Tuesday, July 6, 2010

SIBUK MENJAGA PANGKAT DALAM POLITIK HINGGA UNDANG ISLAM TAK DIPERJUANGKAN....

Menyorok bawah katil


KULIM - Seorang lelaki berstatus suami orang sanggup bersembunyi di bawah katil yang sempit semata-mata mengelakkan dirinya dicekup pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kerana berkhalwat dengan kekasihnya, seorang ibu tunggal.

Bagaimanapun helahnya tidak menjadi apabila pegawai penguatkuasa agama menemui lelaki berusia 38 tahun itu dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju di bawah katil berkenaan.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim berkata, mereka menerima maklumat daripada orang awam jam 8 pagi dan tujuh pegawai penguat kuasa agama sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 8.30 pagi

Katanya, ibu tunggal beranak tiga berusia 36 tahun tidak mempunyai pekerjaan mengambil kesempatan membawa teman lelakinya yang sudah beristerid an mempunyai tiga anak itu bermalam di rumahnya di taman perumahan, dekat sini.

Pasangan itu dikatakan berkenalan setahun lalu ketika berjumpa di tapak pesta dan menjalinkan hubungan sejak kebelakangan ini.

"Menurut aduan orang awam, lelaki itu sering masuk ke rumah teman wanitanya itu dan ada kalanya bermalam di situ. Setelah kawasan rumah di kepung, pegawai penguat kuasa memperkenalkan diri untuk memeriksa.

"Namun kami terpaksa tunggu kira-kira tiga minit sebelum pintu dibuka kerana wanita berkenaan memberi alasan dia tidak dapat mencari kunci rumah,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit memaklumkan kepada PADK bahawa dia tinggal berseorangan kerana tiga anaknya bersekolah.

Katanya, setelah mendengar penjelasan diberikan, PADK membuat pemeriksaan rambang di rumahnya sebelum menemui seorang lelaki dalam bilik dalam keadaan berseluar pendek dan tidak berbaju.

"Kami memeriksa seluruh bilik, termasuk almari dan bawah katil. Setelah siasatan dibuat, PADK mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan sah.

Mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang.

"PADK mengarahkan waris mereka datang membuat pembayaran jaminan," katanya



Murid 11 tahun jadi mangsa rogol beramai-ramai
MELAKA - Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bersiar-siar dengan teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman pahit apabila bekas kekasih dan lima rakannya merogolnya di sebuah rumah di Umbai, di sini, 29 Jun lalu.

Mangsa dan teman lelakinya sedang berjalan di jeti ikan bakar di situ jam 12 tengah hari apabila sekumpulan enam lelaki, termasuk bekas teman lelakinya, menghampiri dan menjerkah mereka.

:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, lelaki-lelaki itu, yang berumur antara belasan tahun dan awal 20-an, kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya ke sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan sebuah kereta.

“Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa, tetapi tidak ingat oleh berapa orang. Teman lelakinya mungkin di luar rumah atau di bilik lain ketika itu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, berikutan kejadian itu, dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan dan bakinya masih diburu. Polis mengeluarkan fotofit salah seorang daripada suspek itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

No comments:

Post a Comment