Sunday, January 1, 2012

DENGAR2 HEBAT DRAMA DHIA NI...ADA YANG MENANGIS...BAGAIMANA HUKUM HAKAM YANG DILANGGAR...REDA BERMAKNA SAHAM KITA DAPAT SAMA...

Pelakon drama Tentang Dhia bertunang


Izreen bersama tunangnya, Muhamad Riza di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Pelakon drama Tentang Dhia yang memegang watak Melly, Izreen Azminda Aznam memulakan tahun baru 2012 semalam dengan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya seorang jurukamera bebas, Muhamad Riza Baharudin.
Majlis pertunangan yang diadakan di Pusat Aktiviti Pejabat Daerah Kota Setar di sini itu, berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh bermakna bagi Izreen, 27, yang mahu menutup kontroversi yang melandanya sepanjang tahun lalu.
Pada majlis itu, Izreen anak kedua daripada tiga beradik kelihatan anggun dengan persalinan berwarna merah jambu rekaan Shanelle Harun.
Majlis bermula dengan perbincangan wakil kedua-dua belah pihak serta persetujuan mengenai jumlah wang hantaran sebanyak RM19,001 dan mas kahwin RM999.
Ibu Muhamad Riza, Zainon Baba, 55, kemudian menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian ke jari Izreen sebagai tanda pertunangan

Mayat hancur dirempuh treler

SALAH seorang mayat remaja yang terpelanting selepas MPV jenis Honda Stream yang dinaiki bersama sembilan lagi rakan mereka dirempuh treler.


SITIAWAN – Tujuh remaja maut termasuk dua beradik menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas mayat mereka ditemui dalam keadaan beberapa anggota badan hancur apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di Batu 6, Jalan Lekir-Sitiawan dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 10.30 malam itu menyebabkan Badrul Isa Sulaiman, 19; adiknya, Mohamad Hadi, 17, serta sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15, maut. Turut maut ialah tiga rakan sekampung mereka, Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dan Muhamad Shafik Redzuan Yusuf, 16.
Kesemua mereka mati dengan beberapa anggota badan mereka hancur di tempat kejadian.
Pemandu MPV terbabit, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seri Manjung dekat sini pasangan itu.


Wanita selamat pistol tersekat


ANGGOTA polis melakukan siasatan di rumah Wan Zuraini yang diacukan pistol oleh dua lelaki di Desa Melawati, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Nyawa seorang wanita ternyata masih panjang apabila dia terselamat dari terkena tembakan jarak dekat selepas senjata api yang digunakan salah seorang daripada dua penjenayah tiba-tiba tersekat kelmarin.
Kejadian mencemaskan pukul 4.40 petang di Desa Melawati di sini berlaku apabila suri rumah, Wan Zuriani Wan Abd. Hamid (gambar), 46, didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal sebaik mangsa baru sahaja tiba di rumah selepas pulang menghadiri kenduri di Sepang, Selangor.
Ketika kejadian, dua anak lelaki mangsa masing-masing berusia 15 dan 17 tahun sedang bermain bola di pekarangan rumah.
Mengimbau semula kejadian itu, Wan Zuriani memberitahu, dua lelaki tersebut meluru masuk ke dalam kawasan pagar rumah dan menjerit: ‘hutang, hutang... jangan bergerak!’ sambil mengacu-acukan pistol kepada tiga beranak tersebut.
Katanya, melihatkan keadaan itu, anak lelakinya yang berusia 17 tahun terus bergelut dengan penjenayah tersebut sebelum suspek melepaskan dua das tembakan ke arah lantai dan pagar rumah.
“Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah dada saya namun gagal melepaskan tembakan mungkin kerana pistol tersebut rosak atau tersekat,” ceritanya yang memberitahu suami, dua lagi anaknya dan amahnya yang berada di dalam rumah tidak sempat keluar kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Tambahnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, suspek dapat melarikan beg tangan yang dipegangnya dan menghentak kepala anaknya dengan topi keledar.


Penagih dadah bina khemah


KAMISAN menunjukkan salah satu lorong yang digunakan penagih dadah masuk ke kebun kelapa sawit di Felda Palong baru-baru ini.


JEMPOL – Tersorok dan mempunyai banyak laluan keluar menyebabkan kawasan ladang kelapa sawit di sekitar daerah ini sering menjadi lokasi kepada penagih dadah melepaskan gian.
Walaupun banyak kali diserbu pihak berkuasa namun penagih najis dadah itu tidak pernah serik melakukan perbuatan haram mereka.
Seorang penduduk, Kamisan Md. Yusuf, 57, berkata, Felda Palong dan Serting di sini merupakan antara kawasan ladang kelapa sawit yang sering menjadi tumpuan golongan berkenaan.
Katanya, keadaan ladang yang mempunyai banyak laluan keluar berkemungkinan menjadi sebab utama mereka menjadikan lokasi itu sebagai tempat tumpuan mereka.
“Kawasan seperti ini juga tersorok kerana terletak lebih satu kilometer dari jalan utama sekali gus memudahkan mereka untuk melakukan sebarang aktiviti haram.
“Kawasan ini mereka juga mudah menghidu kehadiran pihak berkuasa kerana hanya boleh dilalui oleh motosikal atau pacuan empat roda sahaja,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Katanya, pihak berkuasa bukannya mendiamkan diri tetapi sering melakukan serbuan di lokasi tersebut namun hanya sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang berjaya ditangkap.

No comments:

Post a Comment