Friday, March 15, 2013

DOSA SENDIRI TAK DE KE...ATAU KENAPA TAK KIRA

Lagi ramai pengganas mati

BEBERAPA anggota tentera menaiki sebuah trak yang membawa bekalan makanan ke Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Semakin lama pengganas berkubu di Kampung Tanduo di sini, makin ramai pula anggota mereka yang ditemui mati ekoran kecekapan dan ketepatan pasukan keselamatan menjalankan Operasi Daulat di kawasan bergolak tersebut.
Semalam pasukan keselamatan menemui dua lagi kubur baharu pengganas Sulu tidak jauh dari sebuah lubang yang ditemui pada 6 Mac lalu. Di dalam lubang itu mengandungi sembilan mayat.
Dua kubur tersebut mengandungi enam lagi mayat pengganas Sulu yang sudah mereput dan berbau busuk menjadikan jumlah sebenar musuh yang mati ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu meningkat kepada 15 orang dan bukan 12 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dua kubur itu ditemui selepas pasukan keselamatan membuat pemeriksaan teliti di kawasan kampung tersebut.
"Ketika pertempuran pada 1 Mac lalu, dua anggota kita telah terkorban manakala kita pula memberitahu 12 pengganas telah ditembak mati. Namun pada masa itu, kita tidak menemui mayat musuh.
"Apabila kita melakukan pemeriksaan enam hari kemudian, kita menemui sembilan mayat di dalam satu lubang besar. Hari ini (semalam) pasukan keselamatan yang memeriksa kawasan itu sekali lagi menemui enam lagi mayat di dalam dua buah kubur menjadikan jumlah yang mati menjadi 15 dan bukan 12 seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Azzimuddie lari tinggalkan pengikut

KOTA KINABALU - Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram dipercayai telah melarikan diri ke selatan Filipina.
Azzimuddie yang sebelum ini mengatakan tidak akan berganjak dari bumi Sabah yang dicerobohnya sejak 12 Februari lalu kini terpaksa menjilat ludah sendiri apabila maklumat mengatakan yang dia lari dari medan perang sejak beberapa hari lalu.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan risikan pihaknya.
"Azzimuddie hanya membebankan pengikutnya untuk berperang sedangkan dia lari pulang ke tanah air," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Sementara itu, Ismali berkata, kesimpulan itu juga adalah hasil maklum balas daripada pegawainya.
"Dia memaklumkan Azzimuddie tiada lagi bersama pengikutnya," jelasnya.

Si mulut celupar mesti dihukum


NAJIB mengaminkan bacaan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia Rabu lalu.


KUALA KRAI - Emosi Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) semalam bercampur-baur tatkala membicarakan mengenai pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah ketika berucap di hadapan 45,000 rakyat dalam satu majlis di sini.
Emosi Perdana Menteri menjadi marah apabila ucapannya menyentuh mengenai pihak yang menganggap insiden tersebut sebagai satu bahan gurauan hingga mereka tergamak mempolitikkan dan mempermainkan kejadian itu sedangkan ia melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.
Katanya, ketika ini, semua pihak yang merasakan Malaysia tanah tumpah darahnya wajib bersatu hati tidak kira apa fahaman politik masing-masing.
"Ambo (saya) yang jadi marah sebab dalam isu Lahad Datu ini, kita kena bersatu, soal keselamatan negara sepatutnya tidak kira bulan (Pas), roket (DAP), (atau) mata sebelah (PKR), soal keselamatan dan kedaulatan negara ini, tidak boleh dimain-mainkan," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini.

Caj lesen memandu OKU mansuh


CHO HA (kiri) beramah mesra dengan tiga penerima lesen kategori orang kelainan upaya di Seri Manjung semalam.


MANJUNG - Berkuat kuasa semalam, orang kelainan upaya (OKU) di seluruh negara yang memiliki lesen motosikal tidak lagi dikenakan bayaran pembaharuan, sebaliknya hanya dikenakan caj nominal RM2.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sebelum ini, OKU perlu membayar kadar bayaran yang sama seperti pemilik lesen memandu lain iaitu RM20 bagi motosikal dan RM30 untuk kereta.
Bagaimanapun jelas beliau, pemansuhan bayaran pembaharuan lesen memandu kereta untuk OKU hanya berkuat kuasa pada 1 Mei depan bagi membolehkan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dinaik taraf.
"Selain itu, OKU yang ingin mengambil ujian memandu (Lesen L), bayaran RM10 yang dikenakan (JPJ) sebelum ini dimansuhkan dan mereka boleh (menduduki) ujian secara percuma.

Najib dedah tujuh dosa Pas


LEBIH 50,000 orang hadir bagi memberikan sokongan kepada Perdana Menteri pada majlis Bekwoh Rakyat Bersama Perdana Menteri di n Tanah Merah semalam.


TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.
Perdana Menteri berkata, dosa pertama pemimpin pembangkang, terutamanya Pas adalah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya.
"Pas gagal untuk pertahankan kalimah Allah. Mereka tidak berbuat demikian kerana kira kerusi, takut kepada DAP dan kerana kira undi.
"Kalau berjuang atas nama Islam, kenapa tak letakkan Islam di tempat tertinggi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Bekwoh (Kenduri) Bersama PM bersama lebih 50,000 rakyat Tanah Merah di sini semalam.

 Ribut melanda sebaik Najib selesai berucap mengenai 7 dosa besar di Kelantan..
Posted on Saturday, March 16 @ 01:34:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: AnakSgDerhaka

"
Ini apa yang Bernama laporkan..Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri.

"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut... kononnya...

Berikut pula adalah apa yang Bernama tidak laporkan..



Sejurus Najib selesai menghabiskan ucapannya, disusuli dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa buah yang lain.


Beberapa saksi memberitahu Najib kelihatan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Khemah berkenaan agak jauh dari khemah utama yang menempatkan Najib dan barisan pemimpin Umno dan BN negeri dan nasib baiklah serpihan khemah terbang tidak masuk ke dalam khemahnya.
Video sila lihat di SINI 

 Ribut melanda Kehadiran PM di Kelantan
Posted on Saturday, March 16 @ 08:32:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh ALBA



Pada minit 0.25 beberapa khemah terangkat dilanda ribut akibat daripada sebutan Najib 7 Dosa Besar!!

Paparan lebih besar




Ini selepas itu...






Penasihat Jamalul Kiram tidak beri keterangan

SEKUMPULAN penunjuk perasaan membakar poster Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang memakai bendera Malaysia dan Amerika Syarikat di depan Kedutaan Malaysia di Manila semalam.


MANILA - Jurucakap keluarga pemimpin puak pengganas Sulu, Abraham Idjirani gagal untuk hadir ke Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) selepas dia menerima saman untuk hadir bagi memberi keterangan dalam siasatan berhubung konspirasi pencerobohan di Sabah.
Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Pastor Boy Saycon yang merupakan penasihat kepada Jamalul Kiram III turut tidak hadir selepas saman tersebut dikeluarkan.
Kedua-dua mereka telah menghantar surat tunjuk sebab kepada NBI kerana tidak hadir.
Saycon yang dipanggil oleh NBI pada Selasa lalu berkata, tiada seorang pun ahli keluarga Jamalul Kiram akan pergi ke NBI untuk memberi keterangan walaupun mereka telah dipanggil.
Hanya penyampai radio, Waldy Carbonell hadir ke NBI untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, Carbonell menafikan penglibatannya dalam konspirasi di Sabah.
Dia mendakwa hanya mengetahui kehadiran para pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu, Sabah selepas dua hari mereka meninggalkan Sulu.
Carbonell mengaku dia merupakan rakan rapat dan penyokong Jamalul Kiram.
Bagaimanapun, dia menegaskan tidak pernah memberi sebarang nasihat mengenai rancangan untuk mengambil alih Sabah.
Pada Selasa lalu, sepina dikeluarkan NBI kepada Jamalul Kiram dan beberapa ahli keluarganya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terdapat konspirasi dalam krisis pencerobohan di Sabah.
Namun, pihak NBI telah menarik balik sepina itu dan hanya Idjirani diminta tampil bagi mewakili pihak keluarga itu.
Isu pencerobohan itu berlaku selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang merupakan pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu pada 12 Februari lalu.
Pencerobohan itu menyebabkan berlakunya pertempuran antara kumpulan keselamatan Malaysia dengan para pengikut itu. - Agensi

Tiga maut di selatan Thai

SEBUAH kren digunakan untuk mengangkat trak yang musnah akibat letupan bom di daerah Ruso, Narathiwat semalam.- AFP


NARATHIWAT - Satu letupan kuat bom tepi jalan meragut nyawa tiga anggota polis di selatan Thailand semalam, kata seorang jurucakap tentera.
Serangan terbaharu itu berlaku dua minggu menjelang rundingan damai pihak berkuasa Thai dengan gerila Barisan Revolusi Nasional (BRN) berlangsung di Malaysia.
Bom seberat 90 kilogram yang disembunyikan di kaki sebuah jambatan di daerah Ruso, di Narathiwat.
Ia kemudian diletupkan ketika trak yang membawa anggota-anggota peronda polis melalui jambatan tersebut.
Letupan kuat menyebabkan tiga anggota polis itu terbunuh manakala seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam sungai manakala trak berkenaan musnah.
Mengesahkan kematian mereka, jurucakap tentera selatan negara ini, Kolonel Pramote Promin berkata, serangan dipercayai dilakukan oleh gerila-gerila yang menentang dialog damai yang akan diadakan di Malaysia pada 28 Mac ini.
"Terdapat anggota-anggota pemisah yang tidak bersetuju ketua mereka menyertai proses damai itu. Justeru, mereka cuba mencetuskan lebih banyak kekacauan," katanya.
Penentangan kerana menuntut autonomi lebih besar meletus di beberapa wilayah di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sejak sembilan tahun lalu.
Kejadian tembakan dan pengeboman berlaku hampir setiap hari di selatan negara ini. - Agensi

Samsung perkenal telefon S4


SEORANG pengguna memegang telefon bimbit S4 di Dewan Radio City Music, New York kelmarin.-AFP


NEW YORK - Samsung memperkenalkan Galaxy S4 yang nipis dan canggih kelmarin sebagai gajet terbaharu untuk menyaingi Apple dalam segmen telefon pintar.
Gergasi kepenggunaan elektronik itu memperkenalkan Galaxy S4 di pentas Dewan Radio City MUsic di sini.
Menurut firma Korea Selatan tersebut, S4 akan dipasarkan di 155 buah negara April depan tetapi harganya belum didedahkan.
"Bagi setiap manusia, hidup ini satu perjalanan," kata Ketua Divisyen Komunikasi Samsung, JK Shin.
Antara ciri-ciri S4 termasuk skrin definisi tinggi 12.7 sentimeter, keupayaan rakaman gambar dipertingkatkan dan fungsi penterjemahan melibatkan sembilan bahasa.
Selain itu, pengguna juga boleh memuat naik kandungan klip video S4 ke dalam televisyen Samsung.
Samsung merupakan pembuat telefon pintar yang dijana perisian Android terbesar dan paling berjaya di dunia. Perisian Android dikeluarkan oleh Google dan boleh dimuat turun secara percuma.
Sebelum ini, Samsung telah menjual model telefon pintar Galaxy S3 lebih 40 juta unit di seluruh dunia sejak gajet itu dilancarkan pada Mei tahun lalu.
Telefon S4 dilengkapi kamera belakang dan hadapan yang boleh beroperasi serentak untuk rakaman gambar serta klip video bagi menggabungkan imej subjek serta jurugambar.
Fungsi Main Berkumpulan S4 pula membolehkan beberapa gajet tersebut berkongsi muzik, gambar, dokumen atau permainan video.
Klip video yang disiarkan pada gajet itu akan terhenti jika penggunanya menoleh ke arah lain.
Rakaman video itu akan disambung semula apabila mata penonton kembali tertumpu pada skrin S4.
Gajet seberat 130 gram itu juga dapat digunakan untuk merekodkan senaman, pemakanan, kadar degupan jantung dan beberapa faktor kesihatan lain.
Telefon bimbit itu juga boleh mengesan suhu dan kelembapan bagi membantu pemiliknya mendapat maklumat persekitaran mereka.
"Terus terang, Samsung Galaxy S4 amat bagus tetapi gajet ini adalah evolusi kepada S3 dan bukan revolusi," kata penganalisis teknologi, Jeff Kagan. - Agensi

Polis Indonesia tembak mati tiga militan


SEJUMLAH penduduk mengerumuni lokasi sebuah pondok yang mengandungi bahan letupan dan senjata di Bekasi semalam.-AP


JAKARTA - Polis Indonesia menembak dan membunuh tiga suspek militan dan menangkap empat yang lain dekat sini, kata pihak berkuasa semalam.
Pihak berkuasa turut merampas 12 butir bom buatan sendiri dan sejumlah senjata lain daripada sebuah kumpulan tersebut yang disyaki merancang melakukan keganasan di sebuah pondok di Bekasi.
Dua lelaki berkenaan melawan apabila polis cuba menangkap mereka di barat bandar raya ini berhubung kes rompakan sebuah kedai barangan kemas.
Jurucakap Polis Nasional, Brigedier Jeneral Boy Rafli Amar berkata, pihak berkuasa menembak mati seorang lelaki berkenaan.
Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek kedua menyebabkan maklumat diperolehi bahawa tujuan itu adalah untuk membiayai aktiviti keganasan.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menyerbu lima lagi anggota kumpulan itu kelmarin.
Menurut Rafli, dua lelaki itu ditembak mati selepas mereka mengacukan senjata api ke arah polis manakala tiga yang lain telah ditangkap.
Dalam serbuan tersebut, polis merampas lebih satu kilogram barangan kemas diperbuat daripada emas, lima senjata api buatan sendiri dan 14 bom paip.
Polis kini menyiasat sama ada kumpulan tersebut terlibat dengan aktiviti keganasan. - AP

Tulang gajah purba ditemui


DUA pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador berdiri dekat rangka tulang gajah purba di Sungai Tomayate, Apopa kelmarin.- REUTERS


APOPA, El Salvador - Sekumpulan pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador menemui rangka tulang seekor gajah purba di Sungai Tomayate, di sini pada Februari lalu.
Haiwan itu dipercayai pupus kira-kira 12,000 tahun lalu.
Sekumpulan pekerja muzium itu membersihkan tulang-tulang tersebut daripada debu dan tanah.
Tulang-tulang itu ditemui selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tersebut.
Beberapa pegawai berkata, pakar-pakar hidupan purba kini meneruskan usaha untuk mencari fosil-fosil kehidupan haiwan lain di kawasan itu. - Agensi

Daging babi ditemui dalam sosej ayam halal

LONDON - Sejumlah daging babi ditemui dalam sosej ayam halal yang dihidangkan di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini, kata pihak berkuasa pentadbiran tempatan kelmarin.
Daging babi itu dikesan di Sekolah Rendah Bryanston Square selepas Majlis Perbandaran Westminster melakukan ujian ke atas produk daging di sekolah susulan skandal penipuan label daging kuda di Eropah.
Menurut seorang jurucakap Majlis Perbandaran Westminster, beberapa pegawai majlis itu mengambil tujuh sampel dari tiga buah sekolah bermula 25 Februari lalu untuk menguji kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lembu, biri-biri, babi, ayam, ayam belanda, kambing dan kuda.
Kata jurucakap berkenaan, pihaknya memberikan kontrak membekalkan makanan ke sekitar 40 buah sekolah di Westminster kepada firma Chartwells.
Firma tempatan itu merupakan anak syarikat Compass Group. Jelasnya, tiada daging kuda ditemui dalam semua sampel itu.
Susulan penemuan itu, majlis itu telah menamatkan kontrak firma tersebut dan menghentikan bekalan daging sehingga isu berkenaan selesai. - Reuters

Traktor tempatan popular di Veitnam


SEORANG lelaki memandu sebuah traktor buatan tempatan yang membawa batang kayu dan pekerja di wilayah Gia Lai pada Selasa lalu.- AFP


HANOI - Traktor buatan sendiri amat popular dalam kalangan penduduk kampung yang bekerja sebagai petani di wilayah Gia Lai, Veitnam.
Penduduk kampung menggunakan traktor itu untuk pelbagai tujuan seperti membawa barang, hasil perladangan dan pekerja.
Harga traktor buatan tempatan di kawasan berbukit yang dibeli para petani itu ialah kira-kira AS$1,000 (RM3,121). - AFP

Wanita berusia 106 tahun terima sijil sekolah tinggi


SHORT (kiri) menyampaikan sijil sekolah tinggi kepada Reba di apartmennya di Columbus kelmarin.- AP


COLUMBUS - Seorang wanita berusia 106 tahun, Reba Williams menerima sijil sekolah tinggi daripada seorang ketua pentadbiran sekolah di sini kelmarin.
Reba berkata, dia berjaya menamatkan persekolahan di sebuah sekolah tinggi di Ohio selepas belajar selama 12 tahun.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak diberikan sijil kerana keengganannya membaca sebuah buku yang diarahkan oleh seorang guru.
Seorang anak perempuannya, Lavata Williams yang berusia 78 tahun memberitahu, semasa menjadi pelajar, seorang guru ibunya itu memintanya membawa buku tersebut ke rumah untuk dibaca.
Lavata berkata, ibunya diminta menulis satu laporan mengenai buku berkenaan jika dia mahu mendapatkan sijil.
Bagaimanapun, ibunya menyatakan, dia tidak menyukai buku tersebut dan ia tidak bernilai untuk dibaca.
Seorang bekas guru bahasa Inggeris kemudian meminta Lembaga Pendidikan Mount Vernon memberikan sijil tamat sekolah tinggi kepada wanita tersebut selepas membaca tentang kisahnya.
Seorang pegawai pentadbiran sekolah AS, Steve Short kemudian datang ke apartmen Reba dan menyampaikan sijil sekolah tinggi itu.
Reba memakai topi untuk lulusan pelajar sekolah tinggi semasa dia menerima sijil tersebut.
Wanita itu yang pernah bekerja sebagai seorang tukang masak lahir pada tahun 23 Januari 1907. - Agensi

Bintang Slumdog mungkin jadi perunding majlis perkahwinan

NEW DELHI - Aktres kelahiran India, Freida Pinto yang pernah berlakon dalam filem Slumdog Millionaire semalam menyatakan dia akan menjadi seorang perunding majlis perkahwinan jika tidak berjaya dalam industri hiburan.
Pinto yang merupakan bekas model menyatakan, lakonan merupakan minatnya yang utama.
Bagaimanapun, aktres tersebut berkata, dia akan menukar kerjaya lain jika gagal dalam dunia lakonan semasa berumur 25 tahun.
Pinto berkata, tuah datang apabila dia berlakon dalam filem tersebut semasa berumur 23 tahun yang menyebabkannya menjadi terkenal.
"Justeru, saya tidak menjadi perunding majlis perkahwinan," katanya yang kini berusia 28 tahun.
Dia membuat pendedahan itu pada persidangan yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan media, India Today.
Filem tersebut yang ditayangkan pada tahun 2008 telah melonjakkan populariti Pinto.
Selepas kejayaan itu, aktres tersebut berlakon dalam filem You Will Meet a Tall Dark Stranger, Rise of the Planet of the Apes dan Trishna. - AFP

38 anggota pengganas Sulu hadir inkues di Filipina

MANILA - Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima semalam menyatakan, seramai 38 orang yang mendakwa sebagai anggota tentera Jamalul Kiram III telah menghadiri prosiding inkues kelmarin selepas ditahan ketika melarikan diri dari Sabah pagi Rabu lalu di Tawi-Tawi.
Menurut akhbar dalam talian GMA News, de Lima berkata, inkues itu berakhir pada pukul 8 malam.
Inkues dilakukan oleh pendakwa raya bagi menentukan sama ada penangkapan tanpa waran itu melibatkan sabitan jenayah.
Menurut de Lima, tuduhan terhadap para pengikut ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram (gambar kecil) itu akan difailkan di Mahkamah Perbicaraan Daerah Bongao, Tawi-Tawi.
Kesemua mereka akan dituduh kerana melanggar larangan memiliki senjata dan Perkara 118 Semakan Kanun Keseksaan kerana menghasut berperang atau bermotifkan balas dendam.
Kelmarin Tentera Laut Filipina berjaya memintas dua buah bot di perairan Tawi-Tawi yang membawa 38 pengikut Azzimuddie Kiram ketika cuba masuk ke negara ini selepas melarikan diri dari Sabah.
Para pengikut itu menceroboh Lahad Datu pada 12 Februari lalu.
Azzimuddie merupakan adik Jamalul Kiram III yang merupakan pemimpin puak pengganas Sulu.
Ketika pemeriksaan dibuat ke atas dua bot para pengikut itu, pihak tentera laut Filipina menemui sejumlah senjata termasuk M16 dan senapang patah. Sementara itu, jurucakap pemimpin puak pengganas Sulu, Abraham Idjirani berkata, pihaknya akan menghantar sepasukan peguam ke Tawi-Tawi untuk mengesahkan sama ada mereka yang ditahan itu pengikut Jamalul Kiram.
Tindakan itu dibuat selepas stesen radio dzBB melaporkan isteri Jamalul Kiram, Fatima Cecilia mendakwa hanya 22 daripada 38 yang ditahan itu merupakan pengikut suaminya. - Agensi

No comments:

Post a Comment