Monday, March 18, 2013

BILA HUKUM ALLAH TIBA

Keluarga Kiram ditahan

Oleh Fardy Bungga
Lahad Datu: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut SOSMA,” katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.
Hamza berkata, pihaknya sedang menyiasat identiti dan latar belakang individu terbabit kerana percaya ada di antara mereka ahli keluarga Jamalul Kiram III yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu dan mengarahkan pencerobohan ke atas kedaulatan Malaysia.

“Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain.
FotoANGGOTA keselamatan meronda di simpang Sungai Merah dekat Kampung Tanduo dalam Op Daulat, semalam.

“Ini kita sedang siasat,” katanya sambil menjelaskan bahawa operasi membanteras pengganas yang menceroboh pantai timur Sabah sejak 12 Februari lalu, bukan hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram.

Ragut nyawa 3 generasi

Oleh Haidhar Hilmi
Batu Pahat: “Saya sempat melambai tangan ketika mereka berlima keluar rumah menaiki Perodua Myvi untuk pergi ke Kukup, Pontian, namun tidak menyangka tiga generasi keluarga itu maut dalam kejadian berkenaan,” kata Siti Zaida Jamhari, 28, jiran tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Kluang-Ayer Hitam berhampiran Kampung Manong, di sini, semalam.
Siti Zaida berkata, dia diberitahu lima sekeluarga itu bercadang pergi Kukup untuk bercuti namun tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat mereka.
Dalam kemalangan kira-kira jam 2.55 petang itu, empat maut apabila Perodua Myvi dinaiki lima sekeluarga itu dirempuh sebuah Hyundai Matrix.

Tiga sekeluarga yang maut termasuk wanita mengandung lima bulan, Noraslina Ibrahim, 28, yang duduk di tempat penumpang depan; ibunya Fatimah Yusof, 48, dan dan neneknya Siti Omar, 75, yang duduk di belakang.
FotoMANGSA yang maut di tempat kejadian.

Pemandu Hyundai Matrix, Sim Kock Hwa, 35, turut maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

‘Saya maafkan dia’

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Ampang: “Saya sedia memaafkannya namun dalam masa sama berharap dia bertaubat atas kesalahannya,” kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22, yang memaafkan pengarah drama, Rashid Ahmad, 38 atau Rashid San berhubung insiden dikirim mesej berbaur seks, minggu lalu.
Carmen berkata demikian selepas menerima permohonan maaf terbuka daripada Rashid di pejabat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), di sini, kelmarin, berhubung konflik antara kedua-dua mereka.
Menerusi Harian Metro 9 Mac lalu, Carmen mendakwa pengarah itu bertindak di luar batasan sejurus mengirimkan mesej seks kepadanya Januari lalu selain turut dipukul, ditampar dan tidak dibayar gaji.

Rashid bagaimanapun tampil menafikan dakwaan melainkan mengakui mengirimkan mesej berbaur seks bertujuan menyedarkan Carmen disebabkan pelakon itu tidak membayar sewa rumah di Setapak menyebabkan pemilik rumah mencarinya.
FotoRASHID bersalaman dengan Carmen dalam majlis diatur SENIMAN.

Selain itu, punca Rashid berbuat demikian kerana Carmen enggan menjalani penggambaran sebuah video muzik biarpun sudah menerima bayaran RM1,500 dan sebuah telefon bimbit.

Bantu pengikut tinggalkan Sabah

Manila: Anak perempuan Jamalul Kiram III meminta Pejabat Peguam Negara (PAO) membantu pengikutnya yang dihalang meninggalkan Sabah, semalam.
Ketua PAO Persida Acosta berkata, Carolyn Kiram membuat permohonan itu bagi pihak Jamalul selepas bimbang nasib 31 daripada 523 saudara-mara mereka di Malaysia.
“Saya akan ke Tawi-Tawi bersama pasukan perubatan untuk bertemu dan memeriksa kesihatan mereka,” katanya.

Dalam surat bertarikh 13 Mac dan ditandatangani 31 pelarian terbabit, mereka mendakwa baru tiba di Bongao, Tawi-Tawi dari Sandakan.
FotoANGGOTA Keselamatan membuat sekatan di laluan masuk ke Tanjung Labian, Tanjung Batu dan Kampung Tanduo, semalam.

Mereka meminta kerajaan membantu saudara-mara masing-masing yang ditinggalkan di Sabah tanpa dokumen perjalanan sah.

‘Saya bukan pelacur’

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Kuala Lumpur: “Saya bukan pelacur. Saya hanya pakai skirt ini dalam kereta, bukan di tempat umum,” dakwa seorang lelaki lembut berpakaian wanita selepas ditahan di Tasik Permaisuri, Cheras dalam Ops Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), semalam.
Difahamkan, pondan berusia 30-an itu baru saja menghadiri sebuah parti khas bersama rakan-rakannya sebelum ke Tasik Permaisuri untuk melepak tanpa menyedari ada sekatan jalan raya dan sebaik ditahan, dia enggan turun dari kereta Perodua Myvi.

Bagaimanapun, selepas diarah pegawai JAWI untuk menyerahkan dokumen pengenalan diri, lelaki terbabit akur bagaimanapun mula naik angin selepas jurugambar merakam gambarnya.
Penguasa Penguat Kuasa DBKL Mohd Hisham Izhar berkata, lelaki itu antara enam pondan yang ditahan dalam operasi bermula jam 12 malam hingga 3.30 pagi itu. “Turut ditahan dua lelaki berusia 20-an yang mabuk dan memiliki minuman keras bersama mereka.

“Enam pondan itu ditahan mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan Bilangan 2/85 kerana berpakaian tidak senonoh dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi sama, U3K mengeluarkan 59 saman ke atas penunggang motosikal dan kereta atas pelbagai kesalahan jalan raya.
FotoLELAKI yang berpakaian wanita diperiksa dalam operasi, semalam.
Katanya, turut disita 23 motosikal dan sebuah kereta Perodua Kancil atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Selain itu, U3K mengambil tindakan ke atas dua penunggang motosikal yang masing-masing melakukan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan memalsukan cukai jalan,” katanya.

Jurutera Jepun dikurung kekasih warga Filipina

Kuala Lumpur: Terpedaya dengan janji seorang wanita warga Filipina yang ingin berkahwin dengannya menyebabkan seorang lelaki warga Jepun datang ke Malaysia sebelum dia diculik dan dikurung dalam sebuah kondominium di Kajang.
Malah, mangsa berusia 51 tahun turut diminta menghubungi keluarganya meminta mereka membayar wang tebusan AS$50,000 (RM155,825) jika mahu dibebaskan.

Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan polis yang menyerbu kondominium terbabit dan menahan tiga lelaki warga Nigeria dan dua wanita warga Filipina, jam 9 malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa yang juga jurutera mengenali teman wanitanya melalui ruangan sembang di laman web beberapa bulan lalu.

Menurutnya, wanita terbabit berusia 30 tahun mengajak dia berkahwin dan meminta mangsa datang ke Malaysia untuk berjumpa menyebabkan dia bersetuju dan datang ke sini pada 12 Mac lalu.

“Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahu dirinya diperangkap terkejut sebaik tiba ke sini apabila dia ditahan tiga lelaki tidak dikenali bersama teman wanitanya dan seorang lagi wanita.
“Mereka membawanya ke sebuah kondominium dan mengurungnya. Mangsa yang ketakutan merayu dilepaskan namun suspek mengarahkannya membayar wang tebusan jika ingin dilepaskan,” katanya.

Ku berkata, mereka juga memaksa mangsa menghubungi ahli keluarganya dan membayar wang tebusan itu melalui akaun bank di Filipina.
“Bagaimanapun, polis yang menerima maklumat kejadian itu membuat risikan sebelum menyerbu dua kondominium di tempat sama.

“Kami juga berjaya menyelamatkan mangsa, bagaimanapun seorang suspek lelaki cuba menyerang polis menyebabkan kami melepaskan tembakan dan mengenai kaki kanannya,” katanya.

Lelaki perdaya 22 mangsa ditahan

Kota Bharu: Seorang lelaki yang licik memperdayakan 22 mangsa membabitkan kerugian puluhan ribuan ringgit lebih empat tahun lalu dengan menyamar sebagai pegawai kerajaan, akhirnya ditahan polis di rumahnya di Tanah Merah, Jumaat lalu.
Suspek, 52, yang dikesan melakukan penipuan menggunakan alasan meminta modal bagi tender kenderaan lelong sebelum ini, ditahan kira-kira jam 4.30 petang oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Kegiatannya terbongkar selepas dua daripada mangsa terakhirnya berusia 27 dan 41 tahun membuat laporan polis pada 12 Mac lalu selepas mendakwa ditipu oleh suspek.
Hasil maklumat, suspek terbabit yang juga sudah berkeluarga dan berasal dari Tanah Merah, akhirnya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suspek memperdaya kedua-dua mangsa berkenaan dengan meminta sejumlah wang kononnya bagi modal tender kenderaan lelong.

Katanya, mangsa pertama iaitu penjual daging dari Tanah Merah kerugian lebih RM35,000, manakala seorang lagi mangsa berusia 27 tahun kerugian lebih RM3,000.
“Selain meminta modal tender, suspek sebelum itu meminta sejumlah wang daripada mangsa untuk tujuan lain kononnya untuk kegunaan mengadakan jamuan di pejabatnya selain menempah chalet penginapan bernilai ribuan ringgit.

“Bagaimanapun, tindakan licik suspek itu berjaya dikesan selepas polis menerima laporan berkaitan penipuannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Mohamed Zulmazi berkata siasatan mendapati, suspek pernah melakukan perbuatan sama membabitkan mangsa di negeri lain termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Johor.

Guru diperkosa ketika keluar berbuka puasa

Klang: Seorang guru berusia awal 20-an membuat laporan polis dirogol bergilir-gilir sekumpulan lelaki ketika keluar berbuka puasa bersama teman lelaki Ogos tahun lalu.
Kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika pasangan itu ditahan dalam satu kejadian samun sejurus kereta dinaiki dihalang sekumpulan lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Pulau Indah, dekat sini.

Setakat ini polis masih mengumpulkan segala bukti dan keterangan yang ada bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wanita berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan mengenai laporan dibuat wanita itu dan pihaknya akan meneliti laporan berkenaan dan kini mangsa, teman lelaki serta ahli keluarga akan dipanggil merakamkan keterangan.

“Memang kita menerima laporan mengenai kejadian itu dan kita akan mengambil keterangan semua pihak bagi membantu siasatan dan setakat ini tidak banyak yang boleh saya katakan,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan, ketika kejadian samun Ogos tahun lalu, mangsa mendakwa selepas memberhentikan kenderaan, seorang daripada suspek mengeluarkan pisau dan mengacukan ke leher teman lelaki mangsa sebelum masuk ke kereta dan mengarah kedua-duanya mengikut arahan.

Rahsia ‘pelacur terhormat’ didedah

London: Di sebalik perwatakannya yang disegani, seorang wanita secara rahsia menjual dirinya melalui sebuah agensi pelacuran ekslusif dengan bayaran £100 (RM500) sejam.
Menduduki jawatan pengerusi di satu daripada pusat akademi terbaik di Britain, Marie-Louise Couzens-Abbott juga sering mendengar pelbagai isu disiplin membabitkan pelajar dan kakitangan institusi berkenaan.

Pada masa sama, ibu kepada seorang anak itu juga menjalani hidup yang berbeza di luar pengetahuan ramai.
Untuk mencari pelanggan, Marie mengiklankan dirinya di banyak laman sesawang lucah dan memuat naik gambar bogel dengan mengaburkan wajahnya bagi mengelak dikenali. Wanita berusia 48 tahun itu berkunjung ke seluruh Britain untuk memenuhi tempahan di kalangan pelanggan lelaki atau wanita.

Menurut sumber, Marie memberikan khidmatnya melalui kamera komputer. Dalam satu daripada iklan mengenai dirinya, Marie menyatakan, dia suka menemani lelaki, wanita atau mana-mana pasangan yang berminat.

“Saya ada ramai kawan yang mahu menyertai kita semua,” katanya. Marie juga menganggap dirinya sebagai “ghairah, intim, seksi dan erotik.” Sumber berkata, Marie membahagikan masanya untuk memenuhi keperluan dua dunia yang berbeza itu.
FotoMARIE
“Marie menyewa sebuah rumah pangsa di Leeds bersama dua wanita lain untuk menawarkan khidmat seks, selain menetap di rumahnya di Huddersfield dan dikenali sebagai pegawai kanan Akademi Moor End.

Kegiatan Marie itu dibongkar selepas seorang wartawan menyamar untuk mendapatkan khidmatnya.
Ekoran pendedahan itu, Marie dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan di sekolah berkenaan. Apabila dihubungi wartawan, Marie menafikan dia pernah menjadi pelacur. - The Sun

No comments:

Post a Comment