Sunday, October 2, 2011

ZINA DAN ROMPAK...CURI..DLL TIDAK KAN SELESAI JIKA UNDANG SYARIAH@HUDUD DINAFIKAN...TAK KAN UNDANG2 CIPTAAN MANUSIA LEBIH BAIK DARI CIPTAAN ALLAH...KERANA ALLAH TIADA SIFAT LEMAH...UCAPAN KITA KAGUMKAN ALLAH...PERBUATAN MENAFIKAN KAGUMAN ITU...BAGAIMANA AKIDAH ORANG MUKMIN INI....

Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi


TUAN MAT menceritakan mengenai mayat bayi yang dijumpainya kepada seorang pegawai polis di Kampung Kubang Kacang, Limbat, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.
Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.
Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.
“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.
“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Pembedahan kembar Siam berisiko tinggi



KEMBAR Siam Nur Shazwanie (kanan) dan adiknya, Nurshazrinie selepas dilahirkan di Kuala Terengganu bulan lalu.



KUALA TERENGGANU – Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini perlu mengambil langkah keselamatan yang tinggi sebelum sebarang keputusan dibuat bagi menjalankan pembedahan ke atas kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie yang dilahirkan di hospital itu baru-baru ini.
Pengarahnya, Dr. Tengku Ramelah Tuan Senik berkata, pembedahan ke atas kembar tersebut ketika ini sangat bahaya disebabkan mereka baru dilahirkan pada 22 September lalu.
Beliau berkata, berat kembar Siam itu yang kurang daripada lima kilogram juga tidak memadai untuk sebarang pembedahan dijalankan.
“Kami akan menjalankan imbasan ke atas bayi tersebut untuk menentukan sama ada percantuman itu melibatkan organ penting.
“Selain itu, kami juga akan menilai pandangan pakar-pakar yang kita ada di sini dan kesesuaian mereka pada sebarang pembedahan pada bayi ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Warga emas tembak perompak



SEORANG penjenayah cedera parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh pemilik banglo ini di Jalan Raja Di Hilir, Ipoh semalam.



IPOH – Seorang ahli perniagaan berumur 91 tahun semalam membuktikan usia bukan penghalang apabila dapat menggagalkan cubaan memecah masuk banglonya selepas berjaya menembak seorang perompak dalam kejadian di Jalan Raja Di Hilir di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila warga emas tersebut melepaskan tembakan menggunakan pump gun sebaik menyedari kehadiran suspek di dalam banglonya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sebaik ditembak di badannya, penjenayah lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri tetapi gagal apabila tertiarap di bahu jalan tidak jauh dari banglo terbabit.
Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi mangsa.
“Siasatan di dalam banglo terbabit mendapati ia berselerak dan beberapa kesan tompokan darah dan satu kelongsong senapang ditemui. Bagaimanapun, tiada barang mangsa yang hilang.
“Polis juga menjumpai sebilah parang dipercayai milik suspek. Selain mangsa, isterinya yang berusia 84 tahun, seorang anak lelaki berusia 70 tahun yang merupakan orang kelainan upaya dan tiga pembantu rumah berada di dalam banglo,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Geng budak sekolah curi motosikal



MOTOSIKAL dicuri kebiasaannya untuk dileraikan bagi menjual komponennya.



HULU SELANGOR – Jenayah mencuri motosikal tidak pernah surut malah saban hari muncul pencuri motosikal baharu dengan pelbagai taktik kreatif dan helah bagi mengelakkan diri mereka dicekup polis.
Malah lebih membimbangkan apabila ada segelintir kanak-kanak yang masih bersekolah di sekolah rendah ditahan terjebak dengan kegiatan tersebut.
Kanak-kanak itu amat licik apabila mereka mampu mencuri motosikal tanpa menimbulkan curiga orang ramai di sebalik umur mereka yang masih mentah.

23 pelesit rempit kecut perut



ANGGOTA polis memeriksa sebahagian daripada 23 motosikal yang ditinggalkan pelesit rempit dalam operasi di Lebuh Raya Sungai Besi, Seri Kembangan semalam.



SERI KEMBANGAN – Seramai 23 pelesit rempit yang gagal meloloskan diri bertindak meninggalkan motosikal masing-masing sebelum menyusup ke dalam semak dan kawasan perumahan selepas ‘litar’ lumba haram di Lebuh Raya Sungai Besi berhampiran The Mines di sini dikepung polis semalam.
Kejadian tersebut berlaku pukul 1.15 pagi apabila pelesit rempit yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal masing-masing dengan melawan arus.
Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila polis telah mengepung kedua-dua hala jalan berkenaan menyebabkan mereka meninggalkan motosikal sebelum menyusup ke dalam semak dan kawasan perumahan berdekatan.

Hilang RM1,000 penangan Pak Arab

KOTA BHARU – Seorang usahawan barangan kosmetik dan makanan kesihatan di Pasir Pekan dekat sini, mengalami kerugian RM1,000 selepas seorang pekerjanya mendakwa dipukau oleh seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai berbangsa Arab.
Mangsa, Noreliza Ashikin Ishak, 30, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang Khamis lalu ketika dia meninggalkan kedainya di Pasir Pekan, Tumpat kepada salah seorang pekerjanya.
Menurutnya, ketika kejadian, pekerjanya yang dikenali sebagai Nasuha telah didatangi kedua-dua orang Arab itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen-2 berwarna perak yang diletakkan di hadapan kedainya.
“Menurut pekerja saya, kedua-duanya telah memasuki kedai dengan memberi salam sebelum bertanya tentang sejenis pencuci muka. Mereka kemudian bersembang dalam bahasa Arab dan Inggeris.
“Pekerja saya memberitahu, sebaik menjawab salam tersebut, fikirannya mula bercelaru tetapi masih sedar sebelum wanita warga Arab tersebut menepuk bahunya ketika bertanya mengenai harga pencuci muka tersebut,” ceritanya ketika dihubungi semalam.

Pelancong Sudan mati lemas



ANGGOTA polis memeriksa mayat pelancong Sudan yang mati lemas di Pantai Chenang, Langkawi semalam.


LANGKAWI - Seorang pelancong Sudan mati lemas manakala dua rakannya terselamat apabila dipukul ombak semasa mandi di Pantai Cenang di sini petang semalam.
Ketua Penguat Kuasa Maritim (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Muhammad Abdul Basar Taji berkata, mayat Mohamad Hassan Ibrahim Adam, 22, ditemui orang ramai terdampar di pantai itu kira-kira pukul 8 pagi semalam.


CCTV rakam gambar hantu



GAMBAR yang disiarkan dimuat naik oleh Andrew Dasilva di YouTube menunjukkan kelibat hantu (dalam bulatan) di sebuah kedai telefon yang dibina di bekas tapak rumah anak yatim Yorkshire.



LONDON - Seorang lelaki, Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube.
Imej itu mendapat liputan di beberapa laman web di Internet yang membincangkan mengenai sama ada ia sebenarnya gambar yang tulen.
Imej itu dirakamkan di sebuah kedai menjual telefon bimbit menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pada waktu malam.
Dasilva memberitahu akhbar The Sun baru-baru ini, dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu dan ia membuatkan dirinya berasa terkejut.
Kedai itu dibina di lokasi bekas tapak sebuah rumah anak yatim yang dikenali rumah anak yatim Yorkshire. - Agensi

No comments:

Post a Comment