Bukan kejar harta wang
Kuala Lumpur: Dia masih muda, ‘bergetah’ dan bergaya, tetapi wanita berusia 23 tahun ini sanggup menjadi calon isteri pelakon radio popular 1970-an hingga 1980-an, Ibrahim Othman, 83, yang kini terlantar di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, Kajang, dekat sini.
Bagi Shaliana Mohd Misnan, dia bukan mengejar harta dan wang, sebaliknya yakin mampu memenuhi kriteria calon isteri warga emas itu kerana pernah menguruskan arwah suaminya yang menderita akibat barah, beberapa tahun lalu.
Tambahan pula, jarak usianya dengan arwah suami hampir 30 tahun. Mereka berkahwin selama empat tahun.
Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak ini berkata, pengalaman menjaga arwah suaminya yang sakit membentuk sifat penyabar biarpun jodoh mereka tidak panjang apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di sisinya, dua tahun lalu.
SHALIANA
(kanan) ada pengalaman menguruskan arwah suami yang menghidap barah.
Dia bersama bapanya, Mohd Misnan ketika ditemui wartawan Metro Ahad.
“Saya tawarkan diri sebab ada pengalaman menjaga arwah suami dan yakin mampu menjaga Pak Berahim dari segi mental dan fizikal.
Perompak ‘baik hati’
Kuala Berang: Seorang perompak sempat menawarkan diri untuk membancuh susu sebaik mendengar seorang mangsanya yang juga kanak-kanak berusia dua tahun menangis ketika merompak sebuah rumah bersama dua rakan di Kampung Durian Kasim, Ajil, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, rumah milik Mustafa Khatib Mohamad, 67, yang tinggal bersama lapan ahli keluarganya dimasuki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau melalui tingkap belakang di bahagian dapur.
Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM15,000 apabila wang tunai, barang kemas dan beberapa telefon bimbit mereka dilarikan perompak.
Mangsa, Wan Habibah Wan Ismail, 31, berkata, ketika kejadian, suaminya, Mohd Nasrudin Mustafa, 34, menidurkan anak, Mohd Rayyan Zikri, 2, yang menangis sebelum bilik tidur mereka diserbu perompak.
MOHD Nasrudin memangku anaknya yang masih trauma selepas kejadian sambil Zawilah menunjukkan tingkap dapur yang diumpil.
“Suami diarah menunjukkan bilik tidur mentua dan dia terpaksa akur dengan arahan perompak kerana ada antara mereka memegang pisau, manakala saya dibawa ke bilik tidur adik ipar, Mohd Nurul Hadi.
Buaya sesat
Papar: Dua lelaki, termasuk seorang anggota Pertahanan Awam (JPAM), bergelut dengan seekor buaya lebih tiga jam sebelum menumpaskan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu yang tersesat masuk ke kolam ikan di Kampung Beringgis, dekat sini, malam kelmarin.
Wan Reman, 30, yang juga penjaga kolam ikan berkenaan bersama anggota JPAM Kota Kinabalu terbabit, Zaharin Jumarin, 29, tidak cedera, tetapi dalam keadaan lemah selepas bertarung lebih tiga jam.
Dalam kejadian jam 11 malam, Wan yang berehat di rumahnya berhampiran kolam terbabit yang juga kawasan pusat memancing di Kampung Beringgis Papar pada mulanya terkejut selepas beberapa kaki pancing menjerit mengatakan ada buaya di dalam kolam ikan.
“Saya kemudian keluar untuk melihat apa berlaku, dan beberapa kaki pancing memaklumkan mereka melihat buaya di dalam kolam ikan berhampiran pondok memancing di kawasan berkenaan.
ANGGOTA JPAM menangkap buaya yang tersesat masuk ke dalam kolam ikan.
“Ketika memeriksa, saya terkejut melihat seekor buaya berlegar-legar di kawasan kolam, dipercayai tersesat kerana kawasan itu berhampiran paya bakau,” katanya ketika ditemui semalam.
Tercampak atas jalan
Pasir Gudang: Tiga terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok di Kilometer 24, Lebuhraya Pasir Gudang di sini, jam 3 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pemandu, K Thanasegaran, 34, dan dua penumpang, F Veronica, 22, serta K Dinesh Kumar, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Mitsubishi Triton terbabit gagal dikawal.
“Mayat Veronica yang beralamat di Kuala Lumpur tersepit di tempat duduk belakang Mitsubishi Triton terbabit, manakala Thanasegaran yang berasal dari ibu kota ditemui berhampiran kenderaan.
KEADAAN pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan.
“Mayat Dinesh yang juga penumpang di sebelah pemandu pula ditemui di bahu jalan sebelah kiri, dipercayai tercampak keluar ketika kemalangan,” katanya.
Seorang lagi bayi diselamat, 45 ditahan
Dalam pemeriksaan menerusi Ops Pintas Sayang II yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu, seorang wanita berusia 32 tahun dipercayai pembeli bayi terbabit turut ditahan.
Polis turut menahan seorang lagi wanita di Cheras, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan mengenai sindiket terbabit.
Berikutan itu, seramai 22 bayi dan kanak-kanak berusia sebulan hingga sembilan tahun berjaya diselamatkan menerusi operasi khas sejak Khamis lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan penahanan kedua-dua wanita terbabit dan bayi yang berjaya diselamatkan.
Menurutnya, sehingga kini 11 bayi dan kanak-kanak lelaki dan 11 lagi bayi dan kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan menerusi operasi terbabit.
SEORANG
ahli keluarga sempat mencium seorang daripada mereka yang ditahan reman
manakala gambar bulat, anggota polis membawa bayi yang dipercayai
mangsa sindiket.
“Sementara itu, 45 orang dipercayai pembeli bayi serta kanak-kanak
terbabit, ditahan reman empat hari bermula hari ini (semalam) bagi
membantu siasatan.9 dituduh jual buah pinggang
Mereka yang semuanya berusia 30-an, mencari orang yang ingin berbuat demikian menerusi Internet dan memujuk mereka menjual organ itu di bandar raya Hangzhou,
Rangkaian penyeludupan buah pinggang itu didakwa merekrut seramai 38 orang sejak November 2011 yang telah menjual organ masing-masing sebelum polis Hangzhou melakukan penahanan pada Mei tahun lalu, lapor agensi berita Xinhua.
Seorang daripada tertuduh, Lyu Qing, memberitahu mahkamah, dia memperoleh kira-kira 20,000 yuan (RM9,935) hasil daripada menjual buah pinggangnya.
Orang ramai yang bersedia menjual buah pinggang mereka ditempatkan di sebuah rumah sewa di daerah Jianggan di Hangzhou sebelum proses pembedahan dilakukan.
Kegiatan itu dipercayai bermula sejak November 2011.
Kes itu menyerlahkan perdagangan organ secara haram di China yang berpunca daripada terlalu banyak permintaan berbanding penawaran.
Kira-kira 1.5 juta orang berada dalam senarai menunggu mendapatkan organ itu sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun.
Hakikat bahawa hanya segelintir rakyat China bersetuju menderma organ mereka selepas mati menyemarakkan lagi kegiatan pasaran haram.
Pada Disember lalu, seorang pakar bedah China dan enam rakannya dipenjarakan kerana dituduh terbabit dalam perdagangan organ secara haram dan sengaja menyebabkan kecederaan selepas seorang remaja menjual buah pinggangnya untuk membeli iPad dan iPhone.
Song Zhongyu menjalankan pembedahan secara haram terhadap pelajar berusia 17 tahun itu yang bersetuju memberikan organnya untuk ditukar dengan gajet bernilai kira-kira RM8,930.
Kisah pelajar itu terbongkar selepas ibunya curiga apabila melihat dia menggunakan peralatan berkenaan.
Dia akhirnya mengaku menjual buah pinggangnya selepas berdepan masalah kesihatan. - Agensi
“Siasatan lanjut dijalankan dan percaya masih ada lagi bayi dan kanak-kanak menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang itu,” katanya.
Mereka yang ditahan berusia lingkungan 27 hingga 57 tahun dan golongan pekerja biasa hingga profesional kini ditahan bagi membantu siasatan.
Semua disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun serta denda.
Semalam, akhbar ini melaporkan, 21 bayi dan kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang diselamatkan di Selangor, Johor, Perak, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Difahamkan, tiga lagi bayi dan kanak-kanak turut dikesan berada di luar negara iaitu Singapura, Indonesia dan Kanada.
Ops Pintas Sayang II dilancarkan IPK Pulau Pinang susulan penahanan beberapa suspek, termasuk dalang sindiket, ketika Ops Pintas Sayang yang dijalankan akhir tahun lalu.
Menerusi operasi itu, polis Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan dan menahan seorang wanita berusia 50-an yang juga dalang sindiket.
Wanita berkenaan dikesan bersekongkol dengan seorang doktor pusat perubatan swasta dan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan kerja jahat mereka berjalan lancar, seterusnya membolehkan mereka mendapat keuntungan lumayan dengan cara mudah.
Rajesh Kanna hilang tangan
Kuala Lumpur: Sekumpulan empat penyamun bertindak kejam apabila memotong dua tangan pemilik kedai besi buruk dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini, semalam.
Ketika kejadian jam 5 pagi, Rajesh Kanna, 28, tidur di dalam sebuah bilik di kedai miliknya apabila empat lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba menyerang dia dan ibunya yang turut berada di premis berkenaan.
Menurut sumber, mangsa cuba melawan namun dilibas dengan parang manakala ibunya yang cuba membantu diserang.
“Kejadian berlaku begitu pantas dan apabila penjenayah melarikan diri meninggalkan tempat kejadian, baru mangsa menyedari kedua-dua tangannya sudah tiada.
“Mangsa pengsan sebaik menyedari tangannya putus sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, tangan mangsa tidak ditemui di tempat kejadian dan dipercayai dilarikan suspek.
MANGSA samun, Rajesh menerima rawatan di PPUM.
“Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian dan jumlah kerugian
juga belum dapat dipastikan kerana menunggu keadaan mangsa stabil
sebelum mengambil keterangannya,” katanya.Ejen tarik kereta ditetak
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa yang menjalankan tugas seorang diri menghampiri kereta terbabit dan menunjukkan permit serta surat penarikan kepada seorang wanita dipercayai pemilik kenderaan itu.
Sumber berkata, wanita terbabit hanya membuka sedikit tingkap dan enggan turun daripada keretanya dengan alasan menunggu suami untuk menyelesaikan masalah pembayaran itu.
Katanya, ketika mangsa menunggu suami wanita itu datang, dia didatangi seorang lelaki bermotosikal yang juga mengaku sebagai ejen syarikat tarik kereta dan merampas surat penarikan kereta daripada mangsa.
Menurutnya, lelaki terbabit mengarahkan mangsa beredar dan tidak dibenarkan menarik kereta itu, namun mangsa menjelaskan dia hanya menjalankan tugas diberikan pihak bank.
“Selepas itu, datang sekumpulan kira-kira 10 lelaki yang bersenjatakan tiga parang dan kayu lalu menyerang dan menetak ejen tarik kereta berkenaan hingga menyebabkannya mengalami luka di belakang badan serta menerima enam jahitan.
“Pada waktu sama, adik mangsa yang melalui jalan terbabit dan cuba membantu turut ditetak sehingga menyebabkan mengalami luka di tangan,” katanya.
Dibelasah enggan beri angpau RM6,000
Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, samseng terbabit dikatakan muncul di hadapan sebuah kilang di Aulong di sini, dengan menaiki dua kereta.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 62, berkata, kumpulan samseng itu terus meluru masuk ke dalam pejabat kilangnya sebelum meminta dia membayar angpau sebanyak RM6,000 yang pernah diminta sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu.
Mangsa dan isteri, Rui Eng, 55, bagaimanapun enggan melayan permintaan kumpulan samseng itu yang kerap mengugut mereka berulang kali sebelum ini.
“Seorang daripada samseng itu yang berang terus meninju muka saya menyebabkan hidung berdarah. Malah beberapa tumbukan susulan menyebabkan cermin mata saya pecah.
“Saya yang terlentang jatuh ke lantai kesakitan kemudian disepak dan dipijak berulang kali oleh tiga samseng itu yang bagai naik hantu,” katanya.
Menurut Tan, isterinya cuba membantu dengan menjerit meminta tolong, namun turut dipukul dengan objek keras menyebabkan kepalanya berlumuran darah.
“Saya dan isteri hanya fikir mati ketika itu kerana kami dipukul bertalu-talu walaupun merayu supaya dilepaskan. Malah beberapa pekerja kilang yang cuba membantu turut disergah samseng itu supaya tidak masuk campur.
Tan berkata, dua lagi suspek bagaimanapun sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.
“Saya tak tahu apa akan terjadi jika polis lambat bertindak. Kumpulan samseng dipercayai ahli kongsi gelap itu kerap mengugut kami dan meminta wang.
“Saya benar-benar tertekan dan bimbang keselamatan diri serta keluarga. Malah serangan itu menyebabkan kepala isteri saya berjahit,” katanya.
Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping mengesahkan menerima laporan kes.
Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen
Voon Su Ching, 39, dilapor hilang suaminya pada 13 Februari selepas tidak pulang selepas keluar membeli kek untuk hari jadi anaknya.
Polis menemui mayatnya lima hari kemudian di rumah rakannya yang meminta dia memantau kediaman itu sementara dia bercuti menyambut Tahun Baru Cina.
“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya dan akan dibawa pulang ke Malaysia,” kata Abdul Salam kepada wartawan.
Beliau bagaimanapun menafikan laporan media Malaysia bahawa seorang suspek sudah ditahan dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai siasatan itu.
Voon yang berasal dari Sarawak menjalankan perniagaan mencuci kereta di Brunei dan tinggal bersama suami dan anak lelakinya.
Banglo tempat mayat itu ditemui masih diperiksa polis.
Sebuah akhbar Malaysia sebelum ini melaporkan, mayat Voon ditemui selepas pemilik banglo itu menemui blok simen setinggi tiga meter di lamannya dengan bau yang busuk.
Jenayah ganas jarang berlaku di Brunei. - AFP
Parah diserang suami cemburu
Sulinda dilapor ditikam di punggung, kaki dan tangan. Lebih teruk lagi, tindakan suaminya, Ropi’i menyebabkan urat nadi tangan kiri mangsa putus dan pergelangan kaki kirinya patah. Kepalanya juga luka selepas ditetak dengan parang.
Kejadian berlaku di rumah keluarga si suami di Kampung Karangsembung, di daerah Brebes, Jawa Tengah.
“Mereka tidak menunjukkan sebarang tanda perkelahian apabila tiba di rumah. Tiba-tiba mereka bertengkar di dalam bilik dan Sulinda meluru keluar sambil meraung dengan darah membasahi tubuh,” kata Rokhana. Ropi’i menghilangkan diri sejak kejadian itu.
Dalam keterangannya kepada polis di hospital, Sulinda berkata, dia sering bertengkar dengan suami yang kerap mengancam hendak membunuhnya.
“Saya tidak menghiraukan ancaman itu. Tetapi pada hari itu, dia betul-betul marah,” kata wanita itu.
Polis yang melancarkan gerakan memburu Ropi’i percaya lelaki itu kini berada di Jakarta. - Agensi
Makan malam terakhir
Dalam kejadian jam 11.30 malam, Aminur Asyraff Nor Shaharani, 17, yang menunggang motosikal Yamaha RXZ maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga BLM.
Bapa mangsa, Nor Shaharani Yaakub, 47, berkata, dia dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh rakan anaknya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, pada malam kejadian, anak keduanya sempat makan malam bersama keluarga sebelum meminta izin untuk keluar ke rumah seorang rakan di Bukit Rambai.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana memang biasa dia keluar ke rumah rakan hinggalah seorang kenalan menghubungi saya memaklumkan dia terbabit kemalangan.
“Saya berasa tidak sedap hati kerana pada mulanya rakan yang menghubungi menyuruh kami sekeluarga terus ke hospital namun kemudian menyarankan saya terus ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.
Nor Shaharani berkata, dia turut dimaklumkan, anaknya sempat bersalaman sambil berpelukan dengan beberapa rakan sekolah sebelum kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai kemalangan itu bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
“Penunggang motosikal itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang melihat kemalangan tampil membantu siasatan.
Jenazah mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Pinang.
Sekeluarga rugi RM75,000 dirompak 3 lelaki
Dalam kejadian jam 3 petang, anak sulung lelaki keluarga terbabit dikenali sebagai Oh, 20, yang pulang dari tempat kerja terkejut melihat dua lelaki membuka pintu pagar rumahnya.
Menurutnya, dia yang mengesyaki sesuatu tidak kena menegur suspek, menyebabkan mereka mengacukan pistol dan menolaknya masuk ke rumah.
“Malah, ketika itu seorang lagi lelaki bertopeng yang berada di dalam kereta turut keluar dan masuk ke rumah kami. Saya yang bekerja berhampiran rumah pulang berjalan kaki untuk makan, namun tidak menyangka terserempak dengan penyamun.
“Mereka terus mengikat tangan saya dengan tali dan mengarahkan tidak berbuat apa-apa jika tidak mahu dicederakan,” katanya ketika ditemui di kediamannya, malam kelmarin.
Oh berkata, penyamun terbabit berada di dalam rumahnya kira-kira 20 minit dan terus menggeledah rumah sebelum mengambil syiling hasil perniagaan ibu bapa sebanyak RM1,000, wang di dalam sampul sebanyak 30 keping dianggarkan RM1,000 dan 10 botol arak.
“Mereka turut melarikan kereta Toyota Vios milik keluarga dan terus melarikan diri tanpa mencederakan saya.
“Saya kemudian menghubungi ibu yang berniaga di Genting Highlands untuk memaklumkan kejadian itu sebelum dia menghubungi rakan untuk datang membantu,” katanya.
No comments:
Post a Comment