Isteri terbocor rahsia sendiri
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
salman@hmetro.com.my
Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi.
Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.
“Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.
“Saya mula hairan dan selepas membuat perkiraan, saya sudah beberapa minggu tidak bersamanya dan mustahil dia hamil dua bulan,” katanya, semalam.
Balasan curi van
Oleh Taufiq Daud
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
CEDERA...seorang suspek curi van cedera dibelasah orang awam.
Dua suspek terbabit yang berusia 30-an itu turut cedera akibat dibelasah orang ramai apabila kegiatan mereka itu didedahkan remaja lelaki berkenaan di Jalan Rhu Renggeh, Rusila, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, remaja berkenaan yang menaiki sebuah motosikal terserempak dengan dua suspek terbabit memandu van curi di Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu, di sini.
Keadaan suspek yang mencurigakan selain dia mengenali pemilik sebenar van itu menyebabkan lelaki terbabit membuat keputusan mengekori kedua-dua suspek.
Bagaimanapun, suspek terbabit yang menyedari diekori cuba melarikan diri memecut van berkenaan selain beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang lelaki terbabit bagi mengelaknya terus mengekori mereka.
Nasib malang menimpa kedua-dua suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah apabila tayar kiri van dinaiki tiba-tiba pecah menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum terbabas di Jalan Rhu Renggeh, di sini.
Sebaik tersadai di tepi jalan, kedua-dua suspek terbabit dibelasah pengguna jalan raya lain sebaik diberitahu mereka mencuri van berkenaan selain berang dengan tindakan suspek cuba menghimpit dan melanggar lelaki yang mengekorinya itu serta memandu secara berbahaya termasuk merempuh dua lampu isyarat.
Pergelutan itu bagaimanapun berjaya dihentikan selepas polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian sebelum kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, van jenis Nissan Vanette dicuri dua suspek berkenaan adalah milik seorang buruh yang menetap di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu.
Kenderaan itu dikatakan hilang sejak Selasa lalu selepas diletakkan di kawasan tempat letak kereta pusat peranginan Batu Buruk kira-kira jam 6 petang ketika mangsa melawat adik iparnya yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Mangsa membuat laporan kehilangan kenderaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 8 malam hari yang sama Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Mohd Zohan Seman yang dihubungi di sini semalam, mengesahkan penahanan dua suspek berkenaan kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.
Katanya, kedua-dua suspek yang cedera dibelasah dihantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.
Bayi 23 hari diliwat bapa
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
Saida cerai talak satu
Bagaimanapun, lafaz cerai yang dibuat pada jam 11.35 pagi itu dilafazkan oleh pegawai mahkamah yang dilantik sebagai hakam (penimbang tara) selepas Mohd Ghazali memilih berbuat demikian di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi. Mahkamah kemudian memutuskan Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, bukan lagi suami isteri dan memerintahkan kedua-dua pihak membatalkan sijil nikah masing-masing di Jabatan Agama Islam.
Mohd Ghazali bagaimanapun enggan menerima wang tebus talak yang diserahkan Saida itu.
Ketika mendengar keputusan itu Mohd Ghazali kelihatan sugul manakala Saida kelihatan menangis teresak-esak.
Terdahulu, Mohd Suhaily menasihatkan Mohd Ghazali untuk menceraikan Saida selepas mendapati badan hakam yang dilantik mahkamah gagal mendamaikan mereka.
Badan hakam itu diwujudkan untuk kali ketiga setelah dua jawatankuasa yang sama yang dilantik Saida dan Mohd Ghazali sebelum ini turut gagal dalam mencari jalan penyelesaian berhubung krisis rumah tangga pasangan itu.
Mohd Ghazali ketika diberi pilihan oleh mahkamah sama ada ingin melafazkan cerai sendiri atau menerusi hakam memohon satu perjanjian dibuat supaya Saida tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap hak penjagaan anak dan harta selepas lafaz cerai itu dibuat.
“Dayus sekiranya saya penuhi permintaannya kerana semuanya berpunca daripadanya,” kata ahli perniagaan itu.
Bagaimanapun, mahkamah berpendapat selepas bercerai kedua-dua pihak mempunyai hak terhadap anak berkenaan.
“Kita kena ikut prosedur, tuntutan berkenaan boleh dibuat selepas ini,” katanya.
Bekas jurutera kaji bumi itu yang pada mulanya enggan berbuat demikian akhirnya akur dengan nasihat mahkamah dengan memilih hakam mewakilinya untuk melafazkan cerai itu terhadap Saida.
Sebelum lafaz itu dibuat, Mohd Suhaily meminta kedua-dua pihak saling bersalaman memohon kemaafan antara satu sama lain.
Kelihatan Mohd Ghazali yang pada mula enggan berbuat demikian, menyambut salam yang dihulurkan Saida.
“Sampai hati awak buat macam ini kepada saya,” kata Mohd Ghazali sebelum ditegur oleh hakim supaya kedua-dua pihak tidak bercakap.
Saida yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari ketika ditemui di luar mahkamah enggan memberi sebarang komen sebelum terus meninggalkan mahkamah.
Saida yang juga peserta Akademi Fantasia 6 (AF6), memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik terhadap Mohd Ghazali pada 6 Oktober 2010, selepas berkahwin 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang.
Pelajar dakwa ditampar guru
Difahamkan, seminggu sebelum kejadian, pelajar itu, Nik Nor Syazwani Nik Anuar, 16, dipanggil bersama bapanya untuk berjumpa guru disiplin berhubung masalah, kononnya dia menjadi punca pergeseran antara guru di sekolah terbabit dan masalah itu dianggap selesai.
Menurut Nik Nor Syazwani, dia sekali lagi dipanggil bersama empat rakan lain ke bilik kesihatan sekolah, Rabu lalu.
“Saya bersama rakan dipanggil ke bilik itu dan ada guru menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana mendakwa saya melaga-lagakan guru di situ.
“Selepas itu, ada seorang guru wanita yang berada dalam bilik itu memanggil saya dan terus menampar di bahagian kedua-dua pipi selain menolak kepala,” katanya, semalam.
Katanya, dia tidak tahu punca sebenar guru wanita itu bertindak sedemikian, apatah lagi guru itu juga tiada kaitan dengan kejadian dipanggil bertemu guru disiplin sebelum itu.
“Saya tidak tahu apa kesalahan yang saya lakukan sehingga guru itu menampar dan menolak kepala saya di hadapan beberapa guru lain,” katanya.
Ibu Nik Nor Syazwani, Fatimah Berahim, 57, berkata, dia cuba mendapatkan penjelasan guru berkenaan namun gagal.
“Saya cuma mahu tahu mengapa guru itu bertindak kasar terhadap anak saya, tetapi dia tidak mahu memberi penjelasan,” katanya.
Pelajar terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada hari kejadian.
Dua beradik berbirat tiru aksi lesbian
Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.
Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.
Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu.
Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.
Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya.
Katanya, lelaki terbabit merotan sehingga lebam di beberapa bahagian tubuh dua kanak-kanak berkenaan sebagai pengajaran. “Berdasarkan siasatan, dua beradik itu mendakwa pernah menonton video lucah yang ditayangkan sepupu mereka ketika mendiami rumahnya di Selangor.
“Mungkin disebabkan terpengaruh atau teringat apa yang pernah ditonton, pasangan kanak-kanak itu cuba aksi terbabit sebelum disedari ibu mereka,” katanya, di sini, semalam.
Hadir sama dalam siasatan terhadap kes berkenaan Pengarah Pembela, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.
Menurut Zamzuri, anak sulung ibu tunggal itu diserahkan kepada satu pasangan untuk dijadikan anak angkat secara sah kepada lelaki berusia 28 tahun dan isterinya berusia 25 tahun itu sejak setahun lalu.
Katanya, ketika kejadian, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pulang ke rumah ibu kandungnya selepas ibu angkatnya itu ke Pahang untuk menemui suaminya yang bertugas di negeri itu.
“Saya dimaklumkan, adik-beradik itu bukan pertama kali melakukan perkara sumbang itu dan keluarganya pernah melihat mereka berdua-duaan dengan keadaan mengghairahkan,” katanya.
Anak hilang jatuh laut
Oleh Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PILU...Roslan tidak dapat menahan kesedihan.
“Tak sangka itu petanda kami akan menghadapi nahas,” kata seorang Orang Asli Pulau Carey, Roslan Seam, 40-an, menceritakan kejadian botnya dipukul ombak hingga menyebabkan anaknya Nizam, 14, terhumban ke laut dalam kejadian jam 7 malam Khamis lalu.
Nizam, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Carey, belum ditemui selepas dilaporkan terhumban di lokasi kira-kira 20 kilometer perairan utara Banting dari tempat mereka berlepas di Jeti Kampung Sungai Kurau, Pulau Carey, di sini.
Roslan yang ditemui menyatakan terlalu sedih dengan kehilangan anak lelakinya dan menyalahkan dirinya kerana membenarkan remaja itu mengikutinya ke laut.
Menurutnya, pada hari kejadian mereka keluar ke laut jam 5 petang.
“Kami menangkap ikan. Tiba-tiba saya terlihat awan mendung dan semakin gelap dengan angin bertiup kencang.
“Saya mengambil keputusan untuk berteduh di boya (tempat nelayan selalu berteduh di laut sekiranya cuaca buruk) tidak jauh dari tempat kami menangkap ikan.
“Ketika menghampiri boya itu, secara tiba-tiba gelombang ombak kuat sebelum saya melihat bot kami hampir terlanggar boya itu,” katanya.
Menurutnya, dia segera mengawal botnya untuk mengelak boya berkenaan bagi mengelakkan pelanggaran yang berisiko menyebabkan bot itu karam.
Tetapi selepas itu, katanya, apabila dia memandang ke belakang bot tempat anaknya berdiri dia dapati Nizam sudah tiada.
“Saya tiada pilihan terpaksa memusingkan bot. Saya dapat elak melanggar boya, namun tak sangka tindakan itu menyebabkan anak yang berada di belakang bot terhumban ke laut.
“Saya tengok anak sudah tak ada. Saya cuba memanggil dan mencari di sekitar bot, namun tak menyahut. Nak menyelam tak boleh sebab ombak besar dan angin kuat.
“Selepas beberapa minit mencari, saya putus harapan sebelum berpatah balik ke jeti Sungai Kurau untuk meminta bantuan,” katanya.
Menurutnya, sejak kejadian itu dia menjadi sangat sedih, tak boleh tidur dan tiada selera makan kerana terganggu merasakan kejadian berpunca daripada kesilapannya.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Teluk Panglima Garang, Inspektor Mohamad @ Zulkiflee Mohd Amin, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 9 malam pada hari kejadian.
Menurutnya, gerakan operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan membabitkan tiga bot sesi pagi dan sembilan bot sesi petang.
Usah sedia ‘hidangan berahi’ laris warung
Beliau mengulas laporan akhbar Harian Metro, 1 Oktober lalu, mengenai sebuah warung di Jalan Ampang, di sini, yang menyediakan persembahan tarian beraksi ghairah selain karaoke secara terbuka bagi menarik perhatian pelanggan berkunjung ke warung terbabit.
Lebih buruk, warung terbabit didirikan berhampiran dengan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh mengakibatkan risiko litar pintas pada bila-bila masa dan berbahaya kepada pengunjung.
Mohd Ridzuan berkata, tindakan seperti itu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kesan kepada pengunjung gerai terbabit.
“Peniaga berhak melakukan apa juga cara untuk melariskan perniagaan, tapi perlu mengikut landasan betul tanpa mengganggu sensitiviti orang lain.
“Jika didapati cara perniagaan yang mereka lakukan salah, peniaga akan menerima risiko lebih besar atas kesilapan sendiri yang mungkin kehilangan perniagaan dan tidak dibenarkan berniaga sampai bila-bila,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu bertindak tegas dengan segera melakukan pemeriksaan ke atas warung terbabit jika tidak mahu masalah lain timbul.
“Pihak berkuasa perlu bertindak lebih pantas. Jika didapati warga asing yang menjadi dalang dalam perniagaan seperti ini ia tidak wajar,” katanya.
Kahwin kali ketiga
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Shuhada Mansor
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Pian ketika ditemui di Balai Berita, di sini semalam, berkata dia gembira kerana menjalinkan hubungan cinta bersama model sambilan, Aida Hazira Adi Razman, 21, dari Sungai Petani, Kedah dan merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh oleh Allah.
Katanya, gadis terbabit dikenalinya sejak lebih dua tahun lalu sesudah mengenali ibu dan bapa model terbabit kerana menguruskan rumah sewa Aida di Taman Datuk Senu, Sentul, di sini.
Katanya, bagaimanapun selepas itu, hubungan mereka terputus seketika dan berjumpa semula dalam satu majlis perkahwinan seorang selebriti di Restoran Seri Melayu pada 30 September lalu.
“Hubungan cinta kami terjalin secara serius sejak seminggu lalu dan kini merancang mendirikan rumah tangga bersama malah keluarganya ada memberitahu akan menerima saya seadanya jika ditemukan jodoh,” katanya.
Menurut Pian, dia menginsafi perbuatan lalu dan berjanji tidak akan menggunakan kolagen lagi selain merancang untuk ke tanah suci Makkah memohon ampun kepada Allah di atas semua dosa yang dilakukan sebelum ini.
“Saya bersyukur kerana proses pembuangan kolagen kini sudah di peringkat terakhir (kali ke-6) dan hampir 90 peratus kolagen itu sudah berjaya dibuang,” katanya.
Pian sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidah Hashim, 38, dan dikurniakan dua anak iaitu Nor Azira Fazlin, 14, dan Nor Lina Fazrin, 12 namun bercerai pada 28 Julai 2000. Dia kemudiannya berkahwin semula dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Maklang’ pada 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama empat bulan.
“Saya berharap perkahwinan kali ini akan membahagiakan saya kerana saya mahu berubah menjadi seorang lelaki sejati dan penyayang,” katanya.
Mayat disangka sampah
Oleh Taufiq Daud
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
“Namun, sangkaan saya meleset apabila mendapati ia mayat seorang lelaki,” kata Mazlan Ngah, 51, yang menemui mayat seorang lelaki di tebing Sungai Pulau Sekati, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mayat Wan Mohd Hafiz Wan Kamaruddin, 19, dari Kampung Losong Haji Mat Shafie, dekat sini, ditemui kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan.
Menurut Mazlan, dia menyedari kehadiran sesuatu objek seakan-akan bungkusan sampah dalam sungai itu ketika mengayuh sampan untuk memasang pukat.
“Sebaik menghampirinya, saya terkejut apabila mendapati ia mayat.
Elaun baru Ahli Parlimen 1 Januari tahun depan
Katanya, pemberian itu disebabkan kerajaan menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari.
Menurutnya, kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli Parlimen supaya dapat memupuk budaya politik baru yang bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang diumumkannya baru-baru ini.
“Kerajaan akan mengkaji semula elaun dan kemudahan ini dengan syarat, kedua-dua pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang termasuk bebas mestilah bersetuju.
“Selepas dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan” katanya.
Warga emas meninggal dunia disangka tidur
Kejadian berkenaan hanya disedari pelanggan restoran itu kira-kira jam 9.15 malam ketika mereka cuba mengejutkan warga emas berkenaan, namun dia tidak bergerak sebaliknya terkulai kaku.
Jurucakap polis berkata, berikutan itu, orang ramai segera menghubungi polis yang bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati seorang warga emas berada dalam keadaan terbaring di kaki lima restoran berkenaan dengan menjadikan beg pakaiannya sebagai bantal.
Menurutnya, ketika ditemui, terdapat sebungkus nasi dan air di sisinya, selain beg pakaian dan dompet mengandungi sejumlah wang tunai, namun polis menghadapi masalah untuk mengesan warisnya kerana tidak memperoleh identiti lengkap.
“Pemeriksaan anggota polis mendapati kad pengenalan lelaki terbabit sudah terkoyak tanpa nama kecuali hanya tercatat nama bapanya, Kasim, selain tiada alamat tempat tinggal “Kita juga menemui satu resit membeli basikal di sebuah kedai basikal di pekan Kota Kuala Muda pada 1 Oktober lalu.
“Siasatan awal mempercayai lelaki itu ke restoran berkenaan untuk membeli makanan, tetapi dia berehat di kaki lima premis itu akibat keletihan sebelum meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hopsital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.
Katanya, berikutan itu pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mengenali mangsa agar menghubungi Jabatan Forensik HSAH di talian 04-4457150 untuk pengesahan dan urusan menuntut jenazah.
No comments:
Post a Comment