SPR tetap tarikh PRU dalam 7 hari selepas bubar
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa seminggu selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“SPR akan adakan mesyuarat dalam masa seminggu selepas pembubaran (Parlimen dan Dun),” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada Majlis Taklimat Pemerhati Tempatan PRU13 di sini pagi ini.
Mesyuarat itu juga akan menetapkan tarikh writ dan notis pilihan raya dikeluarkan.
Ada yang meramalkan Parlimen dan Dun akan dibubarkan minggu depan.
Mandat Dun dan Parlimen akan berakhir secara automatik secara berperingkat-peringkat mulai akhir bulan ini dan awal Mei jika tidak dibubarkan lebih awal.
Mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya), SPR hendaklah menyiarkan suatu notis mengenainya dalam warta dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh atau tarikh-tarikh yang calon untuk pilihan raya hendaklah dinamakan, yang dalam peraturan-peraturan ini disebut “hari penamaan”, yang tidak kurang daripada empat hari selepas tarikh disiarkan notis itu, dan tarikh atau tarikh-tarikh yang pengundian akan dijalankan sekiranya pilihan raua itu dipertandingkan.
Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR diperuntukkan 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Tempoh minimum berkempen kali ini 11 hari berbanding sebelum ini tidak kurang tujuh hari.
“Berapa lama tempoh kempen, SPR akan tetapkan kemudian… tunggu, nanti SPR akan tetapkan.
“Berapa lama tempoh, SPR akan ambil kira pelbagai faktor, termasuk yang utama kertas undi luar negara, berapa lama diperlukan untuk dihantar balik,” kata Wan Ahmad.
Sinar
Kereta dinaiki Tian Chua diserang di Pulau Pinang
Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak ganas malam tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua meninggalkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam 11.15 malam tadi.
Tian Chua – yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu – sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling.
Kumpulan itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat berkenaan.
Ketika dihubungi, Tian Chua yang ketika itu dalam perjalanan keluar daripada Pulau Pinang, berkata melalui SMS: “Saya tak boleh tunggu. Kena elak konfrontasi.”
Malaysiakini
Agbimuddin Kiram sudah lari ke Filipina
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.
Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.
kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.
Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad
Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.
Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis
Sabah Datuk Hamza Taib.
Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat.
Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.
“Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu,” katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.
Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu,
kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.
Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.
Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.
Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang
menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.
Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis
pencerobohan militan Sulu itu.
Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan
anggota pasukan keselamatan cedera. – Bernama
PI Bala meninggal dunia
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Beliau yang lebih dikenal sebagai “PI Bala” memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.
Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.
“Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu,” kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.
Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.
Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.
Mendiang memberikan wawancara terakhirnya kepada Malaysiakini pada Isnin lalu.
Malaysiakini
Guru hina anggota keselamatan Op Daulat direman
KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.
“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.
Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: “semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu.”
Sinar
No comments:
Post a Comment