Tuesday, May 10, 2011

BILA KITA JAHIL AGAMA...DEGIL....DAN KIRA NAK DAPAT DUIT SAJA...JUDI YANG JELAS PUN DIA ORANG BELASAH SEMACAM JE...

Hati-hati judi moden

Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@nstp.com.my

PUTRAJAYA: “Umat Islam perlu faham dengan teliti sebelum menyertai mana-mana peraduan kerana bimbang ia menyebabkan mereka terjebak dalam kancah judi moden,” kata Penolong Pengarah (Syariah), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
Menurutnya, isu mengenai peraduan yang berasaskan hadiah amat kritikal untuk difahami sekali gus memerlukan pemahaman yang lebih menyeluruh di kalangan masyarakat. “Antara perkara utama yang perlu diberi penekanan oleh masyarakat seperti mengetahui bentuk dan operasi penganjur, adakah penyertaan mereka memerlukan pembayaran seperti yuran dan kos pengurusan. “Terma dan syarat ditetapkan penganjur juga kadangkala membawa eksploitasi kepada masyarakat berikutan keengganan mereka membuat kajian secara terperinci mengenai syarat dibuat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah di Simposium Fiqh Mu’asirah di Masjid Putra, di sini, semalam. Simposium anjuran Jakim itu bertemakan Perjudian Dalam Islam: Isu, Cabaran dan Penyelesaian, dengan menampilkan lapan pembentang membabitkan pensyarah institusi pengajian tinggi dan pegawai daripada pelbagai.

Program dirasmikan Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin. Hadir sama, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.
Sementara itu, Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, apabila konsep pertandingan dikaitkan dengan hadiah, persoalan utama dalam mengkaji status hukumnya adalah berkait rapat dengan konsep perjudian. “Perjudian mempunyai dua asas utama iaitu hadiah diambil daripada pertaruhan yang dikeluarkan peserta manakala setiap peserta terbabit tidak terlepas daripada menanggung satu daripada dua kebarangkalian, sama ada untung atau rugi,” katanya, dalam kertas kerja bertajuk Amalan Judi Moden: Isu dan Penilaian Syariah.


Hadis 5


UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Ertinya:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".



H.R. Muslim



Keterangan
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.


Hadis 16


ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".



H.R. Muslim



Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

Hadis 16


ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".



H.R. Muslim



Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment