Thursday, July 8, 2010

BAIK TAK TENTU PASAL...HUKUM SYARAK PUN DILANGGAR...JIKA DICABUL TAK KAN NAYA

Baru kenal dah ajak balik



2010/07/09

MELAKA: Mereka baru berkenalan beberapa hari lalu, namun dua wanita bertindak berani apabila sanggup mengajak tiga lelaki yang ditemui beberapa jam sebelum itu bermalam di rumah mereka.
Bagaimanapun, tindakan dua wanita berusia awal 20-an itu mengundang padah apabila rumah mereka diserbu pegawai syarak dan anggota polis selepas mendapati lelaki bukan muhrim itu berkurung bersama mereka.
Semua mereka yang berusia antara 23 hingga 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin di sebuah rumah di Ayer Keroh, dekat sini, sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata selepas menerima maklumat kehadiran tiga lelaki terbabit, pegawai syarak bersama anggota polis bertindak memeriksa rumah teres dua tingkat itu.

Katanya, selepas mengetuk pintu beberapa kali, seorang wanita membukanya dan selepas memperkenalkan diri, anggota penguat kuasa masuk membuat pemeriksaan.

“Dalam pemeriksaan di tingkat bawah rumah itu, mereka menemui seorang lagi rakannya yang baru bangun tidur.

“Pegawai syarak serta anggota polis berkenaan terus ke tingkat atas dan menemui tiga lelaki sedang tidur,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati dua wanita berkenaan baru mengenali lelaki terbabit menerusi rakan mereka.

No comments:

Post a Comment