Bot pulang misteri
Oleh Amir Abd Hamid dan Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SEDIH...Chia menunjukkan topi abangnya yang dijumpai terapung di tengah laut, semalam.
Lebih mengejutkan, lima nelayan berkenaan iaitu tekong, Chia Yeow Chian, 41, pembantunya, Ismail Rejab, 41, serta tiga awak-awak warga Indonesia berusia antara 30 dan 35 tahun hilang dan gagal dikesan.
Ketika usaha mencari dan menyelamat dilakukan, pihak berkuasa menemui satu tilam yang turut mempunyai kesan percikan darah di tengah laut berhampiran perairan Sungai Besar dan adik Yeow Chian, Chia Yeow Soon, 39, mengesahkan tilam itu milik abangnya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, semua mangsa dilaporkan turun ke laut seperti kebiasaan untuk menangkap ikan pada jam 7 pagi, 4 Mei lalu dari Jeti Kampung Bagan Sungai Besar.
“Bagaimanapun, pada jam 7 pagi semalam (kelmarin), adik tekong berkenaan (Yeow Soon) terkejut apabila mendapati bot dinaiki abangnya bersama yang lain berada di jeti tetapi, tiada seorang pun di situ.
“Pemeriksaan adik tekong itu kemudian mendapati ada beberapa kesan darah di bahagian dalam dan hujung bot itu sebelum dia cuba mencari abangnya dan Ismail di rumah mereka, namun mendapati nelayan terbabit masih belum pulang,” katanya ketika ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Menurutnya, Yeow Soon juga mendapati motosikal abangnya yang diletakkan di jeti itu sebelum turun ke laut, turut hilang namun polis menemui semula kenderaan itu di tepi jalan di Sungai Labu, kira-kira 13 kilometer dari tempat ia hilang, kelmarin.
Yeow Soon kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan pemeriksaan polis mendapati memang ada kesan darah di atas bot berkenaan namun tiada sebarang senjata ditemui.
Noor Mushar berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan pelbagai agensi termasuk polis, pasukan polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dibantu nelayan tempatan. Katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin pasukan penyelamat menemui satu tilam mempunyai kesan darah yang terapung di laut dan ia sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan.
“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan di atas bot itu di tengah-tengah laut, namun siapa yang menjadi penyerang dan mangsa belum dapat diketahui.
“Polis juga belum mengetahui siapa yang membawa pulang bot berkenaan ke daratan. Ini kerana kita belum dapat mengesan seorang pun daripada kelima-lima mangsa, namun segala bukti sedang dikumpulkan,” katanya.
Menurutnya, siasatan kes berkenaan setakat ini dilakukan sebagai sebagai kes orang hilang sehingga petunjuk baru ditemui.
Gonggong kaki
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
NGERI...kaki kanan milik seorang wanita yang digonggong anjing.
Mayat wanita tidak diketahui identiti itu ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kaki kanannya dilarikan anjing terbabit sambil menyalak ke arah tuannya yang secara kebetulan baru pulang dari berniaga, kira-kira jam 7 pagi.
Sebelum penemuan itu, wanita peniaga kuih berusia 50-an itu baru masuk ke rumah sewanya dan pelik apabila mendengar anjing peliharaannya menyalak tidak seperti kebiasaan.
Difahamkan, peniaga terbabit dikatakan pada mulanya tidak mempedulikan salakan anjingnya, namun hatinya tergerak untuk mengetahui punca sebenar sebelum menghampiri tempat haiwan itu berada.
Sebaik menghampiri anjingnya, dia terkejut melihat haiwan itu menggonggong kaki kanan yang tercabut dari paras lutut dalam keadaan rentung, namun tiada anggota badan ditemui di lokasi berkenaan.
Menurut sumber, wanita terbabit terus memanggil seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang secara kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menghubungi polis.
“Sebaik tiba, usaha mencari anggota badan mangsa berjaya ditemui selepas Unit Anjing Pengesan diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.
“Seorang penduduk memberitahu ternampak kepulan asap beberapa hari lalu, namun tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku.
“Ini kerana penghuni menyangka ada penduduk membakar tayar kira-kira jam 11 malam. Namun, pada masa sama, penduduk turut hairan kerana pembakaran berlaku lewat malam,” kata sumber berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit.
Katanya, siasatan awal mendapati kaki kanan bercerai daripada anggota badan mangsa dipercayai digonggong anjing sebelum dibawa ke lokasi penemuan itu.
“Pemeriksaan ke atas mayat terbabit tidak menemui sebarang dokumen peribadi, namun hanya mengesahkan mayat terbabit adalah wanita.
“Polis masih menjalankan siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Ibu ‘keringkan hati’ cari jasad anak dalam sungai
TABAH...Wan Azleela menenangkan anak sulungnya Mohd Adib Norazman.
Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.
Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.
Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.
Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.
“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.
“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.
Wan Azleela berkata, air matanya sudah kering menangisi pemergian tiga anaknya itu termasuk Nurshaza Alisa, 5, Nurshaza Azira, 4.
“Sejak anak-anak hilang, saya menyertai gerakan mencari tidak kira siang atau malam tanpa mempedulikan kesejukan air sungai.
“Namun, saya tahu mereka gembira dan riang di sana. “Apabila bersendirian, saya sentiasa melihat Shakinah tersenyum ke arah saya.
“Saya berdoa mereka dirahmati Allah. Saya juga berharap mereka mendoakan saya tabah menjalani hidup ini di dunia tanpa kehadiran mereka di sisi,” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata, seorang kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah ditugaskan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa supaya dapat menerima hakikat kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, pihaknya kini membahagikan kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) kepada dua kumpulan membabitkan kawasan sungai yang dalam dan tempat berkelah.
Bimbang anak jatuh Sungai Perak
SUNGAI SIPUT – Sambutan Hari Ibu yang diraikan semalam merupakan yang paling getir buat bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, apabila anak sulungnya tiba-tiba hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran Kampung Jawang, Karai dekat sini kelmarin.
Anak Kartika iaitu Mohd. Azfar Mohamad Afandi, 9, yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) dikatakan hilang kira-kira 12 tengah hari ketika sedang bermain seorang diri di dalam sebuah bilik di Resort Lang Buana milik datuknya, Shukarnor Abdul Mutalib, 62.
“Luluh hati saya memikirkan kehilangan Mohd. Azfar. Saya cuba kuatkan diri dengan tak putus-putus membaca surah Yasin dan mendirikan solat hajat agar dia segera ditemui.
“Saya bersedia untuk terima semua kemungkinan namun naluri keibuan saya kuat mengatakan anak sulung saya masih selamat,” katanya dengan nada tersekat-sekat menahan kesedihan ketika ditemui di Resort Lang Buana, Kampung Jawang, Karai dekat sini semalam.
Bekas suami Kartika, Mohamad Afandi Amir, 39, sampai ke resort tersebut dari Singapura kira-kira pukul 12.30 malam semalam setelah dimaklumkan berita kehilangan anaknya. Kartika mempunyai dua orang anak iaitu Mohd. Azfar dan Wann Kaitlynn Kartika, 6.
Mayat anak Kartika Sari ditemui
09/05/2011 2:40pm
SUNGAI SIPUT - Mayat anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi yang dilapor hilang dua hari lepas, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supritendan Azman Salim berkata, mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengahari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai dekat sini, katanya ketika dihubungi.
Azman berkata kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut.
Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya, kata beliau. - Bernama
Jumpa bot tanpa lima nelayan
SABAK BERNAM – Penemuan bot laut dalam tanpa tekong dan empat nelayannya di Jeti Kampung Bagan Sungai Besar di sini kelmarin menimbulkan misteri ke mana menghilangnya kelima-lima nelayan itu.
Bot nelayan yang kosong itu ditemui pada pukul 7 pagi di jeti oleh pemiliknya Chia Yeow Soon.
Namun, ketika bot tersebut ditemui, seorang tekong dan empat nelayan yang turun ke laut di perairan Sungai Besar di sini sejak Rabu lalu tiada di dalam bot tersebut.
Amat mencurigakan apabila bot yang kosong tersebut mempunyai beberapa kesan darah.
Gerakan mencari kelima-lima nelayan itu kelmarin menemui beberapa buah tilam dan bantal yang juga mempunyai kesan darah terapung di laut.
Mereka yang hilang ialah tekong bot, Chia Yeow Chian, 41, dan empat nelayan, Ismail Rejab, 41, dan tiga warga Indonesia yang belum dikenal pasti.
Pelarasan gaji: CUEPACS akur kekangan kewangan
KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian kerana kepentingan kakitangan berjawatan rendah yang terpaksa membuat kerja sampingan.
“Apa pun, kita (CUEPACS) akur dengan kekangan kewangan kerajaan tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat dan membantu kakitangan yang berjawatan rendah ini untuk mereka meneruskan kehidupan.
“Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi,” katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan di sini semalam.
Kereta terjunam ke dalam sungai
09/05/2011 2:41pm
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaikinya bersama dua yang lain termasuk seorang wanita dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam Sungai Bunus berhampiran Jalan Munshi Abdullah di sini pagi tadi.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.10 pagi apabila kereta yang dinaiki D. Parameswaran, 31, yang datang dari Jalan Ampang menghala ke Jalan Dang Wangi, hilang kawalan apabila sampai di selekoh Jalan Munshi Abdullah.
"Sampai di selekoh lampu isyarat Jalan Munshi Abdullah, kereta mangsa terbabas dan melanggar penghadang kiri jalan lalu terjunam ke dalam Sungai Bunus dan tenggelam,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, Parameswaran yang berasal dari Taman Andalas, Klang, merupakan penumpang hadapan dan mati di tempat kejadian manakala pemandu dan seorang lagi penumpang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” tambahnya. - Bernama
No comments:
Post a Comment