Pemain bola lari ke hutan
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
ekhwan@hmetro.com.my
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, suspek melarikan diri kira-kira jam 4.45 petang kelmarin ketika anggota polis membawanya untuk dimasukkan ke dalam lokap sebelum dia berjaya ditahan semula kira-kira jam 1.30 petang (semalam) di kawasan hutan berhampiran Plaza Tol Sungai Balak.
“Suspek dengan tangan bergari bertindak berani dengan memanjat tembok IPD Kajang sebelum melarikan diri menuju ke kawasan berhampiran pemancar Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk bersembunyi.
“Sewaktu melarikan diri, suspek sempat singgah di rumah neneknya di Simpang Balak dipercayai untuk menukar baju bagi mengelak dikesan polis, ” katanya.
Rashid berkata, gerakan mengesan suspek dilancarkan IPD Kajang dengan bantuan Unit Anjing Pengesan dan polis turut membuat sekatan jalan raya bermula semalam di sekitar Kajang.
“Polis menerima maklumat awam yang ternampak kelibat suspek di Taman Sutera sebelum anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk pemeriksaan.
“Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan anggota yang mahu menahannya sebelum dia ditahan dalam keadaan tangan masih bergari,” katanya.
Katanya, suspek sepatutnya dibawa ke Mahkamah Putrajaya semalam bagi prosiding untuk dijatuhkan hukuman atas kesalahan rogol yang dilakukannya pada 2009.
“Suspek kini ditahan reman di lokap IPD Kajang dan akan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan (KK) kerana melarikan diri ketika dalam tahanan,” katanya.
Kepala tertusuk cermin lori
Oleh Arifin Salleh
am@hmentro.com.my
am@hmentro.com.my
Pelajar terbabit, Mohd Shahir Mohd Yusuf, 19, turut parah di tengkuk serta badan selepas kepalanya terhentak pada bahagian hadapan lori yang sarat dengan muatan peralatan baik pulih rumah yang dalam perjalanan dari Ayer Paabas ke Kelemak, dekat sini.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, Mohd Shahir menunggang motosikal Yamaha LC135 dari Kampung Paya Datuk ke arah Kolej Risda melalui jalan Ayer Paabas untuk menghadiri kelas komputer di kolej berkenaan.
Pembonceng yang juga rakan sekuliahnya, Mohd Ilman Ismail, 21, turut cedera lutut kanannya akibat tercampak ke atas jalan.
Jurucakap polis berkata, ketika melalui satu selekoh di kampung berkenaan, Mohd Shahir dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan menyebabkan dia tercampak dan merempuh cermin lori.
“Akibat pertembungan itu, kepalanya terhentak pada cermin depan lori sehingga serpihan kaca menusuk kepalanya sebelum terjatuh di depan lori. Bagaimanapun, pemandunya sempat menekan brek kecemasan.
Mohd Shahir terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit sebelum sampai ke ke Hospital Alor Gajah dengan ambulans bersama rakannya.
Pemandu serta kelindan lori berbangsa Myanmar berusia pertengahan 20-an bagaimanapun, tidak cedera.
Jurucakap Hospital Alor Gajah temui berkata, keadaan Mohd Shahir kritikal dan serpihan kaca itu berjaya dikeluarkan dari kepalanya kira-kira jam 10 malam.
Dia yang yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, turut cedera hidung, rusuk serta patah kaki kanan, kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Maut dirempuh Wira
JEMPOL – Hasrat sepasang suami isteri untuk pergi menoreh getah tidak kesampaian apabila keduanya maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta di kilometer 39 Jalan Bahau - Kemayan dekat sini semalam.
Kejadian pukul 5 pagi itu mengakibatkan Chong Ah Kau @ Chong Hong Tai, 64, dan isterinya, Chen Nyet Thai, 59, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mangsa.
Ketika kejadian, pemandu kereta itu bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke Kemayan dari Bahau.
Tiga pengsan dipanah petir
JERTIH - Tiga daripada 12 sahabat yang berteduh hujan di sebuah wakaf di Kampung Durian Telor, Pasir Akar, Hulu Besut dekat sini kelmarin cedera dan pengsan apabila terkena kesan panahan petir yang menyambar sebatang pokok di tepi wakaf itu.Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, ketiga-tiga mangsa iaitu Mohd. Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail, 15, dan Mohd. Zailani Keria, 23, dikatakan berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon bimbit masing-masing.
Sebaik petir itu terkena pokok sena yang terletak pada jarak kira-kira dua meter dari wakaf itu, ketiga-tiga mangsa terjatuh dari wakaf dan pengsan.
Sembilan lagi rakan mereka yang turut berada di atas wakaf itu melarikan diri kerana takut melihat panahan petir yang kuat itu.
Mohd. Sahadam, Muhamad Fariz dan Mohd. Zailani yang berasal dari Kampung Durian Telor dekat sini dihantar ke Hospital Besut oleh orang kampung kira-kira 20 minit selepas kejadian.
3 pengsan tepi wakaf
Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
CEDERA...Mohd Zailani dibawa ke Hospital Besut.
Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang ketika sekumpulan 12 remaja berusia antara 15 dan 40 tahun ceria berbual sambil beberapa orang daripada mereka membalas khidmat pesanan ringkas menerusi telefon bimbit masing-masing.
Bagaimanapun, keasyikan mereka terganggu apabila berlaku ribut petir disusuli hujan lebat, namun remaja terbabit tidak berganjak meninggalkan wakaf berkenaan.
Namun, tindakan mereka membawa padah apabila panahan petir pada sebatang pokok besar di tepi wakaf tempat remaja terbabit berkumpul turut terkena tiga daripada mereka menyebabkan mangsa cedera dan pengsan.
Mangsa, Mohd Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail, 15, dan Mohd Zailani Keria, 23, tercampak dari wakaf berkenaan.
Rakan mangsa, Saiful Bahari Ramli, 15, berkata ketika kejadian dia panik melihat ketiga-tiga mangsa jatuh ke tanah dari atas wakaf berkenaan.
“Melihat tiga rakan kami jatuh tersembam, kami panik dan melarikan diri kerana terkejut selain bimbang menjadi mangsa.
“Panahan petir itu terkena pokok di sebelah wakaf menghasilkan bunyi letupan kuat dan menggerunkan,” katanya.
Menurutnya, selepas hujan dan petir reda, beberapa penduduk kampung dimaklumkan kejadian itu bergegas datang dan membawa semua mangsa ke Hospital Besut bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa yang pengsan hanya cedera ringan dan keadaan mereka tidak membimbangkan meskipun masih trauma.
Saiful berkata, sudah menjadi kelaziman wakaf itu menjadi tempat remaja berkumpul setiap petang dan kejadian kelmarin yang pertama seumpamanya berlaku di kampung berkenaan.
Juruterbang maut nahas pesawat
JAKARTA - Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat petang semalam.
Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.
Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.
Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata, pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.
Junam di tanah lapang
Juruterbang itu dikenali Kolonel (B) Zakaria Salleh dari Kelab Penerbangan Subang, Selangor.
Kedutaan Besar Malaysia, di sini, mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.
Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.24 petang waktu tempatan.
Difahamkan, bahawa sejumlah lapan pesawat dari Malaysia termasuk pesawat berkenaan mengambil bahagian dalam pertunjukan udara itu.
Pesawat lain adalah daripada jenis C172, dua pesawat C150 dan satu pesawat PA28.
Menurut laporan media tempatan yang memetik seorang saksi, pesawat Eagle itu sedang melakukan aksi aerobatik apabila ia tiba-tiba jatuh menjunam ke tanah.
Pesawat itu juga dilaporkan mengeluarkan asap tebal sebelum menjunam ke tanah lapang di Jalan Galaksi.
Sejurus kemudian anggota polis dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mengeluarkan mangsa dan terus membawanya ke Hospital M Djamil, Padang.
Polis Padang berkata, Zakaria meninggal dunia di hospital.
Sementara itu di Kuala Lumpur, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata Allahyarham Zakaria merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kini bertugas sebagai juruterbang eksekutif syarikat penerbangan Berjaya Air.
“Allahyarham berasal dari bandar Country Homes, Rawang, dan menyertai Berjaya Air sejak empat tahun lepas dan semasa bertugas dengan TUDM, Allahyarham adalah kapten pasukan aerobatik,” katanya.
Zakaria adalah juga kapten Kelab Penerbangan Diraja Selangor dan juga Ketua Jurulatih Penerbangan kelab itu.
Difahamkan, isterinya yang hanya dikenali sebagai Laila berada di Padang, Sumatera sebaik mengetahui kemalangan maut suaminya.
Petani maut jatuh pokok manggis
SUNGAI PETANI - "Sudah hendak pergi."Demikian kata-kata seorang petani, Khalid Shaari, 58, kepada isterinya, Siti Zainab Abu Bakar, 43, yang maut selepas terjatuh dari pokok manggis berdekatan rumahnya di Kampung Bujang, Merbok dekat sini semalam.
Mangsa mengalami pendarahan dalaman teruk selepas terjatuh daripada ketinggian kira-kira 7.5 meter semasa memetik buah manggis dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi.
Anak mangsa, Nor Nadirah, 19, bapanya berkelakuan pelik sebelum keluar memetik buah manggis yang terletak berdekatan rumah mereka.
"Sebelum keluar dia beritahu ibu bahawa sudah hendak pergi. Dia tidak sangka ia adalah ungkapan terakhir abah.
"Abah saya selama ini jarang memberitahu ke mana dia hendak pergi sekiranya keluar berdekatan rumah," katanya.
Gangguan di padang
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BANTU...seorang pelajar wanita dibawa keluar dari surau untuk dibawa pulang ahli keluarga selepas diserang histeria di SMK Tasek, Simpang Ampat, semalam.
“Tapi, tidak lama selepas itu, jeritannya terngiang-ngiang di fikiran saya sebelum saya pula turut meracau,” kata seorang mangsa serangan histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Simpang Ampat, semalam.
Pelajar perempuan berusia 14 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, serangan histeria berlaku jam 11 pagi membabitkan kira-kira 30 pelajar perempuan sekolah berkenaan.
Pada mulanya, serangan membabitkan sebahagian pelajar yang menjalankan aktiviti sukan di padang sekolah sebelum ia merebak kepada pelajar lain yang berada di kelas dan kantin.
Lin berkata, akibat serangan histeria itu, dia berada dalam keadaan separuh sedar dan dapat mengingati dirinya dipapah ke kantin sebelum dirawat seorang pengamal perubatan tradisional.
Budak agih hasil curi
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
RAMPAS...Ahmad Sofi menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.
Kegiatan penjenayah cilik itu bersama dua rakan masing-masing berusia 15 dan 29 tahun terbongkar selepas polis menyerbu ‘markas’ mereka yang berhampiran pangsapuri itu, kira-kira jam 1.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata ketika diserbu ketiga-tiga mereka asyik membahagikan barangan curi dari rumah berkenaan.
Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari pada Isnin lalu, seorang pensyarah pusat pengajian tinggi tempatan membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk dan kehilangan kamera digital, tiga komputer riba, empat telefon bimbit dan barang kemas dengan kerugian keseluruhannya dianggarkan RM20,000.
“Sebaik menerima laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan mengesan tiga individu dipercayai terbabit kejadian itu di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.
“Dalam serbuan ke atas rumah itu polis menahan tiga suspek termasuk seorang murid sekolah yang berusia lapan tahun,” katanya pada sidang media IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam.
Ahmad Sofi berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, polis menemui semula semua barangan dicuri.
Menurutnya, siasatan polis mendapati ketiga-tiga suspek memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil tingkap sebelum melarikan barang berharga mangsa.
“Kemungkinan suspek berusia lapan tahun itu masuk terlebih dulu sebelum membuka pintu bagi memudahkan dua rakannya menyelinap masuk. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Ahmad Sofi berkata, ketiga-tiga suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
No comments:
Post a Comment