, Jitra semalam.



JITRA - Dua sahabat maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas lalu merempuh penghadang titi besi sebelum terhumban ke dalam tali air di Kampung Stesen Keretapi, Tunjang dekat sini semalam.
Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Wirda Izwaney Daud, 13, dan Amalina Adam, 14, yang membonceng dalam perjalanan ke rumah rakan mereka, Syuhada Ghazali, 14, di Kampung Jeram, Tunjang.
Kedua-dua mayat mangsa ditemui seorang penduduk terapung di tali air itu dengan jarak 20 meter antara satu sama lain.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, mayat Wirda ditemui di atas motosikal di bawah titi besi manakala mayat Amalina 20 meter dari tempat mereka terjatuh.


Gerudi dinding rompak emas



SEBUAH kedai emas yang dirompak selepas dinding digerudi di Jalan Pos Baru, Klang semalam.



KLANG - Sekumpulan perompak menggerudi dua buah kedai sebelum berjaya melarikan sejumlah barangan kemas yang disimpan dalam sebuah peti kebal di sebuah kedai emas di Jalan Pos Baru di sini semalam.
Kejadian itu disedari pada pukul 10 pagi ketika tauke kedai emas yang mahu memulakan perniagaan mendapati pintu bilik yang menempatkan dua buah peti kebal berisi barangan kemas terkunci dari dalam.
Setelah pintu bilik tersebut dipecahkan, tauke kedai emas itu terkejut mendapati satu daripada dua buah peti kebal yang diperbuat daripada simen konkrit berlubang.
Di dalam bilik itu, ditemui dua batang kuku besi, dua unit lampu suluh dan seunit bateri kereta. Kesemua barang itu dipercayai digunakan oleh kumpulan perompak untuk merompak barangan kemas di kedai tersebut.
Bagaimanapun, nilai kerugian belum dapat dianggarkan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Deputi Supritendan Beh Eng Lai berkata, siasatan awal percaya rompakan tersebut dilakukan lebih daripada dua penjenayah pada waktu tengah malam selepas semua kedai-kedai berdekatan ditutup.
Menurut beliau, sebelum masuk ke kedai emas itu, suspek terlebih dahulu memecahkan pintu belakang sebuah kedai kosong.
Penjenayah itu kemudian menebuk dinding di kedai itu sebelum suspek masuk ke dalam sebuah kedai telekomunikasi yang terletak bersebelahan kedai emas.


Gempar jumpa harimau, beruang



PENDUDUK mendakwa ternampak beruang berkeliaran dan dikatakan mencakar kulit pokok di Kampung Pancur, Hulu Besut. - Gambar hiasan



BESUT – “Saya terperanjat apabila ternampak seekor harimau tiba-tiba keluar dari kawasan semak dan melintas di hadapan kami.”
Demikian cerita seorang penduduk, Abd. Manaf Ismail, 37, yang terserempak dengan seekor harimau ketika menoreh getah bersama ibunya di Kampung Pancur, Hulu Besut dekat sini pada Jumaat lalu.
Menurut Abd. Manaf, ketika kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, dia dan ibunya, Wan Minah Wan Yahya, 60, tergamam apabila ternampak haiwan liar setinggi kira-kira 0.5 meter dan 1 meter panjang itu.
“Namun, kebetulan pada masa itu saya membawa mercun bola yang disimpan di dalam poket seluar lalu saya mencucuh sumbu dan melemparkannya untuk menakutkan harimau tersebut.
“Ia menyebabkan harimau berkenaan menghilangkan diri di kawasan semak,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Abd. Manaf berkata, kerana bimbang keselamatan mereka terancam, dia lantas mengajak ibunya pulang ke rumah dan membatalkan hasrat menoreh getah.
Dalam pada itu, beberapa penduduk turut mendakwa terserempak dengan beruang sejak dua minggu lalu menyebabkan ada segelintir daripada mereka enggan turun ke kebun masing-masing ekoran takut diserang haiwan liar berkenaan.
Salah seorang penduduk, Wan Nawang Wan Yahya, 47, mendakwa pernah terserempak dengan seekor beruang ketika mengutip getah sekerap di kebunnya di kampung tersebut baru-baru ini.
Ceritanya, dia hanya tahu mengenai kehadiran binatang itu apabila terdengar bunyi batang pokok getah tumbang sebelum seekor beruang muncul di depannya.


Rambutan jadi modal peragut



KEDAI Som di Kampung Pulau Belanga, Kota Bharu tempat dia diragut kelmarin.



KOTA BHARU – Berpura-pura membeli buah rambutan sebelum meragut rantai leher dipakai peniaga kedai runcit di Kampung Belanga dekat sini kelmarin.
Demikian taktik dua lelaki yang menyebabkan peniaga itu kerugian hampir RM12,000 apabila rantai leher emasnya dilarikan pada pukul 8.15 malam.
Akibat kejadian itu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Som, 47, turut calar dan sakit di leher selepas bergelut dengan salah seorang peragut itu.
Selain rantai leher Som, seorang pelanggan yang membeli barang di kedai runcit mangsa juga kehilangan beg tangan berisi telefon bimbit selepas diragut penjenayah sama.
Cerita Som, kejadian berlaku ketika dia bersendirian di dalam kedai sebelum menyedari kehadiran sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak yang dinaiki tiga lelaki.
Menurutnya, dua lelaki keluar dari kereta tersebut dengan salah seorang masuk ke dalam kedainya dan membeli gula-gula.
Seorang lagi berada di luar kedai manakala lelaki ketiga menunggu dalam kereta.
“Selepas lelaki itu membeli gula-gula, lelaki yang berada di luar masuk dan bertanyakan harga buah rambutan sebelum dia mendekati saya lalu menarik rantai leher saya.
“Saya bergelut sambil menjerit meminta tolong suami yang ketika itu berada di dalam rumah,” kata Som ketika ditemui di kedainya di sini semalam.
Selepas hampir lima minit bergelut, lelaki terbabit berjaya melarikan rantai lehernya sebelum suspek sama turut meragut beg tangan pelanggannya yang sedang memilih sayur.
Katanya, sebaik suaminya turun ke kedai, ketiga-tiga lelaki tersebut telah melarikan diri.
Som membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan kejadian itu dan memberitahu polis melancarkan gerakan memburu tiga lelaki terbabit termasuklah seorang daripada suspek itu telah dikenal pasti.
Namun kata beliau, sehingga petang semalam belum ada tangkapan.


Lelaki dituduh tipu surat wasiat


Chee Seong dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh semalam atas tuduhan menipu surat wasiat.


IPOH - Seorang pengusaha ladang limau bali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memalsukan surat wasiat bagi membolot harta pusaka mendiang bapanya yang bernilai jutaan ringgit.
Wong Chee Seong, 53, yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik dituduh melakukan perbuatan itu pada 2005.
Berikutan wasiat yang didakwa Chee Seong dibuat sebelum bapanya meninggal dunia mencetuskan pertikaian keluarga dan menyebabkan kes itu kemudian dibawa ke Mahkamah Tinggi di sini dua tahun lalu.
Salah seorang adik tertuduh pada bulan lalu membuat laporan polis selepas mengesyaki sesuatu mencurigakan berhubung surat wasiat peninggalan bapa mereka.
Siasatan polis kemudian membawa kepada penemuan bukti penipuan dalam penulisan surat wasiat terbabit menyebabkan Chee Seong ditahan di rumahnya di Kampung Baru Ampang Baru kelmarin.
Dalam pertuduhan pertama, Chee Seong didakwa memalsukan dokumen berupa wasiat bagi membolehkan wang simpanan mendiang bapanya berjumlah RM83,018.61 yang disimpan dalam akaun tetap di sebuah bank di Jalan Yang Kalsom di sini dipindah milik kepadanya pada 13 September 2005


Hasrat bersihkan kawasan kubur percuma dihalang



MAHAROM menunjukkan tanah perkuburan yang dipenuhi semak tetapi dihalang JHEAINS daripada dibersihkan di Jempol semalam.



JEMPOL - Keikhlasan seorang kontraktor untuk membersihkan sebuah kawasan Tanah Perkuburan Islam Taman Tengku Puan Chik, dekat sini secara percuma tidak kesampaian apabila hasratnya ditolak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri (JHEAINS).
Kontraktor terbabit, Maharom Idris, 64, berkata, dia telah menghantar surat kepada JHEAINS pada 24 Oktober lalu untuk membersihkan serta meratakan tapak perkuburan itu.
"Saya berbuat demikian kerana ingin melakukan kerja tersebut secara sah selain bimbang dianggap menceroboh jika tidak meminta kebenaran.
"Bagaimanapun, JHEAINS dalam sepucuk surat bertarikh 22 November lalu memaklumkan bahawa permohonan saya itu ditolak," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Jelasnya, dalam permohonan tersebut, beliau juga telah menyatakan bahawa dia tidak meminta sebarang peruntukan daripada mana-mana pihak bagi menjalankan kerja tersebut.


Penduduk lega ular sawa batik 8 meter ditangkap



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh menunjukkan ular sawa sepanjang 8 meter yang ditangkap di Bukit Beruang, Melaka semalam.



MELAKA - Kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menangkap seekor ular sawa batik sepanjang 8 meter di Pangsapuri Murni, Bukit Beruang di sini berjaya meredakan kebimbangan penduduk terhadap reptilia itu.
Penduduk mendakwa, ular tersebut pernah muncul beberapa kali di kawasan sekitar pangsapuri tersebut tetapi gagal ditangkap.
Bagaimanapun, kemunculan ular berkenaan semalam disedari oleh salah seorang pengawal keselamatan pangsapuri itu pada pukul 8.30 pagi yang terlihat reptilia itu berada di dalam longkang di tepi pangsapuri berkenaan.
Tanpa berlengah, dia terus memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

No comments:

Post a Comment