Ibu nafi bayi dianiaya
KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.
Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.
“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.
Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.
“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital.
“Dengan penjelasan ini, saya berharap masyarakat mendapat gambaran jelas tentang kejadian sebenar yang berlaku di hospital dan mengharapkan agar pihak berkenaan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan gambar bayi itu tanpa mendapat keizinan pihak hospital,”katanya.
Kelmarin, laman sosial facebook ‘neposan’ menjadi perhatian umum, apabila gambar bayi itu tersebar dan mendapat kecaman ramai.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddian Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan namun akan bertindak sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya.
Sinar
Penduduk nyaris disembelih pengganas
LAHAD DATU – Seorang penduduk, Ajmain Mahmood tidak akan melupakan detik-detik menjadi tawanan kumpulan pengganas selepas kampungnya di Kampung Tanjung Batu di sini diceroboh pada 11 Mac lalu.
Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi ketika dia bersama beberapa penduduk tiba-tiba dijadikan tawanan oleh sekumpulan 50 pengganas yang dipercayai menyelinap masuk dari Kampung Tanduo.
Menurut Ajmain, 35, seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu tiba-tiba datang ke arahnya yang ketika itu duduk di barisan depan bersama kira-kira 60 penduduk lain sebelum dirinya ditampar dua kali dan pengganas itu kemudian mengacukan parang untuk menyembelih lehernya.
Kata bapa kepada seorang anak itu, dia sangat takut dan hanya membayangkan akan mati.
“Kumpulan pengganas ketika itu sangat berang mungkin kerana terdapat beberapa rakan mereka sudah ditangkap di samping kubu kuat pula diserang pihak berkuasa,” kata Ajmain.
Kosmo
Fasha Bakal Timang Bayi lelaki
“Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami ini. Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan melahirkan anak sulung pada penghujung Mac atau awal April depan.”
“Memang kami berdua inginkan anak lelaki kerana dapat menjadi kawan kepada abangnya, Putra Rayqal Ramli (hasil perkahwinan pertama Rizal) yang kini berusia empat tahun. Lagipun kalau lelaki yang sulung, dia boleh menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain,” ujar Fasha yang dipetik daripada Harian Metro.
Media Hiburan
Haleeda Enggan Dedahkan Kisah Rumah Tangga
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon wanita Haleeda enggan mengulas berhubung kisah peribadi dan rumah tangganya apabila dikatakan berkahwin di negara jiran, Thailand pada tahun 2011.
Haleeda atau nama sebenar Halida Mazlin, 40, berkata dia kembali semula ke dunia seni bagi mengubati kerinduan selepas tiga tahun menyepi dan ingin mengelak kisah peribadi dibangkitkan.
“Maaf, kisah rumah tangga saya tidak menarik untuk diceritakan kepada umum.
Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.
Bagaimanapun, sehingga kini Haleeda masih belum mendedahkan identiti sebenar suaminya.
Jelas Haleeda, selama tiga tahun menyepi, dia memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan menjaga anak tunggalnya, Amirah Amini Azman yang kini berusia 18 tahun.
“Saya tidak buat apa-apa hanya sepenuh masa sebagai suri rumah, lagi pula anak saya bersekolah dan memerlukan tumpuan yang banyak, sekarang dia sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini pun dia yang suruh saya berlakon semula dan ingin melihat saya di televisyen,” katanya.
Bercerita tentang penghijrahan imej terbaharunya iaitu bertudung, Haleeda mengakui banyak batas yang perlu dijaga.
“Saya mula bertudung sejak tiga tahun lalu, saya akui tidak banyak watak yang sesuai dengan pelakon bertudung. Saya juga mahu watak yang sesuai dengan penampilan saya sekarang.
“Kalau boleh biarlah watak yang sopan juga,” katanya.
Jelas Haleeda kemunculan semula selepas tiga tahun menyepi sedikit sebanyak mengubat kerinduan dirinya terhadap bidang lakonan.
Bagaimanapun, dia tidak meletakkan bidang seni ini sebagai punca pendapatan seperti suatu masa dahulu.
Haleeda membintangi drama bersiri berjudul Bangkitnya Seorang Perempuan pada slot Samarinda yang telah disiarkan bermula pada Rabu lalu.
mStar
Polis tubuh pasukan khas siasat kes samun, rogol wanita Amerika
SHAH ALAM – Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes membabitkan seorang wanita warga Amerika Syarikat yang dilaporkan disamun dan dirogol pada Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, polis sedang giat memburu beberapa suspek yang dipercayai terbabit dengan
kejadian itu.
“Berdasarkan maklumat daripada mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada kira-kira 5 pagi semalam (kelmarin),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Sepang sebelum dirogol.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia memandang serius kes berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan individu terlibat.
Syed Hamid berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pengendali teksi itu jika siasatan mengesahkan dakwaan itu.
Beliau juga meminta orang ramai memastikan teksi yang dinaiki memaparkan kad pemandu di ruangan papan pemuka. – Bernama
Wanita Amerika Dirompak, Dirogol Pemandu Teksi
Wanita berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di pusat beli-belah di Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan sebuah teksi.
Pemandu teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.
Kedua-dua penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.
Difahamkan wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya pada Selasa dan meminta bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu. “Kami telah menahan seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami berharap dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi,” katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.
mStar
Subhanallah! Matahari yang bersinar di tengah malam
Lapland, Merupakan sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki keluasan wilayah 98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai 187777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki sebuah fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah malam.
Hal ini terjadi kerana lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan disinari oleh matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini biasanya disebut midnight sun atau matahari tengah malam.
Fenomena ini biasanya akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland dapat melihat secara langsung cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24 jam tanpa henti. Salah satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf yang terdapat di Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa pergunungan yang merupakan sempadan negara antara Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.
Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia. di hotel ini, para tetamu akan tidur di antara bongkah ais yang dilapisi cadar bahan kulit rusa. Mulai dari lilin hingga kerusi dan meja, semua yang ada di hotel ini diperbuat daripada ais.
Hotel ini dibina pada 1989, di desa kecil Jukkasjarvi. Hotel ini dibina oleh para pemahat ais tempatan yang berasal dari hotel ini. Biasanya Hotel ais ini hanya dibuka pada musim sejuk sahaja. Khas untuk tahun ini, Hotel ais dibuka juga pada musim panas. Seperti biasa, air untuk membuat ais ini diambil dari Sungai Torne, yang tidak jauh dari hotel.
Detik Islam
No comments:
Post a Comment