Saturday, July 10, 2010

AKTIVITI BEGINI MUNGKIN SEKALI DENGAN KEGIATAN ZINA...INI SEMUA MENGUNDANG MUSIBAH ...SEMUA ORANG KENA JIKA MUSIBAH ALLAH TURUNKAN...

Serbu pusat urut guna wanita Siam



2010/07/10

KUALA LUMPUR: Dua premis yang asyik menjalankan kegiatan urut tradisional menggunakan warga Thailand terkejut apabila diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
BERHIBUR...dua pekerja wanita dan pelanggan di pusat hiburan yang 
diserbu, semalam.
BERHIBUR...dua pekerja wanita dan pelanggan di pusat hiburan yang diserbu, semalam.
SITA...minuman keras yang disita, semalam.
SITA...minuman keras yang disita, semalam.
Pemilik premis terbabit yang dipercayai menjalankan perniagaan tanpa lesen tergamam apabila premis mereka diserbu sebelum penguat kuasa menyita peralatan mengurut termasuk tilam dan bantal.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata dua premis terbabit beroperasi di Jalan Pandan Indah dan Pandan Perdana diambil tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPAJ 2007.

Katanya, pemilik boleh dikompaun RM1,000 kerana tidak mempunyai lesen dan menyalahguna premis mereka dengan melakukan kegiatan urut.

“Kami mengambil tindakan tegas kepada premis yang menjalankan operasi tanpa lesen kerana ia menyalahi undang-undang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, MPAJ mengadakan operasi pusat hiburan yang berselindung di sebalik pusat latihan nyanyian di Taman Pandan Indah yang tidak mempunyai lesen.

Norhayati berkata, pusat hiburan itu diserbu kerana pemilik hanya membuat permohonan bagi mendapatkan lesen pusat nyanyian, tetapi belum diluluskan MPAJ.

“Ketika serbuan, terdapat beberapa pelanggan berhibur yang dilayan dua pekerja wanita.

“Kami mengambil tindakan mengikut Seksyen 6, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 Pindaan 2001 dengan menyita peralatan hiburan dan minuman keras di premis terbabit,” katanya.

Menurutnya, pemilik boleh dikompaun RM25,000 kerana menyalahi undang-undang.

Sehubungan itu Norhayati meminta orang ramai yang mempunyai maklumat premis beroperasi tanpa lesen supaya bekerjasama dengan menghubungi talian 03-42968100 yang beroperasi 24 jam



Siang halal, malam haram

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/07/10

KUALA LUMPUR: Siang kerja sebagai jurujual, pembantu kedai makan, salun dan tukang jahit, tetapi tiba waktu malam, mereka menjual tubuh bagi meraih pendapatan sampingan walaupun kadar perkhidmatan ditawarkan serendah RM30.
Mereka yang dianggap ‘ayam pencen’ lebih banyak dilanggani warga asing. Bagaimanapun, petang kelmarin, pusat yang menjadi tempat mereka menambah pendapatan di sebuah bangunan di Jalan Silang, di sini diserbu Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur.
Dalam operasi itu, tujuh wanita tempatan berusia 22 hingga 49 tahun ditahan kerana terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Menurut sumber polis, operasi dilakukan atas maklumat awam dan risikan pihaknya.

“Ketika serbuan, lebih tujuh wanita tempatan sedang duduk menunggu pelanggan sambil berbual kosong.

“Kebanyakan mereka ‘bersidai’ di hadapan pintu bilik yang hanya dibuat dari papan lapis. Terdapat hampir 20 bilik siap dengan katil yang dijadikan lokasi pelanggan memuaskan nafsu dalam bangunan itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menahan tujuh wanita tempatan termasuk seorang yang sedang berasmara dengan seorang lelaki warga Nepal.

“Siasatan awal mendapati kebanyakan pelacur berkenaan tidak menjual tubuh sepenuh masa, sebaliknya ada antara mereka bergiat secara sambilan. “Antara mereka yang diberkas turut bekerja sebagai tukang jahit, jurumekap, pembantu kedai makan, jurujual, juruwang, pendandan salun dan pekerja kedai cermin mata.

“Besar kemungkinan mereka mahu menambahkan pendapatan bulanan sebagai pelacur sambilan. “Hasil siasatan mendapati mereka mampu memperoleh pendapatan tidak kurang RM200 sehari,” katanya.

Katanya, polis yang melakukan pemeriksaan lanjut turut menemui 100 kondom, losyen pelincir dan dua buku nota yang mencatatkan jumlah pendapatan hasil kegiatan pelacuran harian itu.

“Tujuh pelacur itu ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya

Sementara itu dalam operasi berasingan, tiga wanita warga China diberkas selepas dikesan cuba melarikan diri dan bersembunyi di bahagian tangki air sebuah bangunan di Jalan Pudu, di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 4 petang itu, polis D7 Kuala Lumpur terlebih dulu melakukan intipan sekumpulan wanita warga China yang cuba menawarkan seks kepada orang ramai.

Difahamkan, suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian melarikan diri ke tingkat paling atas bangunan terbabit sebelum menyembunyikan diri di dalam tangki air.



Pil perlu dikawal



2010/07/10

KUALA LUMPUR: Pil atau cecair yang diperakui berkesan untuk binatang seperti khinzir tidak wajar di cuba ke atas manusia, malah pengambilannya juga sangat bertentangan berikutan dirumus khas untuk kegunaan haiwan.
Berikutan itu, tindakan segelintir pihak menggunakan pil dan cecair menggalakkan babi mengawan sebagai ubat yang didakwa mampu merangsang keinginan seks wanita, disifatkan terlalu mengikut fantasi yang cenderung membunuh diri.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman (gambar) berkata, beliau percaya pihak yang mempunyai stok pil itu diperoleh secara tidak sah atau seludup dari negara luar.

Bagaimanapun, beliau yang juga pemilik klinik perubatan di Ampang tidak menolak kemungkinan terdapat pihak yang menghasilkan bahan perangsang seks itu secara persendirian untuk dijual di pasaran gelap.

“Banyak kemungkinan boleh diandaikan mengenai cara pil ini diperoleh, tetapi sekarang bukan masa nak mempersoalkannya kerana kita kini mahu mencari penyelesaian terbaik mengelak pengambilannya berleluasa.

“Satu cara adalah dengan menguatkuasakan pemeriksaan di pintu sempadan negara supaya dalang yang membawa masuk pil begini ditangkap, selain memperketatkan mekanisme pengeluaran ubat ini.

“Ini bererti hanya doktor veterinar dan mereka yang mempunyai surat kebenaran boleh memiliki pil babi mengawan dan bahan itu dijadikan bahan dikawal kerajaan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai segelintir lelaki kasanova menjadikan pil dan cecair yang biasanya untuk menggalakkan babi mengawan sebagai senjata utama memerangkap wanita hingga boleh dibawa ke bilik tidur.

Lelaki hidung belang itu biasanya memasukkan bahan perangsang seks berkenaan dalam minuman kotak tanpa disedari gadis yang menjadi sasaran.

Selepas mangsa meneguk air berkenaan, mereka tiba-tiba terangsang melakukan hubungan seks, sekali gus memudahkan jantan buas itu memuaskan nafsu.

Lebih menakutkan apabila wanita yang pernah tertelan bahan itu akan menjadi ketagih dan terus mahu melakukan hubungan seks.

Dr Maamor berkata, beliau bimbang mereka yang ketagih ubat itu akan berdepan masalah kesihatan termasuk kemungkinan rosak buah pinggang dan hati.

No comments:

Post a Comment