Lelaki putus cinta disimbah asid
KANGAR – Kebiasaannya wanita kerap menjadi sasaran disimbah asid gara-gara cemburu namun lain pula yang berlaku di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini semalam apabila seorang lelaki disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenalinya.
Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24, yang bekerja sebagai pemandu lori berada di rumah seorang diri sebelum dia membuka pintu rumahnya selepas diketuk dua lelaki.
Sebaik pintu dibuka, seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke arahnya menyebabkan mangsa melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang.
Akibat terkena cecair itu, Muhamad Hanif dikatakan menggelupur dan meraung kesakitan.
Muhamad Hanif yang bergegas keluar mencari pertolongan ditemui di tepi jalan kira-kira 30 meter dari rumahnya oleh seorang penunggang motosikal. Semasa ditemui mangsa dalam keadaan separuh bogel kerana pakaiannya melecur.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, motif serangan dua lelaki itu berkemungkinan disebabkan cemburu atau dendam.
Gelupur disiram sebaldi asid
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di rumah mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Muhamad Hanif yang bekerja sebagai pemandu lori pasir sejak tujuh bulan lalu baru pulang ke rumahnya Kampung Sentang, Utan Aji, dekat Kangar, sebelum didatangi lelaki tidak dikenali yang memberi salam sambil mengetuk pintu.
Norhanim yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, Muhamad Hanif yang tidak mengesyaki apa-apa menjawab salam lalu membuka pintu sebelum lelaki terbabit menyimbah asid ke seluruh badannya termasuk muka.
“Beberapa jam sebelum kejadian, lori dipandu Hanif rosak dan dia meminta bantuan pemilik lori berkenaan datang membaiki. Selepas itu, dia pulang ke rumah dan berehat kerana ketika itu dia hanya memakai tuala, mungkin baru lepas mandi.
“Tiba-tiba ada orang memberi salam sambil mengetuk pintu. Dia yang tidak mengesyaki apa-apa menjawab salam sambil membuka pintu.
Imej misteri dalam jentera bomba
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.
Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.
“Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.
“Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Dadah RM37j dalam kampit simen
PELABUHAN KLANG – Jika bukan kerana kecekapan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor, kehidupan dua lelaki Pakistan tentu akan berubah menjadi kaya raya sekelip mata apabila dapat menyeludup heroin tulen gred tinggi bernilai RM37.8 juta ke sini.
Bagaimanapun, maklumat awal yang diperoleh mengatakan lima buah kontena dari Islamabad, Pakistan yang tiba di Pelabuhan Utara di sini pada 18 April lalu mengandungi heroin seberat 214.5 kilogram telah menggagalkan usaha jahat mereka untuk mengedar heroin di Asia Tenggara.
Jika siap diproses, nilai dadah tersebut boleh menjangkau hingga tiga kali ganda iaitu hampir RM100 juta.
Difahamkan, lima kontena berukuran 1.8 meter persegi setiap satu itu dibawa oleh kapal pengangkut melalui Pelabuhan Karachi yang terletak kira-kira 4,400 kilometer dari sini. Kapal itu didaftarkan di luar negara.
Mengikut rekod pengirim, kontena-kontena itu diisytiharkan membawa 560 kampit simen.
Pramugara didakwa rogol kawan
GEORGE TOWN – Seorang pramugara syarikat penerbangan swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol seorang gadis yang juga rakan sekerjanya di sebuah pangsapuri di sini minggu lalu.
Tertuduh, G. Dinesh Kumar, 31, yang memakai baju kemeja lengan panjang dan berseluar gelap bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.
Dia didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun di sebuah rumah bernombor 31-02-04 Pangsapuri Golf View, Solok Bukit Jambul 1, Bukit Jambul pada pukul 9 pagi 8 Mei lalu.
Pantau peniaga cekik darah
KUALA LUMPUR – Seramai 1,600 pemantau harga kini digerakkan di seluruh negara bagi mengawasi langkah para peniaga yang mungkin menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau berikutan peningkatan harga gula baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga jualan makanan dan minuman walaupun 10 sen.
Beliau berkata, berdasarkan kajian, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman sebanyak 0.4 peratus sahaja.
“Contohnya, harga secawan teh dan kopi cuma naik 0.4 peratus. Jika peniaga menaikkan harga minuman itu sebanyak 10 sen di kedai, kita boleh ambil tindakan undang-undang.
“Jika ada laporan mendapati mereka mengenakan harga tidak masuk akal, tindakan tegas akan diambil,’’ katanya.
‘Saya bukan kaki skodeng’
Azharudin Ramlee
Dia menolak dakwaan tidak berasas yang mengatakan dia ‘gemar’ mengintip pelajar lelaki mandi di hostel Universiti Sains Malaysia (USM).
Dia yang baru hari ke-5 mengikuti latihan praktikal di Istana Budaya terkejut sejurus dihubungi wartawan Harian Metro mengenai dakwaan itu dan menafikan dia ‘kaki skodeng’’ di tandas asramanya.
“Tolong jangan perbesarkan isu yang tidak pernah saya buat ni... tolonglah jangan memfitnah saya sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara itu,” katanya.
Menurutnya, perkara itu memang tidak berasas dan menganggap tohmahan sedemikian sebagai cabaran kepadanya ketika baru menceburi dunia lakonan.
Arja Lee yang masih mengikuti pengajian di USM kini bingung kerana banyak tohmahan timbul selepas dia bergelar artis sedangkan perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Saya tidak faham mengapa orang mahu memfitnah saya sedangkan saya tidak buat perkara sedemikian rupa...tolonglah jaga hati dan perasaan keluarga saya,” katanya.
Katanya, dia yang sudah dua tahun mengikuti pengajian di USM tidak pernah berhadapan masalah itu berharap keadaan kembali seperti sediakala.
Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai Azri, dia diintai pelakon ‘Anu Dalam Botol’ itu sewaktu mandi di tandas asramanya.
Katanya, kejadian yang berlaku di sebuah kolej di USM itu kini menjadi bahan bualan di kalangan pelajar sejak penghujung April lalu.
Lelaki Indonesia dicari polis
TEMERLOH – Polis mencari seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang warga Indonesia yang mayatnya ditemui oleh orang awam pada pukul 3 petang, 10 Mei lalu di kebun betik Jalan Ulu Ketam, Kerdau dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Supritendan Mohd. Nor Mansor, suspek dikenali sebagai Riyan (gambar) berusia lingkungan 20-an, dipercayai dari Lombok dengan ketinggian 5 kaki 2 inci (1.57 meter) dan berkulit sawo matang.
Seksa hingga mati
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
Difahamkan, siasatan awal polis mendapati mangsa, Christy Erny, 20, yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan diseksa dengan kejam apabila kepalanya dihentak ke dinding, diterajang serta dipijak bertubi-tubi hingga menghembuskan nafas terakhir.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid mengesahkan mengenai perilaku dua penjenayah itu apabila suspek turut melakukan perbuatan sama kepada ibu si mati dikenali sebagai Sumirnah, 39.
Bagaimanapun, keadaan Sumirnah kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang tidak bersenjata dipercayai pergi ke premis dua tingkat itu untuk membunuh kerana kedua-dua mangsa langsung tidak melawan dan menyedari mereka diserang.
Kongsi dosa
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
Ugutan itu dibuat abang ipar lelaki berkenaan ketika isteri dan pasangannya dibawa ke Balai Polis Seksyen 15 untuk laporan penahanannya oleh Jais.
Menurut sumber, sebelum ugutan itu, mangsa yang mengesyaki isterinya curang menghubungi Jais sebelum penguat kuasa agama menyerbu sebuah rumah dan menahan isteri mangsa bersama pasangannya, kira-kira jam 10 malam.
Katanya, sebaik ditahan, pasangan terbabit dibawa Jais ke Balai Polis Seksyen 15 untuk laporan penahanan.
Sumber polis berkata, ketika proses soal siasat, seorang lelaki dipercayai abang ipar mangsa muncul dan berang dengan tindakan mangsa melaporkan perbuatan curang isterinya kepada Jais dan menganggap perbuatan itu memalukan keluarganya.
64 tahun, 52 rotan
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
salman@hmetro.com.my
Tertuduh Steven Lim Beng Chuan, 21, S Aramagam, 30, M Viji Kumar, 29 dan B Devandran, 22, meminta dibicarakan bagaimanapun, mengubah keputusan dengan mengaku salah serta merayu hukuman diringankan.
Tiga tertuduh, Steven, Viji Kumar dan Devandran mengaku salah dalam pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap sepasang suami isteri di kediaman mangsa di Kangkar Pulai, di sini, dengan melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM15,000.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Pada prosiding sama, Steven bersama Devandran juga mengaku salah di atas pertuduhan merogol mangsa wanita (isteri) yang berusia 27 tahun, sekali gus didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan
Kekasih malang
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
salman@hmetro.com.my
Terdahulu mangsa berusia 26 tahun memandu kereta bersama teman wanitanya berusia 24 tahun berhenti di persimpangan lampu isyarat di kawasan berhampiran, sebelum didatangi dua suspek yang menunggang motosikal sambil mengacukan pisau ke arah mereka.
Seorang daripada suspek turun dari motosikal dan mengugut akan mencederakan pasangan itu sebelum mangsa diarahkan memandu kereta ke sebuah rumah kosong, manakala seorang lagi penjenayah mengekori dari belakang dengan menunggang motosikalnya.
Difahamkan, ketika tiba di rumah kosong itu, tangan dan kaki mangsa diikat dan dua penjenayah berkenaan kemudian merogol teman wanitanya.
Lelaki terbabit dikatakan hanya mampu melihat dan mendengar tangisan teman wanitanya meminta tolong, sebelum mereka berdua ditinggalkan di rumah itu.
No comments:
Post a Comment