Saturday, June 25, 2011

YANG LETAK GAMBAR LUCAH TETAP SALAH...BAGAIMANA BACA YASIN TIAP MALAM JUMAAT....TAPI PENGHAYATI HUKUM TAK ADA....HUKUM ZINA DAN HUKUM2 ISLAM LAIN DIABAI ATAU DINAFIKAN....IA PATUT FIKIR...

'Pesawat papa terhuyung-hayang'

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

PILU...Nur Ilyani (dua dari kanan) menenangkan neneknya sebelum jenazah disembahyangkan, malam tadi.
PILU...Nur Ilyani (dua dari kanan) menenangkan neneknya sebelum jenazah disembahyangkan, malam tadi.
KUALA LUMPUR: “Mama nampak pesawat papa terhuyung-hayang sebelum terhempas,” kata Nur Ilyani Zakaria, 29, anak kedua Allahyarham Kolonel (B) Zakaria Salleh, 57, yang terkorban dalam nahas pesawat di Padang, Sumatera, Indonesia, kelmarin.
Nur Ilyani yang juga anak kedua daripada lima beradik itu berkata, arwah bersama ibunya pergi ke Padang dari Melaka kira-kira jam 2 petang kelmarin.

“Sebaik mama melihat keadaan pesawat yang dipandu papa itu, dalam hati mama terdetik akan kejadian itu kerana mama sering mendengar cerita daripada rakan mengenai keadaan pesawat sebelum terhempas.
“Mama sangat terkejut dengan kejadian itu. Selepas terhempas saya difahamkan papa diberi bantuan kecemasan dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini.

Nur Ilyani yang juga seorang setiausaha berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa bapanya selepas mendapat panggilan daripada ibunya pada hari kejadian.

Sementara itu, anak ketiga Allahyarham, Hafedz, 27, berkata walaupun masih terkejut, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang bapa penyayang dan sering memberi semangat kepada kelima-lima anaknya.

Beliau yang bekerja di Kedah memberitahu kali terakhir bertemu bapanya pada minggu lalu ketika sambutan Hari Bapa.

“Papa ajak kami sekeluarga makan bersama-sama di The Curve, Damansara. Pada hari itu papa gembira sangat, tetapi sedikit keletihan.
“Papa juga tidak pernah memaksa kami jadi juruterbang dan menyokong apa saja cita-cita kami. Abang saya yang sulung seorang juruterbang. Saya akan mengambil lesen juruterbang dalam masa terdekat,” katanya.

Hafedz berkata, bapanya amat meminati dunia penerbangan dan dalam perancangan membangunkan akademi penerbangan di Rawang.

Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Isyak, malam tadi di tanah perkuburan Bandar Tasik Puteri dan meninggalkan seorang balu, Leila Zurina Ahmad Nordin, 50 serta lima anak Muhammad Yamen, 30, Nur Ilyani, 29, Hafedz, 27, Eizat Hakim, 25, dan Farish, 17.

Kejadian berlaku apabila pesawat ringan jenis Cristian Eagle yang dipandu arwah dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 jatuh di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, kira-kira jam 5.24 petang waktu tempatan.

Rumah tak siap, pembeli muflis



KLANG: “Kami nak rumah yang dijanjikan...jangan tahu minta duit kami saja, tetapi pembinaan tak dijalankan.” Itu rayuan 16 pembeli rumah berkembar satu tingkat di Jalan Kopi, Meru, di sini, yang terbengkalai sejak sekian lama.
Difahamkan, projek perumahan itu mula dibuka untuk jualan sejak 2003 dan hanya terdapat 24 unit yang dijual, namun sehingga kini terbengkalai dan tiada tanda-tanda bakal siap dalam masa terdekat.

Berikutan usaha sebelum ini tiada penyelesaian, pembeli rumah berkenaan sepakat mengadu permasalahan mereka di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, semalam. Bahrin Yunos, 42, berkata syarikat pemaju seolah-olah lepas tangan terhadap projek perumahan yang terlalu lama terbengkalai dan tidak memberi respons menyenangkan kepada pembeli yang masih menunggu keputusan status rumah mereka.
Lebih malang, selepas dia dan rakan pembeli lain merujuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerajaan negeri, mereka mendapati pemaju yang mengendali projek perumahan itu tidak berlesen.

“Saya sudah cuba banyak kali menghubungi pemaju, tetapi tidak pernah mendapat jawapan positif, malah diberi janji palsu berulang kali,” katanya.

Ada di kalangan pembeli rumah itu diisytihar muflis akibat gagal menjelaskan hutang mencecah hampir RM300,000 walaupun sudah memberi penjelasan kepada pihak bank bahawa projek perumahan terbabit terbengkalai.

“Pihak bank sudah membuat bayaran sehingga 95 peratus kepada pemaju, tetapi jika dilihat kepada proses pembinaan kurang daripada 70 peratus bahagian yang siap dibina. Sampai bila lagi kami perlu tunggu?,” katanya.

Empat waris budak dicari



KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) mengesan empat waris yang meninggalkan tiga bayi dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di lokasi berasingan sejak awal Februari lalu.
Bagi memudahkan urusan pencarian, dua bayi perempuan berusia dua bulan dinamakan Damia dan Nur Najihah manakala bayi lelaki yang berusia empat bulan dinamakan Muhamad Aqil. Seorang lagi kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan ibunya dinamakan Muhammad Ridzuan.

Pelindung Kanak-kanak JKMWPKL, Norsuhaila Mat Nor, berkata keempat-empat mereka ditinggalkan di lokasi berasingan di Lembah Klang.
“Bagi kes pertama, Muhammad Aqil ditinggalkan ibunya warga tempatan sebaik dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Februari lalu manakala Nur Najihah ditinggalkan ibu kandung di sebuah stor di Masjid Al-Tarmizi, Taman Sri Sentosa pada 8 April lalu.

“Damia pula ditinggalkan warisnya di tepi jalan berhampiran Tanah Perkuburan Islam Setapak pada 9 April lalu,” katanya.

Menurut Norsuhaila, bagi kes Muhammad Ridzuan, dia kini dijaga JKMWPKL selepas ibunya yang berasal daripada Sabah menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihaknya kerana menjalani hukuman penjara selepas melakukan kesalahan jenayah.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut mengenai bayi dan kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Norsuhaila di talian 0326124038.

Kenderaan terbabas hangus dijilat api



SEREMBAN: Seorang lelaki terselamat daripada rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 264, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, Mohd Shahrul Salam Ramli, 22, sempat keluar dari Proton Satria dipandunya sebelum kereta itu hangus.

Difahamkan, Shahrul yang dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang besi menyebabkan kenderaannya berpusing ke tengah jalan lebuh raya sebelum dirempuh sebuah kereta lain.
Jurucakap bilik gerakan Balai Bomba Seremban 2 berkata, mangsa yang memandu seorang diri itu sempat keluar daripada kenderaannya sebelum kereta itu terbakar.

“Bomba menerima panggilan jam 11.33 malam dan apabila tiba di tempat kejadian, kami lihat kereta itu dijilat api,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kereta dipandu Shahrul hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan dirempuh kereta lain dari arah depan sebelum terbalik.

“Namun, pemandu wanita yang Perodua Viva dan merempuh kereta mangsa, terselamat tanpa kecederaan serius,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban 2, Latip Selamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.33 malam lalu bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa. Menurutnya, pihaknya berjaya memadam kebakaran pada kereta terbabit dan mangsa dilaporkan selamat apabila sempat keluar dari dalam kenderaan itu.

9 beranak nyaris maut kereta masuk parit



KOTA BHARU: Sembilan sekeluarga nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terperosok ke dalam parit kira-kira dua meter dalam kejadian di Padang Tembak, di sini, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu berlaku apabila satu tayar Mitsubishi Pajero terbabit meletup dan menyebabkan kenderaan itu tidak dapat dikawal.

Difahamkan, beberapa mangsa cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.
Saksi kejadian, Nik Catinal Johari, 36, berkata, dia melihat kenderaan itu terbabas ketika bersama beberapa rakan minum di sebuah gerai makan.

Katanya, dia terdengar tayar meletup sebelum disusuli dentuman kuat.

“Sebelum kejadian, kenderaan itu dalam perjalanan ke Padang Tembak dari Bukit Marak.

“Saya terdengar bunyi kuat sebelum bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba, kenderaan itu terperosok ke dalam parit sebelum menghulurkan bantuan kepada mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak.

“Penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu sebelum menghubungi bomba,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.33 malam sebelum sebuah jentera bersama enam anggota dan tiga anggota sukarela dikejarkan ke tempat kejadian. “Sebaik tiba, penduduk kampung sudah mengeluarkan beberapa mangsa.

Gambar lucah di surah Yasin



GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan Masjid Negeri di Jalan Air Itam yang berhasrat membaca surah Yasin sebelum solat Asar di masjid itu petang kelmarin, terkejut apabila menemui gambar lucah diselitkan dalam surah Yasin.
Lebih mengejutkan, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pengawal berusia 30-an itu menemui 11 gambar lucah yang diselitkan dalam 11 naskhah surah Yasin di salah satu rak dalam dewan utama masjid berkenaan.

Imam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata, setiap satu surah Yasin yang bukan dicetak pihak masjid itu mengandungi gambar lucah memaparkan pelbagai aksi pasangan warga asing melakukan hubungan seks.
Katanya, surah Yasin berkenaan diletakkan di salah satu rak di pintu masuk utama masjid dan ia berbeza dengan surah Yasin yang dicetak jawatankuasa masjid itu.

“Selepas menemui gambar lucah dalam surah Yasin itu, pengawal keselamatan terbabit memberitahu tok siak masjid sebelum memaklumkan kepada kami.

“Saya percaya ada individu tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan ini dan saya sedih serta kesal kerana mereka sanggup menghina rumah Allah swt,” katanya.

Yusuff berkata, perbuatan itu sangat memalukan dan lebih membimbangkan kejadian berlaku sehari sebelum kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke negeri itu semalam.

Beliau berkata, Tuanku Mizan dijadual menunaikan solat Jumaat di masjid itu.
Menurutnya, di kawasan masjid itu tiada kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya ada pengawal keselamatan.

“Berikutan kejadian ini, kami membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Jalan Air Itam pada jam 5.27 petang hari sama untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya akan melakukan siasatan melalui laporan yang diterima dan menyifatkan perbuatan itu mencemarkan imej masjid dan kesucian agama Islam.

“Semua mangsa dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk menerima rawatan,” katanya.

Datuk T mengaku tayang video

KUALA LUMPUR - Trio Datuk T yang terlibat dalam pendedahan video seks lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu didenda oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah menayang secara terbuka adegan lucah kepada umum.
Dua daripada trio itu, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, 51, dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim, 72, masing-masing didenda RM3,000 dan RM1,500.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, 60, pula didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Shazryl dan Shuaib.
Jika gagal membayar denda tersebut, Shazryl berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala Shuaib dan Abdul Rahim masing-masing bakal dikenakan penjara dua bulan dan sebulan.
Kesemua tertuduh tenang sepanjang prosiding dan tersenyum sebaik hukuman diputuskan.
Majistret Aizatul Akmal Maharani memutuskan demikian terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas menerima pengakuan salah serta meneliti fakta kes dan eksibit yang dikemukakan kepada mahkamah.
"Hukuman yang dijatuhkan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kepentingan tertuduh yang perlu seimbang, rayuan dan hujah serta latar belakang masing-masing," kata Aizatul.
Terdahulu, Shazryl dan Shuaib didakwa dengan niat bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adegan seorang lelaki dan wanita secara terbuka antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru di sini.


Botak pelatih wanita: Bomba diarah siasat

25/06/2011 2:25pm

ALOR SETAR — Jabatan Bomba dan Penyelamat diarah menjalankan siasatan dalaman berhubung kes beberapa pelatih wanita dibotakkan kepala mereka ketika mendaftar diri untuk menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu pada awal bulan lepas.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, jika perlu, tindakan boleh diambil kerana perkara itu (tindakan memotong rambut) berkait dengan peraturan yang bukan hanya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat tetapi turut dilaksanakan pada anggota beruniform yang lain.
Chee Heung menjelaskan, bagi pelatih wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat, rambut mereka akan digunting sehingga enam milimeter panjang kerana sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, jika wanita berambut panjang mungkin akan jadi halangan untuk menjalankan tugas yang melibatkan aktiviti fizikal.
"Ini kes pertama saya terima aduan seperti ini. Ini jelas tunjukkan perkara itu bukan sentiasa berlaku. Mungkin kali pertama dan tidak disengajakan. Saya tak nak cakap siapa betul siapa salah. Saya memang memahami sensitiviti agama bagi seorang wanita,” katanya pada sidang media di pejabat MCA Bahagian Alor Setar di Jalan Pegawai di sini hari ini. — Bernama

Samun pesakit dalam klinik



AMPANG: Niat seorang wanita bersama rakannya untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Dagang, bertukar menjadi igauan ngeri apabila menjadi mangsa samun dua lelaki menyebabkan dia kerugian RM600, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa yang tiba di klinik berkenaan terus membuat pendaftaran di kaunter, namun terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki memakai topi keledar menyerbu masuk dan mengacukan pisau ke leher seorang wanita lain yang berada di tepi pintu.

Menurut sumber, mangsa dan rakannya yang terkejut, berlari ke dalam bilik doktor berada berhampiran dan tertinggal beg duit bersama telefon bimbit di atas kaunter.

Mangsa yang turut mengintai dari cermin bilik doktor itu melihat suspek menggeledah beg duitnya itu dan mengambil wang tunai serta barangan berharga.

No comments:

Post a Comment