TERKEJUT...Roslinda dan anak perempuannya melawat Norizan di Hospital Ampang.
DARAH...kereta Norizan berlumuran darah selepas ditikam dua lelaki.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi di Taman Dagang, di sini, mangsa dikatakan baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran berhampiran rumahnya dan ketika meletak kereta di luar pagar rumah tiba-tiba mangsa diserang dua lelaki terbabit.
Mangsa dikatakan bergelut dengan suspek sebelum ditikam dengan senjata tajam, tetapi sempat berlari sejauh 30 meter untuk meminta bantuan keluarganya dengan mengetuk pintu pagar.
Azim berkata, ketika kejadian dia menonton perlawanan bola sepak sebelum dikejutkan dengan bunyi bising disusuli bunyi ketukan pintu pagar rumah beberapa kali.
Katanya, dia menyangka bunyi itu adalah pergaduhan, namun tidak sedap hati apabila mendengar suara lelaki meminta tolong sambil menahan kesakitan.
Baru kahwin jadi balu
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
Malah, janda segera itu terkejut apabila suaminya ditetak bertubi-tubi di depan mata hingga cedera parah di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Allan Tee Kok Weng, 36, yang juga pemilik kedai alat ganti kereta dan isterinya, Shiu Ting, 30-an dalam perjalanan pulang sebelum diserang lapan lelaki.
Terdahulu pada jam 8 malam kelmarin, pasangan itu menghadiri majlis makan malam perkahwinan mereka di Taman Daya di sini, bersama keluarga dan rakan.
Mereka kemudian membuat keputusan keluar bersama kira-kira 10 rakan termasuk pekerja Allan dan keluarga ke sebuah kelab malam di Taman Mount Austin sebelum meninggalkan kelab itu pada kira-kira jam 2 pagi.
Lambai tangan sebelum terkulai
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Yusmawati Mhd Yusof
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
CEMAS...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.
Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam.
Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.
Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor.
Sivakumar berkata, ketika kejadian, dia yang memandu Proton Iswara bersama lima penumpang lain termasuk isterinya, S Eswari, 28, yang mengandung lima bulan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya ke rumahnya di Kesang, Jasin dikejutkan dengan dentuman kuat apabila kenderaannya dirempuh lori dipandu Chandran.
Pam minyak dirempuh hempap motor
TUMBANG...anggota bomba menjalankan kerja mengalihkan kereta yang merempuh pam minyak terbabit, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal yang dihempap bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.02 pagi dan dua jentera dengan 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di stesen minyak terbabit, anggota kami mendapati sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.
“Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku.
“Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Diperdaya ejen urus pinjaman
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Mangsa berusia 26 tahun mendakwa diperkenalkan kepada ejen terbabit oleh rakannya pada akhir Jun lalu selepas diberitahu lelaki itu mempunyai ramai kenalan rapat terdiri daripada pegawai bank dan banyak membantu individu membuat pinjaman tanpa mengikut prosedur biasa.
Menurut sumber, mangsa terpaksa menggunakan khidmat ejen itu berikutan dia didapati tidak layak untuk meminjam membabitkan jumlah besar dan kali pertama menemui ejen itu di sebuah restoran di Damansara Damai.
“Selepas berbincang, ejen itu meminta mangsa membayar RM5,000 kononnya untuk membuat dokumen yang membolehkan pinjamannya diluluskan.
“Seminggu kemudian, ejen terbabit menghubungi mangsa dan meminta RM3,000 lagi kononnya wang itu digunakan untuk dibayar kepada Bank Negara di samping mangsa dikehendaki menandatangani satu surat perjanjian,” katanya.
Sumber berkata, sejak itu ejen terbabit memberi pelbagai alasan bagi mendapatkan wang daripada mangsa sedikit demi sedikit kononnya ia digunakan untuk membayar beberapa pihak tertentu supaya pinjamannya diluluskan dengan mudah.
“Mangsa menyedari tertipu selepas pinjamannya belum diluluskan, sedangkan banyak wangnya habis sehingga terpaksa berhutang,” katanya.
“Ejen terbabit berang dan mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kepada polis jika tidak mahu wangnya lenyap.
“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pelajar tingkatan enam belasah teman wanita ditahan
Dalam kejadian 5.40 petang semalam itu, pelajar perempuan berusia 18 tahun itu dipukul dengan topi keledar di kepala selain ditendang berkali-kali oleh suspek.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan, suspek turut bertindak melarikan rantai leher mangsa yang bernilai RM1,000 selepas membelasahnya.
"Kes dipercayai gara-gara teman wanita suspek didakwa gagal menjelaskan hutang yang tidak diketahui jumlahnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian di Tanjung Lipis, Lipis itu, mangsa ditemani tiga rakannya untuk bertemu dengn suspek bagi menyelesaikan kes hutang yang membabitkan suspek dan mangsa.
"Tiba di tempat berkenaan, suspek terus melenting dan bertindak memukul mangsa. Mangsa yang cedera di kepala dan muka menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lipis," katanya.
Abdul Razak berkata suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal, bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis pada jam 10 malam tadi selepas mangsa membuat laporan polis pada jam 6.10 petang kejadian.
Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu kes jenayah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan tahun lepas yang bakal dibicara bulan depan.
"Suspek kini ditahan reman di Lokap Balai Polis Kuala Lipis selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama
Enam perompak tak sempat joli RM571,000
Suspek sebelum ini melarikan wang tunai berjumlah RM1.23 juta, namun polis berjaya memperoleh semula sebahagian daripada wang itu yang disorok di dua rumah di Georgetown, Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.
Dalam serbuan pertama kira-kira jam 2.30 petang Sabtu lalu, polis menahan empat suspek berusia 24 hingga 40 tahun di hadapan sebuah premis makanan segera di Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis turut merampas dua kereta model Honda City dan Proton Waja dipercayai digunakan suspek dalam rompakan itu.
Menurutnya, polis kemudian melakukan serbuan kedua di Georgetown dan Kulim, jam 4 pagi kelmarin dan memberkas dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 47 tahun selain turut merampas sebahagian wang disembunyikan di dua rumah suspek.
“Semua suspek ditahan itu kini direman sehingga 28 September depan bagi membantu siasatan polis.
Shukri berkata, polis masih memburu Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang juga pekerja syarikat keselamatan yang disyaki menembak mati rakan setugasnya, Hasnol Hafez Saad, 28, beberapa minit sebelum rompakan berlaku.
Mohd Shukri berkata, kejayaan menumpaskan enam suspek itu hasil penubuhan satu pasukan khas diketuai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sehari selepas kes rompakan itu berlaku.
“Kes berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga hari selepas rompakan berkenaan. Ia kejayaan bermakna buat polis kontinjen negeri kerana dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan pantas,” katanya.
Dalam kejadian 18 September lalu, seorang pengawal keselamatan, Hasnol, ditemui mati disyaki ditembak rakan sekerjanya, manakala enam karung wang dibawa turut lesap dilarikan.
Budak setahun melecur terminum air panas
Dalam kejadian jam 11 malam itu mangsa, Amni Dalilah Zamzani yang berada di ruang tamu melihat kakaknya, Nurdini Zamzani, 8, mengisi air panas ke dalam cawan dan meletakkannya di atas meja untuk menyediakan air minuman.
Malangnya, Nurdini yang sibuk mencari peket minuman segera tidak menyedari tindakan adiknya yang berjalan ke arah cawan berisi air panas di atas meja terbabit sebelum terperanjat mendengar raungan Amni Dalilah yang kepanasan selepas meneguk air panas itu.
Ibu mangsa, Zarina Sulaiman, 33, yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian anak bongsunya berada berhampiran namun tidak sedar ketika Amni Dalilah meluru ke dapur.
“Mungkin anak terasa haus selepas melihat Nurdini meletakkan air ke dalam cawan dan pergi mendapatkan cawan itu dan tindakannya itu menyebabkan bahagian bibir, leher serta dada melecur akibat terkena air panas itu.
“Tanpa berlengah saya bergegas ke bilik air untuk memandikan Amni Dalilah dengan harapan dapat menghentikan kesan air panas daripada merebak,” katanya.
“Doktor di HSNZ memberitahu anak melecur empat peratus di bahagian bibir hingga ke dada dan perlu dimasukkan ke wad untuk mendapatkan pemerhatian pakar kulit,” katanya.
‘Cikgu rimau’ mohon maaf
Bapa murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata guru itu menghubungi dia semalam untuk memohon maaf dengan alasan tidak sengaja berbuat demikian.
“Tapi bagi saya sudah terlambat dia mahu memohon maaf, kalau kejadian itu tidak dilaporkan di Harian Metro, saya tidak fikir dia akan menghubungi saya,” katanya yang dihubungi semalam.
Abu Bakar berkata, laporan polis juga sudah dibuat, jadi terpulang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Saya difahamkan siasatan polis sudah berjalan, jadi saya menunggu apa tindakan selepas ini,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan mangsa, Farhan, 12, cedera di bahu kiri akibat digigit guru kerana tidak dapat menyebut perkataan ‘boys’ dengan betul.
“Murid itu tidak trauma dan datang ke sekolah seperti biasa namun kejadian itu masih dalam siasatan polis,” katanya yang dihubungi semalam.
Perubatan Islam perlu berdaftar
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, notis pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-undang itu akan diberikan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
“Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat persetujuan Jakim tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja Jakim malah Jabatan Agama Islam negeri.
“Selepas ini, pengamal perubatan Islam termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.
Terdahulu, beliau membentangkan Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Semalam, anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta kementerian itu mengambil kira perubatan Islam dalam rang undang-undang itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, di samping peningkatan pesakit yang beralih kepada kaedah perubatan Islam atau tradisional.
Di bawah rang undang-undang itu, Liow berkata pihaknya dengan kerjasama Jakim akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan sama ada Islam, tradisional Melayu, Cina dan India di bawah satu majlis yang akan ditubuhkan. - Bernama
Lori berdarah dalam bengkel
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mat Hori, 22, dan Abdul Maun, 40, masing-masing warga Indonesia maut di tempat kejadian.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa yang mahu memasuki simpang bergesel dengan sebuah lori menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh sebelum digilis tayar lori berkenaan.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala manakala pembonceng pula cedera parah di dada.
“Polis dimaklumkan kejadian berkenaan oleh orang ramai sebelum sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian.
Air mani beku punca telagah
Menurut lelaki terbabit, tidak lama selepas berpisah, wanita Russia itu secara diam-diam melakukan proses persenyawaan dengan air maninya di sebuah klinik.
Menurut lelaki itu, mereka pernah berkunjung ke klinik berkenaan untuk menjalani rawatan kesuburan sebelum itu. Mereka berpisah kurang tiga minggu selepas berkunjung ke klinik berkenaan. Dalam keterangannya di mahkamah semalam, lelaki terbabit mengakui bekas isterinya itu hamil tetapi dia tetap berang kerana proses itu dilakukan di luar pengetahuannya.
“Saya mahukan keadilan. Apa yang berlaku tidak boleh diterima,” katanya di depan hakim di Mahkamah Rayuan Abu Dhabi.
Pasangan terbabit yang tidak dinamakan mengaku terdesak mahu mendapatkan anak selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan zuriat.
Mereka juga mengaku dua kali menjalani rawatan kesuburan tetapi gagal mendapat sebarang hasil. Disebabkan rumah tangga bermasalah, wanita terbabit kembali ke Russia dan menjalani proses rawatan kesuburan tanpa pengetahuan bekas suaminya. Lelaki terbabit berkata, apabila wanita itu kembali ke Abu Dhabi, dia memalsukan tanda tangannya dalam borang kebenaran mengambil air mani beku. “Saya menceraikan isteri tiga minggu kemudian tanpa mengetahui dia hamil,” katanya. Dia hanya tahu bekas isterinya hamil empat bulan kemudian. Wanita terbabit turut memfailkan tuntutan bagi memaksa lelaki itu mendaftarkan nama bayi mereka dengan namanya. Mahkamah membenarkan permohonan itu tetapi lelaki terbabit membuat rayuan. Lelaki itu berkata, dia menyayangi anak perempuannya itu dan sedia memberikan hak sepenuhnya kepada isteri dan bayi berkenaan.
“Kamu lelaki hebat.
No comments:
Post a Comment