Thursday, July 8, 2010

RAMAI SEKARANG BERLAGAK PANDAI WALAUPUN BUKAN BIDANGNYA....ISLAM DIJUAL DENGAN DUNIA....DAPAT KEKAYAAN JUAL ILMU ISLAM....AMALAN TAK BUAT PUN(MAKSUDNYA HUKUM ALLAH TAK DIPERJUANGKAN.KERANA TAKUT)...SURUH ORANG ZUHUD DIA BERMEWAH2..

NEGARA


Program motivasi agama menyeleweng dipantau



JAMIL KHIR (kiri) melawat tapak Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memantau program-program motivasi yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam bagi mengelak berlakunya kerosakan akidah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jabatan-jabatan berkaitan termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat perkara itu meskipun penguatkuasaannya tidak melibatkan negeri-negeri lain.
"Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai pandangan tersendiri terhadap program yang dijalankan oleh syarikat ini walaupun negeri-negeri lain belum membuat tindakan serupa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek surau di Projek Perumahan Rakyat Kampung Limau, Pantai Dalam di sini semalam.
Beliau diminta mengulas tindakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengeluarkan fatwa pada 10 Jun lepas bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh sebuah syarikat motivasi dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.



INI TIMBUL KERANA ADA MENGAKU BOLEH MENENTU ATAU TAHU SESUATU DARI TARIKH LAHIR...TANDA2 DIMUKA...TAHI LALAT DAN SEBAGAI...BENDA KEDEPAN NI HANYA ALLAH SAJA YANG TAU...MACAM TU TAHULAH KITA MATI BILA...PERBUATAN NI SAMA DENGAN MENILIK....ATAU MENENUNG NASIB...

No comments:

Post a Comment