Friday, March 15, 2013

SOLATLAH KETIKA SUSAH MAUPUN SENANG

pix_topright

BAYI TERSEPIT DALAM KERETA

Seorang bayi berusia 12 bulan antara empat sekeluarga yang maut termasuk seorang pembantu rumah warga Indonesia selain dua parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Kilometer 17, Jalan Lipis-Merapoh, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.40 pagi itu, kereta Honda City dinaiki semua enam mangsa bertembung sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, pertembungan itu mengakibatkan mangsa, Hasnah Che Hussin, 66, Nur Hamira Baharum, 24, Nik Emily Nik Ahmad Zukwan, 1, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, maut di tempat kejadian. “Siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung bas ekspres terbabit.pix_topright

‘Raja Muda’ cabut lari

Selepas lebih sebulan mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, akhirnya ketua pengganas Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya Raja Muda Sulu disahkan sudah melarikan diri ke selatan Filipina, meninggalkan pengikutnya sendirian menghadapi pasukan keselamatan yang memburu mereka.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata, daripada maklumat dan risikan diperoleh, pihaknya yakin Abgimuddin sudah meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

“Berdasarkan sumber tertentu, hanya pengikutnya kini berkeliaran di kawasan operasi manakala dia sudah meninggalkan Sabah, pulang ke selatan Filipina.
“Namun, Op Daulat masih diteruskan dan pasukan keselamatan kini mula memasuki Tanjung Batu untuk melakukan penggeledahan dan pembersihan,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, Zulkifeli tidak mengulas lanjut bagaimana dan bila Abgimuddin dapat meloloskan diri.

Ditanya mengenai perkembangan terkini saki-baki kumpulan pengganas di Lahad Datu, Zulkifeli memberitahu mereka kini bergerak dalam kumpulan kecil, namun tiada pertempuran berlaku semalam.

‘Dia kata mahu bela saya’

“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta.
“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya,” kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman berkata, kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam 8 Februari lalu, dua hari selepas dia membuat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit kerana didakwa menipu. Pelakon itu yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan filem Ratu, berkata sebelum itu dia hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan terbabit untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,00.
“Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai, tetapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.pix_topright

‘Tiada lagi panggilan appa’

“Walaupun berat hati melepaskan Nani...tapi saya akur dengan keputusan pihak berkuasa,” kata Rimi Abdullah, 35, yang terpaksa melepaskan anak angkatnya, Nani atau nama sebenarnya Umi Zauyah, 7, untuk diserahkan kepada penjaga baru.
Semalam beberapa pegawai daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir ke kediaman Rimi dan membacakan perintah mahkamah mengenai hak penjagaan ke atas Umi yang perlu diserahkan kepada abang kandungnya, Amar Firdaus Abdullah, 42, yang menetap di Lembah Subang.

Suasana jam 2 petang itu sayu apabila keluarga Rimi serta jiran berkumpul mengiringi Umi yang dibawa menaiki kereta MAIS untuk ke pejabat MAIS bagi proses penyerahan penjagaan itu.
Emak Rimi, A Mageswarey, 58, tidak mampu menahan air mata serta kelihatan lemah ketika mengiringi kanak-kanak berkenaan.

Rimi berkata, walaupun Nani akan berjauhan daripada keluarganya selepas ini, dia akan memastikan mereka sentiasa berhubung serta terus menjaga kebajikan Nani yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri.pix_topright

PI Bala meninggal

Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, 53, juga dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia di sebuah klinik swasta di Rawang, dipercayai akibat serangan jantung, semalam.
Mendiang dikatakan baru menjalani pemeriksaan di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) Subang Jaya pada sebelah pagi sebelum pulang ke rumahnya di Taman Pelangi, Rawang.

Dia kemudian mengadu sesak nafas menyebabkan keluarganya membawanya ke klinik berhampiran.
Mendiang pernah menggemparkan negara dengan akuan bersumpah mengenai pendedahannya membabitkan kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Menurut adik iparnya A Vimala, 43, dia menerima berita mengenai kematian Balasubramaniam kira-kira jam 2 petang daripada adik perempuannya.

“Mendiang mengalami sesak nafas di rumahnya di Taman Pelangi kira-kira jam 1 tengah hari sebelum dikejarkan ke sebuah klinik swasta berhampiran untuk rawatan kecemasan.

“Namun dia disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang sebelum ambulans tiba. Mendiang dibawa pulang ke rumah sebelum dibawa pula ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk prosedur bedah siasat,” katanya ketika ditemui di HSB.
Vimala berkata, mendiang mengalami masalah jantung dan menjalani rawatan di hospital swasta minggu lalu, tetapi meminta untuk pulang ke rumah dengan alasan mahu berehat bersama keluarganya.

Katanya, abang iparnya itu menemui pakar kardiologi di SDMC pagi semalam bagi menjalani pemeriksaan rutin.
“Kakak saya (isteri mendiang) beritahu mereka sudah berbincang mengenai prosedur pembedahan pintasan jantung yang dijangka dibuat dua minggu lagi di pusat perubatan sama sebelum pulang ke rumah mereka.

“Bagaimanapun, selepas makan tengah hari abang ipar mengadu sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas. Isterinya kemudian menghantarnya ke klinik,” katanya.

No comments:

Post a Comment