LEPAS DIROTAN.... PATUT REJAM...BAGAIMANA HUKUMNYA DIAKHIRAT...TUNGGU AJE AKAN MENYUSUL...TAK BOLEH LARI PUNYA
Dua penyamun ‘tukar’ jadi jaga
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
BERLUBANG...pagar pusat pameran yang dipercayai dipotong penjenayah.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit yang merancang rapi kegiatan mereka berpecah kepada tiga kumpulan sebelum masuk dalam premis berkenaan yang baru dibuka awal tahun ini.
Sumber polis berkata, selepas masuk dalam premis itu melalui pintu belakang mereka mengikat dua pengawal keselamatan dan memaksa mereka menanggalkan baju seragam.
“Dua daripada penjenayah terbabit memakai seragam itu dan terus ke pondok pengawal keselamatan untuk berpura-pura mengawal pos itu.
Mencungap minta tolong
Oleh Muhammad Saufi Hassan dan Mohd Rifaat Abdul Hamid
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
TRAGIS...rumah mangsa di Kampong Teroi.
DI SINI...lokasi kejadian di rumah mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa yang ketika itu tinggal bersendirian berlari melalui pintu dapur rumahnya untuk meminta pertolongan sebelum dia rebah di depan pintu rumah saudaranya itu dengan darah masih keluar di lehernya.
Mangsa dipercayai sempat berlari sejauh 20 meter meminta pertolongan sebelum rebah tidak sedarkan diri berikutan hilang banyak darah.
Difahamkan, mangsa yang belum berkahwin tinggal bersama keluarga adiknya, namun ketika kejadian adiknya keluar menghantar anak ke sekolah, manakala adik iparnya bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Ibu mati di pangkuan
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Yusmawati Mhd Yusof
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PILU...Muhammad Ikram di sisi jenazah ibunya. Gambar kecil, Sapiah, maut.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Sapiah Md Said, 42, menunggang motosikal jenis Honda EX5 manakala anaknya Muhammad Ikram Laksemana, 18, menunggang motosikal roda tiga berkenaan yang baru diserahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Ketika kejadian, motosikal roda tiga itu berisi muatan barangan jualan 40 kilogram (kg) keledek serta 10 kg ikan keli dan Muhammad Ikram menunggangnya untuk ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah bagi membantu ayahnya, Laksemana Salim, 48, berniaga.
Muhammad Ikram berkata, selepas selesai mengambil motosikal berkenaan di pejabat Fama, Ayer Keroh, dia dan ibunya bertolak ke kedai di UTC dengan menunggang motosikal secara berasingan.“Setiba di lokasi kejadian, saya yang berada di depan dikejutkan dengan satu dentuman kuat dan pada masa sama melihat ibu tercampak ke kanan jalan, manakala motosikal ditunggang ibu merempuh motosikal saya.
Mati tersepit lebih sejam
Dalam kejadian jam 3.45 pagi semalam, mangsa yang juga kelindan lori berkenaan, Mohd Syahir Mohd, 24, maut apabila lori yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga lori di di kilometer 306, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Tapah, di sini, semalam.
Dalam kemalangan ngeri itu, Syahir tersepit lebih satu jam sebelum dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di kepala dan beberapa anggota tubuh.
Mohd Said ketika ditemui wartawan di Unit Forensik, Hospital Kampar, di sini, semalam, berkata anaknya itu yang tinggal bersamanya di Bukit Katil, Melaka, kerap bertugas menghantar barangan ke utara tanah air.
Menurutnya, Syahir sering memaklumkan kepadanya berhubung tugasan rutin menghantar barangan ke Pulau Pinang setiap hari Isnin dan pulang lewat malam Rabu.
“Sebelum kejadian, arwah memaklumkan dia menghantar barang ke Pulau Pinang. Dia tidak menunjukkan sebagai keganjilan selain sempat memberi wang kepada saya,” katanya.
Menurutnya, Syahir turut mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS), kepada kakaknya beberapa jam sebelum kejadian memberitahu mahu meminjam kereta sebaik pulang dari tugas Rabu nanti (hari ini).
“Arwah cukup rapat dan suka melayan anak saudaranya. Kehilangannya amat saya rasai,” katanya sugul.
Sekolah diserang tibi
Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Aidi Emizul Rasidi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Sehingga kini, seramai 34 guru dan pelajar disyaki mengalami simptom tibi berdasarkan pemeriksaan dan saringan kesihatan dilakukan.
Difahamkan, wabak berkenaan mula dibawa seorang pelajar tingkatan lima sekolah itu selepas menerima jangkitan itu daripada bapanya yang juga seorang kontraktor berusia 47 tahun.
Pelajar itu dikesan menghidap penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta pada 3 September lalu akibat menghidap batuk teruk, demam dan susut badan dua minggu sebelum itu.
Siasatan awal mendapati, bapa mangsa disahkan menghidap penyakit tibi pada April lalu dan dipercayai berpunca akibat kerap mengendalikan warga asing di tempat kerjanya.
Dipenjara 20 tahun padah campak anak
Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting, Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Rizaudin, tiga tahun.
Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang antara 1 hingga 2 November 2008.
Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat dan membaling anaknya itu ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul anaknya itu dengan menggunakan rotan.
Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Hospital Taiping (HT).
Laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama dan baru di muka, badan dan kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.Hakim Datuk Zainal Azam Abd Ghani berkata, beliau terpaksa mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana bertindak kejam sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Nasib malang Jiang Manqi
JIANG terpaksa diikat pada kenderaan datuknya bagi memudahkan dia diawasi pada setiap masa.
TANPA ibu bapa, Jiang terpaksa bergantung kepada datuknya untuk segala keperluan di rumah mereka yang serba daif di Fuzhou.
Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar. Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari.
“Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.
“Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.
“Saya satu-satunya tempat dia bergantung,” katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.
Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang. - DM
Menyamar jadi kerusi untuk ke Sepanyol
Tindakan lelaki Guinea itu disedari polis ketika dia memasuki bandar Melilla dari Maghribi melalui sempadan Beni-Enzar. Ketika ditahan, lelaki berusia 20 tahun itu berada di posisi kerusi penumpang kereta Renault 7 sambil ‘memangku’ seorang lelaki lain. Sumber polis berkata, penyeludup mengosongkan isi kerusi berkenaan bagi membolehkan lelaki terbabit masuk ke rangkanya. Selepas dikesan, pihak berkuasa terpaksa membantu lelaki Guinea terbabit keluar dari sarung kerusi berkenaan.
Pegawai polis tempatan menganggap cubaan itu “amat unik dan inovatif.” Dua lelaki Maghribi berusia 21 dan 23 tahun ditahan kerana disyaki bersubahat menyeludup lelaki terbabit. - DM
Pelajar dihempap wanita bunuh diri
Beliau berkata, doktor memberitahu pelajar itu perlu menjalani satu pembedahan. Mushain yang berasal dari Pulau Pinang cedera apabila ditimpa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Krishna di Jalan MG, Mangalore, kelmarin.
Wanita itu jatuh ke atas pelajar berkenaan bersama tiga rakannya, Mohammed Shafik Shaffa’ee, Miur Zainul Arif dan Mohammed Nadzrin Shah.
Rangkaian Mangalore Today News melaporkan keempat-empat mereka berjalan ke asrama dari gim di Bejai apabila wanita muda itu yang dikatakan mengalami sakit mental sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Vandana Prabhu, 31, jatuh ke atas mereka. - Bernama
2 sahabat baik ditelan lubuk
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
mdfuzi@hmetro.com.my
USUNG...anggota bomba dan penyelamat Balai Kuala Kubu Bharu mengangkat jenazah mangsa yang lemas di Air Terjun Sungai Kedondong, Batang Kali, semalam.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 11.57 pagi, ketika dia bersama lapan rakan sekerja lain berkunjung ke pusat perkelahan itu bagi menghabiskan cuti.
Katanya, rakan lain berumur 16 dan 21 tahun yang berada atas tebing juga hanya mampu melihat dua mangsa terkapai-kapai lemas ketika mereka mula turun hendak mandi di kawasan itu. “Saya terkedu dan trauma melihat kejadian berlaku di depan mata itu.
“Saya nampak Alif cuba selamatkan Muhammad Syawal tetapi gagal malah mereka lemas bersama,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam. Menurutnya, pada awalnya, mereka cuba meninjau kawasan cetek dan ketika itu, Alif turun ke sungai sebelum diikuti Muhammad Syawal.
Katanya, mereka cuba mencari kawasan cetek kerana Muhammad Syawal tidak tahu berenang.
Beliau berkata, rakan lain cuba menyelamatkan mereka dengan menghulurkan sebatang kayu tetapi gagal.
Khairul Anwar berkata, sebelum kejadian, Alif sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada teman wanitanya mengatakan dia mahu pergi tanpa menyatakan tempat dituju.
Menurutnya, SMS itu dihantar jam 8.54 pagi sebelum mereka bergerak ke tempat kejadian dari Kuala Lumpur.
Menurutnya, mayat pertama iaitu Alif ditemui jam 12.50 tengah hari dan Muhammad Syawal jam 2.05 petang di celah batu.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.
Bapa Muhammad Syawal yang juga anggota polis bertugas di Brickfields, Koperal Kamarolzaman Ismail, 44, ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HKKB, berkata, dia bergegas ke HKKB selepas mendapat panggilan daripada isterinya, Laila A Hasan, 41, memaklumkan kejadian malang menimpa anaknya itu.
Katanya, anaknya kerap bercuti ke beberapa kawasan air terjun bersama keluarga setiap hujung minggu dan cuti umum.
“Saya sedih menerima dugaan Allah ini namun pasrah dengan suratan takdir.
“Arwah tidak menceritakan lokasi dituju dan hanya memberitahu ibunya, mahu berkonvoi menaiki motosikal ke Batang Kali,” katanya.
Bapa kepada Alif, Amiruddin Hashim, berkata, keluarganya dihubungi rakan anaknya itu pagi semalam dan bergegas ke HKKB untuk mengetahui kejadian sebenar.
Katanya, kejadian malang menimpa anaknya cukup pilu dan bagaikan sukar diterima kerana berlaku terlalu pantas.
“Kami masih tidak percaya apa yang berlaku. Kebahagian keluarga hilang sekelip mata. Tidak sangka cuti anak bertukar mimpi buruk akhirnya.
“Arwah seorang anak bertanggungjawab, penyayang dan kelakar,” katanya ditemani isterinya, Seripah Mat Kasim, 43, di sini semalam.
Turut menziarahi keluarga mangsa di sini adalah sepupu Seripah, isteri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan iaitu Datin Rabiatul Adawiah Arshad.
Bomoh batin dituduh rogol
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
Tertuduh, Muhammad Sombhah Abdullah, 48, mengangguk faham, tetapi tidak mengaku bersalah serta meminta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sendiri didakwa merogol mangsa berusia 50 tahun dari Pulau Pinang di sebuah rumah di daerah ini, antara jam 3 dan 3.30 petang, 28 Ogos lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili Hanif Hassan dan Haris Salleh. Terdahulu, Wan Shaharuddin tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius.
“Saya membantah sebarang jaminan diberikan berikutan mangsa dan tertuduh saling mengenali serta dikhuatiri tertuduh mengganggu mangsa.
“Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan jaminan diberikan, saya mohon jaminan sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin diberikan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai setiap awal bulan dan memerintahkan tertuduh tidak mendekati mangsa,” katanya.
Dalam rayuannya, Hanif berkata, berkaitan kesalahan serius, tertuduh belum didapati bersalah mengikut pertuduhan itu.
“Malah, mohon jaminan dikurangkan berikutan tertuduh hanya berpendapatan RM1,000 dan mempunyai tiga anak serta isteri tidak bekerja. “Saya difahamkan, tertuduh diberi jaminan RM15,000 di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini dan sehingga sekarang tidak mampu membayarnya,” katanya. Bagaimanapun, Kunasundary membenarkan wang jaminan RM10,000 serta memerintahkan Muhammad Sombhah melaporkan diri setiap awal bulan di IPD Nilai serta melarang berjumpa mangsa dan ahli keluarganya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang bomoh tradisional ditahan dipercayai terbabit dalam memperdaya pesakitnya terdiri golongan wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan.
Belasah separuh mati
Oleh Mohd Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Suspek berusia 46 tahun itu yang cedera teruk dipukul sempat diselamatkan anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman, berkata dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, suspek dikesan mencuri 35 meter air dari 35 rumah penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah.
Menurutnya, suspek yang bergerak bersendirian dikesan memulakan aktiviti itu sejak lewat tengah malam berbekalkan perkakas khas. “Namun, kegiatan suspek dikesan seorang penduduk selepas terserempak dengan suspek yang sedang mencabut meter air di sebuah rumah di kampung berkenaan.
‘Terima kasih tuan’
Tertuduh, 55, terlepas hukuman sebat itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, dalam hujahnya berkata, menurut Seksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh yang berusia 50 tahun ke atas tidak boleh dihukum sebat.
Menurutnya, berdasarkan seksyen itu, hukuman sebat tidak boleh dikenakan kepada lelaki berumur lebih 50 tahun kecuali mereka yang dijatuhkan hukuman sebat mengikut Seksyen 376, 377C, 377CA atau 377E Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Ahmad Akram memohon hukuman penjara dinaikkan kepada 20 tahun selepas sebatan itu diketepikan, namun Hakim Kamardin Hashim mengekalkan tempoh pemenjaraan itu.
Menurut Ahmad Akram, perbuatan tertuduh tidak boleh dimaafkan apatah lagi lelaki itu mempunyai 18 rekod kesalahan lampau bermula pada 1976 termasuk dua kes cabul.
“Tertuduh tidak pernah insaf, malah sanggup merogol anak sendiri. Sepatutnya dia pertahankan maruah anaknya, tetapi dia sendiri merosakkan masa depan mangsa,” katanya.
Pada 25 Jun 2010, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, kerana didakwa merogol anak perempuannya berusia 15 tahun (ketika kejadian) dalam sebuah bilik di rumah mereka di Jalan Klang Lama, di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Mei 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Hutang 4 bulan
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa, P Saravana Kumar bersama seorang rakannya pergi ke lokasi kejadian untuk menarik sebuah kereta Perodua Myvi selepas mendapat arahan pihak bank.
Menurutnya, pemilik kereta berkenaan didapati gagal melunaskan ansuran kereta itu selama empat bulan yang dianggar RM1,900 dan bank mengeluarkan surat arahan untuk menarik kenderaan berkenaan.
“Ketika mahu mengambil kenderaan itu, seorang lelaki bertanya kepada saya alasan mengambil kereta itu dan selepas menerangkan kepadanya, lelaki itu tiba-tiba memanggil beberapa rakannya dan menghalang saya mengambil kenderaan berkenaan.
“Mereka menyatakan mahu membuat bayaran kepada saya, tetapi saya tidak boleh mengambil bayaran itu kerana bertentangan dengan prosedur bank dan meminta mereka membayar kepada bank saja,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, dengan tiba-tiba lelaki itu memukul kepalanya sebelum menumbuk rakannya.
Katanya, akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di mata kanan dan kepala. Dia juga membuat laporan di Balai Polis Sentul.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan.
No comments:
Post a Comment