Miang penjual karipap
Segamat: Sikap miang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.
Tindakan suami mangsa itu bertujuan mengelak kejadian sama berulang selepas isterinya yang mengandung lapan bulan dicabul lelaki berkenaan.
“Ketika itu tiada pelanggan dan saya ditemani adik perempuan, Swee Lan, 20-an, yang membantu menguruskan akaun serta menjaga saya yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung.
AH Moi menunjukkan laporan polis berhubung kejadian.
“Penjual karipap itu mendakwa aktiviti sampingannya untuk menambah pendapatan ialah mengurut wanita hamil dan mendakwa anak yang bakal dilahirkan lebih bijak.
Maha kejam!
Temerloh: Seorang warga emas yang bertarung nyawa hampir setengah jam merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam, namun malang dia meninggal dunia berdekatan pintu rumah selepas pembunuh membakar kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.40 pagi itu, Ali Jaafar, 74, yang bekerja sebagai penjual madu mati akibat cedera di leher serta melecur di badan dan paha kiri manakala paha kanan hingga ke kaki rentung.
Difahamkan, sepasukan anggota bomba yang memeriksa rumah selepas memadam api, menemui mayat mangsa berlumuran darah di leher di depan pintu sebelum menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
ANGGOTA bomba memadamkan api sebelum menemui mayat mangsa di depan pintu rumah.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa telentang di depan pintu rumah dengan beberapa kesan tikaman di leher manakala dahi mangsa dipercayai dihentak dengan objek tumpul.
Bas ‘beli’ kasut
Ampang: Seorang pemandu bas persiaran bersama 15 penumpang warga Indonesia terselamat meskipun bas yang dinaiki terhumban dari tebing bukit sebelum merempuh empat buah kenderaan dan sebuah kedai di Taman Sri Bayu, di sini, pagi semalam.
Ketika kejadian jam 7 pagi itu, bas persiaran terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru ke ibu negara untuk menghantar baki 15 lagi penumpang selepas menurunkan 10 penumpang di Melaka.
Menurut sumber polis trafik, keadaan jalan berkenaan yang menuruni bukit menyebabkan kelajuan bas sukar dikawal dan gagal dihentikan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat.
BAS yang merempuh empat kenderaan lain dialihkan, semalam.
“Bas dipandu laju kerana menuruni bukit dan gagal dihentikan menyebabkan ia masuk ke laluan bertentangan (Jalan Taman Putra) dan terhumban ke bawah.
Sindiket palsu kad ATM, kredit tumpas
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) dan kad kredit antarabangsa didalangi warga Kanada dan Sri Lanka dengan tertangkapnya 25 suspek dalam Ops Helang yang dilakukan minggu lalu.
Dalam beberapa serbuan dilakukan di beberapa bank sekitar ibu negara serta premis kediaman suspek, polis berjaya merampas 533 keping kad kredit dan ATM pelbagai bank luar negara selain RM74,703 wang tunai yang dipercayai diperoleh daripada kegiatan penipuan berkenaan.
Tak serik kaki berskru
Kuala Lumpur: Meskipun pernah terbabit dalam kemalangan hingga menerima rawatan lebih setengah tahun di hospital, seorang lelaki berusia 20 tahun masih tidak serik apabila sekali lagi nyaris kemalangan apabila cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
Dia membonceng motosikal bersama rakannya berusia 15 tahun memilih untuk menunggang melawan arus apabila menyedari ada sekatan jalan raya di Jalan Raja Laut, semalam.
Ketika disoal polis, dia mengakui pernah terbabit dalam kemalangan hingga cedera parah dan patah kaki kirinya pada 2010 selepas membonceng motosikal rakan yang masuk ke laluan salah sebelum dilanggar kereta di Dataran Merdeka.
Menurutnya, tiga skru di paha, lutut dan betis itu menyebabkan dia mengambil masa lebih setahun untuk berjalan semula, namun minatnya untuk bermotosikal tidak pernah pudar.
Dia mendakwa tidak takut apabila kawannya mula menunggang laju dan melawan arus apabila menyedari ada sekatan jalan raya kerana yang penting bagi mereka adalah mengelak dicekup polis.
ANGGOTA polis memeriksa lelaki yang ditahan dalam Ops Bersepadu.
Bagaimanapun, akhirnya mereka kalah juga apabila berjaya dicekup
anggota polis trafik yang mengejar hingga ke Jalan Dang Wangi.Ketua Unit Kuat Kuasa Trafik Kuala Lumpur Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, anggota U3K yang sedang membuat pemeriksaan dalam Ops Bersepadu di ibu kota menyedari tindakan penunggang motosikal itu yang membuat pusingan balik.
Katanya, selepas mengejar hingga ke Jalan Dang Wangi, mereka berjaya dicekup dan mengaku lari dari sekatan jalan raya kerana tidak memiliki lesen memandu.
“Tindakan ke atas penunggang motosikal berusia 15 tahun itu diambil mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya. “Manakala belia berusia 20 tahun yang masih tidak serik meskipun pernah terbabit dalam kemalangan yang nyaris meragut nyawanya itu pula disiasat mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Azmi berkata, turut dicekup seorang penunggang motosikal apabila mendapati nombor plat kenderaan itu palsu.
Pegawai kanan polis Kolonel Tongsuk Jaranpong berkata, dalam satu kejadian kumpulan pemisah berkenaan meletupkan bom dalam tong sampah di bandar Pattani.
Letupan itu mencederakan tiga anggota polis yang berada di kawasan terbabit kerana memeriksa bahan yang mencurigakan.
Menurutnya, pejuang pemisah turut membakar tayar dan bangunan di 29 lokasi berbeza di seluruh Pattani.
Lebih 5,000 orang terbunuh di selatan Thailand sejak pejuang Islam mula berjuang menentang kerajaan Thai. - AFP
Naomi disyaki simbah sendiri asid
Namun, keluarganya bimbang polis tidak membuat yang terbaik untuk menangkap pesalah itu dan hanya menumpukan kepada sesi ‘soal siasat tak masuk akal.’
Polis mengambil komputer riba Naomi dan dikatakan menemui bukti bahawa wanita muda itu telah membuat pencarian di Internet mengenai serangan asid sebelum insiden malang itu menimpanya.
Pencarian dikatakan termasuk maklumat mengenai Katie Piper, bekas model yang berkempen untuk mangsa yang berwajah cacat sejak dia sendiri menjadi mangsa serangan asid pada 2008.
Polis dikatakan menyoal saudara-mara Naomi untuk mengetahui sama ada dia mencederakan dirinya sendiri, tetapi teman lelakinya Ato Owede, 23, menganggap soal siasat itu ‘gila.’
Dia memberitahu Sunday Times: “Polis perlu terus menyiasat.
“Mereka menumpukan kepada perkara yang salah berikutan pencarian Naomi mengenai maklumat serangan asid dan perkara seumpamanya.
“Mereka membuat kesimpulan yang bodoh,” katanya.
Naomi mengalami cedera parah di muka, kaki, lengan dan kepala dan separuh buta selepas seorang yang memakai purdah menyimbah asid ke arahnya ketika dia berjalan pulang ke kediamannya di Dagenham ekoran tugas syif malam di kedai Victoria Secret di pusat beli-belah Westfield di Stratford.
Dia juga kehilangan rambut dan bulu mata dalam insiden itu serta terpaksa menjalani beberapa pembedahan sejak kejadian terbabit.
Doktor pada awalnya bimbang dia mungkin buta sepenuhnya, tetapi selepas mengikuti rawatan intensif di unit khas, mata kirinya boleh melihat semula, manakala mata kanannya separuh buta. - Sunday Mail
Wanita dakwa lahir buaya
Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu.
Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan.
Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya.
Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur. - Kompas
Lelaki tak tahan tekanan bunuh diri
Perbuatan Lim Peng Hung, 34, itu mengejutkan isterinya apabila wanita berusia 30-an itu dan keluarganya dari Taiping, Perak, tidak tahu punca Lim berbuat demikian.
Difahamkan, Lim yang tinggal di Jalan Harmonium, Rumah Pangsa Sri Lanang, Taman Desa Tebrau di sini, memiliki anak lelaki berusia empat tahun dan anak perempuan berusia dua tahun.
Menurutnya, mereka kemudian mendapati seorang lelaki di tempat duduk pemandu dan bimbangkan keselamatannya, orang ramai memecahkan cermin kereta dan mematikan enjin.
“Mereka menghubungi polis dan pemeriksaan mendapati lelaki itu sudah tidak bernyawa,” katanya.
Roslan berkata, berdasarkan siasatan unit forensik, kejadian itu tidak membabitkan unsur jenayah kerana mangsa membunuh diri dengan menyalurkan asap ekzos ke dalam kereta,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Wanita dicabul tuan rumah sewa
Mangsa yang berusia 21 tahun menyewa sebuah rumah di Damansara Damai, di sini, dan kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.
Sumber polis berkata, mangsa yang bekerja di pasar raya dalam aduannya memberitahu dia terpaksa menurut arahan lelaki terbabit kerana bimbang dicederakan selepas diacu dengan pisau.
“Ketika itu, isteri lelaki terbabit tiada di rumah dan mangsa hanya tinggal berdua dengan lelaki itu. Apabila mangsa memberitahu kejadian kepada isteri suspek, lelaki itu menuduh mangsa cuba menghancurkan rumah tangganya.
“Bagi menyelesaikan masalah itu, suspek meminta mangsa duduk di sofa di ruang tamu kononnya untuk berbincang, namun mengambil pisau dan mengugut mangsa sebelum mencabulnya termasuk memaksa mangsa melakukan seks oral,” katanya.
No comments:
Post a Comment