Thursday, December 8, 2011

KEMALANGAN DAN JENAYAH HAMPIR SETIAP HARI...ADAKAH NI MERUPAKAN BALA@MUSIBAH KITA....YANG ALLAH TURUNKAN KERANA ENGKAR PERINTAHNYA...BUAT MUNGKAR...SERTA MENAFIKAN HUKUM2 DARI QURAN....

Kereta undur dihentam treler

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

SESAK...kontena dibawa treler  terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, semalam.
SESAK...kontena dibawa treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, semalam.
BANTING: Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam.
Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.

Dua penumpang kereta berkenaan iaitu isteri Arthur, Lodi Ah Chang, 78, dan seorang wanita, Yong Shiad Ting, 36, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama manakala anak lelaki pasangan itu, Jeffrey Gilbert Pharamond, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), cedera ringan.
Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi berkata, Arthur yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur dipercayai memandu dari arah Seremban menghala ke Putrajaya sebelum terlepas simpang susur keluar.

Katanya, mangsa dipercayai cuba mengundurkan keretanya untuk memasuki persimpangan ke Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya.

“Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk.

“Rempuhan itu turut menyebabkan dua buah kontena yang dibawanya terjatuh dan melintang di tengah lebuh raya. Bagaimanapun, pemandu treler tidak cedera,” katanya.


Mayat reput



PETALING JAYA: Misteri bau busuk di sebuah premis terjawab selepas mayat seorang warga asing yang sudah mula reput ditemui seorang pekerja penyelenggaraan dalam sebuah bangunan di Kota Damansara, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 3.15 petang itu, mayat dipercayai seorang warga Afrika berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan masih lengkap berpakaian.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa dipercayai sudah mati lebih daripada tiga hari dan terdapat kesan darah serta buih di mulutnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata setakat ini kes berkenaan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan cedera pada bahagian tubuh mangsa.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut akan dijalankan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.


Formula jinak Awang Hitam



KUALA LUMPUR: Tindakan berani sekumpulan Awang Hitam mengepung dan membantah tindakan anggota penguat kuasa dalam satu operasi di penempatan ‘Mini Afrika’ di Mantin, baru-baru ini, perlu diberi tumpuan serius oleh kerajaan.
Malah, kekecohan yang kerap tercetus di sekitar bandar raya membabitkan suspek warga berkenaan turut perlu diberi perhatian bagi menjamin keselamatan rakyat, sekali gus menjaga nama baik Malaysia di mata dunia.

Naib Canselor Twintech International University College Of Technology (Twintech), Professor Datuk Dr Mohd Razali Agus, berkata beliau mempunyai beberapa formula untuk membantu ‘menjinakkan’ golongan pelajar asing supaya menghormati budaya dan adat resam masyarakat negara ini.
“Berdasarkan insiden yang berlaku di Mantin baru-baru ini, jelas menunjukkan kementerian terlepas pandang terhadap beberapa perkara berkaitan pengambilan pelajar asing ke Malaysia.

“Paling ketara kegagalan pihak kementerian menyediakan ujian kemasukan khas seperti dijalankan di luar negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Dr Razali, tidak kira sama ada pelajar warga Afrika, Nigeria, India, China atau Bangladesh, mereka sepatutnya diwajibkan mengikuti kursus bahasa selama tiga hingga enam bulan sebelum menduduki ujian khas terbabit.

“Mengambil contoh negara barat, mereka mewajibkan setiap pelajar asing menduduki Test of English as a Foreign Language (TOEFL) sebelum dikategorikan sebagai layak mengikuti pembelajaran di universiti di sana.

“Justeru, tidak rugi sekiranya pihak institusi pengajian tinggi (IPT) melakukan perkara sama bagi memastikan kumpulan pelajar asing terbabit mahu mengikuti pengajian di negara ini dan bukan mengambil kesempatan menyalahgunakan pas pelajar untuk bekerja,” katanya.
Beliau berkata, antara sukatan yang perlu diterap dalam kursus pendek berkenaan termasuk asas Bahasa Melayu (bertutur dan menulis), Sejarah dan Kenegaraan Malaysia.


Mayat 2 remaja terapung

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

JITRA: “Pak cik ketaq (menggeletar) apabila nampak mayat dua budak perempuan terapung dalam tali air ketika melalui jalan itu. Seorang melekat pada motosikal dan seorang lagi terapung dalam jarak 20 meter.”
Demikian kata Salleh Saad, 65, yang menemui mayat Amalina Adam, 14, dan Wirda Izwaney Daud, 13, dalam tali air di Kampung Stesen Keretapi, Tunjang, di sini, selepas motosikal dinaiki mereka terbabas jam 11.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Bonglai itu dalam perjalanan ke rumah rakan mereka di Kampung Jeram di kawasan berhampiran.

Salleh yang juga petani berkata, ketika menunggang motosikal di jalan berkenaan bagi menghantar racun ke rumah anak saudaranya, dia terkejut melihat dua mayat perempuan terapung dalam tali air itu.



‘Saya kehilangan sahabat baik’



JITRA: “Saya sedih kerana arwah tidak sempat datang ke rumah kerana dia menemui ajal dalam keadaan tragik. Sebelum itu dia hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berjumpa saya pagi tadi (semalam),” kata Syuhada Ghazali (gambar), 14.
Syuhada rakan karib kepada Amalina Adam, 14, yang maut bersama Wirda Izwaney Daud, 13, selepas motosikal ditunggangi mereka terbabas sebelum merempuh titi besi dan terhumban ke dalam tali air di Kampung Stesen Keretapi, Tunjang, di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia berasa amat gembira apabila arwah memberitahu mahu ke rumahnya di Kampung Jeram, Tunjang, di sini, tiga kilometer dari rumah mangsa.
“Semalam (kelmarin) saya hantar SMS kepada arwah beritahu nak jumpa sangat kerana tidak dapat berbuat demikian sejak dua minggu lalu. Saya beritahu arwah saya terlalu rindu dengannya.

“Arwah tidak membalas SMS pada hari itu sebaliknya hanya menjawab kira-kira jam 8 pagi ini (semalam) sambil memberitahu dia dan rakannya akan datang ke rumah saya pada tengah hari,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Jitra, di sini, semalam.

Menurutnya, dia dan arwah adalah rakan baik dengan bersama-sama ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Bonglai, di sini.

“Hubungan kami rapat sejak dulu lagi. Saya kini kehilangan seorang sahabat yang baik buat selama-lamanya.

“Apabila dapat tahu arwah terbabit dalam kemalangan, saya rasa macam tidak percaya sehingga saya datang sendiri ke hospital ini untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya.
Ibu Amalina, Rahmah Md Isa, 57, berkata, dia terkejut apabila diberitahu anak bongsu daripada sembilan beradik itu terbabit dalam kemalangan.

“Biasanya arwah beritahu ke mana dia pergi, tetapi pagi tadi (semalam) dia keluar rumah tanpa memberitahu saya dan adik-beradik lain.

“Arwah nampak pelik kerana beria-ia bersolek sampai dua tiga kali sebelum keluar rumah,” katanya.

Bapa Wirda Izwaney, 13, Daud Saad, 45, berkata, sebelum kejadian, anaknya baru sampai ke rumah selepas beberapa minggu tinggal bersama kakaknya di Kuala Lumpur.

Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Gurindam, Kampung Pida 3, di sini.


“Pak cik berpatah balik ke rumah dan beritahu isteri dalam keadaan ketaq kerana sepanjang hidup tidak pernah nampak mayat macam itu. Pak cik terlalu sedih mengenangkan nasib mereka.


Wanita elak polis parah terjun dari tingkat 7

KUALA LUMPUR: Seorang wanita cedera parah selepas terjun dari sebuah unit di tingkat tujuh Projek Perumahan Rakyat Permai, Cheras di sini semalam, ketika mengelak serbuan polis.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata wanita berusia 25 tahun itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan keadaannya dilapor satbil.

"Sebelum itu, satu pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras mendapat maklumat mengenai jenayah dadah di rumah tersebut dan terus menyerbu rumah mereka kira-kira jam 11.30 malam.

"Kita mengesan dua lelaki dan seorang wanita di dalam rumah itu, namun selepas pintu dipecahkan kita hanya menemui dua lelaki berumur 20-an dan kelibat wanita itu gagal dikesan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.


Beliau berkata polis kemudian menemui wanita itu terbaring di bahagian bawah blok bangunan.

Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek merupakan penagih dadah, dan Bernama difahamkan suspek wanita itu mempunyai empat rekod jenayah lampau. - Bernama


Pistol hilang diguna untuk merompak kedai emas

KUALA TERENGGANU: Sepucuk pistol yang dilaporkan hilang semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang tiga tahun lalu didapati digunakan dalam rompakan kedai emas di Wakaf Tapai, Marang bulan lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata ia berikutan tertangkapnya seorang anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu beserta seorang buruh yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan tersebut.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan pada 29 November lalu, sehari selepas rompakan itu berlaku.

Dalam rompakan tersebut, dua lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM235,000.


Jamshah berkata hasil penahanan kedua-dua suspek, polis menemui semula barang kemas yang hilang tersebut dan sebuah motosikal yang digunakan dalam rompakan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment